Sie sind auf Seite 1von 16

Tunjang 1 : Kecergasan Kecergasan merupakan suatu tunjang yang membincangkan keupayaan murid melakukan aktiviti secara berterusan tanpa

merasa letih dan lesu. Tumpuan dan yang khusus pada tunjang ini ialah komponen kesihatan dan komponen motor. Dalam tunjang kecergasan ini tidak semua aspek kesihatan fizikal diajarkan kepada murid. Terdapat beberapa tajuk yang tidak diajar kepada murid. Tajuk daya tahan otot dan kekuatan otot tidak diajarkan kepada murid tahun satu sehinggalah murid tahun tiga adalah mengambil kira faktor murid masih lagi lemah dari segi pembinaan otot kerana pada masa kini tisu otot dan tisu tulang. Pada masa kini, pembentukan sel tulang matang (osteosit) hasil daripada pemerangkapan fiber dan mineral oleh sel pembentuk tulang (osteoblast) sedang aktif berlaku. Oleh itu, aktiviti yang terlalu berat akan mengganggu proses pembentukan tulang ini. Berbanding murid di tahap 2, perkembangan tulang dan otot mereka adalah lebih matang sedikit daripada murid tahap 1. Dengan sokongan daripada aktiviti-aktiviti fizikal yang dijalankan, maka proses pembentukan tulang dan otot tidak akan diganggu. Malah otot dan tulang akan dilatih untuk menjadi lebih kuat dan matang. Sebagai contoh murid tahap 2 talah mula diberikan dengan tugasan aktiviti-aktiviti yang berperingkat berdasarkan umur. Tajuk-tajuk Daya tahan kardiovaskular, kelenturan, koordinasi, imbangan dan ketangkasan merupakan tajuk yang diajar kepada murid tahap 1 sehingga ke tahap 2. Hal ini kerana, komponen tajuk ini membantu murid dalam proses perkembangan mereka. Perkembangan otot kardiak dan tisu otot perlu di bantu melalui latihan/ aktiviti yang boleh membantu seperti latihan aerobik bagi daya tahan kardiovaskular dan aktiviti seperti dirian Y, imbangan bangau, lentik kucing dan lari ulang-alik pula boleh membantu aspek imbangan, koordinasi dan ketangkasan. Komposisi badan pula diterapkan semasa tahun 6 kerana murid-murid tahun 6 sudah memiliki tubuh badan yang matang dan perlu dibentuk. Pada peringkat ini kesesuaian sukan yang diceburi juga berkaitan dengan anggota tubuh yang dimiliki. Masalah kegemukan juga dapat diatasi. Tunjang 2: kemahiran Tunjang 2 pula merupakan tunjang yang membincangkan dan menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot besar dan oto halus. Dalam tunjang kemahiran ini, tajuk-tajuk yang disentuh ialah kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi. Tahap 1 hanya mempelajari pergerakan asas, gimnastik dan pergerakan kreatif. Komponen tajuk ini sebenarnya satu signifikan daripada tajuk yang diajar di tunjang 1. Sebagai contoh, tajuk kelenturan dan koordinasi merupakan tajuk yang signifikan untuk murid belajar pergerakan kreatif, pergerakan asas dan gimnastik di tunjang 2. Oleh itu, pengalaman pembelajaran murid tidak akan mengganggu pembelajaran sedia ada mereka. Manakala permainan dan olahraga pula akan diajarkan kepada murid di tahap 2 kerana murid perlu diberikan tapak yang kukuh untuk mempelajari kemahiran olahraga dan permainan. Contohnya, dalam permainan bola baling, kemahiran memanipulasikan alatan seperti menyambut, membaling, berlari dan lain-lain lagi bermula daripada lakuan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor. Oleh itu, sekiranya kemahiran pergerakan asas telah diajarkan pada tahap 1, tiada masalah untuk mengajarkan kemahiran asas permainan dan olahraga. Tunjang 3 Kesukanan

Tunjang 3 pula membincangkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan dalam kehidupan murid sebagai ahli dalam masyarakat. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan. Isu-isu dalam Pendidikan Jasmani dan sukan dan etika dalam sukan tidak diajar di tahap 2 kerana tahap 1 masih muda dan mentah untuk menerima maklumat yang banyak dan susah. Penekanan pada peringkat sekolah rendah juga tidak terlalu ketat, memadai sekadar untuk menjadi pengetahuan asas murid semasa bersukan nanti.

