Sie sind auf Seite 1von 13

Jepun Sebagai Sebuah Negara Contoh Nipponkoku/Nihonkoku atau lebih dikenali sebagai Jepun adalah sebuah negara kepulauan

di Asia Timur yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik, , di sebelah timur Laut Jepun, dan berjiran dengan Republik Rakyat China, Korea danRusia. Pulau paling utara terletak di Laut Okhotsk, dan wilayah paling selatan pula merupakan sekelompok pulau kecil di Laut China Timuriaitu kawasan selatan Okinawa yang berjiran dengan Taiwan.

Bendera dan Cap Mohor Diraja

Jepun disebut Nippon atau Nihon dalam bahasa Jepun; kedua-duanya ditulis dengan aksara kanji yang sama, iaitu yang membawa maksud punca matahari. Sebutan Nippon sering digunakan dalam urusan rasmi, termasuk nama negara dalam duit yen Jepun, setem, dan pertandingan sukan antarabangsa. Sementara itu, sebutan Nihon digunakan dalam urusan tidak rasmi seperti pembicaraan seharian. Istilah Nippon dan Nihon sama-sama bererti "negara matahari terbit". Nama ini disebut dalam wakil Maharaja Jepun ke Kerajaan Sui di China, dan merujuk kepada kedudukan Jepun yang terletak di sebelah timur tanah besar China. Sebelum Jepun menjalin hubungan dengan China, negara ini dikenali sebagai Yamato. Di China sewaktu zaman Tiga Kerajaan, Jepun dikenali sebagai negara Wa () atau Wagoku (). Nama negara Jepun dalam bahasa Melayu lama ialah "Jepang" (kini diterapkan dalam bahasa Indonesia) yang dipinjam dari suatu loghat bahasa Cina, lalu ditemui oleh para

pedagang Portugis di Melaka pada abad ke-16. Oleh itu, dipercayai bahawa pedagang Portugis inilah yang memperkenalkan nama negara Jepun ke Eropah. Nama Jepun julung kali dicatatkan dalam bahasa Inggeris iaitu tereja Giapan dalam sepucuk surat bertarikh tahun 1565, nama Jepun dalam bahasa Inggeris kini dieja Japan. Nama Jepun dalam bahasa Melayu masa kini mungkin berasal dari bahasa Hokkien, iaitu Jit-pn. Jepun terdiri daripada 6,852 pulauyang membentuk segugusankepulauan. Pulau-pulau utama dari utara ke selatan adalah Hokkaido,Shikoku, Kyushu, dan Honshu adalah pulau terbesar. Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada di keempat-empat pulau terbesarnya. Sebahagian besar pulau di Jepun bergunung-gunung, dan sebahagian di antaranya merupakan gunung berapi. Gunung tertinggi di Jepun ialahGunung Fuji yang merupakan sebuah gunung berapi yang pendam dan juga kebanggaan bagi penduduk-penduduk disekitarnya.

Peta Jepun

Penduduk Jepun berjumlah 128 juta 10 paling dunia. Toky yang metropolitan orang, menjadikannya negara keramai penduduknya di o ialah ibu negara Jepun bertaraf "kawasan ". Tokyo Raya ialah

sebutan untuk Tokyo dan beberapa bandaraya lain yang berada di wilayah-wilayahsekelilingnya. Sebagai daerah metropolitan yang terluas di dunia, Tokyo Raya diduduki lebih 30 juta orang.

