Sie sind auf Seite 1von 1

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Ibni Abdullah SAW, ahli keluarganya yang suci serta para sahabat baginda yang terpilih. Alhamdulillah, saya mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana keizinan, rahmat dan hidayat-Nya membolehkan saya menamatkan program Latihan Mengajar di Politeknik Melaka, Melaka ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pn Rashidah Binti Mustapa, Pengarah Politeknik Melaka atas kesudian beliau menerima saya sebagai pensyarah pelatih. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, En Sulaiman Bin Subari atas kerjasama yang diberikan sepanjang latihan mengajar ini. Pembimbing yang dihormati Pn Afrezayu Binti Johari yang banyak membantu dan bersabar dalam memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menguruskan kelas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan pelajar yang telah memberi kerjasama yang baik dengan saya sepanjang tempoh latihan.

Ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Hj Ashari Bin Sikor, Penyelaras Latihan Mengajar Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) yang telah bertungkus-lumus membantu menjayakan program Latihan Mengajar ini bagi memastikan kelancaran sepanjang program, dan tidak lupa juga kepada Pn Yusmarwati Binti Yusof , penyelia latihan mengajar atas nasihat yang telah diberikan.

Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa khusus ditujukan kepada semua ahli keluarga saya terutamanya kepada ayah dan ibu saya, Saring Bin Wongso dan Siti Binti Hj Ismail yang telah banyak memberi galakan dan dorongan. Demikian juga kepada rakan-rakan seperjuangan terutamanya pelatih Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang telah sama-sama mengharungi pelbagai cabaran semasa mengikuti latihan mengajar ini. Kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya sepanjang tempoh latihan mengajar, saya juga mengucapkan jutaan terima kasih. Semoga sumbangan mereka mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Das könnte Ihnen auch gefallen