Sie sind auf Seite 1von 20

AKIDAH

NAMA : NUR AFNI IZYANI BINTI ZAINUDDIN


PRAKTIKUM : E1T2 NO. MATRIX : MT1222543556

KONSEP AKIDAH

PENGENALAN AKIDAH

Ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah swt dan sifat-sifat kesempurnaanNya. Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah swt. Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada al-Quran dan As-Sunnah.

PENGERTIAN AKIDAH

BAHASA: simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat. ISTILAH: ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya.

Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifatsifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan.

KEPENTINGAN AKIDAH
Kepentingan Akidah Dalam Kehidupan Manusia Akidah Sebagai Asas Akidah Sebagai Penentu atau Pendorong Penyelewengan Dan Kerosakan Akidah Melalui Percakapan atau ucapan Melalui Perbuatan Melalui Iktikad dalam hati

Kepentingan Mempelajari Ilmu Akidah Antara beberapa kepentingan mempelajari ilmu akidah termasuklah: Supaya terhindar daripada ajaran-ajaran sesat yang akan merosakan akidah seseorang terhadap Allah swt. Meneguhkan keimanan dan keyakinan kepada sifat-sifat kesempurnaanNya Memantapkan akidah seseorang supaya tidak terikut dan terpengaruh dengan amalan-amalan yang boleh merosakan akidah. Audit dan Timbangan Amalan. Antaranya perkara yang akan dialami oleh manusia di akhirat ialah hisab dan timbangan amalan. Balasan Syurga dan Neraka. Berdasarkan nas-nas al-Quran menunjukkan bahawa orang yang mempunyai amalan baiknya banyak sehingga memberatkan timbangan amalan baik ia akan dimasukan ke dalam syurga, manakala mereka yang sebaliknya akan dimasukan ke dalam neraka. Dapat mengeluarkan hujah-hujah yang boleh mematahkan hujah daripada pihak lawan yang cuba memesongkan akidah

Pembinaan Akidah

Memahami konsep Islam yang sebenarnya dan memahami konsep akidah secara khusus Membersihkan hati dengan cara meninggalkan dosa dan melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah Sentiasa berjihad melawan nafsu dan syaitan untuk beriltizam dengan Islam Bersama-sama dengan orang-orang yang soleh atau sentiasa mencari suasana yang baik Sentiasa berdoa memohon pimpinan Allah Bertawakal kepada Allah

TAUHID RUBUBIYAH

Maksud Tauhid Tauhid bermaksud menunggalkan dan menjadikan sesuatu sebagai tunggal yakni satu. Adapun makna tauhid dalam istilah adalah: Mengesakan Allah s.w.t dalam RububiyahNya, UluhiyahNya, dan kesempurnaan Zat, Sifat, dan Nama-nama yang terpuji.[Lihat: Aqidatut Tauhid, Soleh al-Fauzan, 21].

Tauhid Rububiyah bermaksud hanya Allah sahaja sebagai Rabb (pencipta, pemilik, pemerintah, memberi rezeki dan seumpamanya). Tidak boleh dijadikan, dianggap atau dirasakan yang lain sebagai rabb atau bersama-sama Allah menjadi Rabb.

Bahagian Tauhid Maka difahami daripada takrif ini, Tauhid itu terbahagi kepada tiga jenis:

Pertama: Rububiyah yakni kita berkeyakinan dengan sepenuh hati bahawa hanya Allah s.w.t sahaja pencipta dan pentadbir alam ini. Hanya Dia lah Tuhan yang wujud mencipta, menghidup, mematikan, memberi rezeki, dan menarik rezeki dalam Alam semesta ini. Dia lah satu-satunya Zat yang mengatur perjalanan dan percaturan alam ini dan tidak ada sekutu bagiNya dalam perkara ini.

