Sie sind auf Seite 1von 13

PRAKTIKAL 4: Mengukur dan membanding beza kepelbagaian (diversiti) spesies TUJUAN: Untuk mengkaji diversiti spesies kupu-kupu dan

membuat perbandingan antara Pulau Sipadan, Pulau Talang-talang dan Pulau Redang iaitu habitat spesies ini. HIPOTESIS: Jika nilai Indeks Simpson D tinggi, maka nilai kepelbagaian/ diversiti spesies di dalam setiap pulau itu adalah tinggi. PROSEDUR: 1. Kesemua kupu-kupu dikelaskan kepada beberapa kumpulan tertentu. 2. Operasi unit taksonomi (operational taxonomic units) yang telah diberikan boleh dianggap sebagai spesies yang telah dibahagi dan setiap spesies baru itu diberi nama yang unik. 3. Satu kumpulan spesies kupu-kupu dipilih dan dikumpulkan dari ketiga-tiga pulau tersebut. Prosedur yang sama diulang untuk spesies kupu-kupu yang lain. 4. Bilangan individu yang hadir dalam sesuatu kumpulan spesies dikira dan data dimasukkan kedalam jadual. 5. Kepelbagaian spesies dikira dari setiap pulau dengan menggunakan Indeks Kepelbagaian Simpson, D.

KEPUTUSAN: Spesies Pulau Sipadan Pulau Talangtalang Hijau Merah Biru tua Hitam Jingga Biru muda Coklat Merah jambu Ungu Hijau muda Kelabu Segitiga merah Segiempat merah Segitiga ungu Segiempat ungu Perkara Jumlah bilangan spesies Kekayaan spesies Kesamaratan spesies Indeks Simpson (D) Indeks kepelbagaian Simpson (1-D) Indeks kepelbagaian salingan Simpson (1/D) Keutamaan untuk konservasi (P) (menurut jumlah diversiti)
2

Pulau Redang

11 5 9 10 6 33 2 4 29 3 3 -

12 23 4 2 4 40 15 -

11 4 10 3 18 10 14 7

11 115 0.17 0.17 (1-D)=0.83

7 100 0.25 0.25 (1-D)=0.75

8 77 0.15 0.15 (1-D)=0.86

(1/D)=5.88

(1/D)=4

(1/D)=1.16

Keutamaan untuk konservasi (P) (diterangkan dalam perbincangan soalan 4)

Jadual 1.0: Keputusan Kajian

Indeks Kepelbagaian Simpson (1D) Dan Indeks Kepelbagaian Salingan Simpson (1/D) Formula pengiraan indeks kepelbagaian Simpson D = (n/N)2

N = Jumlah Spesis n = Jumlah individu bagi sesuatu spesies

Indeks Simpson (D) Pulau Sipadan: D= (11/115)2 + (5/115)2 + (9/115)2 + (10/115)2 + (6/115)2 + (33/115)2 + (2/115)2 + (4/115)2 + (29/115)2 + (3/115)2 + (3/115)2 = 0.17 Pulau Talang-talang: D= (12/100)2 + (23/100)2 + (4/100)2 + (2/100)2 + (4/100)2 + (40/100)2 + (15/100)2 = 0.25

Pulau Redang D= (11/77)2 + (4/77)2 + (10/77)2 + (3/77)2 + (18/77)2 + (10/77)2 + (14/77)2 + (7/77)2 = 0.15
3

Indeks Kepelbagaian Simpson (1-D) Pulau Sipadan 1-D = 1 0.17 = 0.83 Pulau Talang-talang 1-D = 1 0.25 = 0.75 Pulau Redang 1-D = 1 0.14 = 0.86 Indeks Kepelbagaian Salingan Simpson (1/D) Pulau Sipadan 1/D = 1 / 0.17 = 5.88 Pulau Talang-talang 1/D = 1 / 0.25 =4 Pulau Redang 1/D = 1 / 0.14 = 1.16

