Sie sind auf Seite 1von 17

BAB

6
TEMA 11
( HURAIAN SUKATAN PELAJARAN SEJARAH SMA BARU

Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia


Sejarah Dunia Tingkatan 5
Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia

Cadangan Ke arah Pembentukan Malaysia

Faktor-Faktor Pembentukan Malaysia

Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia Perjanjian Malaysia 1963

LangkahLangkah Pembentukan Malaysia

Inti Pati Perjanjian Malaysia 1963

Politik Sosial Ekonomi

Dalam Negeri Luar Negeri

http://www.fordham.edu/halsall/mad/1963manila1.html http://www.lib.uum.edu.my/website/merdeka/ http://www.lib.uum.edu.my/website/merdeka/

Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin

6283230

Bab 6

Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia

Tema 11 dalam Huraian sukatan pelajaran sejarah SMA Baru 2004

Menjelaskan cadangan idea gagasan Malaysia oleh tokohtokoh tempatan Membincangkan sebab-sebab pembentukan Malaysia Menyatakan reaksi dalam negeri dan luar negara Menjelaskan langkah-langkah pembentukan Malaysia Menyenaraikan isi-isi perjanjian Malaysia pada tahun 1963.

Pengenalan
1. Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 0gos 1957 dan terdiri daripada sembilan buah negeri. 2. Singapura telah diletakkan di Luar Persekutuan Tanah Melayu seperti yang terkandung dalam dua perjanjian terdahulu iaitu Malayan Union ( 1946 )dan Persekutuan Tanah Melayu( 1948). 3. Sarawak dan Sabah telah dikekalkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British 4. Brunei pula masih berada di bawah lindungan kerajaan British. 5. Negara dan bangsa Malaysia terus diperkukuhkan dengan idea untuk membentuk Negara Malaysia dengan mengabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu. 6.1 Cadangan Ke Arah Pembentukan Malaysia

Koridor Sejarah
Perkataan Malaysiatelah digunakan sejak abad ke-19 lagi yang digunakan untuk merangkumi semua pualu daripada separuh bahagian selatan Asia Tenggara iaitu dari bahagian utara Sumatera meluas hingga ke bahagian timur pulau-pulau rempah.

1. Cadangan untuk membentuk sebuah Negara Malaysia telah dikemukan sejak awal abad ke-19 lagi. 2. Cadangan pertama telah dikkemukakan oleh Lord Brassey ( Pengarah Syarikat Borneo Utara ). 3. Beliau telah mencadangkan agar kerajaan British menggabungkan Sarawak dan Sabah ( Borneo Utara ) dengan negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. 4. Pada tahun 1948, Sir MalcolmDonald yang merupakan Gabenor Jeneral Asia Tenggara ( 1949 1952 ) telah mencadangkan supayan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan. Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin

Sudut Uji Minda


Mengapakah idea pembentukkan Malaysia ini di mulai oleh tokoh Barat?

5. Pada tahun 1956, Dato Onn Jafar telah mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai Malaysia.

Fokus SPMObjektif Soalan : Pada tahun 1959, Lee Kuan Yew telah mendesak Britsih untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman mengenai cadangan pengabungan antara Tanah Melayu dan Singapura. Apakah reaksi Tunku dengan cadangan tersebut? A. Menolak cadangan Lee Kuan Yew B. Menerima Cadangan tersebut C. Membuat perundingan dengan pihak British terlebih dahulu D. Mengadakan pungutan suara Jawapan : A. Menolak cadangan Lee Kuan Yew Fakta ; Tunku Abdul Rahman tidak bersetuju dengan cadangan ini kerana ia akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan penduduk. Bukti : Rujuk tajuk Cadangan Ke Arah Pembentukan Malaysia halaman 137 Buku Teks Sejarah Tingkatan 5.

Idea pembentukan Malaysia

Lord Brassey Malcom MacDonald Dato Onn Jafar Pemimpin Singapura

6. Ini kerana pada suatu masa nanti British akan menggabungkan negeri Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. 7. Pemimpin Singapura seperti LimYew Hock, David Marshall dan Lee Kuan yew telah juga membuat cadangan untuk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. 8. Pada tahun 1959, Lee Kuan Yew telah mendesak Britsih supaya berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja. 9. Tunku Abdul Rahman tidak bersetuju dengan cadangan ini kerana ia akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan penduduk. 10. Pada 27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman telah bersetuju dengan gagasan pembentukan Malaysia.

Fokus SPM Esei


Soalan : Idea pembentukan Malaysia telah dikemukakan sejak abad ke 19 lagi. Nyatakan idea-idea cadangan tersebut? Jawapan Berdasarkan Isi-isi penting :

Lord Brassey Malcom MacDonald Dato Onn Jafar Pemimpin Singapura


Esei : Pelajar harus menghuraikan isi-isi berkenaan satu persatu. Lihat tajuk Cadangan Ke Arah Pembentukan Malaysia pada halaman 68 buku teks Sejarah Ting. 5.

Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin Peta : Pembentukan Malaysia

11. Perrsetujuan tersebut telah dibuat dalam majlis makan tengah hari anjuran Persatuan wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi, Singapura. 12. Tunku berharap Negara Malaysia yang akan dibentuk dapat menjamin satu kedudukan politik yang lebih kukuh dan disegani di rantau ini. 13. Menurutnya lagi Pembentukan Malaysia memerlukan kerjasama antara British dengan rakyat tempatan.

