Sie sind auf Seite 1von 1

P

rogram Matematik dengan Ekonomi merupakan antara program yang ditawarkan di Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah. Program ini menyediakan latar belakang matematik yang kukuh di samping mendedahkan pelajar kepada hubungan yang wujud antara matematik dengan ekonomi termasuklah mikroekonomi, makroekonomi, pengurusan kewangan dan ekonometrik. Pelajar akan membina dan menunjukkan kemampuan mereka untuk berhujah secara matematik dengan membina pembuktian secara matematik, mengenalpasti dan menganalisa data berangka secara tepat melalui kursus-kursus teras matematik. Pelajar akan mampu untuk mengaplikasi kaedah-kaedah matematik yang sesuai untuk mendapatkan penyelesaian bukan sahaja dalam bidang ekonomi, malahan dalam bidang-bidang lain. raduan yang bakal dilahirkan program ini diharapkan mempunyai latar belakang matematik yang kukuh berserta dengan pemahaman konsep ekonomi yang seterusnya membuka peluang kerjaya yang lebih cerah. Mereka juga akan mempunyai kelayakan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat MSc dan PhD dalam bidang Matematik dengan Ekonomi.

Prospek Kerjaya
Graduan dalam bidang Matematik dengan Ekonomi mempunyai peluang kerjaya yang lebih luas dan cerah terutama sekali di Bank Pelaburan dan Komersial, Firma Pelaburan dan Broker, Syarikat Insurans, Syarikat Pelaburan, Firma Perakaunan dan Perundingan, Guru, Pensyarah, Jabatan Perangkaan, Perancang Kewangan serta vendor teknologi dan perisian yang menyediakan produk dan perkhidmatan kepada industri kewangan.

Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Laman sesawang : www.ums.edu.my Contact No. :088-320000 (Ext. 5793)

Das könnte Ihnen auch gefallen