Sie sind auf Seite 1von 15

apARAHAN KEPADA KONTRAKTOR 1.

0 Penyerahan Sebutharga Pemborong-pemborong adalah dinasihatkan supaya memastikan memasuki sebutharga sebelum mengambil borang sebutharga oleh kerana tindakan akan diambil pada sesiapa yang mengambil borang sebuthraga dan tidak memasuki tawaran tersebut. Sekiranya pemborong tidak dapat menyertai sebutharga dengan sebarang sebab, borang-borang sebutharga hendaklah dikembalikan ke pejabat ini sekurang-sekurangnya tiga (3) hari sebelum sebutharga ditutup. Borang-borang sebutharga boleh didapati di Jabatan Kejuruteraan. pejabat Majlis Perbandaran Kajang pada 21HB. NOVEMBER 2008 BORANG-BORANG SEBUTHARGA TIDAK AKAN DIKELUARKAN SELEPAS 28HB. NOVEMBER 2008 Borang-borang tender yang telah diisikan dengan lengkap hendaklah ditanda dengan tajuk seperti di dalam borang tender dan hendaklah dimasukkan ke dalam atau dihantar dengan pos supaya sampai ke peti tawaran dipejabat Majlis Perbandaran Kajang pada atau sebelum 12.00 tengahari pada 28HB. NOVEMBER 2008 Majlis Perbandaran Kajang tidak akan terikat dirinya untuk menerima tawaran yang terendah sekali atau mana-mana tawaran tiada sebab akan diberi ke atas penolakan mana-mana tender. Pembayaran deposit sebutharga adalah dikecualikan untuk tawaran ini tetapi sekiranya petender menarik diri, dari sebutharga ini sebelum sesuatu keputusan dibuat, atau enggan menandatangani kontrak setelah tawaran diterima kelak, sedangkan tempoh sah tawaran masih berkuatkuasa, maka pendaftaran akan dipotong bagi kesalahan ketiga. Sebarang perkara yang tidak diisi oleh pemborong akan dianggap termasuk dalam harga untuk perkara lain. Begitu juga bagi perkara yang tidak disenaraikan tetapi dikehendaki sempurnakan mengikut pelan-pelan / Penentuan dan Tambahan / Syarat-syarat Kontrak, hendaklah dianggap termasuk dalam harga pukal (Lump Sump, Tendered Price) yang diisikan oleh pemborong. Pemborong hendaklah melawat tapak, memeriksa Penentuan dan pelan-pelan dengan teliti supaya mengetahui lingkungan kerja-kerja sebenar sebelum memberikan harga tawaran. Sekiranya timbul sebarang keraguan dan kekeliruan, Petender adalah dinasihatkan supaya berhubung dengan pejabat ini bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Pentender dikehendaki mengisi sepenuhnya dan lengkap perkara-perkara yang berikut yang menjadi sebahagian daripada Tender iaitu:-

a) Borang Sebutharga, termasuk Lampiran-Lampiran yang disertakan b)


Senarai Kuantiti dengan setiap item dihargakan dengan DAKWAT HITAM dan nilainya dijumlahkan untuk membentuk Harga Sebutharga. Di mana bahagian-bahagian dokumen yang perlu ditandatangani oleh Pentender melebihi satu muka surat, setiap muka surat bagi setiap borang hendaklah ditandatangani ringkas oleh Pentender. Kegagalan pihak Pentender untuk menyerahkan dokumen lengkap seperti yang dinyatakan di atas boleh menyebabkan Tendernya ditolak.

AKK 1

2.0

Kos Sebutharga MPKj tidak akan dipertanggungjawabkan untuk membayar apa-apa kos perbelanjaan atau kerugian yang ditanggung oleh Kontraktor di dalam penyediaan atau penghantaran Sebutharga beliau.

3.0

Perbuatan Rasuah Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan Kontraktor akan menyebabkan Sebutharga tersebut ditolak dengan serta merta.