Fokus SPMObjektif Soalan : Mengapakah Lee Kuan Yew ingin mengabungkan Singapura dengan Tanah Melayu yang disebabkan oleh ancaman pengaruh Komunis? I. Pengalaman Tanah Melayu dalam membenteras Komunis II. Kemenangan Barisan Sosialis III. Kemenangan Parti PAP IV. Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu A. B. C. D. I dan II I dan III I dan IV II dan IV

6. 2 Faktor-Faktor Pembentukkan Malaysia

Sosial

Kependudukan

Faktor-Faktor Pembentukan Malaysia

Ekonomi

Kerjasama Ekonomi

Jawapan : I dan II Fakta ; Ini berikutan Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya ( PKM ) sepanjang tempoh darurat Bukti : Rujuk tajuk Faktor Politik halaman 139 Buku Teks Sejarah Tingkatan 5.

Politik Fokus SPM Esei


Soalan : Idea pembentukan Malaysia telah mendapat sokongan yang baik daripada Tunku Abdul Rahman. Apakah factor-faktor yang membolehkan Berlakunya Pembentukan Malaysia? Jawapan Berdasarkan Isi-isi penting : Sosial Kependudukan Ekonomi kerjasama Ekonomi Politik Keselamatan Politik Kemerdekaan Politik Dekolonisasi Esei : Pelajar harus menghuraikanisi-isi berkenaan satu persatu. Lihat tajuk FaktorFaktor Pembentukkan Malaysia pada halaman 139-140 buku teks Sejarah Ting. 5.

Keselamatan Dekolonisasi

Kemerdekaann

6.2.1 Faktor Politik

Ancaman Keselamatan ( Komunis ) 1. Perkembangan pengaruh Komunis di Asia Tenggara terutamanya di Singapura telah menimbulkan kebimbangan Lee Kuan Yew. 2. Beliau telah menggunakan alas an ini untuk mendesak British menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. 3. Ini berikutan Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya ( PKM ) sepanjang tempoh darurat. Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin

4. Pengaruh ini semakin ketara apabila Barisan Sosialis di bawah pimpinan Lim Chin Siong telah memenangi pilihhanraya kecil pada tahun 1961. 5. Kemenangan ini akan melemahkan parti pimpinan Lee Kuan Yew iaitu parti Tindakan Rakyat ( PAP ). 6. Perkembangan ini telah membimbangkan Lee Kuan Yew kerana ia akan menggugat rancangan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Singapuran memandangkan Barisan Sosialis adalah gerakan yang berhaluan kiri. 7. Tunku Abdul Rahman juga telah bersetuju dengan idea pembentukan Malaysia ini kerana wujudnya ancaman Komunis di Sarawak yang diperjuangkan oleh Clandestine Communist Organization ( CCO ). 8. CCO bermatlamat untuk menjadikan Sarawak sebagai sebuah Negara Komunis. 9. Tunku berharap dengan kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak akan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi menghadapi ancaman komunis. Mempercepatkan Kemerdekaan 1. Penubuhan Malaysia akan membolehkan Singapura, Sabah dan Sarawak mendapat kemerdekaan tanpa berusaha secara bersendirian. 2. Ia akan menjamin kemerdekaan yang lebih awal kerana mengikut perancangan, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun sahaja. 3. Ini akan membantu negeri-negeri tersebut menikmati pembangunan social, ekonomi dan politik. Dekolonisasi British 1. Dalam perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) pada tahun 1960 telah menimbulkan usul agar tanah jajahan dimerdekakan. 2. Penubuhan Malaysia ialah satu proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun. 3. Kejayaan pembentukan Malaysia nanti diharapkan dapat memberikan kestabilan politik kepada rantau Asia Tenggara. 4. Pembentukkan Malaysia nanti akan dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura dan wilayh-wilayah Borneo. 5. British juga perlu mengambil langkah-langkah kea rah memastikan kepentingan mereka terus terkawal terutamanya pengkalannya di Singapura.

Fokus SPMObjektif Soalan : Idea pembentukan Malaysia telah dicadangkan oleh ramai tokoh politik termasuklah Tunku Abdul Rahman sendiri. Apakah kepentingan dari segi politik terhadap pembentukan Malaysia? I. II. Menyekat pengaruh Komunis Mempercepatkan kemerdekaan Singapura, Sarawak dan Sabah Kekalahan Parti Pimpinan Lee Kuan Yew Dekolonisasi British I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

III.

IV. A. B. C. D.

Jawapan : B-I, II dan IV Fakta ; Ancaman Keselamatan ( Komunis ), Mempercepatkan Kemerdekaan dan Dekolonisasi British Bukti : Rujuk tajuk Faktor Politik halaman 139 Buku Teks Sejarah Tingkatan 5.

Unsur Patriotisme
Ketokohan Tunku Abdul Rahman dalam memenangi isu pembentukan Malaysia memperlihat kemampuan sebuah Negara yang baru merdeka ..

Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin

Fokus SPMObjektif

6.2.1 Faktor Ekonomi


Soalan : Faktor Pembentukan Malaysia Faktor Sosial

1. Penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dan akan dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber yang ada di negeri-negeri ini. 2. Ia juga akan mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian. 3. Gabungan bahan mentah yang terdapat di Sabah, Sarawak dan Brunei akan memperkukuhkan lagi ekonomi Malaysia.