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN MAKTAB PERGURUAN ISLAM BANGI OBJEKTIF Perkembangan ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan kepada memperkembangkan dan mempertingkatkan potensi individu yang seimbang dan harmonis untuk membentuk individu yang berketrampilan. Pendidikan Jasmani menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Pettifor (1999)

DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh yang memberi sumbangan kepada perkembangan dan peningkatan keseluruhan kanakkanak melalui pengalaman pergerakan Dauer (1995)

Pendidikan Jasmani merupakan aktiviti fizikal yang bermatlamatkan pendidikan. Pendidikan Jasmani berbeza daripada bidang lain kerana ia menumpukan kepada peningkatan keseluruhan individu. Bidang Pendidikan Jasmani memberi perhatian kepada kualiti fizikal, mental, dan emosi. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menegaskan elemen JERI dalam meningkatkan potensi individu.

MATLAMAT PENDIDIKAN JASMANI Dalam konteks global, Pendidikan Jasmani yang menjurus ke arah perkembangan dalam pelbagai bidang, matlamat Pendidikan Jasmani membantu murid-murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

TUJUAN PENDIDIKAN JASMANI Mempertingkatkan kemahiran motor yang sesuai, bermula dengan kemahiran motor asas, kemudian menjurus ke arah kemahiran sukan khusus dan akhirnya menitikberatkan sukan seumur hidup. Mempertingkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang sesuai untuk kesihatan dan mengajar mengapa kecergasan adalah penting dan bagaimana ia mempengaruhi kesihatan. Membantu individu mencapai kesihatan yang optimum dan memberi sumbangan kepada matlamat masyarakat.

OBJEKTIF PENDIDIKAN JASMANI 1. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan individu. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal. Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. Membentuk sahsiah, disiplin diri dan buat keputusan bijak dalam kehidupan seharian.

PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI 1. Adakan tujuan khas yang ditulis dalam bentuk objektif pengajaran iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. 2. Dedahkan cuma satu kemahiran baru sahaja dalam sesuatu kemahiran yang diajar. 3. Masa dihadkan dan mencukupi untuk sesuatu gerakerja. Beri peluang murid berlatih (latihtubi) atau mengambil bahagian sepenuhnya. Latihtubi secara ansurmaju dengan cara mempelbagaikan gerakerja dan bentuk latihannya perlu ada kesinambungan. Adakan pertandingan bersyarat ataupun permainan kecil. Pengajaran latihan perlu dirancang terlebih dahulu degan teliti. Tenaga pengajar berada di tempat yang sesuai agar mudah dilihat oleh murid. Elakkan bercakap atau memberi arahan selagi murid tidak sedia atau beri perhatian. Langkah mengajar perlu ada aspek 5P iaitu P1 - Penerangan (semasa) P2 - Praktik (latihtubi) P3 - Perlakuan (tunjukcara) P4 - Permainan (pertandingan) P5 - Penyeliaan (Pembetulan) 11. Adakan penilaian dan refleksi.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KAEDAH Kaedah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah penyampaian yang tersusun. Contoh kaedah perbincangan, demonstrasi, penyelesaian masalah, simulasi dan projek. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TEKNIK Teknik merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajran. Contoh teknik bercerita,bersyarah, latihtubi,sumbangsaran dan main peranan. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI STRATEGI Strategi merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang. Terdapat sembilan contoh strategi pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani CONTOH STRATEGI 1. Belajar Cara Belajar (BCB) 2. Kemahiran Berfikir (KB) 3. Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) 4. Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) 5. Kajian Masa Depan (KMD) 6. Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) 7. Pembelajaran Masteri (PM) 8. Pembelajaran Secara Konteksual (PKT) 9. Pembelajaran Secara Konstruktivisme (PKS) KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TUNJANG 1 - KECERGASAN TUNJANG 2 - KEMAHIRAN TUNJANG 3 - KESUKANAN TUNJANG 1 - KECERGASAN 1(a). BERASASKAN KESIHATAN i. Dayatahan Kardiovaskular ii. Dayatahan Otot