4.0

Penerimaan atau Penolakan Sebutharga MPKj berhak untuk menolak mana-mana atau keseluruhan Sebutharga. Tanpa sebarang sekatan umum kepada kenyataan yang terdahulu, mana-mana Sebutharga yang tidak lengkap, tidak jelas atau tidak mematuhi arahan, tidak akan dipertimbangkan. Pihak MPKj adalah tidak terikat untuk menyetujuterima Sebutharga terendah atau sebarang Sebutharga, dan juga tidak perlu memberikan sebarang alasan terhadap mana-mana sebutharga yang ditolak. Kontraktor yang sebutharganya disetujuterima dikehendaki menandatangani Persetujuan Kontrak, menggunakan Borang Setuju terima seperti yang dilampirkan di dalam Dokumen Meja Sebutharga.

5.0

Setujuterima Sebutharga Kontraktor yang berjaya (jika ada) hendaklah diberitahu tentang penerimaan Sebutharganya dengan surat dalam Tempoh Sah Sebutharga atau sebarang tempoh lanjutan. Kontraktor tersebut hendaklah dengan seberapa segera sebelum memulakan kerja, mendeposit Bon Perlaksanaan untuk perlaksanaan kontrak dan polisi-polisi Insuran untuk Insuran Kerja, insuran terhadap kecederaan seseorang dan kerosakan terhadap harta benda, dan insuran Pampasan Pekerja dan/atau nombor pendaftaran di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO) dan hendaklah mengemukakan resit premium asal yang telah dibayar atau sumbangan yang telah dibuat untuk diperiksa, seperti yang dikehendaki di bawah Syarat-syarat Kontrak, dan hendaklah juga di dalam masa yang munasabah melaksanakan Persetujuan Kontrak secara formal.

6.0

Maklumat Latar Belakang, Kewangan Dan Prestasi Kontraktor Pentender-pentender hendaklah mengambil maklum bahawa penilaian Sebutharga ini akan mengambil kira dan mementingkan keupayaan pentender untuk melaksanakan projek yan ditender. Penilaian sebutharga akan dibuat berasaskan kemunasabahan harga tender. Untuk membolehkan Penilaian ini dibuat, Kontraktor dikehendaki mengemukakan dokumendokumen berikut bersama-sama sebutharganya:i. Salinan Akaun Syarikat yang telah disahkan dan diaudit oleh Juru Audit bertauliah bagi tahun kewangan setahun sebelumnya; Atau Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank mengenai Wang Dalam Tangan Pentender bagi tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup tender; Atau Salinan Laporan Bank / Institusi Kewangan atas Borang CA

AKK 2

ii.

Laporan Penyelia Projek mengenai prestasi kerja semasa pentender atas Borang FA dalam sampul surat berlakri bagi setiap kerja semasa yang dilaksanakan sekiranya kerja semasanya yang dikendalikan bukan projek MPKj.

Dokumen-dokumen ini sangatlah penting untuk membolehkan penilaian keupayaan yang sewajarnya dibuat ke atas pentender. Sekiranya pentender tidak atau gagal untuk mengemukakan dokumen ini, terutamanya dokumen-dokumen (ii) di atas, Tender pentender akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan. Sekiranya pentender gagal untuk mengemukakan salah satu atau sebahagian daripada dokumen-dokumen (i), maklumat dan data-data yang tidak dapat disemak kerana ketiadaan atau ketidakcukupandokumen-dokumen tersebut adalah tidak sah dan tidak boleh diambil kira dalam penilaian keupayaan pentender yang berkenaan melainkan maklumat atau data-data tersebut membawa kesan negatif terhadap nilai keupayaannya. Ini bermakna criteria-kriteria yang mana penilaiannya memerlukan maklumat atau data-data ini, akan diambil sebagai kosong atau negatif. 7.0 Maklumat Latar Belakang, Kewangan Dan Prestasi Pentender Disamping mengemukakan dokumen-dokumen yang tersebut di atas, pentender-pentender dikehendaki melengkapkan boring-borang berikut yang disertakan bersama Dokumen Tender ini, dengan sempurna dan mengembalikannya bersama-sama dengan tender masing-masing. a. BORANG A SURAT PENGAKUAN KEBENARAN MAKLUMAT YANG MENGESAHKAN DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIKEMUKAKAN OLEH PENTENDER MAKLUMAT AM SUB-KONTRAKTOR UNTUK KERJA PAKAR. MAKLUMAT AM DAN LATAR BELAKANG PENTENDER SENARAI KERJA KONTRAK SEMASA

b. c. d.

