Sie sind auf Seite 1von 22

AQIDAH DEFINISI Dari segi bahasa, aqidah diambil dari perkataan Arab iaitu aqada yang bererti menyimpulkan

an ( sama ada hissi dan maknawi ). Justeru, aqidah Islam bererti simpulan keyakinan atau kepercayaan maknawi. Penggunaan perkataan aqada sering dikaitkan dengan aktiviti jual beli seperti aqdul bai yang bermaksud melakukan ikatan kontrak jual beli dan ikatan nikah kahwin seperti aqdun nikah , malah perkataan akidah ini dikaitkan juga dengan perjanjian seperti aqdulahdi . Perkataan aqidah tidak terdapat penggunaannya di dalam Al Quran. Namun, ada tujuh perkataan yang berakarkan perkataan aqada yang bererti simpulan tali, perjanjian dan lain lain yang digunakan oleh Al Quran. Al Quran lebih popular menggunakan perkataan iman baik dalam bentuk kata nama iman dan juga kata kerja ( kata nama iman ada 45 tempat, manakala kata kerja terdapat lebih dari 515 kali ). Oleh itu, perkataan aqidah selalunya dikaitkan dengan perkataan iman seperti aqaidul iman yang bermaksud simpulan simpulan iman atau kepercayaan. Aqidah atau ikatan kepercayaan mempunyai beberapa kategori iaitu : Kepercayaan yang batil, palsu dan sesat Kepercayaan / akidah karut marut, bukan bersifat agama, dongeng dan legenda Kepercayaan yang benar dan sahih menurut ukuran Al Quran dan As Sunnah Dari segi istilah, para ulama bersepakat mendefinisikan aqidah sebagai suatu pegangan yang benar. Antaranya Ibnu Taimiah, Al Fairuz, Imam Al Ghazali dan Al Murtadha Az Zabidi. Kesimpulannya aqidah dari aspek keislaman ialah suatu simpulan kepercayaan yang teguh di dalam hati seseorang terhadap rukun rukun keimanan seperti yang terdapat di dalam wahyu Allah, Al Quran dan As Sunnah tanpa sebarang keraguan ( Abdul Azizi, 2005 )

KEPENTINGAN DIRI SENDIRI Aqidah mempunyai peranan penting dalam kehidupan seseorang manusia untuk menanamkan semangat keimanan dalam hati mereka. Seseorang manusia yang hidup di alam dunia ini dan tidak tertanam dalam hatinya rasa keimanan adalah mereka yang terpedaya oleh kesenangan hidup di dunia. Oleh itu mereka yang hidup di dunia ini tanpa dipandu oleh aqidah dan tidak tertanam dalam hatinya semangat keimanan, mereka sentiasa merasa gembira hidup di dunia, dan berangan angan hidup di dunia lebih lama. Firman Allah Taala ; " Demi sesungguhnya engkau ( wahai Muhammad ) akan dapati mereka itu seloba loba manusia kepada hidup lama, dan ( lobanya mereka kepada hidup itu ) melebihi loba orang orang kafir musyrik. Tiap tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, pada hal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab ( yang disediakan oleh Allah ). Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan " [ Surah al Baqarah : 96 ] Oleh yang demikian beraqidahlah dalam Islam dan hidup di dunia adalah suatu perkara yang penting untuk memperoleh kebaikan di dunia dan di akhirat. Seseorang yang telah nyata kejahilannya dalam ilmu aqidah, binasalah aqidah dan amalan amalan mereka, dan banyak maksiat dan dosa yang akan berlaku, dan timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana. Firman Allah Taala : " Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, ( timbulnya yang demikian ) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali ( insaf dan bertaubat ) "