iii. Kekuatan iv. Kelenturan v. Komposisi Badan TUNJANG 1 - KECERGASAN 1(b). BERASASKAN PERLAKUAN i. Kuasa ii. Imbangan iii. Ketangkasan iv. Kepantasan v. Koordinasi vi. Masa Tindakbalas TUNJANG 2 - KEMAHIRAN i. Pergerakan Asas ii. Permainan iii. Olahraga iv. Gimnastik v. Pergerakan Kreatif vi. Rekreasi vii. Kesenggangan TUNJANG 3 - KESUKANAN i. Keselamatan ii. Pengurusan iii. Kerjaya iv. Isu PJ dan Sukan v. Etika PENGAJARAN MIKRO RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN JASMANI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Matapelajaran : Tarikh : Tunjang : Masa : Tajuk : Tahun : Sub.Tajuk : Bil.Murid : Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : Psikomotor : Kognitif : Afektif : Pengalaman Lepas : Penerapan Nilai :

Pengabungjalinan : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI SIFAT-SIFAT SETOR YANG BAIK 1. RUANG Tempat untuk menyimpan alatan yang ada mestilah mencukupi. 2. KESELAMATAN Pembinaanya mestilah kuat dan boleh menjamin keselamatan alatan PEREDARAN UDARA Dengan peredaran udara yang baik, mutu dan keadaan alatan adalah terjamin dan tidak mudah rosak. 4. KEDUDUKAN Tempat yang paling sesuai adalah di bahagian bangunan yang berhampiran dengan padang supaya pengangkutan alatan mudah dan masa tidak terbuang semasa mengambil dan memulangkan peralatan. 5. PEMBAHAGIAN Dengan adanya bahagian-bahagian yang tertentu, alatan dapat disusun dengan kemas dan teratur. Ini akan memudahkan tugas menyimpan dan mengeluarkan alatan pada bila-bila masa. PANDUAN PENYIMPANAN, PENJAGAAN DAN PENYUSUNAN PERALATAN DALAM SETOR Mempunyai kemudahan seperti almari, rak bertingkat, kotak kayu, bakul dan terdapat penyangkut pada dinding supaya mudah menyimpan alatan. Alatan yang berharga perlu disimpan dalam almari yang berkunci seperti jam randik, pita ukur, kasut spike dan lain lagi. Setiap bahagian atau perkakas yang akan digunakan untuk menyimpan alatan mestilah dilabelkan dengan jelas supaya alatan tidak bercampur. Peralatan yang selalu digunakan perlu disusun di bahagian luar supaya senang diambil apabila diperlukan. Alatan yang tajam hendaklah disimpan bahagian tajam menghadap ke dalam atau ke bawah untuk keselamatan. Alatan mestilah sentiasa dibersihkan jikalau kotor, sebelum disimpan semula di dalam setor. Setor sukan hendaklah sentiasa bersih, teratur dan kemas. PENGELOLAAN SETOR SUKAN 1. GURU PENGAWAS Setor sukan adalah di bawah jagaan seorang guru pendidikan jasmani atau setiausaha sukan. 2. PEMBANTU Untuk menyenangkan tugas guru pengawas setor sukan, pembantu terdiri daripada murid hendak lah ditugaskan dengan kerja tertentu mengikut tugas yang disediakan dalam penyelengaraan setor sukan. PERATURAN SETOR SUKAN Peraturan-peraturan setor sukan perlu disenaraikan untuk pengetahuan dan makluman

semua yang meng gunakannya. 4. BUKU CATATAN Segala pinjaman alatan hendaklah direkodkan dalam sebuah buku dengan menunjukkan butir-butir yang cukup. BUKU STOK Sebuah buku stok perlu disediakan untuk menunjukkan catatan tentang segala peralatan yang patut sedia ada dalam setor sukan. Catatan ringkas tentang alatan yang telah rosak, hilang dan perlu diganti juga hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa. PENILAIAN KENDIRI REFLEKSI