BORANG A1 BORANG B BORANG G

Borang-borang ini hendaklah diisi dengan maklumat-maklumat yang benar dan data-data yang tepat. Semua butiran perlu diisi dan jawapan yang jelas hendaklah diberikan terhadap semua pertanyaan di dalam boring-borang di atas. Jika perlu helaian tambahan boleh dilampirkan. BORANG A dan setiap helaian tambahan yang dilampirkan kepada borang-borang lain hendaklah ditandatangani sah oleh pentender. Semua maklumat dan dokumen-dokumen yang tersebut di atas hendaklah dikemukakan oleh pentender bersama-sama tendernya sebelum tarikh tutup tender dan pentender tidak akan berpeluang lagi untuk mengemukakannya selepas itu. Sebarang maklumat atau mana-mana dokumen tersebut yang diterima selepas tender ditutup tidak akan diambil kira dalam penilaian keupayaan pentender. Sekiranya pentender didapati memberikan maklumat palsu atau sengaja menyorok (withhold) atau tidak memberikan mana-mana maklumat yang memberikan kesan negatif terhadap keupayaan, tendernya akan ditolak dan tindakan tatatertib akan diperakukan terhadapnya.

MAKLUMAT AM LATAR BELAKANG KONTRAKTOR

BORANG A SURAT PENGAKUAN KEBENARAN MAKLUMAT DAN KEESAHAN DOKUMEN YANG DIKEMUKAKAN OLEH KONTRAKTOR Nama Kontraktor : Alamat : . . . Kepada, YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPKJ), Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. (Pihak yang akan menilai tender) Tuan,

Maklumat Latar Belakang Kewangan dan Teknikal Kontraktor


1. Kami telah membaca dengan teliti semua arahan-arahan yang terkandung dalam Arahan kepada
Kontraktor termasuk arahan yang menghendakkan kami mengemukakan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen mengenai perkara di atas bersama-sama dokumen tender kami semasa mengemukakan Sebutharga ini untuk membolehkan MPKj menilai keupayaan kami untuk melaksanakan kerja yang ditender, semasa penilaian Tender.

2. Kami faham dan mengambil maklum bahawa penilaian Tender ini akan mengambil kira dan mementingkan keupayaan kami melaksanakan kerja yang ditender. Justeru itu tender kami akan hanya dipertimbang untuk diperakukan kepda Lembaga Tender untuk disetuju terima sekiranya kami didapati berkeupayaan untuk melaksanakan projek yang ditender, mengikut penilaian MPKj berasaskan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumjen yabg kami kemukakan. 3. Kami juga mengambil maklum bahawa kami dikehendaki mengemukakan semua maklumat da dokumen-dokumen yang diminta bersama-sama tender kami sebelum Tender ditutup dan maklumat-maklumat atau dokumen-dokumen yang dikemukakan kemudian daripada itu tidak akan diterima untuk diambil kira dalam penilaian keupayaan kami. 4. Kami mengaku bahawa maklumat-maklumat dan data-data yang kami berikan bersama-sama ini di Borang B,C,CA,D,E,F,FA dan dokumen-dokumen yang kami sertakan bersamanya setahu kami adalah semuanya benar dan sah pada semua segi dan kami telah mengambil maklum dan sedar akan tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan terhadap kami dan/atau tender kami, sekiranya mana-mana maklumat , data-data dan dokumen yang kami berikan itu didapati tidak benar atau palsu.