Menurut mitos tradisional, Jepun didirikan oleh Maharaja Jimmu padaabad ke-7 SM. Maharaja Jimmu yang mendirikan sistem pemerintahan beraja Jepun yang masih wujud hingga kini. Meskipun begitu, untuk kebanyakan masa sepanjang sejarahnya, kuasa pemerintah sebenarnya berada di tangan anggota istana, shogun, pihak tentera, dan memasuki zaman moden, di tangan perdana menteri. Menurut Perlembagaan Jepuntahun 1947, Jepun ialah sebuah negara raja berperlembagaan di bawah pimpinan Maharaja dan Diet Jepun. Sebagai kuasa ekonomi utama, Jepun memiliki ekonomi ketiga terbesar dari segi KDNK nominalmahupun pariti kuasa beli. Jepun ialah sebuah negara anggota Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu, G8,OECD dan APEC. Jepun dilengkapi dengan sistem pertahanan yang cukup, dilengkapi dengan kecanggihan teknologi seperti AEGIS serta sebuah armada kapal pembinasa yang besar. Dalam perdagangan luar negeri, Jepun merupakan negara pengeksport keempat terbesar dan negara pengimport keenam terbesar di dunia. Sebagai negara maju, penduduk Jepun menikmati taraf hidup yang tinggi dan menduduki tempat ke-8 dalam Indeks Pembangunan Manusia dan usia jangka hayat tertinggi di dunia menurut perangkaan PBB. Dalam bidang teknologi, Jepun adalah negara termaju dalam bidang telekomunikasi, kejenteraan dan robotik. Dari segi ekonomi, Sejak zaman Meiji (1868-1912). Jepun mengamalkan sistem ekonomi pasaran bebas dan kapitalis yang berasaskan ekonomi England dan Amerika Syarikat. Sistem pendidikan Barat diterapkan di Jepun, dan terdapat ribuan rakyat Jepun yang melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dan Eropah. Lebih dari 3,000 orang Eropah dan Amerika dibawa masuk sebagai tenaga pengajar di Jepun.Pada awal zaman Meiji, pihak kerajaan menyediakan landasan kereta api dan jalan raya, serta memulakan pembaharuan dasar pemilikan tanah, di samping mendirikan kilang dan pelabuhan untuk dijual kepada pemilik swasta dengan harga yang murah. Sesetengah golongan usahawan yang lahir pada zaman Meiji berkembang menjadi zaibatsu, dan ada di kalangannya yang masih berniaga sehingga masa kini. Pertumbuhan ekonomi benar dari 1960-an hingga 1980-an bergelar"keajaiban ekonomi Jepun", iaitu purata 10% pada tahun 1960-an, 5% pada tahun 1970-an, dan 4% pada tahun 1980an.Dekad 1980-an merupakan zaman keemasan eksport barangan automotif dan barang elektronik ke Eropah dan Amerika Syarikat sehingga terjadi lebihan imbangan perdagangan yang

mengakibatkan konflik perdagangan. SetelahPerjanjian Plaza 1985 ditandatangani, dolar AS mengalami penyusutan nilai berbanding yen. Pada Februari 1987, kadar diskaun rasmi diturunkan hingga 2.5% agar hasil perkilangan Jepun kembali berdaya saing setelah terjadinya kemerosotan jumlah eksport akibat pengukuhan nilai yen. Akibatnya, terjadi penciptaan wang berlebihan. Spekulasi menyebabkan harga saham danharta tanah terus meningkat, sehingga menimbulkan gelembung harga aset. Harga tanah menjadi begitu tinggi akibat wujudnya ramai yang menyangka bahawa harga tanah tidak akan jatuh. Ekonomi gelembung Jepun jatuh pada awal tahun 1990-an berikutan pengetatandasar kewangan oleh Bank Jepun pada tahun 1989, serta kenaikan kadar diskaun rasmi menjadi 6%. Pada tahun 1990, pihak kerajaan mengeluarkan sistem cukai pembelian tanah baru, dan pihak bank diminta untuk mengehadkan pembiayaan aset harta. Indeks Purata Nikkei dan harga tanah menyusut pada Disember 1989 dan musim luruh 1990. Pertumbuhan ekonomi terbantut pada 1990-an, sehingga hanya mencapai angka purata pertumbuhan ekonomi sebanyak 1.7% akibat pelaburan modal yang tidak cekap di samping fenomena gelembung harga aset pada 1980-an. Institusi kewangan menanggung masalah pinjaman kerana telah mengeluarkan pinjaman wang dengan jaminan tanah atau saham. Usaha kerajaan mengembalikan pertumbuhan ekonomi hanya sedikit berhasil, kemudian terhambat oleh kelesuan ekonomi global pada tahun 2000. Jepun merupakan ekonomi negara ketiga terbesar di dunia mengekori Amerika Syarikat dan China, dari segi KDNK nominal (sekitar US$5 trilion) mahupun pariti kuasa beli. Kegiatan industri terbesar Jepun terletak dalam sektor perbankan, insurans, hartanah, peruncitan,pengangkutan, telekomunikasi, dan pembinaan. Jepun memiliki industri berteknologi tinggi dalam bidang automotif, elektronik,permesinan, keluli dan logam bukanbesi, perkapalan, kimia, tekstil, danpemprosesan makanan. Sebesar tiga perempat dari produk domestik bruto Jepun berasal dari sektor jasa.

