Sie sind auf Seite 1von 4

AL KINDI (809-873M)

Nama sebenar beliau adalah Abu Yusuf Yakub Ishaq Ibn Shabah Ibn Imran Ibn Al-Asyats Ibn Qais Al-Kindi dan lebih dikenali dengan nama Al- Kindi. Beliau berasal daripada keturunan raja-raja Ghasasinah dan dilahirkan di Kufa, Iraq sekitar tahun 800 Masihi. Bapanya adalah seorang pegawai kerajaan Abbasiyah. Beliau gigih menuntut ilmu ketika di Baghdad tetapi hanya terkenal pada zaman Khalifah alMakmun. Pendidikan Al-Kindi bermula daripada belajar membaca, menulis, mengira, dan menghafal Alquran. Setelah memasuki zaman remaja, beliau telah mempelajari bahasa dan sastera Arab, fikih dan ilmu kalam. Kemudian, beliau mencurahkan perhatiannya dalam ilmu kimia dan berbagai ilmu lain termasuklah filsafat yang berkembang di Kufah dan mendapat sokongan daripada Khalifah Al-Mamun. Beliau merupakan seorang ahli falsafah Islam, saintis, ahli astronomi, ahli kosmologi, ahli kimia, ahli logik, ahli matematik, ahli perubatan, ahli fizik dan ahli psikologi. Beliau juga adalah seorang pelopor dalam bidang kimia, sains perubatan , teori

muzik , fizik , psikologi dan ilmu falsafah.

Sumbangan Al- Kindi

1) Al-Kindi dipanggil Bapa Falsafah Islam. Sumbangan terbesar beliau terhadap perkembangan awal adalah usaha untuk membuat pemikiran daripada Greek dan Yunani dapat dicapai dan diterima dengan baik oleh orang Islam. 2) Jumlah karya Al-Kindi adalah dianggarkan lebih daripada 270 buah yang merangkumi bidang metafizik, matematik, logik, falak, geografi, muzik, geometri, perubatan dan ilmu-ilmu yang lain. 3) Al-Kindi telah berjaya menemui pelbagai not muzik yang mana apabila digabungkan akan menghasilkan harmoni. Al-Kindi juga berpendapat bahawa muzik termasuk dalam disiplin ilmu sains, di samping turut berhubung rapat dengan matematik dan memberi kesan terhadap kesihatan. 4) Al-Kindi telah mengembangkan ilmu falak pada zaman Khalifah al-Mamun, al-Mutasim dan al-Mutawakkil, Bani Abbasiyah di Baghdad. 5) Al-Kindi juga disenaraikan salah seorang ahli falak yang amat berjasa dalam dunia astronomi. Diantara hasil kerja beliau ialah kajian tentang optik, gelombang, monograf pasang surut, peralatan astronomi, ruang dan waktu dan kaedah penghitungan untuk bulatan. 6) Al-Kindi juga adalah seorang ahli matematik yang agung. Beliau telah mengulas dan menerangkan tentang manuskrip pernomboran India,

kesepaduan angka, garis dan pendaraban nombor, kuantiti bandingan, kirakira perkadaran dan masa, kaedah-kaedah pengangkaan dan pembatalan dalam satu ungkapan persamaan dan teori keselarian. 7) Al-Kindi telah menulis 16 buah buku berkenaan falak, 12 buah buku fizik, 11 buah buku arithmatik dan geometri 32 buah buku. Diantara tajuk buku-buku beliau ialah Tanjim Ikhtiya-rat al- Ayyam, Ilahyat-e-Aristu, al-Mosiqa, Mad-oJazr dan Aduiyah Murakkaba.

Sumbangan Al-Kindi dalam bidang falsafah terhadap tamadun dunia.

Al-Kindi merupakan ahli falsafah Peripatetik Islam pertama dan beliau terkenal dengan usahanya memperkenalkan falsafah Greek kepada dunia Arab serta pengasas kriptologi dan fizik. Sebelum beliau melahirkan pemikiran falsafahnya, beliau terlebih dahulu mempelajari dan mendalami falsafah Yunani melalui karya-karya terjemahan ke dalam bahasa Arab. Selepas itu, barharulah beliau mengemukakan falsafahnya. Al-Quran dan Al-Sunnah dijadikan panduan sebagai sumber dan akidah serta syarak dan akhlak. Banyak pihak tertarik untuk mendalami falsafah apabila falsafah Greek dibawa masuk ke dalam masyarakat Islam seperti Al-Khindi. Beliau seorang ahli falsafah Islam yang agung. Pengetahuan yang luas dalam ilmu dan pemikiran Greek dan hampir mahir dalam semua cabang yang ada. Jumlah karyanya dianggarkan lebih daripada 270 buah, mencakupi bidang metafizik, matematik, logik, falak, geografi, muzik, geometri, perubatan dan ilmu lain. Semua itu masih terkumpul

hingga sekarang. Beliau sangat teliti dalam penggunaan istilah dan menjadikan matematik sebagai asas. Pandangan beliau tentang falsafah ialah matematik perlukan pengendalian. Pendekatannya kepada bidang falsafah bukanlah hasil pemikiran yang asal, tetapi merangkumi penulisan Aristotelian dan Plato. Bagaimanapun, hasil kerjanya amat penting kerana beliau memperkenalkan dan mempopularkan falsafah Yunani di kalangan cendekiawan Muslim. Kebanyakan apa menjadi perbendaharaan falsafah piawaian Arab berasal daripada al-Kindi, dan sesungguhnya, jika tidak kerana al-Kindi, hasil kerja ahli falsafah seperti al-Farabi, Ibn Sina, dan al-Ghazali mungkin tidak mencapai tahap yang mengagumkan. Beliau dikatakan telah menghasilkan 263 karya falsafah sama ada yang besar ataupun kecil. Keagungan pemikirannya diakui oleh ahli-ahli falsafah Barat sendiri dan sebahagian karyanya diterjemah ke dalam bahasa-bahasa Eropah terutamanya Latin dalam abad pertengahan. Beliau mendapat kemashuran yang tinggi di Eropah di zaman pertengahan . Ibn Nadim, Al Qifti, Ibn Usaibiah dan Ibn Nabatah telah membilang karya-karya beliau dan mendapati penghasilan beliau mencukupi keseluruhan bidang Ilmiah.

Das könnte Ihnen auch gefallen