[ Surah ar Rum : 41 ] Di samping itu aqidah juga merupakan asas utama untuk membentuk diri manusia menjadi seorang mukmin dan muslim . Dengan sebab itulah Allah SWT menyuruh umat manusia dalam hidup dan kehidupan mereka sehari hari beriman dan menganut agama Islam. Firman Allah Azza Wajalla : " Berimanlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan kepada kitab Al Quran yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya ( Nabi Muhammad SAW ), dan juga kepada kitab kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu, dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan malaikat malaikat-Nya dan kitab kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya, dan juga hari akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh jauhnya " [ Surah an Nisa' : 136 ] " Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya serta kepada penerang cahaya ( Al Quran ) yang Kami turunkan. Dan ( ingatlah ) Allah amat mendalam pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan " [ Surah at Taghabun : 8 ] " Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan belanjakanlah ( pada jalan kebajikan ) sebahagian daripada harta benda ( pemberian Allah ) yang dijadikan-Nya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan ( sebahagian dari harta itu pada jalan Allah ), mereka tetap beroleh pahala " [ Surah al Hadid : 7 ]

Aqidah juga membentuk diri manusia di dunia dan di akhirat, kerana tertakluk di bawah aqidah itu iman dan Islam. Iman membentuk diri manusia seperti bersifat sabar, mengasihi saudara seagama sebagaimana mengasihi diri sendiri dan bercakap dalam perkara kebajikan. Semua perkara tersebut adalah timbul dari keimanan yang dibentuk oleh aqidah. Islam membentuk diri manusia dalam perkara perkara zahir seperti dalam rukun Islam. Oleh itu dalam aqidah Islam, Iman dan Islam tidak boleh dipisahkan kerana kedua duanya tertakluk di bawah aqidah yang membentuk diri manusia di dunia dan akhirat.

Andainya seseorang itu tidak mempercayai perkara perkara batin tersebut yang boleh diistilah sebagai rukun iman, dan tidak melaksanakan perkara perkara yang zahir sebagimana yang dinyatakan yang boleh diistilahkan pula sebagai rukun Islam adalah bermakna hidup mereka itu tidak beraqidah, dan diri mereka tidak dapat dibentuk dengan aqidah, kerana mereka itu termasuk dalam golongan orang yang tidak beriman dan tidak Islam. Dan hidup mereka itu tidak beraqidah dan tidak bertauhid.

MASYARAKAT Dalam hidup dan kehidupan manusia sehari hari di dunia ini mempunyai hubungan sesama manusia. Aqidah menghubungkan dan mengikat mereka itu dengan dua kalimah syahadah, iaitu : " Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah " Ikrar seseorang yang sama sama mengaku Allah Taala Tuhan yang disembah dengan sebenarnya, dan Nabi Muhammad utusan Allah adalah orang yang sama sama beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan sama sama beragama dengan agama Islam ( agama yang diredhai Allah ), dimana mereka yang berhubung sesama manusia dalam agama Allah telah diberi hidayah oleh Allah ke jalan yang benar. Firman Allah Azza Wajalla : " Dan sesiapa yang berpegang teguh kepada ( agama ) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul ( lurus ) " [ Surah Ali Imran : 101 ] Hubungan manusia sesama manusia dalam agama Allah yang telah diikat oleh Aqidah akan menimbulkan semangat kerjasama mereka memperjuangkan hak agamanya dan kesuciannya dengan mengorbankan harta benda dan jiwa mereka kerana didorong oleh keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah Taala ; " Sesungguhya orang orang yang sebenar benarnya beriman hanyalah orang orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka ( terus percaya ) dengan tidak ragu ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang orang yang benar ( pengakuan imannya ) "

