Sie sind auf Seite 1von 22

PENGUASAAN ASAS BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR PPISMP GSTT- PAI: SATU KAJIAN KES Mohamad Ziyad

bin Mukhtar Izuddin bin Muhammed Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau e-mail: mziyadmukhtar@yahoo.com Abstrak Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti penguasaan asas bahasa Arab dalam kalangan pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), ambilan khas Disember 2011 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah. Kemahiran asas yang dimaksudkan merangkumi kemahiran bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar. Responden kajian terdiri daripada 33 orang pelajar PPISMP opsyen Pengajian Agama Islam. Tahap penguasaan bahasa Arab kumpulan pelajar ini diukur menggunakan item soal selidik yang dibina sendiri oleh pengkaji. Data dianalisis dan diproses menggunakan perisian SPSS Versi 13. Hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan bahasa Arab pelajar PPISMP GSTT-PAI berada pada tahap sederhana. Tahap penguasaan penbendaharaan kata bahasa Arab adalah rendah sesingga menyebabkan tidak mampu bertutur dengan baik sekaligus mengganggu keberkesanan pembelajaran responden. Namun begitu didapati responden mempunyai minat dan kesediaan belajar bahasa Arab yang sangat tinggi.

KATA KUNCI: Penguasaan, Kemahiran Asas, Bahasa Arab, PPISMP GSTT-PAI

Pendahuluan

Bagi memenuhi dan menyokong perlaksanaan program transformasi pendidikan dan dasar baru pendidikan khususnya Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS), Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah yang drastik dengan mengambil bekas Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) untuk dilatih menjadi guru professional di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) seluruh negara.

Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di IPGM merupakan program Kementerian Pelajaran Malaysia yang dilaksanakan sebagai persediaan pelajar sebelum memulakan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Bahasa Arab merupakan salah satu subjek yang diajar kepada pelajar PPISMP opsyen Pendidikan Islam. Manakala, kandungan kurikulumnya pula meliputi aspek tatabahasa dan kemahiran bahasa Arab.

Apabila kita memperkatakan tentang kemahiran bahasa Arab, secara umumnya bahasa Arab mengandungi empat kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Keempat-empat kemahiran ini berhubungkait antara satu sama lain sehingga menjadi satu keperluan utama dalam mempelajari bahasa. Oleh yang demikian, kegagalan menguasai salah satu daripadanya akan memberi natijah yang kurang baik terhadap penguasaan bahasa Arab keseluruhannya.

Bagi mencapai tahap penguasaan bahasa yang baik, para pelajar sepatutnya menunjukkan sikap yang selari dengan minat mereka seperti membaca bahan bahasa Arab, mendengar perbualan dalam bahasa Arab, mencari maklumat dalam bahasa Arab melalui kemudahan internet dan tidak ketinggalan berkomunikasi dengan mereka yang memiliki kemampuan bertutur bahasa Arab di bilik kuliah, di luar bilik kuliah, di kafe dan sebagainya (Ab. Halim & Wan Mohamad, 2006). Oleh itu, perubahan sikap yang negatif kepada sikap positif adalah penting untuk menjamin kejayaan seseorang itu dalam menguasai bahasa Arab. Justeru, satu kajian wajar dijalankan bagi mengenal pasti tahap penguasaan pelajar PPISMP dalam kemahiran asas bahasa Arab.

Pernyataan Masalah

Pengkaji dan rakan pensyarah sering berhadapan dengan pelajar PPISMP yang sentiasa beralasan semasa mempelajari mata pelajaran Bahasa Arab. Sering kali terdengar perkataan kami tidak pandai Bahasa Arab ustaz!...kami dah lama tinggalkan bahasa Arab...susah lah...begitu sinonim sekali setiap kali berinteraksi dengan mereka. Apabila P&P diajar dalam bahasa Arab dan diaju soalan dalam bahasa Arab, ayat yang selalu keluar ialah Matilah kita.tidak faham apa-apa ni!. Bagi kumpulan pelajar ini kebergantungan kepada pensyarah terlalu tinggi dan sering meminta agar pensyarah menterjemahkan semua ungkapan. Maka ketika itu, pensyarah akan merasakan dirinya seperti Kamus Bergerak. Pada hemat pengkaji, pernyataan-pernyataan itu mungkin betul memandangkan mereka latar belakang akademik mereka tidaklah begitu cemerlang. Pengalaman mereka berkomunikasi bahasa Arab di sekolah terlalu kurang dibandingkan

dengan guru-guru opsyen Bahasa Arab seperti Guru j-QAF. Pengkaji tidak menyalahkan pelajar seratus peratus kerana latar belakang pendidikan asas bahasa Arab, kurang berinteraksi dalam bahasa Arab semasa belajar, kurang bahan rujukan juga boleh membatasi pembelajaran mereka.

