Sie sind auf Seite 1von 6

Bab 6 Kepimpinan Guru

Konsep asas kepimpinan unsur penting dalam sesebuah organisasi. Kamus Dewan(2002): keupayaan untuk memimpin. kim dan Maubourgne(1992): kebolehan seseorang untuk menginspirasikan keyakinan dan sokongan dalam kalangan sekumpulan manusia yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi. Leithwood&Janti(1999): keupayaan untuk mempengaruhi sistem kepercayaan, tindakan dan pegangan nilai ahli dalam kumpulan. kepimpinan Fidler(1997): -keupayaan manjana rasa hala tuju dan keyakinan dalam halangan pengikutnya; mempengaruhi pengikut ke arah mencapai matlamat. konsep kepimpinan robbins(2003): kebolehan untuk mempengaruhi ahli kumpulan untuk mencapai suatu matlamat.

definisi

Jenis-jenis kepimpinan

kepimpinan semula jadi


akan muncul seorang yang berpengaruh tetapi bukan dilantik secara formal untuk mengetuai kumpulan. ahli tertua, paling berpengalaman, mempunyai kemahiran interpersonal tinggisemula jadi dianggao & diterima oleh ahli sbg ketua.

kepimpinan berkarisma
diutarankan oleh Max Weber(1974). ketua sbg orang yang mempunyai kualiti istimewa/luar biasa; mempamerkan kemampuannya menyelesaikan masalah/ mengharungi krisis dengan berjaya. tidak semestinya pemimpin yang berkesan House dan Howell(1992): tret personaliti dipunyai pemimpin berkarisma termasuk: berorientasikan pencapaian, kreativiti dan inovasi; amat bertenaga dan penglibatan diri tinggi; kayakinan diri tinggi; keperluan untuk menggunakan pengaruhnya terhadap orang lain; sanggup menanggung risiko; membina, bertimbang rasa dan sensitif.

kepimpinan biokratik
berstruktur dan berfungsi mengikut prosedur yang ditetapkan. pemimpin menggunakan kuasa rasmi untuk menerajui organisasi. tujuan kepimpinan ini: memaksimakan kecekapan melalui pengurusan dengan pendekatan rasional(weber, 1989). nyata dalam organisasi sekolah atau institusi. pemimpin jarang menerokai cara baru dalam menyelesaikan masalah. sebaliknya beliau memastikan segala proses dan prosedur yang diamalkan oleh organisasi dipatuhi dan dituruti sebelum tugas itu dimajukan kepada pihak lebih tinggi. pemimpin : mempunyai akauntabiliti terhadap tugasnya, memastikan kualiti kerja dipelihara dan matlamat organisasi tercapai; berorientasikan tugas dan kurang memberi tumpuan terhadap keperluan individu; kadang-kala bersifat autokratik.

kepimpinan teragih
kepimpinan diagih dalam jaringan interaktif antara pemimpin dengan ahli. kepimpinan teragih ini PALING SESUAI untuk organisasi sekolah dan institusi pendidikan. mereka dapat manfaat daripada sokongan dan kepelbagaian kepakaran rakan. keputusan yang dibuat= keputusan bersama. membawa peningkatan keberkesanan pelaksanaan. berkait rapat dengan konsep sekolah berkesan dan kemajuan sekolah. kepimpinan teragih juga boleh digolongkan di bawah jenis kepimpinan demokratik dan kepimpinan participative

Teori-teori
pemimpin dikenal pasti mengikut tret yang dimilikinya. manusia sedia memiliki ciri atau tret yang diwarisi dan tret tertentu, sesuai untuk menjadi pemimpin berkesan. 4 tret yang secara konsisten merumuskan ciri kejayaan seseorang pemimpin: kecerdasan tinggi; bertanggungjawab; berkeyakinan dan daya tahan tinggi. tumpuan diberi kepada bagaimana pemimpin bertingkah laku dalam proses kepimpinan. mengandaikan kepimpinan yang berjaya merupakan tingkah laku yang boleh dilatih atau dipelajari secara formal atau tidak formal. program latihan direka bentuk khusus untuk mengubah/mempengaruhi tingkah laku bakal pemimpin agar gaya kepemimpinan terbaik dan paling berkesan. persekitaran organisasi yang berbeza memerlukan cara kepemimpinan yang berbezaa jika keberkesanan ingin dirasakan. kepemimpinan berkesan bergantung kepada faktor: pengikut; pemimpin; situasi(teori Kontinjensi Fiedler 1067, teori Situasi Hersey dan Blanchard 1977) yang saling mempengaruhi. tiada satu cara kepemimpinan yang terbaik, keberkesanan pemimpin bergantung pada situasi yang berupa manusia dan tugas. gaya kepemimpinan yang berbeza disesuaikan mengikut situasi dengan mengambil kira faktor-faktor penting sebelum membuat keputusan.

teori tradisional Teori Tret

teori tradisional Teori Tingkah Laku

teori tradisional Teori Situasi

teori semasa Teori Transformasi

"kepemimpinan Baharu"/ "The New Leadership". minat dan fokus beralih kepda teori ini. memberi tumpuan kepada keperluan pengikut, beliau cuba meningkatkan keperluan itu kepada aras motivasi dan kematangan yang lebih tinggi.

teori semasa Kepemimpinan Moral

memberi perhatian kepada nilai dan etika pemimpin. penggunaan kuasa dan pengaruh adalah atas pertimbangan yang baik dan benar. Sergiovanni(1992): bentuk bimbingan yang memotivasikan orang lain melalui prinsip dan pegangan nilai yang terpuji. pemimpin tidak mencari ikhtiar untuk memanfaatkan diri tetapi bertinda demi kebaikan sejagat. melengkapi dan memperkukuh gaya kepemimpinan moral melengkapi dan memperkukuh gaya kepemimpinan transformasi yang menggerakkan ahli untuk bertindak melalui motivasi diri, keyakinan diri, mengupayakan mereka untuk mengembangkan petensi yang ada.