PERBINCANGAN: Berdasarkan keputusan yang diperolehi, Pulau Sipadan mempunyai jumlah bilangan spesis yang tertinggi iaitu sebanyak 11 spesies. Kemudian diikuti oleh Pulau Redang, sebanyak 8 spesies dan seterusnya, paling sedikit Pulau Talangtalang dengan hanya sebanyak 7 spesies. Walaupun Pulau Sipadan mempunyai jumlah spesies yang terbanyak, tetapi ia tidak mempunyai kepelbagaian spesies tinggi. Berdasarkan pengiraan Indeks Kepelbagaian Simpson (1-D), Pulau Redang mempunyai jumlah kepelbagaian spesies yang tinggi (0.86), diikuti oleh Pulau Sipadan (0.83)dan seterusnya Pulau Talang-Talang (0.75). Oleh itu, mengikut keutamaan kepentingan pemeliharaan dan

pemuliaharaan didahului oleh Pulau Redang, Pulau Sipadan dan Pulau Talangtalang.

SOALAN: 1. Apakah yang dimaksudkan dengan building blocks atau unit taksonomi operasi di dalam biodiversiti? Jelaskan. Biodiversiti merupakan singkatan daripada kepelbagaian biologi menurut Norse et al. (1986). Berdasarkan artikel 2, Convention on Biological Diversity, kepelbagaian biodiversiti bermaksud variabiliti di antara kehidupan organisma daripada semua sumber termasuk, inter alia, terestrial, marine dan sistem aquatik yang lain, dan kompleks ekologikal terdiri daripada kepelbagaian dalam spesies, di antara speseies dan ekosistem. Menurut Norse et al. (1986, p. 2), biodiversiti dikategorikan kepada tiga peringkat, iaitu kepelbagaian genenetik, kepelbagaian spesies, dan kepelbagaian ekosistem. Apa yang dimaksudkan dengan building blocks (blok binaan asas ) dalam biodiversiti adalah kepelbagaian genetik. Kepelbagaian genetik didefinisikan sebagai kepelbagaian informasi genetik di dalam setiap individu tumbuhan, haiwan, funggi dan mikro-organisma. Gen adalah merupakan (blok binaan asas) building blocks kehidupan. Setiap individu mempunyai formasi genetik yang berlainan, dan populasi yang berbeza daripada spesies yang sama juga mempunyai perbezaan. Melalui mengekalkan kepelbagaian genetik melalui pemuliharaan dan pemeliharaan spesies dan variasinya adalah merupakan satu sumbangan yang besar dalam konservasi alam semula jadi. Malah, menggunakan kod genetik adalah kaedah paling terbaik untuk mengukur biodiversiti kerana ia merupakan blok asas binaan kehidupan. Selain itu, biodiversiti juga menyediakan blok binaan asas untuk barangan dan perkhidmatan dan banyak persekitaran yang sihat (Biodiversity Conservation, Australian Government Department of Sustainability, Environment, Water, Population and Communities, 2011). Kepelbagaian ini memberi kita sumber yang penting untuk kehidupan seperti kesihatan, air, makanan dan lain-lain. Bagi memelihara atau memulihara biodiversiti, taksonomi amat penting bagi membezakan antara spesies atau mengelakkan kekeliruan berlaku antara spesies. Taksonomi merupakan teori kajian klafikasi,
6

termasuk

asas,

prinsip,

prosedur

dan

peraturan

(Simpson

1961).

Taksonomi dijana daripada penyelidikkan induktif, berasalkan data empirikal yang diperolehi (Sokal & Sneath 1963) melalui pelbagai variasi analisis (Hanks, Watson et al. 1993). Taksonomi bermula dari data empirikal dan bukannya konsep, bertujuan mengklasifikasikan sampel mengikut

persamaan yang diukur pada pembolehubah yang diperhatikan (MS LewisBeck, Siri Editor di Bailey 1994 pv). Oleh kerana pengumpulan data-data spesies amat penting dalam pengklafikasian spesies, para pengkaji memerlukan set data spesies yang dikumpul mengikut kumpulan

berdasarkan ciri-ciri yang dipilih, mereka memerlukan (Unit Operasi Taksonomi) Operational Taxonomic Unit (OTU). Menurut Micheal Allaby dalam Dictionary of Ecology, Operational Taxonomic Unit (OTU) merupakan mana-mana set data yang dikaji dalam bidang phylogenetik. Semasa proses pengumpulan data, OTU boleh digabungkan kepada komposit, dan kemudiannya boleh diterima atau dianggap sebagai OTU tunggal. Malah, menurut C.Leon Harris, Operational Taxonomic Unit (OTU), juga dianggap sebagai satu kumpulan buat sementara waktu dianggap takson yang sah untuk tujuan analisis filogenetik. OTU yang digunakan dalam kajian ini

adalah dikumpulkan menurut morfologi, dan dinamakan dengan warna dan bentuk-bentuk, seperti warna hitam, warna merah segi tiga dan sebagainya.