H/1 5. Kami juga mengambil maklum dan sedar bahawa Tender kami akan ditolak (disqualified) dan tidak akan dipertimbangkan sekiranya maklumat-maklumat yang kami berikan itu tidak mencukupi atau sekiranya kami gagal untuk memberikan bersama-sama ini mana-mana maklumat dan /atau menyertakan mana-mana dokumen penting yang sangat diperlukan untuk membolehkan MPKj menilai keupayaan kami, terutamanya dokumen-dokumenberhubung dengan kedudukan kewangan dan prestasi kerja semasa kami seperti berikut : i) ii) ii) Salinan Akaun Syarikat yang telah disahkan dan diaudit oleh Juru Audit yang bertauliah, bagi dua (2) tahun kewangan terakhir. Salinan penyata Bulanan Akaun Bank mengenai Wang Dalam Tangan petender 3 bagi tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup Sebutharga. 4 Lapuran Penyelia Projek atas prestasi kerja semasa yang bukan projek MPKj atas borang FA dalam satu sampul berlakri bagi setiap kerja semasa yang sedang dilaksanakan.

6. Kami dengan ini memberi kuasa kepada mana-mana pegawai Kerajaan, jurutera-jurutera projek, bank dan institusi kewangan lain, dan lain-lain atau mana-mana orang atau firma yang berkenaan untuk memberikan maklumat-maklumat yang dianggap perlu dan diminta oleh MPKj untuk menyemak maklumat-maklumat yang kami berikan atau untuk mendapatkan maklumat tambahan. Kami mengambil maklun bahawa pihak MPKj juga boleh merujuk apa-apa maklumat yang kami kemukakan dengan mana-mana pihak termasuk Jabatan Hasil Dalam Negeri. Walau bagaimanapun kami tetap bertanggungjawab di atas maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang kami berikan bersama-sama ini. Yang Benar , .. ( Tandatangan Petender ) Nama Penuh : .. No Kad Pengenalan : . Atas Sifat : yang diberikan kuasa dengan sempurnanya untuk menandatangani Tender ini untuk dan bagi Tarikh :

pihak ( Meteri atau cop Petender ) Saksi : Tarikh :

Nama Penuh :. No Kad Pengenalan : Pekerjaan : .. Alamat :

H/2 BORANG B- MAKLUMAT AM LATAR BELAKANG KONTRAKTOR 1. Nama 2. Alamat : .. : .. .. .. No. Telefon : No. Fax : ..

3. Pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) (Sertakan Salinan Pendaftaran) i) No. Pendaftaran : : ..

ii) Tarikh daftar : .. Sah hingga iii) Kelas dan Tajuk/Tajuk Kecil

: ..

iv) Taraf (Bumiputera/Bukan Bumiputera) : .. v) Jika Bumiputera, tempoh sah taraf : Dari hingga 4. Bagi Syarikat Sdn. Bhd nyatakan : i) Modal dibenarkan : RM ii) Modal dibayar: RM i) Perniagaan Utama lain, jika ada : a) sejak .. b) sejak .. 6. Ahli-ahli Syarikat i) Ahli-ahli Lembaga Pengarah Nama Jawatan Saham Modal Dipegang

H/3 BORANG B- MAKLUMAT AM LATAR BELAKANG SEBUTHARGA (Samb.) (i) Ahli-ahli Lembaga Pengarah (Samb.)

Nama

Jawatan

Saham Modal Dipegang

ii) Ahli-ahli Pengurusan

Nama

Jawatan

Kelulusan Akademik/Iktisas

H/4
BORANG C DATA-DATA KEWANGAN A. Ringkasan harta dan liabiliti seperti yang ditunjukkan dalam Lembaran Imbangan (Balance Sheet)* yang diaudit bagi tahun kewangan terakhir. Liabiliti * (B) Semasa : RM Tetap : RM -----------------Jumlah : RM ============== Nilai Kewangan (Worth) (A B) Modal Pusingan : RM Modal Tetap Nett Worth : RM : RM

Asset * (A) Semasa : RM Tetap : RM -----------------Jumlah : RM ============== B.

Akaun Wang Di tangan (Cash in Hand)** 1. 2. Nombor Akaun : Nama dan Alamat Bank di mana akaun di buka :

C.