Pelajar PPISMP tidak boleh bergantung sepenuhnya dengan apa yang dipelajari sekarang melalui interaksi kuliah atau buku tanpa melakukan tindakan penambahbaikan ke arah penguasaan bahasa Arab. Menurut Jamil Abdul Hamid, (2006) dalam bukunya yang berjudul Al-Maharaat Al-Asasiyyat fi Al-Lughat Al-Arabiyah, buku tidak mampu membicarakan tentang bahasa (Arab), tetapi ia menonjolkan bahasa dengan cara mengamalkannya (bahasa). Hakikatnya, mempraktikkan bahasa yang telah dipelajari akan membantu seseorang pelajar itu memahami, menghayati dan memperincikan bahasa hinggalah dia mampu memperoleh sebahagian kemahiran asas bahasa.

Penguasaan bahasa Arab sebagai dalam pembelajaran asing telah menjadi isu sejak sekian lama. Masalah yang berlaku bukan hanya di sekolah, malah kajian yang dilakukan di universiti juga mendapati pelajar tidak dapat menguasai bahasa Arab dengan baik terutama kemahiran mendengar (Rahimi, 2003). Oleh itu, pengkaji ingin menfokuskan kepada kemahiran lain (bertutur, membaca dan menulis) bagi menilai penguasaan pelajar PPISMP dalam bahasa Arab.

Kelemahan bahasa antara masalah besar yang perlu ditangani dengan teliti untuk tujuan peningkatan penguasaan bahasa. Dalam konteks bahasa Arab, kegagalan menangani

kelemahan ini dari awal menjadikan seseorang tidak berminat untuk mempelajari bahasa terutama individu bukan arab. Sebagai contoh, disiplin tatabahasa bahasa Arab dan sifatnya berbeza dengan bahasa Melayu yang telah menimbulkan masalah dalam penguasaan sesuatu bahasa (Nik Mohd Rahimi Nik Yusuf, 2008). Oleh itu, tindakan ke arah penambahbaikan merupakan antara kaedah menyelesaikan kelemahan, bukannya menuding jari untuk mencari siapa yang salah terhadap masalah yang dihadapi.

Tujuan kajian

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji tahap penguasaan kemahiran-kemahiran asas bahasa Arab pelajar PPISMP Semester 1 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau. Kemahiran asas bahasa yang dimaksudkan ialah bertutur, membaca dan menulis. Manakala kemahiran mendengar tidak termasuk dalam kajian ini.

Objektif kajian

Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk: (i) (ii) (iii) (iv) mengenal pasti tahap penguasan asas bahasa Arab. menentukan tahap kemahiran bertutur dalam bahasa Arab. mengkaji tahap kemahiran membaca dalam bahasa Arab. menentukan tahap kemahiran menulis dalam bahasa Arab.

Batasan Kajian

Pengkaji menumpukan kajian ini terhadap 33 orang pelajar opsyen Pendidikan Islam pelajar-pelajar PPISMP Semester 1 (GSTT-PAI) di IPG Kampus Tawau. Oleh yang demikian hasil dapatan ini tidak boleh digunakan untuk membuat generalisasi dan mungkin tidak menggambarkan keseluruhan pelajar PPISMP. Pengkaji menggunakan soal selidik untuk memungut data. Aspek yang dikaji oleh pengkaji adalah tertumpu kepada beberapa pembolehubah tertentu seperti kesediaan belajar, kemahiran bertutur, membaca dan menulis bertujuan mendapat gambaran tentang penguasaan asas bahasa Arab responden. Variabel lain tidak dikaji oleh pengkaji kerana keperluan memperoleh maklumat asas amat penting dalam konteks kajian ini.