6.2.3 Faktor Sosial

Rajah di atas adalah berkaitan dengan faktor pembentukkan Malaysia. Pilih kenyataan yang tepat berkaitan dengan rajah di atas? I. Mengimbangkan Jumlah penduduk di Tanah Melayu II. Mengawal jumlah penduduk Persekutuan Tanah Melayu III. Mengawal jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di Malaysia IV. Megawal kemasukan kaum imigran Cina ke Malaysia A. B. C. D. I, dan II I dan III II dan III II dan IV

1. Kemasukan Sabah, Sarawak dan Brunei akan dapat mengimbangkan jumlah penduduk antara kaum bumiputra dan bukan bumiputra. 2. Ia juga akan dapat mengawal jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di kalangan negeri anggota Malaysia. 6.3 Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia

6.3.1 Reaksi Dalam Negeri

1. Kebanyakan rakyat Persekutuan Tanah Melayu menyokong penubuhan pembentukan Negara Malaysia. 2. Mereka melihatnya sebagai usaha murni untuk membantu dan memimpin negeri-negeri anggota. 3. Pengalaman yang ada pada Pesekutuan Tanah yang telah merdeka menjadi satu asset penting yang boleh digunakan untuk memajukan Malaysia yang akan ditubuhkan. 4. Begitu juga dengan parti-parti politik yang terdapat di Tanah Melayu turut menyokong penubuhan Malaysia, Cuma terdapat perbezaan dari segi pelaksanaanya sahaja. 5. Parti Islam Setanah Melayu ( PAS ) dan Barisan Sosialis meminta supaya idea ini dirundingkan terlebih dahulu di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu. 6. Parti UMNO telah bersetuju menggabungkan dengan Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa Singapura.

Jawapan : B- I dan III Fakta : Kemasukan Sabah, Sarawak dan Brunei akan dapat mengimbangkan jumlah penduduk antara kaum bumiputra dan bukan bumiputra. Ia juga akan dapat mengawal jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di kalangan negeri anggota Malaysia Bukti : Rujuk tajuk Faktor Sosial halaman 140 Buku Teks Sejarah Tingkatan 5.

Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin

Fokus SPMObjektif

Reaksi Singapura 1. Lee Kuan Yew bersama dengan partiya iaitu PAP telah menyokong usaha pengabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura kerana bimbang dengan pengaruh Komunis. 2. Pada Disember 1961, Majlis Undangan Negeri Singapura telah meluluskan usul penggabungan ini. 3. Hasrat penggabungan ini telah ditentang oleh pembangkang Singapura iaitu Barisan Sosialis yang menganggap pembentukan Malaysia merupakan satu penjajahan bentuk baru. 4. Mereka mahukan agar pandangan rakyat Singapura diperolehi telebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu. 5. Parti Buruh pimpinan David Marshall dan parti Rakyat Bersatu atau United Peoples Party pimpinan Ong Eng Guan juga menggesa kerajaan Singapura mendapatkan pandangan rakyat terlebuh dahulu. 6. Pada 1 September 1962, Satu referendum tentang persoalan dan syarat penggabungan telah diadakan. 7. Dalam Referendum tersebut, pengundi-pengundi Singapura memilih penggabungan di adakan mengikut cadangan kerajaan Singapura seperti yang dipersetujui dengan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan November 1961. Reaksi Di Sarawak 1. Reaksi awal cadangan pembentukan Malaysia di Sarawak adalah menolak cadangan tersebut. 2. Sarawk telah dijajah melebihi satu abad yang menyebabkan ramai penduduknya ingin kekal di bawah pemerintahan British. 3. Mereka masih belum ada keyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiri. 4. Sebelum ini peluang mereka dalam bidang politik adalah terhad. 5. Parti-parti Politik yang terdapat di Sarawak sebelum cadangan pembentukan Malaysia adalah : Parti
Parti Bersatu Rakyat Sarawak ( SUPP ) Parti Negara Sarawak (PANAS)

Soalan : Hasrat Lee Kuan Yew untuk bergabung dengan Malaysia telah mendapat bantahan daripada parti pembangkang di Singapura. Manakah antara berikut merupakan antara parti-parti politik yang menentang pembentukan Malaysia? I. II. III. IV. A. B. C. D. PAP Barisan Sosialis Parti Buruh Parti Rakyat Bersatu I, II dan III I, II dan IV I, III dam IV II, III dan IV

Jawapan : D- II, III dan IV Fakta : Hasrat penggabungan ini telah ditentang oleh pembangkang Singapura iaitu Barisan Sosialis, Parti Buruh pimpinan David Marshall dan parti Rakyat Bersatu atau United Peoples Party pimpinan Ong Eng Guan juga menggesa kerajaan Singapura mendapatkan pandangan rakyat terlebuh dahulu Bukti : Rujuk tajuk Reaksi Dalam Negeri halaman 142 Buku Teks Sejarah Tingkatan 5.

Tokoh
Ong Kee Hui

Ahli
Majoriti ahlinya orang Cina dan sebilangan kecil Melayu

Masa
Jun 1959

Dato Bandar Abang Haji Mustapha

Anggotanya terdiri daripada Orang Melayu ( Parti pertama yang menyokong Penubuhan Malaysia )

1960

Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin

6. Manakala parti-parti politik yang ditubuhkan selepas cadangan penubuhan Malaysia ialah : Parti
Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) Sarawak Chinese Association (SCA)

Fokus SPMObjektif Soalan : Pada tahun 1962 Parti Perikatan Sarawak telah ditubuhkan dan telah menyokong Sarawak menyertai Malaysia. Manakah antara parti berikut yang menentang hebat pembentukan Malaysia? A. B. C. D. BERJASA SCA SUPP BERJASA

Tokoh
Pimpinan Stephen Kalong Ningkan Pimpinan Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud Pimpinan Temenggung Jugah Anak Barieng

Ahli
Ahlinya terdiri daripada orang Iban Parti berbilang kaum, Majoriti ahlinya daripada orang Melayu dan Melanau, sebahagian kecil Iban dan Bidayuh Ahlinya terdiri daripada orang Cina

Masa
April 1961

Disember 1961

Ogos 1962

Ahlinya terdiri daripada orang Cina

Julai 1962

7. Pada oktober 1962, Lima buah parti iaitu PANAS, SNAP, BERJASA, SCA dan PESAKA telah bergabung membentuk Parti Perikatan Sarawak. 8. Mereka telah berjuang kea rah menyokong Sarawak menyertai Malaysia dan berusaha menyekat pengaruh SUPP yang terus menentang hasrat untuk bergabung dengan Malaysia..