Kemudahan kredit (jika ada)* 1. Nama dan Alamat Bank/Institusi Kewangan yang memberi Kemudahan Kredit : 2. Bentuk dan baki amaun yang boleh digunakan untuk projek pembinaan. i) Overdraf atau Talian Kredit ii) Overdraf bercagar iii) Pinjaman Tetap yang akan/layak diperolehi untuk projek iv) : RM : RM : RM : RM

Jumlah : RM -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Peringatan Penting

Sila sertakan salinan Akaun Syarikat bagi dua (2) tahun kewangan terakhir, yang disahkan dan diaudit oleh Juru Audit bertauliah (certified Accountant) atau sekiranya tiada, bagi tahun kewangan setahun sebelumnya bagi menyokong data-data yang diberi. Tender yang tidak disertakan dengan Akaun ini akan ditolak. Sila sertakan salinan Penyata Bulanan Bank bagi tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup Tender. Tender yang tidak disertakan dengan penyata ini, akan ditolak. Sila dapat dan sertakan Laporan sulit dariapda pihak Bank/Institusi Kewangan atas format seperti Borang CA, dalam satu sampul berlakri.

H/5 SULIT BORANG CA LAPORAN BANK / INSTITUSI KEWANGAN MENGENAI KEDUDUKAN KEWANGAN PENTENDER
(Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh pihak bank atau institusi kewangan lain dan diserahkan kepada pentender dalam satu sampul berlakri untuk disertakan bersama-sama tendernya sekiranya pentender mempunyai kemudahan kredit dengan Bank/Institusi Kewangan yang berkenaan). Kepada : .. . (Pengarah JKR) Nama Pentender : .. Projek: Tender Untuk Membina dan Menyiapkan .. ..

.... .... (A) Kemudahan Kredit yang boleh digunakan untuk pelaksanaan Projek : Kemudahan Kredit yang telah lulus dan kemudahan kredit tambahan minimum yang layak diperolehi oleh pentender adalah seperti berikut : Bentuk Kemudahan Kredit ______________ Baki daripada yang telah diluluskan ______________ Tambahan Minima yang akan diluluskan _______________ RM RM RM

_____________ RM RM RM

(i) Overdraf RM (ii) Overdraf bercagar RM (iii) Talian Kredit RM (iv) Pinjaman Tetap yang akan/layak diperolehi untuk projek (v) .. RM _______________ Jumlah RM

RM _______________ RM

RM ______________ RM

_______________ _______________ (* Jika Projek diawardkan kepada Pentender) Ulasan-ulasan mengenai kedudukan kewangan dan akaun pentender :

_______________

Tandatangan untuk dan bagi pihak bank : . Bank : Nama Pegawai : . Jawatan : . Tarikh :

H/6

BORANG D REKOD PENGALAMAN KERJA (Senarai Semua Kerja Yang Disiapkan Dalam 5 Tahun Lepas)

BIL

NAMA KONTRAK/PROJEK SKOP KERJA+

DAN

NILAI KONTRAK (RM)

NILAI PETENDER* BERTANGGUNGJAWAB

TEMPOH KONTRAK **

TARIKH MILIK TAPAK

TARIKH SIAP KONTRAK SEBENAR

NAMA DAN ALAMAT PEGAWAI PENGUASA/ JURUTERA PERUNDING

NAMA DAN ALAMAT MAJIKAN

Salinan Perakuan/Pengesahan Siap Kerja bagi setiap kerja yang disenaraikan hendaklah disertakan Hanya perlu diisi sekiranya pentender melaksanakan kerja sebagai ahli Syarikat gabungan Tempoh kontrak hendaklah termasuk Lanjutan Masa yang diluluskan

**

H/7

BORANG G SENARAI KERJA KONTRAK SEMASA (Senarai Semua Kerja Di dalam Tangan/Sedang Berjalan Dan Belum Siap Termasuk Kontrak Yang Baru Diaward)

BIL

NAMA KONTRAK/PROJEK +

NILAI KONTRAK (RM)

NILAI PETENDER* BERTANGGUNGJAWAB

TEMPOH KONTRAK **

TARIKH MILIK

TARIKH SIAP KONTRAK

KEMAJUAN KERJA IKUT JADUAL (RM) SEBENAR DICAPAI (RM)

NAMA DAN ALAMAT JURUTERA PROJEK

NAMA DAN ALAMAT MAJIKAN

* ** +

Hanya perlu diisi sekiranya pentender melaksanakan kerja sebagai ahli syarikat gabungan Tempoh kontrak hendaklah termasuk lanjutan masa yang diluluskan Peringatan Penting Bagi setiap kerja semasa yang bukan projek MPKj sertakan (wajib) Laporan Penyelia Projek atas format seperti Borang GA, dalam satu sampul berlakri. Tender yang tidak disertakan dengan Laporan ini bagi setiap kerja semasa yang disenaraikan akan ditolak.