Tinjauan Literatur

Kejayaan program pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab tidak terhenti pada kecekapan para guru dan kemantapan kurikulum semata-mata, tetapi sikap dan kepedulian pelajar terhadap bahasa yang dipelajari memainkan peranan yang paling penting (Ab. Halim & Wan Mohamad, 2006). Pelajar yang mempunyai sikap yang positif terhadap bahasa sasar atau yang bersikap negatif terhadap semua itu, sedikit sebanyak akan mempengaruhi hasil pembelajaran dan kecekapan berbahasa. Ini bertepatan dengan pandangan Mansoer Pateda (1990) yang menyatakan bahawa sikap merupakan aplikasi daripada minat seseorang terhadap sesuatu. Ia juga merupakan faktor dalaman yang mempengaruhi pelajar dalam proses pembelajaran bahasa.

Berikut adalah tiga aspek kemahiran penting yang akan diketengahkan oleh pengkaji: i. Kemahiran Bertutur

Bertutur ialah salah satu kemahiran yang harus diperoleh sebelum seseorang itu dapat menguasai sesuatu bahasa. Keupayaan dalam menguasai kemahiran bertutur merupakan salah satu faktor yang membawa kejayaan dalam mempelajari bahasa kedua atau bahasa asing (Mohd Rosdi Ismail & Mat Taib Pa, 2007). Hal ini kerana penguasaan kemahiran bertutur merupakan sebahagian daripada pengetahuan dan latihan bagi mempelajari bahasa kedua khasnya.

ii. Kemahiran Membaca

Membaca merupakan cara seseorang memperoleh pengetahuan dan maklumat serta pengalaman yang berbeza. Apabila menperkatakan tentang membaca, secara tidak langsung proses ini menyentuh tentang kemahiran membaca. Kemahiran ini amat penting untuk menjelaskan bahawa pembaca faham dengan apa yang dibacanya. Melalui kemahiran membaca pelajar akan dapat menambah kemahirannya yang lain dan dapat meningkatkan penguasasaan bahasa. Membaca juga dapat menambahkan penguasaan kosa kata dan membantu pelajar menguasai pelbagai gaya bahasa melalui bacaan (Rosni, 2009). Penentuan bahan bacaan, mengenal pasti isi-isi penting atau idea-idea penulis

serta mengenal pasti tujuan penulis merupakan peringkat-peringkat kemahiran membaca. Ringkasnya, membaca ialah kaedah pembaca menyuarakan isi dan fikiran yang tertulis dan memahami kandungannya.

iii. Kemahiran Menulis

Menulis pula dianggap kemahiran asas keempat dalam mempelajari bahasa kedua. Penulisan dianggap kemahiran kompleks yang melibatkan aspek kemahiran lain sama ada mendengar, bertutur dan membaca. Kemahiran menulis mengabungkan semua kemahiran tersebut secara menyeluruh. Oleh itu, kemampuan menggayakan ayat dapat

mengambarkan buah fikiran, perasaan dan sebagainya sekaligus dapat menggambarkan keupayaan pelajar dalam penguasaan bahasa (Rosni, 2009). Hakikatnya, seseorang pelajar perlu menguasai kemahiran asas yang lain dengan baik sebelum mempelajari kemahiran menulis.

Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian yang dijalankan ini menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif yang bertujuan mengumpul data dan maklumat yang dikaji. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik. Menurut Mohd Najib (1999), kajian deskriptif menerangkan fenomena dengan menganalisis data deskriptif yang diproses daripada soal selidik atau media lain.

Kajian ini berbentuk kajian kes yang menggunakan soal selidik ke atas pelajar PPISMP di IPG Kampus Tawau. Tumpuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti penguasaan asas bahasa Arab dalam kalangan pelajar.

Kerangka Konseptual Kajian

Dalam kajian ini terdapat empat pembolehubah yang dikaji iaitu kesediaan belajar bahasa Arab, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kesemua pembolehubah ini menunjukkan konstruk yang digunapakai untuk menentukan tahap penguasaan asas bahasa Arab.

Kesediaan Belajar Kemahiran Bertutur Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis


Rajah 1 : Kerangka Konseptual Kajian

Tahap Penguasaan Asas Bahasa Arab

Pengajaran bahasa kedua berbeza dengan penguasaan bahasa pertama. Bahasa kedua diperoleh dan dikuasai melalui pembelajaran. Pembelajarannya bersifat formal, menekankan banyak latihan dan pengulangan hingga membentuk satu tabiat. Rivers W.M. (1964) menyatakan pembelajaran bahasa asing pada dasarnya adalah merupakan satu proses mekanikal yang membentuk tabiat.