Jawapan :C-SUPP Fakta : Mereka telah berjuang kea rah menyokong Sarawak menyertai Malaysia dan berusaha menyekat pengaruh SUPP yang terus menentang hasrat untuk bergabung dengan Malaysia.. Bukti : Rujuk tajuk Reaksi Dalam Negeri halaman 143 Buku Teks Sejarah Tingkatan 5. Fokus SPMObjektif Soalan : Mengapakah pada peringkat awal cadangan pembentukan Malaysia, Sarawak telah menunjukkan reaksi menolak cadangan tersebut? A. Anggap Malaysia sebagai penjajahan bentuk baru B. Sudah terlalu lama diperintah oleh penjajah British C. Belum mempunyai keyakinan untuk memerintah sendiri. D. Mempunyai keyakinan untuk memerintah sendiri Jawapan :C- Belum mempunyai keyakinan untuk memerintah sendiri Fakta : Mereka masih

Gambar : Ongg Kee Hui Stephen Kalong Ningkan

Temenggung Jugah

Reaksi di Sabah 1. Negeri sabah juga pada peringkat awalnya telah menolak cadangan pembentukan Malaysia. 2. Negeri Sabah juga telah lama berada di bawah penjajahan Inggeris iaitu selama 60 Tahun. 3. Mereka tidak mempunyai keyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiri.

Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin

belum ada keyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiri. Bukti : Rujuk tajuk Reaksi Dalam Negeri halaman 143
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5.

4. Sebelum cadangan pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman, Sabah tidak mempunyai parti-parti politik. 5. Selepas pengumuman cadangan pembentukan Malaysia, beberapa buah parti politik telah ditubuhkan bagi mengemukakan pandangan serta mendapatkan sokongan tentang gagasan Malaysia. 6. Antara parti-parti politik yang wujud selepas cadangan pembentukan Malaysia adalah : a. Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu ( UNKO )-Ogos 1961, Pimpinan Donald Stephens b. Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Desimber 1961, Pimpinan Datu Mustapha Datu Harun yang mewakili orang Islam Sabah c. Parti Pasok Momungun Jun 1962, Pimpinan G.S.Sundang d. Parti Bersatu 1962, Pimpinan Khoo Siak Chew e. Parti Demokrasti -1962, Pimpinan Peter Chin 7. Kelima-lima parti di atas telah bergabung pada September 1961 dan membentuk Parti Perikatan Sabah. 8. Parti Perikatan Sabah telah menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia. 9. Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan tuntutan yang mengandungi 20 syarat sebagai pekara 20. 10. Sarawak juga telah menerima tuntutan yang terdapat di dalam pekara 20 tersebut. 11. Tuntutan tersebut telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia yang baru oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK) dan telah menjadi asas kepada pembentukkan perlembagaan Malaysia yang baru. 12. Ia akan dapat melindungi hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan sabah. 13. Dari segi pembahagian kuasa antara Sarawak dan Sabah berbeza dengan negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. 14. Hak pembahagian kuasa ini dikenali sebagai Hak Wilayah Berasingan seperti dalam rajah di bawah : Ketua Negeri Bahasa Kebangsaan Agama Islam Hak Wilayah Berasingan Kedudukan Istimewa/ Imigresen Kerakyatan Peruntukan Kewangan Pelajaran Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin

Fokus SPM Objekti Soalan : Negeri Sabah dan Sarawak telah mendapat Hak pembahagian kuasa yang berbeza dengan negeri-negeri Melayu Semenanjung Tanah Melayu. Mengapakah hak tersebut diberikan kepada Sabah dan Sarawak? A. Memujuk rakyat Sabah dan Sarawak B. Memberi hak wilayah yang berasingan C. Melindungi hak rakyat Sabah dan Sarawak D. Membezakan antara Tanah Melayu dan Sabah dan Sarawak Jawapan : C- Melindungi hak rakyat dan Sabah Fakta : Ia akan dapat

melindungi hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan sabah Bukti : Rujuk tajuk Reaksi Dalam Negeri halaman 67
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5.

Gambar : Datu Mustapha Datu Harun yang dipertua Negeri Sabah dan Ketua Menteri Sabah.

15. Antara isu-isu yang diperjuangkan berdasarkan reaksi penubuhan Malaysia di Sabah dan Sarawak ialah : Bimbang Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh Persekutuan Tanah Melayu Bukan Melayu dan peribumi Bimbang akan kehilangan identiti dan dikuasai oleh orang Melayu

Fokus SPM Esei


Soalan : Parti politi di Sabah dan Sarawak tpada peringkat awalnya telah menentang cadangan pembentukan Malaysia. Terangkan apakah isu-isu yang diperjuangkan oleh mereka? Jawapan Berdasarkan Isi-isi penting : Dikuasai oleh P.Tanah Melayu Kehilangan identity Merdeka dahulu Hilang sumber ekonomi Sosial dan kemajuan ekonomi Esei : Pelajar harus menghuraikanisi-isi berkenaan satu persatu. Lihat tajuk FaktorFaktor Pembentukkan Malaysia pada halaman 139-140 buku teks Sejarah Ting. 5.

