Sie sind auf Seite 1von 4

1.

Mendefinisikan Statistik

Statisktik didefinisikan sebagai satu kaedah saintifik untuk mengumpul, menyusun, meringkas,
mempersembahkan dan menganalisis data serta membuat kesimpulan, rumusan dan keputusan
berdasarkan hasil penganalisian data tersebut.

2. Menerangkan Aplikasi Statistik

Statistik merupakan satu kaedah matematik yang boleh membantu menyelesaikan masalah-
masalah harian dan membuat keputusan sama ada dalam pentadbiran , pemasaran, perubatan,
kejuruteraan, sains sosial atau bidang-bidang yang lain. Selain itu ia juga digunakan untuk
mengukur sampel yang telah diambil dengan menggunakan kaedah-kaedah yang tertentu.

3. Membezakan Antara Statistik Perihalan dan Pentadbiran

Statistik perihalan adalah bahagian statistik yang melibatkan kaedah pengumpulan data,
menyusun, mempersembahkan data dan menganalisa data manakala statistik pentadbiran
merujuk kepada teknik-teknik menginterpretasi nilai atau membuat keputusan dan membuat
kesimpulan.

Selain itu, bagi statistik perihalan data-data dikumpul,disusun, diringkas dan


dibentangkan dalam bentuk carta, graf dan jadual yang mudah difahami digunakan untuk
mempersembahkan maklumat yang telah diperoleh, manakala statistik pentadbiran ditentukan
bergantung kepada teori kebarangkalian.
4. Membezakan antara pembolehubah Kualitatif dan Kuantitatif

Pembolehubah adalah ciri ahli-ahli populasi yang dikaji. Contoh pembolehubah yang
mengukur ciri populasi adalah umur, pendapatan, berat badan, jantina, taraf perkahwinan, jumlah
harta yang dimiliki dan sebagainya.

Pembolehubah kualitatif merupakan satu pembolehubah yang tidak dinyatakan dalam


bentuk nombor. Sebagai contoh, jantina, keturunan seseorang, taraf pendidikan, gred getah, gred
koko dan lain-lain. Pembolehubah Kuantitatf pula merupakan pembolehubah yang dinyatakan
dalam bentuk nombor, contohnya adalah tinggi, berat badan seseorang, jumlah pendapatan
bulanan, bilangan kereta yang mengunakan kereta di lebuhraya dan sebagainya. Pembolehubah
kuantitatif boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pembolehubah kuantitatif diskret dan
pembolehubah kuantitatif selanjar.

5. Menerangkan aras pengukuran : nominal, ordinal, selang dan nisbah.

Asas Pengukuran Nominal

Data adalah kualitatif yang diklasifikasikan kepada kategori sahaja. Dengan perkataan lain, ia
merupakan data yang tidak boleh diukur dan tidak ada unit ukuran yang digunakan. Data jenis ini
adalah semata-mata untuk dibilang sahaja. Jenis data lain yang tergolong dibawah kategori ini
adalah data, Jantina, bangsa, agama, jenis pekerjaan dan sebagainya. Untuk memudahkan
pemprosesan data nominal tersebut, kategori-kategori tersebut diberikan kod tertentu, 1 2 3 4…..
dan sebagainya. Kod tersebut tidak boleh digunakan untuk membuat perbandingan antara satu
sama lain. Data nominal tidak mempunyai taburan tertentu atau ia dikenali sebagai data bukan
parametrik.
Asas Pengukuran Ordinal

Ordinal membawa maksud rank atau pangkat bagi kategori. Sebagai contoh, penyelidikan dan
membuat kajian tentang mutu makanan yang dihidangkan di dalam sebuah kafe, kategori
jawapan yang diberikan ialah amat baik, baik, sederhana dan sebagainya. Kita tidak boleh
menyamakan perbezaan di antara amat baik dan baik, dengan perbezaan antara baik dan
sederhana. Untuk memudahkan penganalisaan data, kebiasaannya penyelidik memberikan kod
seperti 5 mewakili amat baik dan sebagainya.

Asas pengukuran selang

Data berukuran selang adalah data yang serupa dengan data ukuran ordinal. Tetapi jarak diantara
nilai-nilai tersebut adalah sama dan mempunyai makna. Sebagai contoh, data suhu, data umur
dan sebagainya data tersebut amat mudah diberikan rank atau pangkat dan setiap data adalah
bermakna kecuali 0, nilai-nilai tersebut boleh dibandingkan antara satu sama lain.

Asas Pengukuran Nisbah

Ukuran nisbah adalah ukuran yang tertinggi martabatnya. Ukuran ini memiliki semua sifat-sifat
data berukuran selang, seperti jarak di antara nilai adalah diketahui dan tetap, kategori data
adalah “Mutualy Exclusive” dan sebagainya. Sebagai tambahan data berukuran nisbah Berjaya
member makna kepada nilai 0, dan kadar di antara dua nilai juga memberi makna kepada
penganalisis data.
6. Mendefinisikan populasi, sampel, parameter dan statistik

Populasi

Populasi adalah seluruh kumpulan orang, objek atau barang yang dikaji atau diselidiki.
Contohnya kajian ‘Kesan sosioekonomi pesara-pesara di Semenanjung Malaysia’ pula, adalah
semua pesara-pesara di Semenanjung Malaysia.

Sampel

Sampel merujuk kepada satu kumpulan kecil yang dipilih daripada populasi. Sampel adalah
subset populasi yang dipilih untuk mewakili populasi. Contohnya kajian ‘Kesan sosioekonomi
pesara-pesara di Semenanjung Malaysia’ sample sebanyak seribu orang pesara yang dipilih
daripada semua pesara-pesara di Semenanjung Malaysia boleh digunakan.

Parameter

Parameter adalah satu nilai yang mewakili bagi ciri-ciri dalam populasi. Lazimnya nilai-nilai
bagi parameter populasi tidak diketahui kerana populasi itu terlalu besar untuk mengukur
keseluruhannya dan teknik infrensi yang bersesuaian digunakakan untuk menganggarkan nilai-
nilai parameter-parameter populasi daripada persampelan atau statistik sampel.

Statistik

Statistik merupakan satu kaedah matematik yang boleh membantu penyelesaian masalah-
masalah harian dan membuat keputusan sama ada dalam pentadbiran, pemasaran, perubatan,
kejuruteraan, sains sosial atau bidang-bidang yang lain.

Das könnte Ihnen auch gefallen