Oleh itu, cara penguasaannya adalah sama dengan proses pembentukan tabiat yang lain seperti belajar menaip, berenang, memandu, dan lain-lain. Proses pembelajaran menetapkan jika sekali berjaya dilakukan dengan baik maka ia akan dapat diulangkan untuk seterusnya secara automatik. Proses penguasaan bahasa kedua pada peringkat awal kanak-kanak berkemungkinan sama dengan proses penguasaan bahasa pertama. Namun, 9

proses penguasaan bahasa kedua selepas peringkat awal kanak-kanak akan mengalami cara yang berbeza dengan proses pemerolehan pengetahuan bahasa pertama. Hal ini ditegaskan oleh Brown (1980) : Adult, more cognitively secure,appear to operate from the solid foundation of the first language and thus manifest more interference.

Seterusnya, Rivers melalui teori pendekatan mengajar bahasa iaitu pendekatan dengar sebut menyatakan bahawa : Pembelajaran bahasa asing pada asasnya adalah merupakan satu proses yang mekanikal membentuk tabiat. Analogi memberi asas yang lebih kukuh terhadap pembelajaran bahasa asing berbanding analisa.

Daripada kenyataan tersebut dapatlah diandaikan bahawa tabiat terbentuk melalui peneguhan. Tabiat berbahasa kedua boleh dibentuk dengan cara mempelajari atau latih tubi. Ia memainkan peranan penting bagi menggalakkan tabiat berfungsi.

Menurut pendekatan kognitif (Chomsky), mempelajari bahasa ialah satu proses menguasai pola-pola fonologi, sintaksis dan leksikal bahasa berkenaan. Teori ini menekankan kepentingan pemahaman murid terhadap struktur bahasa. Kesenangan murid mempelajari bahasa kedua akan menyebabkan penguasaan kognitif mereka terhadap struktur bahasa itu mudah berkembang.

10

Responden

Kajian ini hanya melibatkan kumpulan pelajar pelajar PPISMP GSTT ambilan Disember 2011 opsyen Pengajian Agama Islam di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau seramai 33 orang. Dalam kajian ini pengkaji tidak membuat generalisasi kepada kumpulan yang lain dan ianya terhad kepada kumpulan ini sahaja.

Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Pembinaan instrumen ini dibina berdasarkan pengalaman dan pembacaan pengkaji terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian; bahagian A yang mengandungi empat item yang mengukur maklumat tentang umur, jantina, tahap pendidikan bahasa Arab dan pengalaman mengajar. Manakala, bahagian B pula terdiri daripada empat dimensi iaitu kesediaan belajar, betutur, membaca dan menulis bahasa Arab. Kesemua item dalam B menggunakan skala 5 mata iaitu 1 tidak setuju, 2 kurang setuju, 3 setuju, 4 sangat setuju, dan 5 amat setuju.

Kesahan instrumen telah ditentukan oleh Ketua Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Profesionalisme Keguruan (JPIPK) yang mempunyai kepakaran dalam bidang pedagogi bahasa Arab. Beliau juga merupakan tenaga pengajar bagi kumpulan responden ini.

11

Kajian Rintis

Sebelum kajian sebenar dijalankan pengkaji telah melaksanakan kajian rintis untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen. Seramai 10 orang pelajar dipilih untuk memastikan kebolehpercayaan instrumen. Daripada analisis kajian rintis didapati pekali kebolehpercayaan Cronbach Alpha ialah 0.719. Berdasarkan dapatan analisis, instrumen ini mempunyai kebolehanpercayaan yang boleh diterima.

Prosedur Pengumpulan Data

Pengkaji sendiri yang mentadbir data dan memungut borang soal selidik untuk disemak bagi mempastikan semua maklumat dan item telah dijawab dan dilengkapkan oleh responden. Analisis Data

Data dikod dan diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS versi 13) bagi mendapat maklumat yang diperlukan. Analisis secara deskriptif digunakan bagi menghurai data secara menyeluruh tentang profil kajian iaiu jantina, umur, tahap pendidikan bahasa Arab dan kesediaan pelajar mempelajari bahasa Arab. Ia juga digunakan untuk menilai penguasaan asas kemahiran bertutur, membaca dan menulis bagi menjawab persoalan-persoalan kajian. Statistik yang digunakan ialah peratus, min dan kekerapan.