Sehingga tahun 2001, jumlah tenaga kerja Jepun mencapai 67 juta orang. Kadar pengangguran di Jepun sekitar 4%. Pada tahun 2007, Jepun menjadi negara ke-19 yang paling produktif tenaga kerjanya. Menurut Indeks Big Mac, tenaga kerja di Jepun menikmati kadar gaji sejam yang tertinggi di dunia. Toyota Motor,Mitsubishi UFJ Financial,Nintendo, NTT DoCoMo, Nippon Telegraph & Telephone, Canon, Matsushita Electric Industrial, Honda,Mitsubishi Corporation, dan Sumitomo Mitsui Financial merupakan sepuluh syarikat Jepun terbesar pada tahun 2008.Sejumlah 326 syarikat Jepun tersenarai dalam Forbes Global 2000 atau 16.3% dari 2,000 syarikat awam terbesar di dunia (mengikut data tahun 2006).Bursa Saham Tokyo memiliki jumlah permodalan pasaran kedua terbesar di dunia. Indeks daripada 225 saham syarikat besar yang diperdagangkan di Bursa Saham Tokyo dipanggil Nikkei 225. Dalam Indeks Kemudahan Berniaga, Jepun menduduki tangga ke-12, oleh itu menjadi salah sebuah negara maju dengan birokrasi paling sederhana. Kapitalisme ala Jepun menampakkan beberapa ciri-ciri istimewa. Keiretsu adalah sekelompok perusahaan yang dianggotai oleh syarikat-syarikat yang saling menjalin kerjasama perniagaan dan pemilikan saham. Rundingan gaji (shunt) serta pembaikan keadaan tempat kerja antara pihak pengurusan dan kesatuan sekerka dilakukan setiap awal musim semi. Budaya perniagaan Jepun

mengamalkan konsep-konsep tempatan, seperti Sistem Nenk, nemawashi,salaryman, dan office lady. Perusahaan di Jepun mengamalkan kenaikan pangkat berdasarkan kekananan dan jaminan pekerjaan seumur hidup. Kejatuhan ekonomi gelembung disusuli kemuflisan dan pembuangan kerja besar-besaran menyebabkan amalan jaminan pekerjaan seumur hidup semakin diabaikan.Perusahaan Jepun dikenali kerana kaedah pengurusan seperti The Toyota Way. Aktivisme pemegang saham amat jarang kelihatan.Dalam Indeks Kebebasan Ekonomi, Jepun merupakan negara kelima paling besar laissez-faire di kalangan 41 negara Asia. Jumlah eksport Jepun pada tahun 2005 adalah AS$4,210 per kapita. Pasaran eksport terbesar Jepun tahun 2006 ialah Amerika Syarikat 22,8%, Kesatuan Eropah 14,5%, China 14,3%,Korea Selatan 7,8%, Taiwan6,8%, dan Hong Kong 5,6%. Keluaran eksport utama Jepun termasuk alat pengangkutan, kenderaan bermotor, elektronik, mesin-mesin elektrik, dan bahan kimia. Negara sumber import terbesar bagi Jepun pada tahun 2006 adalah China 20.5%, AS 12.0%, Kesatuan Eropah 10.3%, Arab Saudi 6.4%, Emiriah Arab Bersatu 5.5%, Australia 4.8%, Korea Selatan 4.7%, dan Indonesia 4.2%. Import utama Jepun merupakan jentera dan peralatan, minyak, bahan makanan, tekstil, dan bahan mentah untuk perindustrian. Jepun adalah negara pengimport hasil laut terbesar di dunia (bernilai AS$ 14 juta). Jepun berada di tangga ke-6 selepas China, Peru, Amerika Syarikat, Indonesia, dan Chile, dengan jumlah hasil tangkapan ikan yang merosot sejak tahun 1996.