2. Secara ringkas, terangkan apakah kekayaan spesis dan kesamarataan spesies? Indeks Kepelbagaian Simpson adalah ukuran kepelbagaian. Dua faktor yang penting untuk mengira kepelbagaian spesies adalah kekayaan spesies dan kesamarataan spesies.

Kekayaan Spesies
Jumlah spesies yang diperolehi daripada satu sampel. Semakin banyak jumlah spesies dalam sampel, semakin kaya spesies dalam sampel tersebut.

Kesamarataan Spesies
Pengiraan kelimpahan relatif spesies yang berbeza yang wujud dalam satu sampel.

Rajah 1.0: Kekayaan dan Kesamarataan Spesies

3. Apakah susunan pulau tersebut, daripada diversiti yang tertinggi kepada yang paling rendah?

Pulau Sipadan: Jumlah kepelbagaian yang paling tinggi, mempunyai 11 jenis spesies kupu-kupu
Pulau Talang-talang: Jumlah kepelbagaian yang sederhana, mempunyai 8 jenis spesies kupu-kupu Pulau Redang: Jumlah kepelbagaian yang paling sedikit, mempunyai 7 jenis spesies kupu-kupu

Rajah 2.0: Hieraki Jumlah Kepelbagaian Spesies yang terdapat pada Pulau Sipadan, Pulau Redang dan Pulau Talang-talang

4. Bagaimanakah anda menentukan tahap konservasi pulau tersebut? Adakah mengikut nilai diversiti? Apakah faktor lain yang diambil kira untuk menetukan keutamaan konservasi? Konservasi dedefinisikan sebagai perlindungan, pengawetan dan pemeliharaan atau dengan kata lain menjaga sesuatu dalam keadaan selamat atau aman. Berdasarkan artikel di laman web Natural History Musseum, Assessing Conservation Priority & Gap Analysis, pemilihan tempat
konservasi ditentukan melalui oleh nilai, matlamat dan keutamaan. Agak sukar

untuk membentuk kata-kata sepakat kerana ketiga-tiga faktor pada setiap individu atau sesuatu tempat itu adalah berlainan. Bagi kajian ini, nilai diversiti spesies yang terdapat pada pulau-pulau tersebut tidak semestinya menjadi faktor pemberian keutamaan. Namun, nilai diversiti boleh menjadi faktor yang boleh memberi impak yang positif juga dibandingkan dengan faktor lain. Hipotesis yang boleh digunakan dalam konteks konservasi ini adalah, semakin tinggi nilai diversiti spesies yang terdapat dalam sesuatu pulau, semakin tinggi tahap konservasi pulau tersebut. Oleh itu, tahap keutamaan konservasi bagi pulau-pulau tersebut adalah, Pulau Sipadan, diikuti Pulau Redang dan paling kurang diberi keutamaan Pulau Talang-talang. Melalui konservasi keutamaan pulau yang mempunyai lebih banyak diversiti spesies akan memelihara lebih banyak spesies, daripada konservasi pulau-pulau yang lain. Namun faktor lain bagi keutamaan konservasi juga boleh diambil kira, seperti jenis sesuatu spesies yang hanya hadir pada sesuatu tempat. Jika mengikut aliran ini, pulau yang patut diberi keutamaan konservasi adalah Pulau Redang, kerana hanya pulau tersebut menyimpan 4 jenis spesies yang tidak terdapat di pulau-pulau yang lain. Jika keutamaan tidak diberi kepada Pulau Redang, 4 spesies tersebut akan pupus buat selamanya. Jika diberi keutamaan kepada Pulau Redang, 4 spesies tersebut akan terpelihara, walaupun spesies-spesies pulau yang lain juga