[ Surah al Hujurat : 15 ] Hubungan manusia sesama manusia dalam mentauhidkan Allah, amalan dan pekerjaan mereka tertakluk di bawah tadbir Tuhan yang satu ( Allah Taala ) dan kitab yang satu ( Al Quran ) dan rasul yang satu ( Nabi Muhammad SAW ), dan kiblat yang satu ( Kaabah ). Dengan tercantumnya perkara perkara tersebut dalam hati seseorang tadi akan timbul perasaan kasih sayang dan perpaduan ummah dalam ikatan yang satu, iaitu ikatan ukhuwah Islamiah ( persaudaraan dalam agama Islam ). Firman Allah Taala : " Sebenarnya orang orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu ( yang bertelingkah ) " [ Surah al Hujurat : 10 ] Fitrah manusia yang hidupnya perlu beragama, aqidah menjadi asas utama untuk mengukuhkan keyakinan manusia kepada beragama. Islam selaku agama yang sesuai dengan fitrah manusia perlu dipandu oleh aqidah, agar mereka benar benar menjadi seorang insan yang kamil yang berasaskan aqidah, kerana dengan aqidahlah seseorang manusia menjadi orang yang beriman dan Islam. Seseorang yang beriman dan Islam yang tidak berasaskan keimanan dan keislaman mereka dengan aqidah, keyakinan mereka kepada agamanya tidak kukuh kerana tidak ada panduan dan asas yang boleh mengukuhkan mereka itu kepada beragama, dimana keimanan dan keislaman mereka itu dengan mudahnya boleh diselewengkan oleh mereka yang memang sentiasa mencari jalan untuk merosakkan aqidah orang orang yang beriman dan Islam.

Oleh yang demikian, adalah fardu 'ain ( wajib ) bagi setiap orang yang mukallaf lelaki dan perempuan mempelajari ilmu aqidah ( aqaid al iman ) atau ilmu tauhid untuk menjaga dan mengelakkan diri mereka dari iktikad iktikad yang batil dan yang boleh merosakkan aqidah. Mengenai mempelajari ilmu secara mendalam dan lebih luas bagi ( lebih dari keperluan fardu 'ain ), hukumnya adalah fardu kifayah ( bukan fardu 'ain ),

iaitu apabila sudah ada di antara mereka yang mengetahui masalah masalah aqidah yang lebih mendalam dan lebih luas, gugurlah fardu belajar ilmu aqidah secara mendalam dan luas tadi ke atas orang Islam yang lain.

Sehubungan dengan ini, perlu dinyatakan bahawa maudhu' asasi di dalam al Quran ialah maudhu' ilmu aqidah ( aqaid al iman ) atau ilmu tauhid. Ini dapat dibuktikan bahawa setiap lembar di dalam kitab Allah ( al Quran ) terdapat seruan Allah mengajak manusia beriman kepada Allah, atau malaikat malaikat-Nya, atau kitab kitab-Nya, atau rasul rasul-Nya, atau hari akhirat, atau takdir baik dan buruk. Ayat ayat al Quran ynag diturunkan sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah selama tiga belas tahun ( ayat Makkiyah ) bolehlah dikatakan hampir seluruhnya membahaskan masalah masalah di sekitar aqidah dan tauhid, dan juga masalah yang berkaitan dengannya. Berdasarkan fakta fakta inilah ilmu aqidah menjadi suatu ilmu yang mengukuhkan keyakinan manusia beragama, dan juga suatu ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang yang mukallaf, supaya syahadah mereka itu betul, Islamnya betul, imannya sah, dan amalannya diterima Allah, kerana dengan mengetahui dan memahami ilmu tersebut mereka dapat mengajak manusia kepada agama Allah dengan hikmah, dimana dalam ilmu aqidah itu didapati dalil dan hujjah untuk menetapkan dan meyakinkan aqidah seseorang itu dan mengajak mereka beriman.

NEGARA Allah SWT ada berfirman tentang penduduk kota Mekah, sekiranya mereka beriman kepada Allah, maka Allah akan melimpahkan rezeki yang tidak terhingga, sekiranya mereka berpegang kepada syariat yang dibawa oleh Rasul. Allah Azza Wa Jalla berfirman maksudnya: " Dan ( Tuhan berfirman lagi ): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka ( pintu pengurniaan ) yang melimpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan ( Rasul Kami ), lalu Kami timpakan mereka dengan azab yang mereka telah usahakan " [ Surah al - A`raf : 96 ]

