Sie sind auf Seite 1von 2

Apa itu Elektrik

Pengenalan Jika anda pernah melihat ribut petir, dengan kilat yang sedang sambar menyambar dari langit menuju ke tanah, mungkin anda mempunyai sedikit idea mengenai elektrik. Sambaran kilat yang tiba tiba, yang hebat antara langit dan bumi. Tenaga satu kilat mencukupi untuk menyalakan 100 lampu yang berkuasa sepanjang hari atau boleh membuat beberapa ratus ribu keping roti bakar!. Apakah itu Elektrik Elektrik adalah sejenis tenaga yang boleh terbentuk pada satu kawasan atau mengalir dari satu tempat ke tempat yang lain. Apabila elektrik berada pada satu satu kawasan ia dikenali sebagai elektrik statik (perkataan statik bermaksud suatu benda yang tidak bergerak), elektrik yang bergerak pula dikenali sebagai arus elektrik. Elektrik Statik Elektrik statik selalunya berlaku apabila kita menggosok dua benda bersama. Jika kita menggosok balon dengan baju anda 20 atau 30 kali, kita akan mendapati bahawa balaon itu akan melekat pada baju kita. Ini berlaku kerana menggosokkan balon memberikan ia cas elektrik. Cas ini membuatkan balon itu melekat pada baju kita seperti magnet, kerana baju kita memperolehi cas elektrik yang berlawanan. Oleh itu baju dan balon akan menarik antara satu sama lain seperti dua hujung kutub sebiah magnet. Apabila kita berjalan di atas hamparan nilon atau permaidani, dan kemudian kita memegang sesuatu seperti logam, contohnya tombol pintu atau kepala paip, kita akan mendapat kejutan elektrik rasa seperti dicucuk. Ini berlaku kerana apabila kita berjalan di atas hamparan tersebut, kaki kita akan bergeser dengannya. Badan kita akan membina cas elektrik, apabila kita memegang logam, cas itu kemudian akan bergerak tiba tiba menuju Bumi itulah kejutan elektrik yang dirasai.

Kilat juga disebabkan oleh elektrik statik. Apabila awan hujan bergerak menerusi langit, awan awan itu akan bergeser dengan udara di sekelilingnya. Ini menyebabkan terhasilnya cas cas elektrik yang sangat besar. Kemudian, apabila cas cas cukup besar, ia akan menyambar ke Bumi sebagai kilat. Kita selalu rasa seperti dicucuk di dalam udara apabila ribut berdekatan. Ini adalah elektrik dalam udara di sekeliling kita. Sedikit fakta tentang kilat,

Das könnte Ihnen auch gefallen