Pertanian merupakan sektor ekonomi utama Jepun hingga beberapa tahun selepas Perang Dunia Kedua. Menurut kaji selidik bancian tahun 1950, lebih kurang 50% tenaga kerja berada di bidang pertanian. Sepanjang "zaman keajaiban ekonomi Jepun", peratusan tenaga kerja dalam bidang pertanian terus merosot hingga kira-kira 4.1% pada tahun 2008.[81] Pada Februari 2007 terdapat 1,813,000 keluarga pertanian komersil, namun di antaranya hanya kurang dari 21.2% atau 387,000 keluarga merupakan usahawan pertanian. Sebahagian besar tenaga kerja pertanian sudah lanjut usia, sementara bilangan tenaga kerja berusia muda dalam bidang pertanian agak berkurangan. Seterusnya kita beralih kepada sikap ataupun cara hidup masyarakat jepun yang satu ketika dahulu pernah dibicarakan oleh mantan perdana menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad iaitu Dasar Pandang Ke Timur pada 8 Februari 1982 semasa persidangan 5th Annual Conference of MAJECA/JAMECA di Hilton Kuala Lumpur. Dasar ini bermaknapihak Kerajaan akan membuat pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan-keadaan di Malaysia. Adalah tidak tepat jika Dasar Pandang Ke Timur ditakrif sebagai mengambil apa sahaja dari Jepun dan Korea untuk dipraktik di Malaysia dan mengenepikan teladan yang boleh dipelajari dari negara-negara Barat.

Objektif utama Dasar Pandang Ke Timur ini ialah untuk meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini serta mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif untuk meninggikan kemajuan negara.Perkara-perkara yang harus ditumpukan melalui dasar ini ialah 'kerajinan dan disiplin bekerja, kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja, keutamaan kepada kumpulan dan tidak diri sendiri, tekanan daya pengeluaran (productivity) dan mutu yang tinggi (quality), peningkatan kecekapan, pengurangan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan dalam jangka pendek, dan lain-lain lagi yang dipercayai boleh menyumbangkan kepada kemajuan bagi negara kita'. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, nilai-nilai dan etika kerja di atas perlu diamalkan kerana ianya dapat membantu menjayakan usaha-usaha pembangunan yang dijalankan. Dasar Pandang Ke Timur ini tidak bermakna bahawa Malaysia mengurangkan hubungan dagangannya dengan rakan-rakan yang ada sekarang. Sebaliknya Kerajaan akan terus memperluaskan lagi perdagangannya dengan mengadakan hubungan dengan rakan-rakan bukan tradisional di samping terus mengekalkan dan memajukan hubungan perdagangan yang setia selaras dengan kepentingan negara. Berbalik kepada sikap masyarakat Jepun, jika kita lihat dari perspektif gaya kehidupan masyarakat Jepun dengan masyarakat di Negara kita Malaysia adalah sangat jauh berbeza. Jika kita lihat bagaimana peduduk yang mempunyai minda kelas pertama dan kita sedar bahawa untuk mencapai tahap seperti ini banyak perubahan yang perlu dilakukan bermula daripada sikap masyarakat itu sendiri. Di negara Jepun, etika dan kualiti sikap warga Jepun yang terpuji ini seolah-olah mereka merupakan golongan umat Islam silam yang pernah suatu ketika dulu mendahului banga-bangsa lain di dunia dari pelbagai aspek kehidupan Kini orang Jepun bukan sahaja berjaya mempelopori dunia dalam bidang sains dan teknologi, malah turut seiring mendahului bangsa lain dalam aspek sosio budaya dengan sifat dan sikap diri serta etika kerja yang cemerlang. Untuk pengetahuan bersama, jika anda pernah berada di Jepun, setibanya di Lapangan Terbang Narita, anda pasti akan terkejut melihat

