Sie sind auf Seite 1von 4

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR MATEMATIK

TAHUN 3

Mata Pelajaran Topik Masa Standard Pembelajaran

: Matematik Tahun 3 : Perpuluhan : 60 minit 7.1 (i) Menamakan pecahan perseratus : 7.1 (ii) Menukarkan pecahan perseratus kepada perpuluhan

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: a. Menamakan pecahan perseratus dengan betul berpandukan petak seratus b. Menukarkan pecahan perseratus kepada perpuluhan dengan betul Aktiviti pengajaran dan pembelajaran: FASA PERSEDIAAN Murid melengkapkan jigsaw -puzzle pada kad petak yang disediakan oleh guru di papan tulis. Minta murid menyebut gambar yang telah terhasil. Guru menguji pengetahuan sedia ada murid mengenai pecahan persepuluh menggunakan gambarajah yang telah dilengkapkan. FASA IMAGINASI


Seratus di hadapan.

Guru menunjukkan Petak Seratus di papan tulis. 2 orang murid diminta melorekkan beberapa petak pada Petak

kuat beramai-ramai. kesemua kotak seratus.

Minta murid membilang kotak yang telah dilorekkan dengan Murid menyebut pecahan kotak yang berlorek itu daripada

1 JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR MATEMATIK

TAHUN 3

Contoh :

Bahagian yang berlorek ialah 19 daripada 100. Pecahan : 19 100 Guru mengulangi aktiviti sehingga murid menguasai pecahan perseratus daripada petak seratus yang telah digunakan. Guru membimbing murid menukar pecahan perseratus kepada perpuluhan. Contoh : 19 = 0.19 100 Guru mengembangkan konsep perpuluhan melalui aktiviti Ular Pulang Ke Sarang Guru menerangkan kepada murid bahawa nombor pecahan boleh ditukar kepada nombor perpuluhan. Guru meminta murid memerhati berapa banyak digit selepas titik perpuluhan Sekiranya terdapat satu sahaja digit selepas titik perpuluhan,maka perpuluhan tersebut adalah persepuluhan. Sekiranya terdapat dua atau tiga digit selepas titik perpuluhan, maka perpuluhan tersebut adalah perseratus FASA PERKEMBANGAN Murid dibentuk kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan lembaran yang mempunyai petak seratus dan satu kad manila. Murid perlu gunting petak seratus dan tampalkan pada kad manila.

2 JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR MATEMATIK

TAHUN 3

Kemudian , mereka perlu mewarnakan petak seratus mengikut nombor pecahan yang diberikan oleh guru dan menukarkan kepada nombor perpuluhan dengan menggunakan jadual.

Contoh : Petak Seratus Nombor Pecahan Nombor perpuluhan

28 100

0.28

Murid menunjukkan jadual perkaitan diantara nombor pecahan, nombor perpuluhan dan gambarajah pecahan melalui perbentangan kumpulan.

FASA TINDAKAN Murid main permainan Kotak Beracun. Guru mengedarkan lembaran kerja . Murid menjawab soalan yang telah diberikan. Guru membimbing murid yang lemah untuk membuat tugasan.

3 JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR MATEMATIK Elemen Merentas Kurikulum (EMK): Bahan Bantu Belajar: Petak seratus, kad imbasan pecahan, kad gambar, kotak, gunting, warna Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran: Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p, aktiviti dan latihan. Refleksi: Kreativiti dan Inovasi

TAHUN 3

5 daripada 36 murid yang belum mencapai objektif pembelajaran akan dibimbing dalam kelas akan datang.

4 JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG

Das könnte Ihnen auch gefallen