SUPP

PESAKA/ SNAP/UNKO

Semua Parti politik di Sabah kecuali BERJASA

Inginkan kemerdekaan terlebih dahulu

PESAKA SNAP ONKO PESAKA SNAP ONKO

Bimbang Sumber Ekonomi Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu

Membangkitkan Isu kemajuan ekonomi dan sosial

Unsur Patriotisme 16. Rakyat Sabah dan Sarawak telah menyokong pembentukan Malaysia menjelang akhir tahun 1961. 17. Ini didorong oleh usaha kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu yang telah memberi penjelasan tentang Gagasan Malaysia dan mempertimbangkan pandangan penduduk Sarawak dan Sabah.
Semangat perpaduan dan sikap toleransi tokoh-tokoh yang terlibat dalam cadangan pembentukan Malaysia, serta kerjasama daripada pemimpin tempatan telah membawa kepada terlaksananya Penubuhan Negara Malaysia yang mengabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura..

Reaksi di Brunei 1. Di negeri Brunei, pada awalnya Sultan Omar Ali Saifuddin telah menyokong gagasan tersebut tetapi telah ditentang oleh parti politik yang sangat berpengaruh iaitu Parti Rakyat Brunei. 2. Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M.Azahari menentang gagasan Malaysia kerana matlamat mereka adalah untuk menubuhkan Persekutuan Borneo, iaitu Kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri Sabah, Sarawak dan Brunei. 3. Mereka juga telah menganggap gagasan Malaysia sebagai satu bentuk neokolonialisme. 4. Mereka telah melancarkan satu pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara ( TNKU ) yang ditubuhkan di beberapa buah Bandar Sarawak, Sabah dan Brunei. Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin

Sudut Uji Minda


Mengapakah Parti Rakyat Brunei melancarkan pemberontakan bersenjata ke atas Gagasan Malaysia

5. Pemberontakan ini telah dilancarkan pada 7 Disember 1962 apabila, Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei dan Sultan Brunei menangguhkan keputusan tentang gagasan Malaysia. 6. Kerajaan Indonesia dan Filipina telah memberi bantuan dan menyokong A.M.Azahari. 7. Pemberontakan tersebut telah dapat dipatahkan oleh British. Tetapi A.M.Azahari tidak dapat ditangkap kerana berada di Filipina dan kemudiannya mendapatkan perlindungan politik di Indonesia. 6.3.1 Reaksi Negara Luar Reaksi Negara Indonesia ) 1. Indonesia telah membantah gagasan Malaysia pada akhir 1962, mereka berpendapat Pembentukan Malaysia adalah satu neokolonialisme yang akan mengancam Indonesia. 2. Parti Komunis Indonesia ( PKI ) telah berjaya mempengaruhi Presiden Soekarno untuk mengisytiharkan Dasar Konfrantasi terhadap Malaysia. 3. Slogan Ganyang Malaysia telah digunakan oleh Indonesia untuk memusnahkan pembentukan Malaysia pada 20 januari 1963. 4. Mereka telah menghantar pasukan pengintip untuk tujuan tersebut. 5. Indonesia telah melancarkan serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu dan juga mencerobohi ruang udara Malaysia, tetapi kerajaan Malaysia tidak mengambil sebarang tindakan. 6. Tentera Indonesia telah melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah. 7. Malaysia telah bertindak balas dengan bentuan tentera Komanwel termasuklah dari Britain, Australia, New Zealand dan Kanada. 8. Surat bantahan rasmi telah dihantar oleh Tunku Abdul Rahman kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan dengan pencerobohan tersebut. 9. Tindakan Indonesia tersebut telah menjejaskan Negara itu sendiri dan tidak memberikan kesan terhadap Malaysia. 10. Indonesia juga telah bertindak dengan memburukkan nama Malaysia di Negara Afro-Asia dan di Negara Dunia Ketiga. 11. Malaysia telah mengambil langkah untuk memelihara kedaulatan Negara dengan menghantar perwakilan yang diketuai oleh Tun Abdul Razak mengadakan lawatan ke beberapa buah Negara Afrika bagi menjelaskan masalah hubungan diplomatic antara Indonesia dengan Malaysia 12. Pada bulan September 1965 berlaku pemberontakan bersenjata di Indonesia yang telah meggulingkan Presiden Soekarno. 13. Pemberontakan tersebut telah menamatkan permusuhan antara Malaysia dan Indonesia apabila Presiden SoehartO menghantar Menteri Luar Indonesia, Adam malik bagi memulihkan hubungan diplomatiK Malaysia dan Indonesia. Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin

Fokus SPM Objekti Soalan : Manakah antara sebabsebab berikut yang telah menyebabkan Brunei menentang gagasan Malaysia? I. Matlamat menubuhkan Persekutuan Borneo II. Kekuatan Tentera Nasional Kalimantan III. Bantuan tentera daripada Filipina dan Indonesia IV. Menganggap Malaysia sebagai penjajahan bentuk baru. A. I dan II B. I dan III C. I dan IV D. II dan IV Jawapan : I dan IV Fakta : menganggap

gagasan Malaysia sebagai satu bentuk neokolonialisme dan matlamat mereka adalah untuk menubuhkan Persekutuan Borneo, Bukti : Rujuk tajuk Reaksi Dalam Negeri halaman Buku
Teks Sejarah Tingkatan 5.