bagaimana seorang seorang si penyapu sampah menolak troli berkejaran dari satu tong sampah ke tong sampah yang lain semata-mata untuk memungut sampah tersebut. Berbanding pula dengan si penyapu sampah di KLIA, Malaysia dimana mereka menolak troli sambil berjalanjalan, dan adakalanya sempat bersembang-sembang dengan rakan-rakan yang lain. Pernyataan ini bukan untuk memburukkan negara kita sendiri tetapi ini adalah fakta ataupun kenyataan yang berlaku di negara kita. Sikap menghargai perlu disemai dalam jiwa anak-anak muda kita pada zaman sekarang. Walaupun hanya seorang penyapu sampah atau apaapa kerja yang dilakukan, semangat daya kerja yang tinggi haruslah dipupuk sejak bangku sekolah lagi. Kita seharusnya mempunyai moral yang tinggi dan memikirkan setiap apa pekerjaan yang dilakukan dapat memberi impak kepada keseluruhan walaupun hanya sedikit. Dan jika semua mengamalkan sikap yang sama, ia akan memberi impak yang besar dalam sosio budaya di negara kita. Antara sikap yang boleh kita contohi dari masyarakat Jepun adalah:Sikap Menepati Masa Ini adalah satu sifat yang sangat sinonim dengan masyarakat Jepun yang sepatutnya dijadikan contoh oleh masyarakat kita. Bukan sahaja orang-orang Jepun menepati masa, malah setiap aktiviti harian seperti Densya (keretapi) dan bas akan datang tepat pada waktu yang dijadualkan. Di sini kita dapat melihat sikap nihonjin (menghargai) mereka terhadap masa. Sikap ini juga didorong oleh teknologi yang sedia ada di negara jepun iaitu Shinkazen (kereta api peluru) seperti Maglev yang berkelajuan 580km/j, sudah tentu akan tertinggal jauh walaupun terlewat hanya seminit. Disebabkan oleh itu mereka sangat menepati masa. Sikap Menjaga Kebersihan Jika kita menggunakan tandas-tandas awam di sekolah, stesen keretapi (eki) atau di lapangan terbang, kita akan dapati tandasnya sangat bersih. Kawasan dalam tandas yang bersih dan bersinar, seolah-olah boleh tidur di dalamnya. Air paipnya yang jernih dan boleh terus diminum tanpa perlu dimasak. Ia amat berbeza sekali jika hendak dibandingkan dengan negara kita. Alangkah bagusnya jika rakyat negara kita mempunyai minda dan sikap untuk sentiasa menjaga kebersihan. Bermula daripada membuang sampah di tempat yang disediakan. Perkara

sebegitu amat membantu bagi menyuntik sikap menjaga kebersihan dalam kalangan masyarakat kita. Sikap Jujur Kes-kes seperti kecurian amat jarang sekali didengari berlaku di Jepun. Jika anda terlupa mengunci rumah anda atau tertinggal barangan berharga dalam kereta, anda tidak perlu risau kerana peratusan kehilangan barang adalah sangat rendah. Jika tertinggal dompet dimana-mana tempat, apa yang perlu dilakukan hanyalah pergi ke balai polis yang berdekatan. Barang-barang itu akan boleh didapati semula di balai polis. Bahkan di setengah-setengah tempat di Jepun, ada pasar-pasar terbuka yang dikendalikan oleh petani-petani Jepun yang hanya membiarkan barangbarang jualan mereka berada di situ tanpa pengawasan pemilik. Pembeli hanya perlu memilih produk yang dikehendaki dan memasukkan wang ke dalam bekas duit yang disediakan. Dari situasi ini kita dapat melihat betapa jujurnya penduduk-penduduk di jepun.

Memiliki Budaya Kerja Yang Tinggi Tidak kira pensyarah, pekerja pejabat, pelayan restoran, pemandu bas dan sebagainya, mereka amat komited dengan kerja masing-masing. Kebiasaannya mereka akan bekerja sehingga melampaui jadual waktu bekerja. Bagi mereka kerja adalah segala-galanya. Masyarakat Jepun mengamalkan budaya kerja Samurai Bushido di mana prinsip-prinsipnya berjaya dihayati sepenuhnya. Antara pegangan yang mengikut prinsip-prinsip tersebut adalah.