ALLAH YANG MAHA PENCIPTA, MAHA KUASA DAN MAHA PENGATUR

Rububiyah Allah adalah mengesakan Allah dalam tiga perkara yaitu penciptaan-Nya, kekuasaan-Nya, dan pengaturan-Nya. (Lihat Syarah Aqidah Al Wasithiyyah Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin hal 14)

Bukankah kebanyakan dari manuasia itu tidak mengenal Allah dengan sebenarnya ' Awaluddin Ma'rifatullah /awal agama mengenal Allah" mengenal Allah tidak hanya kenal nama dan tidak kenal dengan Yang Empunya Nama, kalau tidak mengenal Allah dengan sebenarnya kemungkinan akan bertingkah laku, beranggapan, berapresiasi terhadap sesuatu termasuk kepada Syirik (Menyekutukan Allah) inilah dosa yang tidak akan diampunkan. " Dosa walau sepenuh langit dan bumi akan diampunkan Oleh Allah Yang Maha Pengampun kecuali dosa syirik (menyekutukanNya)atau Bagaimana mungkinkah untuk memahami arti atau maksud kalimat "mendekatkan diri kepada Allah" sedang Allah itu lebih dekat dari urat leher kita ? atau iman (percaya) sedangkan kita belum kenal, atau setengah kenal, kemungkin juga kita belum iman atau setengah iman.

Dalil Tauhid ini adalah firman Allah s.w.t:

Maksudnya: Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [al-Fatihah: 2].

Kalimah Rabb dalam bahasa bermaksud: Tuan yang ditaati dan Pengurus sesuatu perkara untuk kebaikan.

Dalil bagi Tauhid ini awalnya firman Allah s.w.t:


(1) (2) )4( (3)

Maksudnya: Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari

Dalam ayat ini Allah s.w.t menetapkan bagi diriNya nama Allah yang menetapkan sifat Ilahiyah (Ketuhanan) bagi zatNya, nama AlRahman dan al-Rahim yang menetapkan sifat al-Rahmah (kasih sayang), al-Rabb yang menetapkan sifat Rububiyah bagi zatNya, alMalik yang menetapkan sifat al-Mulk (Pemerintahan) bagi zatNya.

Demikian juga surah al-Ikhlas ayat pertama hingga akhir yang menceritakan sifat-sifat Allah s.w.t:
(1) (2) (3) )4(

Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa;Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Sebab turun surah ini adalah kaum musyrikin bertanya kepada Rasulullah s.a.w : Sifatkanlah Tuhanmu kepada kami bagaimanakah Dia?lalu Allah s.w.t menjawab pertanyaan mereka itu dengan surah al-Ikhlas. [al-Tabari, 24/687]. Maka diketahui surah al-Ikhlas menceritakan sifat Allah s.w.t kerana ia menjawab pertanyaan kaum musyrikin berkenaan sifat Allah s.w.t. Ini menolak akidah Hizb-ut-Tahrir yang mengatakan kalimah sifat tidak warid (tidak ada) digunakan kepada Allah s.w.t.

Ini merupakan noktah penting untuk difahami dengan baik iaitu Tauhid Rububiyah dipercayai dan diimani bukan sahaja oleh orang Islam tetapi juga kebanyakan manusia yang syirik. Tauhid Rububiyah adalah sabit dengan fitrah manusia yang sejahtera dan mereka yang melakukan syirik dalam Rububiyah ini adalah makhluk yang peling jelik dan buruk pekertinya seperti Tukang Sihir, Orang percaya kepada keramat orang mati dan penunggu serta lainnya yang mempercayai ada makhluk yang mampu mentadbir alam ini selain Allah dan tidak terkecuali kaum Komunis yang langsung menafikan kewujudan Tuhan, kekufuran mereka ini lebih kufur daripada Iblis.Nauzubillah min zalik.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, konsep akidah amat mudah dipelajari dan difahami secara umum kepada sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan akidah secara istiqamah(berterusan). Secara tidak langsung, masyarakat yang mengamalkan konsep akidah yang betul akan melahirkan sebuah negara yang tinggi ilmu, amal dan akhlaknya.

Das könnte Ihnen auch gefallen