Fokus SPM Esei


Soalan : Indonesia telah menunjukkan penentangan terhadap pembentukan Malaysia. Terangkan penentangan tersebut? Jawapan Berdasarkan Isi-isi penting : Neololonialisme Konfrantasi Ganyang Malaysia Pengintip Serangan Tindakbalas Malaysia Surat Bantahan Burukkan nama Malaysia Hantar Wakil melawat Afrika Soekarno digulingkan Berakhirnya konfrantasi Esei : Pelajar harus menghuraikanisi-isi berkenaan satu persatu. Lihat tajuk Reaksi

Negara Luar ( Indonesia )


pada halaman 146-147 buku teks Sejarah Ting. 5.

Fokus SPM Objekti Soalan : Negara Filipina telah mendakwa bahawa sabah adalah hak milik mereka. Apakah bukti yang digunakan oleh Filipina untuk mengesahkan dakwaan mereka? A. Sabah adalah sebahagian daripada Kesultanan Sulu B. Sabah adalah berada dalam lingkungan kawasan Filipina C. SBUB telah menamatkan pajakan mereka terhadap Sabah pada 1946 D. Baron Overbeck telah meminjam Sabah selama 10 tahun sahaja. Jawapan : A. Sabah adalah sebahagian daripada kesultanan Sulu Fakta : Mereka telah

Gambar : Rundingan antara Tun Abdul razak ( wakil Malaysia dan Encik Adam Malik ( wakil Indonesia Reaksi Negara Filipina 1. Negara Filipina juga telah menunjukkan reaksi menentang terhadap cadangan penubuhan Negara Malaysia. 2. Presiden Macapagal telah membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah pada bulan Jun 1962. 3. Mereka telah mendakwa bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Kesultanan Sulu. 4. Ia berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 22 januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Overbeck. 5. Hak tersebut kemudiannya telah dijual kepada Alfred Dent yang telah menubuhkan Syarikat Perdagangan dan memperolehi Piagam Diraja daripada British. 6. Syarikat ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo ( SBUB ) dan telah memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun. 7. SBUB telah menyerahkan pemerintahan Sabah kepada kerajaan British pada tahun 1946. 8. Waris Sultan Sulu yang terakhir iaitu Sultan Esmail Kiram telah mengisytiharkan pajakan terhadap Sabah telah tamat pada 22 Januari 1958. 9. Pada bulan Jun 1966, Filipina akhinya telah mengiktiraf penubuhan Malaysia menerusi usaha membaiki hubungan antara kedua-dua Negara melalui MAPHILINDO ( Malaysia, Filipina dan Indonesia )

mendakwa bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Kesultanan Sulu. Bukti : Rujuk tajuk Reaksi Negara Luar halaman Buku
Teks Sejarah 148 Tingkatan 5.

Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin

6.4 Langkah-Langkah Pembentukan Malaysia 1. Tunku Abdul Rahman telah mengadakan lawatan ke Sarawak, Sarawak dan Brunei dalam usaha untuk menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia. 2. Rundingan juga telah diadakan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura. 3. Pada 23 Julai 1961, Satu Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ditubuhkan di Singapura dan telah dipengerusikan oleh Donald Stephen untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai, terutama penduduk di Sabah, Sarawak dan Brunei. 4. Antara tokoh-tokoh yang terlibat di dalam Jawatankuasa tersebut ialah : a. b. c. d. e. Tunku Abdul Rahman ( Persekutuan Tanah Melayu ) Ong Yoke Lin( Persekutuan Tanah Melayu ) Khir Johari( Persekutuan Tanah Melayu ) Lee Kuan Yew ( Singapura ) Tun Datu Mustapha Datu Harun ( Sabah )

Fokus SPM Objekti Soalan : Pada 23 Julai 1961, Satu Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ditubuhkan di Singapura. Apakah tujuan penubuhan Jawatankuasa tersebut? A. Mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia B. Membuat cadangan langkah-langkah perpaduan kaum. C. Menerangkan konsep Malaysia D. Mendapatkan persetujuan gagasan Malaysia Jawapan : C- Menerangkan konsep Malaysia. Fakta :. Pada 23 Julai 1961, Satu
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ditubuhkan di Singapura dan telah dipengerusikan oleh Donald Stephen untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai, terutama penduduk di Sabah, Sarawak dan Brunei.

5. Jawatankuasa tersebut telah mengadakan mesyuarat sebanyak empat kali iaitu Di Jesselton ( Sabah ), Kuching ( Sarawak ), Kuala Lumpur ( Persekutuan Tanah Melayu ) dan Singapura. 6. Negara Brunei hanya menghantar wakil sebagai pemerhati sahaja di dalam tiga mesyuarat yang terakhir. 7. Pada Februari 1962, ahli-ahli Jawatankuasa tersebut telah bersetuju untuk mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold yang dibentuk oleh kerajaan British.pada mesyuarat terakhir di Singapura. 8. Ia mengandungi pekara penting yang berkaitan dengan pandangan dan pendapat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan baru. Suruhanjaya Cobbold 1. Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan pada januari 1962 untuk mendapatkan pandangan penduduk di Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Malaysia. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobblod dan dianggotai oleh Sir Antohny Abel dan Sir David Watherston yang mewakili kerajaan British serta dua orang wakil Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Ghazali Shafie dan Wong Pow Nee. Suruhanjaya ini telah memulakan tugasnya dari bulan Februari hingga April 1962.

Bukti

: Rujuk tajuk

Langkah-Langkah Pembentukan Malaysia


halaman Buku Teks Sejarah 148 Tingkatan 5.

