Sie sind auf Seite 1von 35

CENTER OF LEARNING AND UNDERSTANDING

SOLAT MERUPAKAN TIANG KEPADA AGAMA

Program code/class
name

pengenalan

Solat dari segi bahasa ertinya doa Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syarat-syarat yang

Dalil solat
Firman Allah swt:
Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatanperbuatan) keji dan mungkar Al Ankabut : 45

Asal usul solat

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat Nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat Nabi Muhammad di mana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak.

SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s, iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s pun bersembahyang dua rakaat. 1st : Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam 2nd : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s, iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembilah anaknya Nabi Ismail a.s,. Seruan datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat. 1st : tanda bersyukur bagi penebusan. 2nd : tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya. 3rd : tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan allah swt. 4th : tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s, tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar.

Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
1st : Kelam dengan kesalahan. 2nd : Kelam dengan air laut. 3rd : Kelam dengan malam. 4th : kelam dengan perut ikan Nun.

MAghrib
Manusia pertama yang mengerjakan solat maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu: 1st : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa 2nd : untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang 3rd : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya

isyak
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. yang pada ketika itu telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang terakhir. Lalu sembahyanglah nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. 1st : Tanda dukacita terhadap isterinya 2nd : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun 3rd : Tanda dukacita terhadap Firaun 4th : Tanda dukacita terhadap anak Firaun.

Mengapa solat penting?

akan diangkat kesempitan hidupnya di dunia akan dihindarkan daripada azab kubur menerima buku catatan amalannya melalui tangan kanan melintas titian sirat sepantas kilat akan memasuki syurga tanpa dihisab

5 keistimewaan menunaikan solat

amalan pertama disoal Rasulullah saw bersabda Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya dia menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama Siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja,maka sesungguhnya dia telah kufur dengan nyata. HR Bukhari dan Muslim

Tiang agama Solat merupakan tiang agama. Islam akan runtuh apabila Solat ditinggalkan penganutnya.

Menurut Muaz bin Jabal r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda, Mahukah kamu aku khabarkan tentang kepala, tiang dan menara semua perkara? Aku menjawab, Sudah pasti wahai Rasulullah Baginda berkata, Kepala semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah Solat dan

Rukun islam Solat termasuk dalam perkara penting selepas melafazkan dua kallimah syahadah. Ia merupakan salah satu cara individu Muslim melahirkan rasa syukur serta membuktikan keimanannya. Sabda Rasulullah s.a.w, Islam dibina atas lima perkara; Mengucap dua kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan Solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan

DISYARIATKAN TERUS KEPADA NABI

Ibadah Solat tidak disyariatkan melalui perantaraan malaikat, tetapi Allah telah mengangkat Rasulullah s.a.w ke langit dengan Allah sendiri mewahyukan fardhu solat lima waktu kepada baginda. Ini berlaku dalam peristiwa Isra & Mikraj.

membersihkan segala kesalahan dan dosa Menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, Apa pendapat kamu jika ada sungai di hadapan pintu rumah kamu yang boleh kamu mandi di dalamnya lima kali sehari, adakah masih tertinggal dakinya Mereka berkata Sudah pasti tidak akan tinggal sedikit pun dakinya Baginda bersabda Itulah perumpamaan solat lima waktu. Allah telah membersihkan segala kesalahan dengan mengerjakannnya

Membezakan muslim dan kafir


Solat membezakan antara seorang Muslim dengan kafir. Ini bermakna, meninggalkan Solat dengan segaja menjadikan seseorang itu kafir. Dari Jabin bin Abdullah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, Pembeza antara seorang lelaki Muslim dan syirik atau kufur ialah meninggalkan Solat(H.R Muslim) Hazrat Ubadah bin Somit r.a telah berkata Kekasihku Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepadaku tujuh perkara. Sabda Baginda s.a.w, Jangan menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar atau disalib. Jangan meninggalkan Solat dengan sengaja, kerana sesiapa meninggalkan Solat dengan sengaja akan terkeluar daripada agama Islam.

Perkara pertama dihisab Abu Hurairah r.a. pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, Perkara pertama yang ditanya kepada seorang hamba pada hari kiamat tentang amalannya ialah solatnya. Jika baik, dia telah berjaya dan maju. Jika rosak, dia telah celaka dan rugi. Jika amalan fardhunya kurang, Allah berkata Perhatikan adakah hamba Ku melakukan amalan sunat yang boleh menampung kekurangan amalan fardhunya. Kemudian dilakukan perkara yang sama pada amalanamalan lain

Akibat tidak menunaikan solat

Dicampak ke dalam neraka saqar Orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dgn azab iaitu Neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Apakah yg menyebabkan kamu diheret ke Neraka Saqar? Mereka menjawab, "Kami tidak menunaikan sembahyang
Neraka untuk orang munafik, yaitu orang yang mendustakan perintah Allah dan rasul. Mereka

Nilai dosa meninggalkan solat fardu

Sementara itu setengah para ulama membuat andaian berdasarkan hadis-hadis.


Orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:

subuh
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Subuh, nescaya Allah akan mencampakkannya kedalam neraka selama 60 tahun

zohor
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam

asar
Barang siapa yang meningalkan sembahyang Asar dengan sengaja dosanya sama seperti meruntukan Ka'abah

maghrib
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi org2 lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang

Isya
Barang siapa yang meninggalkan Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal didunia ini (bumi Allah) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah.Segala gerak geri adalah semata-mata dalam

Kesimpulan

Sesungguhya sebagai umat Islam dan hamba kepada Allah swt, kita wajib menunaikan solat fardu sebagai tanda kepatuhan dan taat terhadap perintah-Nya. Solat adalah tiang agama, maka sebagai umat Islam kita perlulah menunaikan solat untuk mengukuhkan tiang kehidupan. Bukti solat adalah penting turut dijelaskan melalui hadith-hadith yang di turunkan. Solat juga bukan sekadar penting oleh kerana ia adalah perintah Allah tetapi juga sebagai penenang hati jika kita di dalam kesusahan.

Rujukan

http://fa-ir.facebook.com/group.php?gid=114746508565858
http://www.scribd.com/doc/19007072/Solat-Itu-Tiang-Agama http://www2.pkink.gov.my/center/arkib/Tazkirah/KumpulanC/SEJARAH%20SOLAT%205 %20-%20Surina.pdf

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/04/26/kelebihan-sembahyang-fardhu/
http://sekolahatapaje.blogmas.com/category/110-bab1-kepentingan-solat/ http://id.wikipedia.org/wiki/Neraka

Terima Kasih Yallah! Yallah! Solat Fi Musoola!

Das könnte Ihnen auch gefallen