12

Bagi menganalisis data tentang kesediaan belajar serta penguasaan asas kemahiran betutur, membaca dan menulis, pengkaji menggunakan interpretasi skor min seperti Jamil Ahmad (1993) dan Sumarni (2000) yang ditunjukkan dalam jadual 1 berikut:
Jadual 1 : Jadual Interpretasi Skor Min Skor Min 1.00 2.00 2.00 3.00 3.00 4.00 4.00 5.00

Interpretasi Skor Min Rendah Sederhana Tinggi Sangat Tinggi

Dapatan kajian (a) Demografi responden

Kajian ini telah dijalankan terhadap 33 orang pelajar PPISMP Semester 1 (GSTT-PAI) ambilan Disember 2011, sebahagian besarnya adalah pelajar perempuan iaitu seramai 19 orang (57.6%) dan pelajar lelaki 14 orang (42.4%). Manakala dari segi umur, hampir separuh responden (48.5%) adalah berumur di antara 26-30 tahun. Terdapat 5 orang pelajar (15.2%) berumur antara 31-35 tahun yang sudah agak lewat berpeluang memasuki bidang perguruan ini. Seterusnya dari segi tahap pendidikan Bahasa Arab pula, (30.3%) reponden mempelajari bahasa Arab pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan (27.3%) pada Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Terdapat 8 orang pelajar (24.2%) hanya mendapat pendidikan Bahasa Arab di sekolah rendah, manakala 3 orang pelajar (9.1%) tidak mendapat pendidikan bahasa Arab secara formal. Kesemua mereka pernah melalui pengalaman menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Taburan demografi reponden seperti ditunjukkan dalam jadual 2.

13

Jadual 2 : Taburan Kekerapan dan Peratus Profil Responden Pembolehubah Jantina Lelaki Perempuan Umur 18 25 26 30 31 35 Tahap Pendidikan bahasa Arab Sekolah Rendah SRP/PMR SPM STPM Lain-lain Pengalaman GSTT 0-6 bulan 7 bulan - 01 tahun Lebih 1 tahun 12 16 5 8 3 10 9 3 1 6 26 36.4 48.5 15.2 24.2 9.1 30.3 27.3 9.1 3.0 18.2 78.8 14 19 42.4 57.6 Kekerapan Peratusan (%)

(b)

Mengenal pasti tahap penguasaan asas bahasa Arab

Kajian ini bertujuan mengenal pasti penguasaan asas bahasa Arab responden. Sebelum mengkaji secara keseluruhan dapatan, pengkaji juga menganalisis kesediaan responden belajar bahasa Arab. Melalui jadual 3, hasil dapatan menunjukkan bahawa responden belajar bahasa Arab pada peringkat PPISMP adalah dengan kehendak sendiri. Minat responden untuk mempelajari bahasa Arab juga tinggi walaupun hanya sebahagian sahaja yang belajar Bahasa Arab semenjak di sekolah rendah dan ada yang sudah agak lama meninggalkan bahasa Arab. Bagaimanapun, minat tersebut tidak selari dengan usahausaha sampingan lain yang dilakukan demi untuk menambahkan kecekapan, kebolehan dan kemahiran berbahasa responden.

14

Jadual 3 :

Taburan Min dan Sisihan Piawai Bagi Tahap Kesediaan Belajar Bahasa Arab Min SP Tahap

Item Kesediaan Belajar Bahasa Arab 1. Belajar dalam bidang Pengajian Agama Islam di IPG adalah kehendak saya sendiri 2. Saya tahu yang saya akan mempelajari bahasa Arab (subjek minor) dalam bidang ini 3. Saya memang bersedia untuk mempelajari bahasa Arab di peringkat yang lebih tinggi 4. Minat saya untuk mempelajari bahasa Arab adalah tinggi 5. Saya mempelajari bahasa Arab semenjak di sekolah rendah. 6. Saya tahu matlamat dan objektif mempelajari bahasa Arab pada peringkat PPISMP ini. 7. Saya kurang yakin mempelajarai bahasa Arab kerana sudah lama meninggalkan subjek ini. 8. Saya sentiasa cuba menghafal sekurangkurangnya 5 patah perkataan baru bahasa Arab setiap hari. 9. Saya akan bertanya pensyarah apabila saya tidak faham tentang bahasa Arab 10. Persekitaran luar banyak membantu meningkatkan penguasaan bahasa Arab saya