Allah Azza Wa Jalla berfirman lagi berkaitan perkara ini yang bermaksud : " Sehingga aku berkata ( kepada mereka ) : Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. ( Sekiranya kamu berbuat demikian ), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu ; Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak - pinak ; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai ( yang mengalir di dalamnya ) " [ Surah Nuh : 10 12 ]

Allah Azza Wa Jalla mengisahkan tentang penduduk kota Mekah yang ingkar dengan perintah Allah, lalu Allah turunkan bala kelaparan dan ketakutan kepada penduduk kota itu. Allah berfirman maksudnya :

" Dan ( berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar ) Allah memberikan satu misalan : Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan " [ Surah an Nahl : 112 ]

Allah Azza Wa Jalla berfirman tentang rezeki dan rahmat hanya milik-Nya, sesiapa memohon selain Allah, nescaya sia-sialah permintaan mereka maksudnya : " Kamu hanyalah menyembah berhala-berhala yang diperbuat oleh orang, tidak menyembah Allah yang mencipta segala-segalanya, kamu hanya mengadakan penyembahan dusta. Mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu; oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan Dia serta bersyukurlah kepadaNya; ( ingatlah ), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan" [ Surah al Ankabut : 17 ]

Allah Azza Wa Jalla berfirman maksudnya: " Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah ( Ka'bah ) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan " [ Surah Quraisy : 3 & 4 ]

Setelah kita memerhatikan firman Allah di atas, jelaslah kepada kita bagaimana Allah menjamin rezeki orang yang beriman dan iltizam dengan agamanya dan menjauhi segala larangan dan tegahan agama. Kisah saba yang dirakamkan di dalam Al Quran masih lagi segar di dalam ingatan. Kita lihat bagaimana orang yang berpaling daripada syariat Allah, ditimpa bencana banjir besar dan kesempitan hidup. Pada kisah penduduk negeri Saba' ini, ada satu tanda yang membuktikan kemurahan Allah. Terdapat di tempat tinggal mereka dua kumpulan kebun ( yang luas lagi subur ), terletak di sebelah kanan dan kiri perkampungan mereka. Malangnya mereka ingkar perintah Allah, lalu Allah hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan digantikan dua kumpulan kebun mereka ( yang subur ) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohonpohon yang pahit buahnya, pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara.

Di antara tempat tinggal mereka ( di negeri Yaman ) dengan bandar-bandar ( di daerah negeri Syam ) Allah limpahkan berkat kemakmuran dan Allah adakan beberapa buah bandar yang jelas kelihatan kepada orang-orang yang melalui jalan itu. Kemakmuran dan kemudahan itu menjadikan mereka sombong dan kufur. Lalu Allah pecah belahkan mereka berkecai-kecai. Kisah-kisah yang dipaparkan di dalam firman Allah di atas sejajar dengan apa yang pernah disabdakan oleh Baginda junjungan di dalam hadis yang bermaksud : " Barangsiapa yang merasa gembira untuk diluaskan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka jalinkanlah hubungan silturrahim ( dengan ihsan ) " [ Daripada Anas ]

Ibn Qoiyim Al-Jauziyyah menjelaskan berkaitan hadis ini iaitu yang dimaksudkan dengan panjang usia ialah mendapat keberkatan, menggunakan umur atas landasan taufiq dan tidak membiarkannya berlalu sia-sia. Karat-karat dosa yang menyelaputi kehidupan

10

manusia menambahkan lagi kesempitan hidup dan jauh dari rahmat Allah. Perkara ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW di dalam sabda Baginda maksudnya : " Sesungguhnya disempitkan rezeki seseorang dengan dosa yang menimpanya. Taqdir tidak akan berubah melainkan dengan doa. Tidak dipanjangkan umur melainkan dengan melakukan kebajikan " [ Sahih Ibn Hibban ] Jelaslah bahawa aqidah sangat penting terhadap sesebuah negara. Ini kerana, dengan aqidahlah negara tersebut akan dikurniakan limpahan rezeki serta sebuah negara aman damai. Jika tidak, pelbagai bala bencana yang Allah akan turunkan kepada negara tersebut seperti kaum terdahulu. Malah ia juga penting untuk dipegang kerana aqidah yang melambangkan identiti sesebuah negara itu. Aspek kemajuan sesebuah negara juga mempunyai hubungkait dengan aqidah. Oleh itu, dapatlah kita katakana bahawa aqidah merupakan aspek yang penting bagi negara untuk terus maju dan dikenali seantero dunia.