Pendidikan jasmani yang perlu difahami oleh guru bagi memenuhi aspirasi dan keperluan yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." (Falsafah Pendidikan Kebangsaan). Guru perlu memahami dan menyedari kepentingan pendidikan jasmani supaya aspirasi negara untuk melahirkan insan yang seimbang dalam pelbagai aspek termasuk jasmani. Pendidikan Jasmani membantu murid menjadi cergas, aktif dan berpengetahuan melalui pemupukan kemahiran, nilai dan amalan kecergasan. Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. Sejajar dengan objektif pendidikan jasmani iaitu murid dapat menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri. Pendidikan jasmani juga melibatkan elemen-elemen teori kecerdasan pelbagai seperti kinestatik (pergerakan). Melalui pendidikan jasmani juga, potensi dan kebolehan seseorang individu dapat diterokai dan seterusnya menjadi satu platform untuk melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan. Pendidikan jasmani bukan semata-mata aktiviti senaman atau kesukanan tetapi lebih dari itu. Ia merangkumi banyak aspek yang penting kepada pembangunan individu. Tiga tunjang pendidikan jasmani iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan perlu dikuasai oleh setiap individu. Perlu ditekankan bahawa setiap aktiviti yang melibatkan pergerakan perlu bermula

dengan kemahiran asas yang betul bagi mengelakkan kecederaan. Pelbagai penyerapan dalam pendidikan jasmani yang menjadi ilmu yang berguna, contohnya anatomi dan fisiologi. Pendidikan jasmani melahirkan manusia yang berguna, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Aktiviti kesukanan merupakan salah satu cara yang terbaik untuk mengisi masa lapang, seterusnya dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan tidak bermoral. Pendidikan jasmani melahirkan individu yang bertanggungjawab, misalnya sebagai ketua dalam kumpulan. Pendidikan jasmani juga mampu meningkatkan keyakinan diri. Pendidikan jasmani membolehkan seseorang menerima kejayaan dan kegagalan dengan optimis. Individu yang cergas dan cerdas mempunyai keterampilan dan peribadi yang baik dan menonjol. Kemungkinan individu yang banyak memberi alasan adalah kurang diberi pendidikan jasmani dan kurang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.

SEJARAH PENDIDIKAN JASM ANI DEFINISI PENDIDIKAN JASM ANI DAN KESIHATAN Barrow(1971, 1983) pengalaman pendidikan menyeluruh dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu Baley& Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik,neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasilmelalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak Freeman(1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikaldan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitupsikomotor, kognitif dan afektif Lumpkin(1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yangmembolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal,mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.

Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada programpendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnyamelalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangandan pembangunan keseluruhan kanak-kanak. Pendidikan Kesihatan Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan ataumenggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalamkefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu,keluarga dan komuniti ZAM AN PRIMITIF DAN PURBA AWAL Dalam masyarakat primitif, sukan dan pendidikan jasmani merupakan satuaspek yang amat mustahak dalam kehidupan seharian. Masyarakat primitif yang kurang stamina, kemahiran, keteguhan dan kegagahan akan merugikankomuniti mereka

SUKAN DALAM M ASY ARAKAT YUNANI PURBA Perkembangan pendidikan di Yunani dibahagikan kepada beberapa tahap: 1. Pendidikan Yunani Homer(zaman prasejarah hingga Olimpik 776S.M). Tujuan:membentuk manusia yang boleh bertindak (petindak). Kerana peperangan yang sering berlaku. Maka setiap warganegara merupakan perajurit dan keadaan fizikalyang sihat dan kuat adalah penting. Senaman bertujuan untuk menghasilkan kualiti-kualiti sepertikekuatan, daya ketahanan, kepantasan dan keberanian yangsangat diperlukan dalam kegiatan peperangan. Contoh: perlumbaan jalan kaki, perlumbaan kereta kuda, bertinjudan merejam lembing. Dibahagi kepada dua kategori iaitu permainan aristokrat dangolongan askar. 2. Pendidikan Yunani Sparta (meliputi seluruh zaman sejarah Sparta). Pendidikan Jasmani dan sukan serta semua pendidikan di Spartamerupakan latihan untuk peperangan.