3.67 3.00 3.24 3.18 2.79 2.85 3.18 2.48

1.38 1.39 1.20 1.19 1.36 1.25 1.19 1.03

Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Sederhana Sederhana Tinggi Sederhana

3.45 2.52

0.87 1.00

Tinggi Sederhana

Paparan dalam rajah 4 pula menunjukkan penguasaan perbendaharaan kata bahasa Arab berada pada tahap sederhana tetapi sangat hampir kepada rendah. Kekurangan perbendaharaan kata menyebab responden tidak mampu bertutur dalam bahasa Arab sekaligus mengganggu keberkesanan pembelajaran responden. Walaupun begitu, usaha ke arah penguasaan kemahiran bertutur dilihat positif apabila tahap penggunaan kamus adalah tinggi. Hal ini perlu diambil perhatian oleh pengkaji bagi membantu reponden meningkatkan penguasaan bertutur dalam bahasa Arab. Pada keseluruhannya, tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam bahasa Arab pelajar PPISMP masih berada pada tahap sederhana.

15

Jadual 4 :

Taburan Min dan Sisihan Piawai Bagi Tahap Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Min 2.21 2.88 2.33 2.82 2.61 SP 0.78 0.93 1.05 1.01 0.89 Tahap Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana

Kemahiran Bertutur Dalam Bahasa Arab 1. Saya menguasai perbendaharaan kata bahasa Arab dengan baik. 2. Saya akan berusaha mengulangkaji dan bertutur dalam bahasa Arab setiap hari. 3. Saya ada menggunakan ayat bahasa Arab semasa di sekolah atau di rumah. 4. Saya mempelajari bertutur bahasa Arab dari rakan saya. 5. Saya menggunakan alat ICT untuk memperbaiki aspek pertuturan bahasa Arab saya. 6. Saya akan cuba bertutur dalam bahasa Arab dengan pensyarah saya 7. Saya akan berusaha menggunakan kamus bahasa Arab sebagai persediaan bertutur bahasa Arab 8. Saya dapat memahami perbualan bahasa Arab dengan baik

2.67 3.36

0.99 0.89

Sederhana Tinggi

2.06

1.89

Sederhana

Responden telah memilih cara penggunaan kamus sebagai suatu altenatif meningkatkan penguasaan asas kemahiran membaca bahasa Arab seperti yang digambarkan dalam rajah 5. Pemahaman tentang maksud atau kandungan teks amat penting untuk menguasai kemahiran membaca. Kegagalan memahami maksud atau makna ayat dalam bahasa Arab menyebabkan responden tidak dapat membaca dengan tepat dan betul sekaligus menggambarkan tahap keupayaan sebenar responden terhadap bahasa tersebut. Oleh itu, responden perlulah memperbanyakkan membaca bahan bacaan dalam bahasa Arab kerana kekerapan tersebut akan memperkasa dan mencernakan lagi tahap penguasaan berbahasa responden secara keseluruhannya.

16

Jadual 5 :

Taburan Min dan Sisihan Piawai Bagi Tahap Kemahiran Membaca Bahasa Arab Min 2.03 2.39 3.36 2.27 2.12 SP 0.92 0.99 0.85 1.03 1.02 Tahap Sederhana Sederhana Tinggi Sederhana Sederhana

Item Kemahiran Membaca Dalam Bahasa Arab 1. Saya membaca teks bahasa Arab setiap hari 2. Saya sangat minat membaca teks dalam bahasa Arab 3. Saya akan merujuk kepada kamus apabila tidak memahami perkataan Arab yang saya baca. 4. Saya dapat membaca teks bahasa Arab walaupun tanpa baris. 5. Ketika membaca, saya dapat memahami isi kandungan teks bahasa Arab dengan baik. 6. Bahan bacaan dalam bahasa Arab adalah mudah diperoleh sama ada melalui media cetak atau internet. 7. Saya selalu membuat latihan membaca agar sebutan perkataan bahasa arab saya menjadi lebih fasih.

