Sie sind auf Seite 1von 1

PENGENALAN

Program latihan mengajar memberi peluang kepada guru pelatih mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar di dalam kelas dan sekolah atau institusi pendidikan. Pelaksanaan program ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta permuafakatan antara Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), sekolah, politeknik, kolej komuniti dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

Latihan Mengajar merupakan satu latihan amali untuk guru pelatih mempraktikkan segala teori dan kaedah yang telah dipelajari. Latihan ini juga merupakan satu syarat yang mesti dipenuhi oleh guru pelatih yang mengikuti kursus perguruan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Melalui program latihan mengajar ini, guru pelatih dapat menyepadukan teori dengan amali pengajaran dan pembelajaran. Selain itu dapat mengaplikasikan pelbagai strategi, kaedah, teknik dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Guru pelatih juga dapat merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di samping mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran.

Dalam menjalani program latihan mengajar dapat membantu guru pelatih memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri, menghayati dan mengamalkan nilai profesionalisme keguruan. Guru pelatih dapat juga mengembangkan potensi diri sebagai pendidik dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas.

Sepanjang program latihan mengajar ini juga diharapkan guru pelatih dapat mengoptimumkan penggunaan sumber teknologi dalam pembestarian proses pengajaran dan pembelajaran selain dapat menguasai kemahiran pemudah cara dan komunikasi. Guru pelatih juga diharap dapat menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Segala input yang diperoleh sepanjang menjalani latihan mengajar ini diharap dapat membantu guru pelatih dalam menempuh alam pekerjaan yang sebenar dan dapat mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Das könnte Ihnen auch gefallen