Ianya bertujuan untuk membentuk rakyat sebagai manusia petindakyang mempunyai kekuatan yang ganas, daya ketahanan yangtinggi, semangat keteguhan dan kegagahan serta kemahiran yangdiperlukan. Contoh aktiviti Gimnastik, lari dan lompatan Lawan pedang, acara lompat, renang, memburu, gusti, tinju,berjalan kaki serta permainan bola untuk kekuatan lengan. Perempuan Sparta juga mesti melengkapkan diri untuk peperangandan tidak dikecualikan dalam aktiviti kasar. 3. Pendidikan Yunani Athens Awal (776 S.M hingga akhir Perang Parsi pada 480 S.M). Kepentingan latihan tentera kepada mereka: Menyediakan warganegara di medan perang. Nilai estetika dan harmoni. Bagi mereka, tubuh badan sama penting dengan otak. Kepentingan ditekankan kepada pertunjukan kemahiran sertagerak-geri yang lemah gemalai daripada kepantasan dan dayaketahanan. Di antara Pendidikan Jasmani bagi kanak-kanak dalam lingkunganumur 7-12 tahun: Berlari, lompatan, memanjat tali, permainan bola, rejam lembing danlempar cakera. Pelajar yang lebih dewasa: Aktiviti lebih tenaga seperti perlumbaan, rejam lembing, lempar cakera bersaiz besar, tinju, penkratium dan perlumbaan keretakuda. Tarian untuk keagamaan.

4. PendidikanYunani Athens Lewat (dari 480 S.M hingga penaklukan Mekadonia 338 S.M). Membentuk manusia bijak. Antara aktiviti: gimnastik, olahraga, lumba berperisai, rejam lembing,memanah, equestrian, tinju dan bergomol. Walaubagaimanapun, mereka lebih berminat menjadi penontondaripada menjadi peserta. 5. Sukan Olimpik Diadakan setiap 4 tahun mulai tahun 776 S.M. selama 5 hari padabulan Ogos tahun itu bersamasama upacara mghormati Zeus(Tuhan orang Greek). Hanya ada satu acara iaitu lumba lari kemudiannya ditambahdengan acara lain. Dalam Tahun 393 (Masihi), Maharaja Theodosius telahmenamatkan sukan olimpik. Tujuan utama pendidikan jasmani dan sukan adalah untuk membentukmanusia petindak. Peperangan sering berlaku. Maka, setiap warganegaramerupakan perajurit dan keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah sangatpenting. Senaman bertujuan menghasilkan kualiti-kualiti seperti kekuatan, dayaketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalampeperangan. Di antara aktiviti-aktiviti sukan yang dimainkan oleh kelasaristocrat ialah perlumbaan kereta kuda, tinju, bergomol dan lari. Bagigolongan askar, aktivitinya adalah seperti membaling lembing, memanah danmengangkat berat

PENDIDIKAN JASM ANI PADA ZAM AN RENAISSANCE Bermula pada 1400-1700 Pendidikan jasmani pada Zaman Renaissance adalah lebih kurang samaseperti pendidikan jasmani pada masa kini. PJ dilakukan untuk kebaikan diri sendiri, bukan untuk kebaikan orang lain.

3kumpulan utama zaman renaissance berpusat di Itali yang menghargai pendidikan dalam sukan seperti lariberpagar, memanah, renang, lari dan permainan bola tangan. pula dipengaruhi oleh Reformasi Protestan, melihat aktiviti fizikal hanyasebagai cara untuk melaksanakan pekerjaan. menerima pendidikan fizikal sebagai sebahagian daripada fikiran yang sihatdalam tubuh yang sihat. Selama tempoh ini, sebahagian besar rakyat Eropah masih Katolik danKatolik lebih menyukai aktiviti fizikal rekreasi dengan pandangan bahawapenjagaan tubuh perlu dilakukan. Namun begitu, perkembangan PJ mempunyai kelemahan pada sekitar 1600 di manaPJ mempunyai banyak kebaikan tetapi tidak diutamakan kerana mereka percayabahawa sesuatu yang tidak mempunyai tujuan khusus adalah sesuatu yangmembazir masa.