2.97 2.61

0.85 0.79

Sederhana Sederhana

Dapatan kajian ini juga telah membuktikan bahawa respondan masih menggunakan kamus bagi menentukan ketepatan menulis dalam bahasa Arab. Situasi ini akan meletakkan responden berhadapan dengan kesukaran terutama ketika menjawab soalan peperiksaan kerana kamus tidak dibenarkan dibawa bersama ketika peperiksaan. Kemahiran menulis jawi tidak boleh dijadikan ukuran kepada seseorang itu sama ada dapat menguasai kemahiran menulis dalam bahasa Arab atau tidak. Pada keseluruhannya, penguasaan asas kemahiran menulis berada pada tahap sederhana berdasarkan jumlah purata min seperti ditujukkan dalam rajah di bawah.
Jadual 6 : Taburan Min dan Sisihan Piawai Bagi Tahap Kemahiran Menulis Bahasa Arab

Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Arab 1. Saya menguasai tulisan jawi dengan baik yang banyak membantu saya menulis dalam bahasa Arab. 2. Penguasaan saya dalam menulis perkataan bahasa Arab adalah baik.

Min 3.18

SP 0.81

Tahap Tinggi

2.64

1.08

Sederhana

17

3. 4.

5. 6.

Saya sentiasa membuat latihan menulis perkataan bahasa Arab setiap hari. Saya masih kurang jelas tentang perbezaan kaedah penulisan bahasa Arab dengan tulisan jawi. Saya dapat menulis perkataan bahasa Arab dengan baik tanpa melihat kamus. Penggunaan kamus banyak membantu saya menulis perkataan bahasa Arab dengan betul.

2.24 2.52

0.87 0.79

Sederhana Sederhana

2.39 3.52

0.99 0.79

Sederhana Sederhana

Perbincangan dan Penutup Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati tahap penguasaan kemahiran-kemahiran asas bahasa Arab dalam kalangan pelajar PPISMP berada pada tahap sederhana.

Manakala, minat dan kesediaan pelajar PPISMP untuk belajar bahasa Arab adalah tinggi. Keputusan ini bersandarkan kepada purata min keseluruhan penguasaan kemahirankemahiran asas bahasa Arab iaitu 2.76 yang diperoleh daripada dapatan analisis kajian.

Berdasarkan dapatan kajian ini, usaha penambahbaikan yang berterusan wajar dilakukan oleh semua pihak bagi meningkatkan penguasaan asas bahasa Arab dalam kalangan guru yang bukan opsyen, terutamanya aspek kaedah pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan kamus Bahasa Arab dikenalpasti banyak membantu pelajar menguasai kemahiran asas bahasa Arab.

Di sebalik kajian dan hasil dapatan yang diperoleh, menunjukkan pelajar masih tidak dapat mencapai objektif pembelajaran subjek Bahasa Arab yang dipelajari yang menuntut mereka menguasai kemahiran asas bahasa Arab sebagaimana yang ditetapkan dalam kurikulum PPISMP. Minat dan kesediaan belajar bahasa Arab yang tinggi sahaja tidak

18

mencerminkan kemampuan berbahasa sepenuhnya tetapi ia boleh menjadi pemangkin utama ke arah penguasaan bahasa tersebut.

Selain itu, kosa kata merupakan aset penting dalam mempelajari bahasa asing. Bahasa yang baik bergantung kepada penggunaan kosa kata yang baik dan bermutu. Melalui bahasa yang mempunyai kosa kata akan menyerlahkan makna bagi setiap perkataana yang diucapkan. Oleh itu, penguasaan bahasa asing terletak kepada penguasaan kosa kata (Rosni, 2009). Justeru, percakapan dalam bahasa asing tidak akan tercapai melainkan wujudnya kosa kata yang mencukupi semasa berinteraksi dan sebagainya. Perkataan tersebut perlulah dihafal dan diingati cara penggunaannya bagi tujuan memperkayakan kota kasa. Menurut Nasif (1990) antara aktiviti yang boleh digunakan untuk menambahkan kosa kata ialah pendengaran, bacaan, kamus dan interaksi.

Pengajaran bahasa kedua juga memerlukan kepada persekitaran yang boleh membantu pelajar mengembangkan potensi mereka dalam berbahasa. Persekitaran yang baik bagi bahasa ialah persekitaran yang membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang dipelajari di dalam kelas secara langsung dalam perhubungan dan interaksi mereka dalam kehidupan (Zawawi Ismail et al., 2009). Sehubungan itu, penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam kelas perlu dielakkan bagi membentuk persekitaran yang boleh membantu pelajar menguasai sesuatu bahasa.

