Sie sind auf Seite 1von 2

TEMA 1: MASYARAKAT

MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN & ENGLAND PADA ABAD 16-17


Apa itu feudalisme? 1. Definisi feudalisme: a. (fudalisme) sistem kemasyarakatan yang dikuasai oleh kaum bangsawan b. sistem pembahagian tanah kepada kaum bangsawan di Eropah pada zaman dahulu (dengan kaum petani yang mengusahakan tanah diwajibkan memberikan khidmat kepada kaum bangsawan yang menjadi tuan punya tanah). 2. Takrif: a. Takrif pertama menekankan bahawa feudalisme ialah satu bentuk organisasi politik dan sosial yang mempunyai kelas atau susun lapis tertentu iaitu mengikut susun lapis hierarki. b. Takrif umum yang kedua, feudalisme membawa maksud satu sistem hubungan bertimbal balas yang yang berdasarkan ketaatsetiaan antara dua kumpulan manusia bebas. Di Malaysia zaman feudalisme dapat dilihat pada zaman perintahan raja atau sultan iaitu zaman sebelum campur tangan penjajah di Tanah Melayu khususnya kuasa british. Ciri-ciri feudalisme Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut hierarki. Berbentuk piramid. Dipecahkan kepada dua golongan iaitu golongan yang memerintah (raja, kerabat diraja dan golongan bangsawan) dan golongan diperintah (rakyat biasa). Raja berkuasa mutlak dan mempunyai kedudukan tertinggi. Hubungan antara raja dengan rakyat biasa adalah melalui golongan pembesar. Hubungan antara golongan pemerintah dengan golongan diperintah wujud dengan konsep golongan pemerintah memberi perlindungan kepada golongan yang diperintah manakala golongan diperintah pula memberi taat setia kepada golongan pemerintah.

1. 2. 3. 4.

FEUDALISME DI ENGLAND Feudalisme ialah susunan masyarakat yang berperingkat-peringkat pada zaman pertengahan awal mengandungi raja, vassal (bangsawan) dan serf (petani dan rakyat biasa) Raja memiliki tanah dan menyerahkan tanah kepada vassal untuk diusahakan atas balasan taat setia yang dicurahkan oleh vassal. Vassal pula akan menyerahkan sebahagian hasil tanaman. Lama-kelamaan vassal akan semakin kaya dan berkuasa manakala kuasa raja akan terancam Oleh itu, raja menggunakan wang daripada hasil tanaman membentuk angkatan tentera untuk memerangi vassal Dengan ini, negara bangsa akan wujud apabila raja menyatukan kawasan persekitaraan daripada kelompok bangsa yang sama

Das könnte Ihnen auch gefallen