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA Era prakolonial (sebelum penjajahan Inggeris)

Masyarakat libatkan diri secara sukarela dalam aktiviti-aktiviti yang berbentukrekreasi seperti bersilat, berdayung, berenang, menari , bermain congkak,layang-layang dan sepak raga. Secara amnya, PJ pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu aktiviti-aktiviti:-Permainan masa lapang -Keperwiraan -Senaman tradisional

Era klonial ( pemerintahan British atau sebelum merdeka) PJ yang formal masih tiada dalam jadual persekolahan walaupun sekolah-sekolah telah ditubuhkan semenjak tahun 1821. Permainan-permainan baru seperti bola sepak, hoki, ragbi dan badmintontelah mula diperkenalkan oleh penjajah dan peniaga-peniaga Tujuan PJ pada masa ini adalah untuk mengekalkan status quo penjajahanInggeris dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyatkekal menjadi pesawah. Sebelum mulakan pelajaran harian, murid-murid akan disuruh berkebun danbersenam 1890-an : Murid-murid perempuan mula diajar olahraga, murid-murid lelakidiberi latih tubi di sekolah-sekolah 1900-an : pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupanpenduduk-penduduk termasuk bidang pendidikan. 1913-an : maktab perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untukmembolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan merekadigalakkan memasuki pasukan-pasukan sukarelawan. 1922-an : MPSI dibuka di Tanjung Malim,latihan jasmani dan kebersihandalam kurikulum diutamakan 1920-an : keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawad, danpermainan yang membawa pengaruh penjajahan inggeris Tahun 1924 : seorang pengusaha PJ utk negeri-negeri selat telah dilantik.Sukatan pelajaran PJ belum tersusun dan guru-guru yang tak pernah terimalatihan PJ ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut

Tahun 1930-an : usaha rancangan PJ untuk sekolah-sekolah dimulakan.Sukatan yang digunakan ialah Latihan Fizikal. Rancangan latihan guru PJmula dilancarkan ke suluruh negara melalui kursus perkhidmatan. Masyarakatmula sedar kepentingan PJ.

Zaman Pendidikan Moden iaitu zaman sselepas merdeka - 1960an, Sukatan pelajaran PJ dikaji semula.- 1966, wujud sukatan pelajaran PJ untuk kanak-kanak laki dan perempuan.- Tujuannya untuk membolehkan semula sekolah guna satu sukatan pelajaranPJ yang baru dan lebih sesuai bagi kank-kanak dinegara kita.- Usaha meninggikan mutu pelajaran PJ disekolah diteruskan dgn penubuhanMPIK di Cheras. PJ menjadi mata pelajaran wajib dalam kurikulum sek. ren dan men

Kaedah perbincangan =interaksi dua hala iaitu murid dengan murid dan murid dengan guru. Meransangperhubungan antara ahli dalam BD dan libatkan murid bergiat secara aktif dalam pembelajaran. Muridberkongsi maklumat, tingkatkan kefahaman dan kemahiran interpersonal.Kaedah projek =tugasan dilaksanakan diluar BD secara individu/kumpulan. Berkonsepkan belajar sambilmempraktikan yg boleh mempercepatkan pembentukan kefahaman dalam proses pembelajaran.Kaedah pembelajaran kolaboratif =pembelajaran melalui murid belajar menerusi interaksi dengan oranglain untuk menambah pengetahuan. Guru bertindak sebagai model/penunjuk arah untuk bantu muridselesaikan masalah dan bina pengetahuan.Kaedah penemuan (inkuiri) =dilaksanakan melalui lima peringkat iaitu kenal pasti masalah,rancangpenyelesaian,kumpul maklumat,tafsiran dan kesimpulan.Teknikkemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar.-menentukan keberkesanan pengajaran ditahap optimum berteraskan kriteria umur, kebolehan,kecerdasan dan minat.a. Teknik Demonstrasi-berusatkan guru dan aktiviti dimana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkansesuatu di hadapan murid semasa sesi pengajaran.-Murid memerhati dan mengenalpasti prosedur atau cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut.Dengan itu, murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur dan betul.b. Teknik Alat Pandang Dengar-Alat-alat pandang-dengar yang boleh digunakan termasuk wayang gambar, filem, carta, poster dansebagainya yang menunjukkan bagaimana sesuatu kemahiran dilakukan dengan teknik yang betul.-Memberikan penerangan dalam membetulkan kesalahan.c. Teknik KinestesisKinestesis Manual-Guru memimpin setiap pergerakan dan kemahiran melalui perlakuan yang sebenar, sehingga muriddapat merasai pergerakan tersebut.-Setelah melakukannya berulang kali, murid akan mula memahami idea pergerakan yang betul.-Murid akan berusaha untuk memperbaikinya berpandukan kepada deria kinestesis pergerakan yangsebenar.Gaya P&P- Gaya langsung=pembelajaran berpusatkan guru. Berpandukan teori pembelajaran tingkah laku. Berfokuskan kepadayang ingin dipelajari tetapi tidak mengambil kira perbezaan individu (anggap murid capai tahappembelajaran dan kemajuan yang sama). Persekitaran pembelajaran yang berstruktur. Contoh gayaarahan dan gaya tugasan.- Gaya tidak langsung=berpusatkan pelajar. Berpandukan teori pembelajaran kognitif. Mengambil kira perbezaan murid danmemberi peluang kepada murid untuk merasai kejayaan pada tahap kebolehan sendiri. Namun, gaya inimemakan masa yang panjang dan memerlukan guru untuk berlatih serta bersabar. Contoh gaya tidaklangsung ialah gaya penyelesaian masalah dan gaya tindak balas.- Gaya gabungan =berpusatkan guru dan murid. Sesuatu pembelajaran akan berlaku dengan berkesan sekiranya gurudapat memilih gaya pembelajaran yang sesuai dengan kurikulum dan ciri murid. Murid akanmenyelesaikan masalah dan guru bertindak sebagai pembimbing serta