11

AKIBAT MENGABAI DAN MENGAMALKAN AQIDAH DI KALANGAN GURU

Orang yang beriman bererti orang yang telah bersikap jujur terhadap dirinya kerana dia telah meletakkan dirinya pada tempat yang betul dan tidak mengkhianati dirinya. Dia beriman kepada Allah dan akibatnya akan mendapat kesejahteraan. Seseorang yang mengkhianati dirinya kerana ia telah meletakkan dirinya bukan pada tempatnya yang betul dan dia telah menzalimi dirinya. Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya adalah suatu kezaliman. Allah telah berfirman di dalam Al Quran maksudnya : " ..Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang besar " [ Surah Luqman : 13 ] Syirik itu satu kezaliman kerana darinya akan terbit kezaliman kezaliman dan keburukan keburukan yang lain. Semuanya bermula dari hati seseorang yang tidak menepati dengan kebenaran di mana akibatnya melahirkan tindakan tindakan yang tidak benar.

Contohnya kajadian yang berlaku di Cina. Seorang pengetua di salah sebuah sekolah telah dihukum mati kerana didakwa telah memperkosa 39 pelajarnya. Lebih malang lagi, hukuman tersebut dijatuhkan pada 11 September, bertepatan pada peringatan Hari Guru Nasional Cina. Hal ini jelas menjejaskan imej pendidik yang dianggap sebagai public figure. Disebab kenipisan imanlah hal sedemikian berlaku. Tanpa aqidah yang mantap, perkara sedemikian rupa tidak mustahil bakal berlaku pada para guru di Malaysia.

12

Selain itu, guru yang mengabaikan aqidah akan menurunkan ilmu kepada anak didik mereka tentang aqidah yang terpesong dari landasan yang sebenar. Contohnya menyembah berhala, menyekutukan Allah, menafikan segala ciptaan Allah dan banyak lagi. Oleh sebab itulah wujud ajaran sesat pada zaman ini yang mengelirukan kita. Malah ada juga yang mendakwa dirinya sebagai rasul zaman ini. Rata rata mereka yang mencetuskan fahaman tersebut merupakan seorang guru dan berilmu. Namun, disebabkan salahguna ilmu dan terlalu taksub, aqidah mereka telah terseleweng. Hal ini sangat menduka citakan.

Sebaliknya, guru yang mengamalkan aqidah akan lebih disegani oleh masyarakat. Apabila soal aqidah dititik beratkan, maka lahirlah generasi yang mempunyai aqidah yang mantap. Guru yang termasuk dalam golongan ini akan menjadi tempat dan sumber rujukan tentang kemusykilan agama disebabkan oleh keyakinan dan kepercayaan masyarakat kepada mereka terhadap pegangan aqidah guru tersebut. Setelah lahirnya generasi yang memiliki aqidah yang hakiki, dengan izin Allah, mereka inilah yang akan membentuk dan melorongkan semula bagi mereka yang telah tersasar jauh aqidahnya.

Memang terlalu banyak perkara dan kejadian yang telah berlaku di kalangan guru akibat tidak mengamalkan aqidah. Namun semua ini harus dibanteras sekeras - kerasnya agar aqidah yang sebenar diamalkan oleh masyarakat kini. Oleh sebab itulah guru yang bertauliah sahaja seharusnya diamanahkan untuk menyampaikan ilmu yang penting seperti aqidah ini. Ini kerana, bukan sebarangan orang yang boleh mambicarakan isu aqidah dengan baik. Tanpa ilmu yang mantap tentangnya, ia sangatlah mustahil.