Salinah Mohd Yusof (1998) dalam Zamri Mahamod (2007) menyatakan sikap dan minat seseorang pelajar boleh membawanya mencapai kejayaan dalam pembelajaran. beliau

19

menerangkan segala aturan pembelajaran digunakan untuk membangkitkan minat dan kecenderungan pelajar. Mohamad Ziyad (2009) pula mendapati sikap, kesediaan dan motivasi pelajar amat berpengaruh dalam pembelajaran bahasa kedua selain bakat bahasa yang sedia ada. Malah ketiga-tiga elemen ini didapati turut mempengaruhi pencapaian pelajar. Pelajar yang kurang menguasai kemahiran asas bahasa yang diuji didapati mempunyai masalah dari segi sikap, kesediaan dan motivasi untuk belajar bahasa Arab selain bermasalah dalam tulisan jawi.

Oleh itu, suatu kajian mendalam mengenai peranan persekitaran dalam menguasai bahasa kedua khususnya bagi meningkatkan penguasaan asas bahasa Arab dalam kalangan Pelajar PPISMP sesuai dijalankan pada masa akan datang.

20

Rujukan Ab. Halim Mohamad & Wan Mohamad Wan Sulong, 2006, Antara Minat Dan Sikap Pelajar Terhadap Bahasa Arab: Satu Kajian Ke Atas Pelajar Bacelor Bahasa Arab di IPTA Malaysia. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (siri 5). Bangi. Pusat Penerbitan dan Percetakan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdul Hamid , Jamil. 2006. Al-Maharaat Al-Asasiyyat fi al-Lughatul al-Arabiah. Abu Dhobi. Darul Gharib. Bahagian Pendidikan Guru KPM. 2005. Modul Bahasa Arab Major. Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah dan statistik penyelidikan (kaedah penyelidikan). Kuala Lumpur: McGraw-Hill Jamil Ahmad.1993. Tinjauan Tentang Kekangan-kekangan Dalam Pelaksanaan Sains KBSM Di Sekolah-sekolah Menengah di Negeri Kedah Darul Aman. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohamad Ziyad Mukhtar .2009. Penguasaan Bahasa Arab Melalui Program Tahbib alLughat al-Arabiyyat. Tesis Sarjana Universiti Malaya. Mohammad Seman & Mohd Zuhir Abd Rahman. 2006. Strategi Penilaian Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur Bahasa Arab. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Mohd. Najib Gaffar. 1999. Penyelidikan Pendidikan. Sekudai: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Nasf, Mustaf. 1990. Al-Lughat wa al-Tafsir wa Tawssul. Kuwit: cAlam al-Macarifah. Nik Mohd Rahimi Nik Yusuf, Kamarulzaman Abdul Ghani & Muwafak Abdullah Al-Qushairi. 2008, UKM. Fannu Tadris Al-Luhgah Al-Arabiah Lighairi Al-Arab. Selangor. Percetakan Watan. Rahimi Said. 2003. Penggunaan Internet untuk pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca dan menulis bahasa Arab disebuah Universiti. Projek Sarjana yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan, UM. Kuala Lumpur. Rosni bin Samah. 2009. Pendekatan Pembelajaran Kemahiran Bahasa Arab Untuk Pelajar Bukan Penutur Jati. Cetakan Pertama. Bandar baru Nilai: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia. Rasyid , Ali. 2005. Kifaayaat Al-Ada Al-Tadrisi. Kaherah. Darul Fikr Al-Arabi Shaifol Bahary bin Sulaiman & Hasnul Faizal Hushn.2009. Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah. Selangor. Meoter Doc. Sdn. Bhd. 21

Sumarni Jumin.2000. Kebimbangan Dan Punca-punca Kebimbangan Di Kalangan Pelajar Di Sebuah Sekolah Menengah Harian Kuala Lumpur. Tesis Sarjana, Universiti Malaya. Zawawi bin Ismail, Mohd Abdul Nasir bin Abdul Latif & Wan Nordin bin Wan Abdullah. 2009, Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab. Selangor. Meoter Doc. Sdn. Bhd. Thoemah, Rusydy Ahmad. 2006. Al-Maharaat Al-Lughawiyah; Mustawayaatuha, tadrisuha, Suubatuha. Kaherah. Darul Fikr Al-Arabi.

22

Das könnte Ihnen auch gefallen