motivator. Cenderung kepadagaya penemuan terbimbing.Tajuk 8 pentaksiran dalam pjUjian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani-Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal,pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal.-Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapatkanmaklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran. Pengukuran ialah suatu proses mengutipmaklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang.-pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian.-Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yangdikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran.Tujuan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani1.Memfokuskan kepada setiap individu-Setiap murid adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi maklumat tentang kelebihan dan kelemahanseseorang murid. Dengan itu, guru dapat mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmani membangununtuk meningkatkan lagi prestasi murid.2.Menentukan status semasaMengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi :a) Pemberian gredb) Mengecualikan pelajar dari suatu aktivitic) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasid) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu dane) Menentu aktiviti tertentu.3.Memilih wakil-Hasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi maklumat bagi tujuan memilih wakil sekolah.Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan dilaksanakan denganlebih saksama.4.Memotivasikan individu-memberi maklum balas prestasi kepada seseorang murid. Ia dapat memberi kesan positif kepada muridberkenaan. Sebaliknya jika keputusan penilaian disalahgunakan makan kesan negatif akan timbul dan iniakan menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa.5.Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani-Digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program pendidikan jasmani dan kesihatan.-memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada guru danpihak pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang diharapkantercapai.5.Membekalkan maklumat untuk kajian lain -Penilaian membolehkan maklumat digunakan untuk kajian lain.Ujian Kecerdasan- Ujian kecerdasan digunakan untuk mengukur kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaanantara individu.-Ujian ini banyak berubah mengikut perkembangan ilmu psikologi dalam bidang ini. Bidang 48 OUM.pengujian kecerdasan bermula pada tahun 1796.-Ujian ini terus berkembang apabila Galton, pada tahun 1969, cuba mengukur ketajaman deria,gambaran mental dan pencapaian intelektual antara pelajar-pelajar genius.-Tokohtokoh lain yang turut terlibat dalam pengukuran kecerdasan mental termasuklah Wundt, Cattelldan Binet (Abu Bakar,1986).-Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah ujian BinetSimon. Ujian kecerdasan mental bagi kanak-kanak tidak menekankan aspek kebahasaan,

tetapi menggunakan gambar rajah, oleh sebab aspek inibelum mereka kuasai.-Ujian kecerdasan memberikan bukti, secara tidak langsung, tentang potensi yang ditunjukkan olehmurid-murid berdasarkan prestasi mereka dalam ujian tersebut. Ujian ini kerap digunakan untukmembuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lainialah Ujian Skala Stanford-Binet, Ujian Weschler dan Ujian LorgeThorndike.Ujian kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada:i. berlandaskan kesihatanKomposisi Badan- Fleksibiliti- Daya Tahan Kardiovaskular- Kekuatan Otot- Daya Tahan Ototii. berlandaskan kemahiran motor- Kelajuan- Koordinasi- Ketangkasan- Kuasa- ImbanganMasa Reaksi

Das könnte Ihnen auch gefallen