13

AKHLAK DEFINISI Akhlak dalam bahasa Arab ialah jama daripada khuluq yang bererti tingkah laku, tabiat, perangai, bentuk keperibadian, kebiasaan kehendak. Dalam Islam, akhlak bermaksud sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku atau perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan, dan diterima oleh semua. Akhlak dari segi bahasa mempunyai erti sifat dan naluri. Al Ghazali menjelaskan : Bahawa sifat jiwa yang mendorong atau melahirkan perbuatan tanpa sengaja Berdasarkan pengertian di atas dapatlah dikatakan bahawa akhlak ialah kumpulan sifat yang terpendam dalam jiwa, yang berjalan atas dorongan dan pertimbangan sifat itu. Sesuatu perbuatan itu dapat dinilai baik atau buruk menurut pandangan manusia dan dengan sifat itu dia dapat melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan. Menurut istilah ilmu akhlak, kalimah akhlak membawa pengertian serumpun nilai nilai dan sifat sifat yang sebati dalam diri seseorang. Baik atau buruknya sesuatu perbuatan atau sesuatu sifat itu terletak kepada neraca yang digunakan oleh nilai nilai dan sifat sifat yang sebati pada diri seseorang itu. Akhlak Islamiah ialah satu satunya akhlak yang dapat melahirklan manusia yang dapat membina masyarakat yang membangun dalam pelbagai aspek serta tidak bercanggah dengan pembangunan yang dikehendaki oleh Islam kerana akhlak Islam sahajalah yang dapat melahirkan individu yang setia dan bertanggungjawab dalam melaksanakan perintah. Akhlak merupakan sifat semulajadi, tabiat, maruah, agama yang menyerlahkan gambaran atau rupa batin seseorang. Dr Miqdad Yalchin ( 1986 ) menjelaskan akhlak mengandungi aspek aspek berikut : Sifat semulajadi yang dimiliki oleh seseorang Sifat yang dimiliki oleh seseorang melalui latihan atau sebagainya yang akhirnya sebati dan menjadi adat atau tabiat Dimensi batin atau kejiwaan dan zahir dalam membentuk kelakuan

14

KEPENTINGAN DIRI Agama Islam sebagai ad-Deen atau way of life amat menekankan kepada pendidikan akhlak. Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat besar dalam membentuk tingkah laku atau perbuatan manusia dan apa sahaja yang lahir daripada manusia itu sendiri. Segala tindak tanduk manusia sesuai dengan pembawaan dan sifat yang ada dalam jiwanya. Perbuatan manusia mempunyai hubungan yang erat dengan sifat dan pembawaan yang ada dalam hatinya.

Kepentingan akhlak kepada diri dilihat dari segi pertimbangan. Sebelum seseorang membuat atau meninggalkan sesuatu perbuatan, individu terlebih dahulu memikirkan apa yang akan dibuat atau tindakan itu sesuai dengan sifat sifat yang ada dalam jiwanya. Walau apa pun keputusan yang diambil, ia perlu lahir dari dorongan dan keinginan untuk membuat atau meninggalkannya yang didahuluii oleh pertimbangan.

Akhlak juga penting bagi membina dan membentuk perbuatan diri. Tujuan risalah itu sendiri adalah untuk menyempurnakan dan menyebarka akhlak mulia. Ruang lingkup dalam bidang akhlak dihurai secara terperinci, meluas dan mendalam oleh Al Quran bermatlamat untuk menjamin keselamatan agama, jiwa, jasmani, keturunan dan harta benda. Ia selaras dengan tuntutan agar manusia memenuhi kehendak allah yang telah melantik manusia sebagai khalifah di atas muka bumi.