Fokus SPM Esei


Soalan : Nyatakan apakah langkah-langkah yang telah dijalankan untuk pembentukan Malaysia? Jawapan Berdasarkan Isi-isi penting : Lawatan Rundingan jawatankuasaPerundingan Memorandum Suruhanjaya Cobbold Jawatan kuasa antara kerajaan Esei : Pelajar harus menghuraikanisi-isi berkenaan satu persatu. Lihat tajuk

2.

3.

Langkah-Langkah Pembentukan Malaysia pada Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin
halaman 146-147 buku teks Sejarah Ting. 5.

4.

Suruhanjaya Cobbold telah membuat laporan kepada kerajaan British pada Jun 1962, Antara isi kandungan laporan tersebut ialah : a. Satu pertiga penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat b. Satu pertiga menyokong dengan syarat kepentingan mereka harus dilindungi c. Satu pertiga lagi menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia. Suruhanjaya ini juga telah mencadangkan beberapa cadangan iaitu : a. Perlembagaan Malaysia haruslah berasaskan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. b. Kuasa telah diberikan kepada kepada sabah dan Sarawak untuk menentukan dasar imigresen dan bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan c. Terdapat jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputra Sabah dan Sarawak d. Pemberian nama Malaysia. e. Penentuan tarikh penubuhan Malaysia Jawatan Kuasa Antara Kerajaan

Fokus SPM Esei Gambar : Anggota Suruhanjaya Soalan : Suruhanjaya Cobbold Lord Cobbold gambar; telah ditubuhkan pada januari Cobbold
1962. Berdasarkan kenyataan di atas terangkan apakah cadangancadangan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya tersebut/ Jawapan Berdasarkan Isi-isi penting : Perlembagaan Dasar Imigresen Bahasa Kebangsaan Jaminan hak istimewa Nama Malaysia Tarikh Penubuhan Esei : Pelajar harus menghuraikanisi-isi berkenaan satu persatu. Lihat tajuk

5.

Langkah-Langkah Pembentukan Malaysia pada


halaman 146-147 buku teks Sejarah Ting. 5. Fokus SPM Objekti Soalan : Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan oleh Persekutuan tanah Melayu bersama-sama dengan British untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak.Manakah antara berikut merupakan jawatan kuasa tersebut? I. II. III. IV. A. B. C. D. Suruhanjaya Lord Reid Suruhanjaya Cobbold Jawatan Kuasa Antara Kerajaan UNMM I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

1. Pada bulan ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK ) telah ditubuhkan yang diwakili oleh wakil-wakil dari Persekutuan Tanah Melayu, Britain,, Sabah dan Sarawak. 2. JAK ini ditubuhkan adalah untuk memperincikan lagi cadangan yang terdapat dalam Suruhanjaya Cobbold. 3. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Lord Landsdowne ( Menteri Negara bagi Tanah Jajahan )dan telah dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri Bagi Persekutuan Tanah Melayu iaitu Tun Abdul Razak. 4. Mereka telah mengunjungi Sabah dan Sarawak bagi menerangkan penubuhan Malaysia dan telah mengadakan mesyuarat sebanyak 24 kali bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia. 5. Hak dan kepentingan penduduk Sarawak juga telah dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut.

Jawapan : D-II, III dan IV Fakta :. Antara jawatankuasa yang ditubuhkan ialah Suruhanjaya Cobbold, Jawatan Kuasa Antara Kerajaan dan UNMM Bukti : Rujuk tajuk

Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin

Langkah-Langkah Pembentukan Malaysia


halaman Buku Teks Sejarah 150-151 Tingkatan 5.

Persetujuan Pembentukan Malaysia 1. Pada 31 ogos 1963, Pembentukan Malaysia telah dibentuk apabila Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, dan Sabah telah bersetuju dengan gagasan tersebut. 2. Filipina dan Indonesia telah menentang penubuhan Negara Malaysia tersebut 3. Satu perjumpaan telah diadakan diantara Malaysia, Indonesia dan Filipina bagi mengurangkan ketengan antara Negara tersebut. 4. Pada 30 Julai hingga 5 Ogos 1963 satu Sidang kemuncak antara Ketua Kerajaan telah diadakan di manila. 5. Sidang kemuncak tersebut telah dihadiri oleh Tunku Abdul Rahman, Presiden Soekarno dan Presiden Maacapagal yang telah melahirkan MAPHILINDO . 6. Mereka juga telah bersetuju untuk mencari penyelesaian dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) 7. Setiausaha Agung PBB iaitu U Thant telah membentuk perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nationsl Malaysia Mission ( UNMM ). 8. U Thant sekali lagi telah menghantar wakilnya untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak. 9. Rombongan tersebut telah disertai oleh Lawrence Michaelmore dari Amerika Syarikat bersama-sama tujuh orang wakildari Chezchoslovakia, Argentina, Brazil, Ceylon, Pakistan, Jepun dan Republik Arab Bersatu. 10. Mereka telah mendapati bahawa majoritI rakyat Sarawak dan sabah telah bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia. 11. Rakyat Sabah dan Sarawak telah mengubah fikiran mereka untuk menyokong Persekutuan Tanah Melayu kerana usaha yang berterusan yang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan tanah Melayu. 12. Parti Perikatan juga telah berusaha dengan membentuk parti yang menyokong pembentukan Malaysia yang memenangi pilihanraya di Sabah dan Sarawak. 13. Penduduk Sabah dan Sarawak lebih berminat untuk menyertai Persekutuan tanah Melayu daripada menganggotai Filipina atau pun Indonesia. Perisytiharan Penubuhan Malaysia 1. Tarikh penubuhan Malaysia telah dicadangkan pada 31 Ogos 1963 tetapi disebabkan oleh laporan daripada PBB yang tidak dapat disiapkan serta tentangan daripada Indonesia dan Filipina. 2. Negara Brunei telah menarik diri disaat-saat akhir. 3. Malaysia akhirnya telah dapat ditubuhkan dengan rasminya pada 16 September 1963 yang telah dilancarkan dengan rasminya di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching.