10

mempunyai spesies yang hanya terdapat pada tempat tersebut, tetapi spesies tersebut juga boleh didapati di pulau-pulau lain. Malah, jika faktor lain yang ingin diambil kira adalah jumlah sesuatu spesies ingin dikekalkan pada sesuatu tempat, Pulau Redang juga boleh diberikan keutamaan. Kupu-kupu merupakan antara agen pendebungaan yang penting bagi sesuatu tempat. Oleh itu, jika agen pendebungaan ini kurang atau pupus, maka proses pembiakkan dan penyebaran sesuatu tumbuhan akan terbantut. Ini kerana jumlah kupu-kupu di Pulau Redang adalah paling sedikit, iaitu 77 ekor berbanding, Pulau Sipadan 115 ekor dan Pulau Talang-talang 100 ekor. Berdasarkan faktor-faktor tersebut, saya telah memberi keutamaan konservasi tertinggi kepada Pulau Redang, kerana jumlah kupu-kupu pada kawasan ini adalah paling sedikit dikhuatiri akan mempengaruhi ekosistem Pulau Tersebut, sederhana keutamaan kepada Pulau Sipadan kerana kepelbagaian spesiesnya, dan paling kurang keutamaan konservasi diberi kepada Pulau Talang-talang kerana semua spesiesnya boleh didapati di pulau-pulau lain, dan jumlah kupu-kupu pada pulau ini bukan paling sedikit sehinggakan boleh mempengaruhi ekosistemnya.

11

5. Jika tiada sumber untuk memulihara keseluruhan spesis, apakah kriteria yang boleh digunakan untuk menentukan fokus usaha konservasi? Kriteria lain yang boleh diambil kira adalah kadar pencemaran sesuatu tempat. Pencemaran seperti pembuangan sampah ke lautan akan mempengaruhi hidupan marin. Sebagai contoh penyu boleh kelemasan apabila terperangkap dalam plastik buangan dan ikan mati akibat bahan buangan yang bertoksik. Selain itu, kriteria lain adalah, adalah aktiviti-aktiviti manusia yang boleh membahayakan hidupan tersebut. Antara contohcontoh aktiviti ini adalah, bermain jet ski di perairan yang cetek akan mempengaruhi hidupan terumbu karang yang menjadi habitat bagi ikan. Berdasarkan aktiviti-aktiviti manusia tersebut, fokus boleh diberi keutamaan kepada pengurangan aktiviti yang meberhaya kepada persekitaran pada mana-mana pulau tersebut.

KESIMPULAN Semakin tinggi nilai Indeks Simpson D, semakin tinggi nilai kepelbagaian/ diversiti spesies di dalam setiap pulau itu. Keutamaan konservasi adalah, Pulau Redang paling tinggi, Pulau Sipadan sederhana, dan Pulau Talang-talang paling kurang keutamaaan.

12

RUJUKAN Bailey, K. D. (1994). Typologies and Taxonomies: An Introduction to Classification Techniques. Los Angeles, Sage Publications Inc. David L Hawksworth, J. L. (1995). Biodiversity Measurement and Estimation. London: Chapman & Hall. Government, A. (2011, Oktober 13). Biodiversity Conservation. Retrieved Ogos 9, 2012, from Australian Government Department of Sustainability, Environment, Water, Population and Communities Web Site: http://www.environment.gov.au/biodiversity/conservation/index.html Harris, C. L. (n.d.). Teaching Animal Molecular Phylogenetics. Retrieved September 9, 2012, from Mc Graw Hill Web Site: http://www.mhhe.com/biosci/pae/zoology/animalphylogenetics/index.mhtml Mark McGinley, J. E. (2008, Julai 22). Species diversity. Retrieved September 9, 2012, from Encyclopedia of Earth Web Site: http://www.eoearth.org/article/Species_diversity MICHAEL ALLABY. "Operational Taxonomic Unit." A Dictionary Of Ecology. 2004. Retrieved September 9, 2012 from Encyclopedia Web Site:http://www.encyclopedia.com/doc/1O14-operationaltaxonomicunit.html Natural History Museum Org. (2012). Assessing Conservsation Priority and Gap Analysis . Retrieved September 9, 2012, from The Natural History Museum Web Site: http://www.nhm.ac.uk/researchcuration/research/projects/worldmap/priority/index.html

13

Das könnte Ihnen auch gefallen