Akhlak mulia dapat menyempurnakan keperluan masyarakat manusia untuk mendapat kebahagian. Jika setiap individu Muslim berakhlak mulia maka sudah pasti masyarakat itu akan dipenuhi keadilan, keamanan dan kesejahteraan serta terselamat daripada keadaan huru hara dan perpecahan. Islam secara umumnya menyeru agar manusia berakhlak baik sepaerti firman Allah yang bermaksud :

15

" Katakanlah kepada hamba-Ku, supaya mereka menyatakan perkataan yang baik baik. Sesungguhnya syaitan itu berbuat bencana antara mereka. Sungguh syaitan itu menjadi seteru yang terang bagi manusia " [ Surah al Isra' : 53 ] Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud : " Agama itu adalah nasihat " [ Sahih Muslim, Jilid 1, Bil. 43 ] Tujuan utama perutusan Nabi Muhammad SAW oleh Allah SWT kepada manusia juga memperlihatkan kepentingan nilai akhlak atau moral individu dalam Islam, sebagaimana sabda baginda Rasulullah yang bermaksud : " Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia " [ Imam Malik, Hal. 132 ] Oleh itu, menurut kaca mata Islam nilai akhlak adalah sebahagian daripada agama Islam itu sendiri. Justeru, dalam Islam manusia yang paling tinggi statusnya adalah manusia yang paling mulia akhlaknya dan tinggi sifat taqwanya. Malah, tidak sempurna iman seorang muslim itu sekiranya dia tidak memiliki nilai-nilai moral dan akhlak yang mulia dan terpuji. Banyak hadis yang menunjukkan kaitan iman dengan akhlak. Misalnya, " Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya " [ Imam Ahmad, Juz 3, No.7406 ]

16

" Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri " [ Sahih Bukhari, Jilid 1, Bil. 10 ] Bagaimanapun, tidak bermakna bahawa dengan memiliki akhlak yang sempurna dan mulia sudah memadai untuk dikategorikan sebagai muslim yang benar-benar beriman. Kepentingan peranan iman kepada umat Islam diutamakan kerana ia merupakan asas yang menentukan segala amalan dan perilakunya diterima Allah SWT. Tiada gunanya seseorang itu berakhlak atau bermoral tinggi, namun dia tidak mempercayai dan patuh kepada peraturan dan hukum Allah SWT.

Tunku Sarah (1997) menegaskan, penerapan nilai akhlak bermula daripada intipati tauhid kepada Allah SWT demi melahirkan insan berakhlak. Beliau membuat kesimpulan, pengajaran nilai akhlak yang berkesan akan berlaku bila dikaitkan dengan kepercayaan kepada Tuhan. Apabila insan itu menyedari akan kehadiran Allah SWT, barulah dia akan mendidik hati dan diri. Jelaslah bahawa akhlak merupakan pelengkap kepada keimanan dan mencantikkan lagi ibadah yang dilaksanakan oleh seseorang muslim.

17

MASYARAKAT Akhlak yang baik penting dan dapat membangunkan ummah. Fikrah Islam ialah membawa manusia untuk melaksanakan segala tugas ibadat kepada Allah SWT dengan membangunkan segala potensi serta keperluan duniawi dan ukhrawinya menurut nilai nilai Islam. Sasaran kepimpinan dan pembangunan Islam ialah manusia itu sendiri baik individu, keluarga dan masyarakat di semua peringkat perlu membangunkan segala potensi dan ciri cirri positif mereka untuk berperanan dengan sebaik baiknya sebagai khalifah di bumi Allah SWT ini dalam bentuk pembangunannya.

Di samping itu, ia juga penting kerana berperanan sebagai penghubung silaturrahim. Bagi semua mukmin, muamalat dan pergaulan berlaku secara syura, tasmuh ( bertolak ansur ), rendah diri, maaf maafan antara satu sama lain amat dituntut. Masyarakat juga perlu menjauhi dari perbuatan yang menimbulkan kemarahan, bermanis muka, bantu membantu serta bersifat belas kasihan. Selain itu, masyarakat perlu mempunyai semangat politik dalam membantu pertahanan negara Islam semasa di serang musuh dan menyelesaikan kezaliman. Sifat ini aalah tuntutan dalam membina unsur lemah lembut sesama masyarakat khususnya masyarakat Islam. Namun orang Muslim perlu bertindak sebaliknya kepada golongan kafir ketika di medan perang atau tempat lain yang tiada perjanjian dengan Negara Islam atau pada keadaan mereka tidak menghormati kekuasaan dan undang undang Islam. Dalil atau keterangan ayat Al Quran yang menyentuh mengenaiya ialah firman Allah SWT yang bermaksud : " Dia kekasih kepada mereka dan mereka pun mengasihi-Nya yang bersifat lemah lembut terhadap mukmin dan keras terhadap orang kafir " [ Surah al - Maidah : 54 ] " Muhammad sebagai Rasulullah dan mereka yang bersama dengannya itu keras terhadap orang kafir dan lemah lembut sesama mereka "