H/8

LAMPIRAN A BORANG GA LAPORAN PENYELIA PROJEK ATAS PRESTASI KERJA (BUKAN PROJEK MPKj) SEMASA PENTENDER ---------------------------------------------------------------------------------------------------------(Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh Penyelia Projek atau Pembantu Kanannya yang mengawasi projek dan diserahkan kepada Kontraktor dalam satu sampul berlakri untuk disertakan bersama-sama tendernya) Kepada : Pengarah . (U/P: .)

Nama Kontraktor : Nama Projek Yang DiLaksanakan : ---------------------------------------------------------------------------------------------------------No. Kontrak : Harga Kontrak (termasuk anggaran nilai kerja perubahan ) : RM Wang Kos Prima dan Peruntukan Sementara : RM Nilai Kerja Pembina : RM Tarikh Milik Tapak : Tarikh Penyiapan Asal : Lanjutan Masa Yang Telah Diluluskan Lanjutan Masa Seterusnya : Yang difikir/dijangka layak diperakukan Atas Sebab-sebab : (i) (ii) Tempoh Kontrak : : : hari hari minggu

Kemajuan Kerja (berdasarkan nilaian kerja yang telah dilaksanakan) : Pencapaian sebenar : Mengikut Jadual : Tarikh Kerja dijangka akan dapat disiapkan : Nilai Bahagian Kerja Yang Telah Siap Nilai Baki Kerja Yang Belum Siap : : RM

% RM

Ulasan-ulasan mengenai Prestasi Kontraktor; (Nyatakan apa-apa kepujian dan /atau kelemahan kontraktor dan juga apa-apa tindakan / perakuan yang diambil / dipertimbang berhubung dengan prestasi Kontraktor melaksanakan Kontrak) Tandatangan Penyelia Projek Nama Jawatan H/9 LAMPIRAN A : : :

Tarikh :

BORANG GA1 LAPORAN JURUTERA PROJEK ATAS PRESTASI KERJA SEMASA PENTENDER -----------------------------------------------------------------------------------------------------------(Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh Jurutera Projek atau Pembantu Kanannya yang mengawasi projek apabila diminta berbuat demikian oelh Pegawai Penilaian dan hendaklah dihantar segera dengan menggunakan mesin Fax) Kepada : Pengarah .. .. (U/P: ...)

Nama Kontraktor : Nama Projek Yang DiLaksanakan : ... ... --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------No. Kontrak : Harga Kontrak (termasuk anggaran nilai kerja perubahan ) : RM Wang Kos Prima dan Peruntukan Sementara : RM Nilai Kerja Pembina : RM Tarikh Milik Tapak : Tarikh Penyiapan Asal : Lanjutan Masa Yang Telah Diluluskan Lanjutan Masa Seterusnya Yang difikir/dijangka layak diperakukan Atas Sebab-sebab : (i) (ii) Tempoh Kontrak : : : : hari hari minggu

Kemajuan Kerja (berdasarkan nilaian kerja yang telah dilaksanakan) : Pencapaian sebenar : Mengikut Jadual : Tarikh Kerja dijangka akan dapat disiapkan : Nilai Bahagian Kerja Yang Telah Siap Nilai Baki Kerja Yang Belum Siap : RM : RM

Ulasan-ulasan mengenai Prestasi Kontraktor; (Nyatakan apa-apa kepujian dan/ atau kelemahan kontraktor dan juga apa-apa tindakan/ perakuan yang diambil / dipertimbang berhubung dengan prestasi Kontraktor melaksanakan Kontrak) Tandatangan Pegawai Penguasa/ Jurutera Projek/Wakilnya :.. Nama : Jawatan : Tarikh : H/10

Das könnte Ihnen auch gefallen