1. Pekerjaan itu satu penghormatan dan amanah 2. Berjuang untuk negara dan ketua/majikan dengan ikhlas dan bersungguh. 3. Jadi dan buatkan yang terbaik 4. Mati itu lebih baik daripada mengkhianati dan menghampakan majikan/ketua. Faktor-faktor inilah yang membezakan kualiti kerja dan hasilnya seperti Proton dan Toyota, walhal kedua-duanya mempunyai peralatan yang hampir sama. Maka tidak hairanlah dimanamana sahaja, banyak syarikat Jepun yang gah di mata dunia. Banyak juga yang telah bertapak di negara kita sendiri. Itu adalah berkat ketekunan dan hasil usaha gigih mereka. Produk mereka diktiraf oleh banyak negara di dunia. Sikap Rajin Membaca Di mana-mana sahaja kita pergi baik di dalam kenderaan awam seperti bas atau keretapi, sambil menunggu kenderaan awam dan sebagainya kita dapat lihat mereka memegang buku dan membaca. Satu sifat yang murni dan wajib dicontohi oleh semua orang. Kita dapat lihat mereka bersungguh-sungguh menuntut ilmu, maka tidak hairanlah masyarakat Jepun ini dapat mencapai kemajuan yang tinggi. Ilmu mereka sentiasa berkembang dengan bahan-bahan ilmu yang mereka bawa kemana sahaja mereka pergi. Disebabkan oleh sikap ini, minda mereka sentiasa berkembang dan terus cekap, hal ini amat membantu mereka dalam pekerjaan harian mereka. Cara Yang Sistematik Semua aktiviti di Jepun dilakukan berpandukan kepada satu system yang bersepadu dan sistematik. Anda tidak akan dapat melihat situasi dimana hari ini satu pihak gali lubang dan turap dan pada keesokannya ada satu pihak yang datang pula dan melakukan perkara yang sama. Alangkah merugikan hal tersebut. Sebagai contoh, system pembuangan sampah/kitar semula di jepun amat sistematik. Ditetapkan pada hari sekian-sekian untuk membuang samapah/barang dan item-item tertentu yang wajib diasingkan. Di Malaysia juga ada system seperti ini tetapi mungkin disebabkan

kurangnya sikap tanggungjawab disertakan pula dengan satu sistem yang tidak sistematik menyebabkan sistem tersebut gagal. Menghormati Orang Lain Orang Jepun sememangnya terkenal dengan sikap sopan. Sopan terhadap orang tua, orang yang lebih tua atau senpai (senior). Begitu juga sikap sopan mereka terhadap pelancongpelancong asing. Setiap kali jika kita masuk ke kedai atau tempat perniagaan mereka pasti akan kedengaran pekerja-pekerja mengucap irasshaimase atau selamat datang, hatta jika ada pekerja yang sedang bekerja mengemop lantai sekalipun akan memberi ucapan selamat sambil tunduk menghormati pelanggan. Dan bila keluar pula akan diucapkan arigato gozaimasu atau terima kasih. Ia adalah satu pengalaman dan pemandangan yang membuka minda kita bagi sesiapa yang kali pertama mengunjungi Jepun. Walaupun majority masyarakat jepun tidak fasih berbahasa inggeris, mereka tidak berputus asa jika pelancong bertanyakan arah kepada mereka. Mereka berusaha untuk membuatkan pelancong faham dengan apa yang mereka hendak tujukan. Kesimpulannya disini, negara Jepun amat perlu dicontohi oleh negara kita dari pelbagai aspek kehidupan daripada pembangunan sosio ekonomi mahupun budaya. Perkara-perkara yang harus ditumpukan melalui dasar ini ialah kerajinan dan disiplin bekerja, kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja, keutamaan kepada kumpulan dan tidak diri sendiri, tekanan daya pengeluaran (productivity) dan mutu yang tinggi (quality), peningkatan kecekapan, pengurangan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan dalam jangka pendek, dan lain-lain lagi yang dipercayai boleh menyumbangkan kepada kemajuan bagi negara kita. Sumber asal : http://eiz1004.upprofits.com/malaysia-wajar-mencontohi-korea-selatan-selainjepun/#ixzz2KfBmRdgR : http://ms.wikipedia.org/wiki/Jepun : http://panduanpercuma.info/artikel-pilihan/2964/sikap-orang-jepun-yang-patutdicontohi

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 6

Mata pelajaran Tajuk Peringkat Kelas: Masa: Hasil Pembelajaran:

Bahasa Melayu Jepun sebagai sebuah negara contoh. Tahun 6 Amanah 8.30-9.00 pagi (30 minit) Fokus Utama: Lisan 5.3 Menyatakan isi penting berdasarkan bahan bacaan yang dibaca. ( Aras 2 (ii) ) Fokus Sampingan : Bacaan 5.2 Membaca bahan rencana yang disediakan dengan sebutan dan intonasi yang betul. ( Aras 2 (i) ) Tulisan 9.2 Mengenal pasti maklumat yang diperdengarkan dan membuat catatan. ( Aras 1 (i) ).

Konsep/Prinsip/Teori/Hukum Bahan Pembelajaran 1. LCD dan Pengajaran: Langkah-langkah 2. Komputer riba 3. Petikan Rencana

Das könnte Ihnen auch gefallen