Fokus SPM Objekti Soalan : Negara Filipina dan Indonesia terus menentang pembentukan Malaysia. Manakah antara berikut merupakan beberapa langkah yang telah diambil untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah tersebut? I. Sidang Kemuncak ketua Kerajaan Negara terbabit II. Menerusi peranan PBB III. Pembentukan UNMM IV. Penubuhan ASEAN A. B. C. D. I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

Jawapan : A-I, II dan III Fakta :. Satu perjumpaan telah


diadakan diantara Malaysia, Indonesia dan Filipina bagi mengurangkan ketengan antara Negara tersebut. Mereka juga telah bersetuju untuk mencari penyelesaian dengan bantuan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu ( PBB )dan Setiausaha Agung PBB iaitu U Thant telah membentuk perwakilan Malaysia ke Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu atau United Nationsl Malaysia Mission ( UNMM ).

Bukti

: Rujuk tajuk

Langkah-Langkah Pembentukan Malaysia


halaman Buku Teks Sejarah 152 Tingkatan 5.

Unsur Patriotisme
Pembentukan Malaysia telah memperlihatkan pentingnya kerjasama serantau dan antarabangsa Sifat politk yang berdiplomasi yang ditunjukkan oleh tokoh-tokoh yang terlibat telah membuahkan hasil yang cemerlang..

Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin

Fokus SPM Objekti

6.5 Perjanjian Malaysia 1963

1. Setelah semua pihak yang terlibat bersetuju dengan syarat-syarat pembentukan Malaysia, Akhirnya Pembentukan Malaysia telah ditandatangani di Landon pada 9 Julai 1963. 2. Ratu Elizabeth II telah memperkenalkan Akta Malaysia yang telah diluluskan oleh parlimen British, ia kemudian diikuti oleh kelulusan Perjanjian Malaysia oleh parlimen Perekutuan Tanah Melayu, Dewan Perhimpunan Singapura, majlis Undangan Sarawak dan majlis Undangan Sabah. 3. Yang diPertuan Agong telah memperkenankan Akta Malaysia pada 26 Ogos 1963. 4. Pada 16 September 1963, Negara Malaysia ditubuhkan secara rasminya yang merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.

Soalan : Pembentukan Malaysai telah ditandatangani pada 9 Julai 1963. Apakah undang-undang yang mengesahkan Perjanjian pembentukan Malaysia pada tahun 1963? A. Akta Parlimen British B. Akta Malaysia C. Akta Pembentukan Malaysia D. Akta Sabah dan sarawak Jawapan : B- Akta Malaysia Fakta :. Ratu Elizabeth II telah memperkenalkan Akta Malaysia yang telah diluluskan oleh parlimen British, ia kemudian diikuti oleh kelulusan Perjanjian Malaysia oleh parlimen Perekutuan Tanah Melayu, Dewan Perhimpunan Singapura, majlis Undangan Sarawak dan majlis Undangan Sabah. Bukti : Rujuk tajuk

6.5.1 Intipati Perjanjian Malaysia 1963

Perjanjian Malaysia 1963 1. Beberapa pekara telah diperuntukan di dalam Akta Malaysia yang kemudiannya telah diterima dan dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia. 2. Antara pekara-pekara penting itu ialah
halaman Buku Teks Sejarah 148 Tingkatan 5.

Fokus SPM Esei


Soalan : Terangkan apakah isi kandungan yang terdapat di Dalam Akta Malaysia mengikut intipati perjanjian Malaysia 1963? Jawapan Berdasarkan Isi-isi penting : Urusan Luar Agama Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa rasmi Emegresen Perkhidmatan awam Kerusi Taraf yang sama Esei : Pelajar harus menghuraikanisi-isi berkenaan satu persatu. Lihat tajuk Intipati

Inti Pati Perjanjian Malaysia 1963


Semua Urusan Luar adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu Agama Islam adalah agama persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak tetapi agama lain dibebaskan Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa rasmi sehingga 10 tahun selepas hari Malaysia Sarawak dan Sabah diberi kuasa untuk mengawal halehwal emegresen dan perkhidmatan awam Pembahagian kerusi, Sabah mendapat 16 kerusi, Sarawak 24 kerusi dan Singapura 15 kerusi yang mewakili kawasan Parlimen. Rakyat Bumiputra Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu dipersekutuan Tanah Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin Melayu.

Perjanjian Malaysia 1963


pada halaman 146-147 buku teks Sejarah Ting. 5.

Kesimpulan 1. Proses pembentukan Malaysia telah memperlihatkan usaha yang bersungguh-sungguh daripada pemimpin-pemimpin tempatan dan luar Negara. 2. Sikap kerjasama yang telah ditunjukkan, dan dasar berdiplomasi yang digunakan untuk mengatasi masalah yang timbul telah dapat memberikan kejayaan kepada cadangan untuk menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu. 3. Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani pada 1963 telah mengambil kira kepentingan semua anggota yang terlibat untuk memastikan kesejahteraan dan perpaduan antara negeri. 4. Ia untuk mengelakkan timbulnya sebarang masalah apabila Negara Malaysia yang baru yang akan dibentuk.

Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin

Das könnte Ihnen auch gefallen