Kepemimpinan sekolah dan guru Kepemimpinan sekolah


Sekolah yang mencapai status sekolah berkesan/ cemerlang kebolehan kepemimpinan pengetua/guru besar.

kepemimpinan guru

Model kepemimpinan sekolah yang tradisional:


Berdasarkan struktur berhierarki (kuasa dan kawalan dalam organisasi tertumpu kepada pucuk kepemimpinan).

pengaruh guru sebagai "pemimpin" tidak terhad dalam bilik darjah sahaja. satu model kepemimpinan di mana guru terlibat dalam P&P mempunyai/diberi peluang untuk memimpin(Harris&Lambert, 2003).

Masa kini (perubahan teknologi pesat, keutamaan kepada pembangunan model insan) transformasi kepemimpinan berlaku.Sistem pendidikan semakin kompleks perubahan radikal kepada cara sekolah menyediakan perkhidmatan pendidikan. Struktur hierarki organisasi sekolah yang terdiri daripada guru professional semakin berbentuk mendatar. Usaha kolaboratif, menjalin keakraban rakan sejawat cara meningkatkan amalan profesional. Kepimpinan guru dilihat melalui konteks pengurusan aktiviti sekolah, pengajaran dan masyarakat luar. Konsep guru sebagai pemimpin semakin berpengaruh kepada perubahan berlaku dalam sistem pendidikan.

pemimpin guru: guru biasa tetapi mampu membimbing/ mendorong guru lain untuk bersama-sama berusaha meningkatkan amalan profesional dan peringkat pencapaian pelajar. tahun 1993. "guru cemerlang" diperkenalkan --> kenaikan pangkat bagi pemimpin guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.

Cabaran kepemimpinan
Wawasan Pendidikan Negara P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Ibunda Transformasi Kurikulum Sekolah Rendah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) 2006-2010

Wawasan Pendidikan Negara: Dibentangkan oleh Datuk Dr.Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin, mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, pada 8-11 April 1993. Tujuan: memberi hala tuju kepada pemimpin pendidikan untuk bersama-sama melaksanakan peranan dan tanggungjawab untuk menjayakan matalamat Wawasan 2020(menjadikan Malaysia Negara maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan). Pengurusan perubahan perlu melibatkan pemimpin sekolah, guru, pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Masih banyak perlu dilaksanakan dan dimantapkan supaya system dan institusi pendidikan dapat membangunkan modal insan.

P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Ibunda: Dasar Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) diperkenal mulai Jan 2003. Pemimpin guru: o menghadapinya dengan tabah bagi meningkatkan usaha penggunaan dan penguasaan bahasa inggeris. o Sebagai tauladan menggunakan bahasa inggeris dalam perbualan, pengendalian mesyuarat dan perhimpunan. Kejayaan PPSMI bergantung kepada bentuk kepemimpinan transformasional. Mulai Julai 2009, Kementerian Pelajaran Malaysia memutuskan bahawa dasar penggunaan bahasa ibunda dalam Sains dan Matematik dikembalikan. Sekali lagi pemimpin guru dikehendaki berjuang smeula untuk membawa anak murid menghala ke tuju yang Berjaya bersama. Kepemimpinan berkesan merupakan runjang kepada budaya pengurusan perubahan dalam sesebuah organisasi.

Transformasi Kurikulum sekolah rendah: KBSR dikaji semula untuk memastikannya kurikulum holistik, tidak terlalu akademik dan membebankan selaras dengan pemantapan kurikulum sebagai fokus utama teras kedua PIPP 2006-2010. Mulai tahun 2010, KBSR diganti dengan KSSR(Kurikulum Standard Sekolah Rendah) bagi pelajar tahun 1, KSPK(Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan) bagi pelajar prasekolah. Dalam tempoh transformasi, kepemimpinan pihak atasan mainkan peranan penting. Misi Visi dan matlamat perlu diperjelaskan kepada semua lapisan staf. Keutamaan diberi untuk menangani perubahan bakal dihadapi hasil daripada transformasi kurikulum. Pemimpin guru dan sekolah perlu menunjukkan komitmen yang tinggi langkah positif pertama ke arah kejayaan.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) 2006-2010: Dilancarkan oleh Y.A.B Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi pada 16 Jan 2007. Tujuan: membangunkan system pendidikan bertaraf dunia sebagai memenuhi hasrat wawasan 2020 menjadikan Malaysia Negara maju mengikut acuan diri. Cabaran kepemimpinan: o Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh; o Meningkatkan kreativiti, inovasi dan budaya ilmu pelajar; o Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat; o Menyediakan system pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia. o Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. o Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa.

Das könnte Ihnen auch gefallen