18

[ Surah al Fath : 29 ]

Sejak kebelakangan ini keruntuhan akhlak yang melanda masyarakat terutamanya para remaja merupakan gejala yang agak serius dan perlu dibendung oleh setiap pihak. Di akhbar akhbar juga sering dipaparkan mengenai kejadian kejadian yang melibatkan masalah akhlak para remaja dewasa ini seperti penagihan dadah, masalah lepak, lari dari rumah, kehamilan di luar nikah, tidak adanya rasa hormat terhadap orang lain dan banyak lagi. Arus pembangunan semakin berkembang maju serta pendedahan kepada budaya luar terutamanya kemasukan budaya Barat merupakan salah satu sebab terjadinya masalah keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat amnya serta para remaja khasnya. Budaya Barat lebih mementingkan kebebasan dalam setiap perlakuan amat mudah mempengaruhi diri seseorang yang sememangnya inginkan kebebasan di luar batasan yang sepatutnya.

Oleh itu, di sinilah timbulnya masalah disiplin di dalam diri setiap anggota masyarakat di mana mereka bukan sahaja tidak mengamalkan akhlak mulia semasa di rumah tetapi ia juga terbawa bawa sehingga ketika berada di luar rumah. Justeru itu, ia memperlihtkan keadaan di mana ramai anak muda tidak lagi menghormati orang yang lebih tua, berpakaian tidak senonoh, pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, merosakkan harta awam, tidak jujur dan amanah dan sebagainya. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa akhlak sememangnya sangat penting kepada masyarakat.

19

NEGARA

Seorang pemimpin yang berjasa lagi berakhlak baik, tidak sombong, tidak bakhil, tidak mementingkan diri dari rakyat dan tidak buat maksiat dan mungkar, tentu akan disayangi oleh rakyat. Rakyat akan meniru kebaikannya hingga jadilah negara yang baik. Negara jiran dan negara-negara lain pun akan tertarik dengan keindahan di dalamnya, lalu mereka pun akan terdorong untuk berbaik-baik dengan negara tersebut. Orang-orang bukan Islam di dalam dan di luar negara pun jatuh hati dengan keamanan dan keadilan yang dapat dilihat dan dirasai, hingga mereka pun hidup berbaik-baik. Demikianlah kepentigan akhlak yang membawa kesan-kesan baik kepada negara dan masyarakat apabila akhlak baik itu dipraktikkan oleh pemerintah atau pemimpin, juga oleh rakyat jelata. Semua pihak terhibur dan saling hormat - menghormati dan berkasih sayang.

Tanpa akhlak baik, rakyat dan pemimpin saling bersengketa dan bersakit hati. Inilah apa yang sedang berlaku sekarang dalam negara dan masyarakat dunia. Maka suasana di dalamnya tegang, tiada hiburan dan tiada kasih sayang. Sebab akhlak itu adalah hiburan yang sejati. Lalu untuk menghiburkan hati rakyat dan pemimpin, masingmasing mencari dengan cara yang tidak bersih lagi. Perkara-perkara itu bukan menghiburkan tetapi sekadar melalaikan dan membuat manusia lupa sebentar pada masalah. Sebenarnya arak, zina, disko, pergaulan bebas dan lain-lain itu bukan menenangkan jiwa, tetapi membuat manusia ghalit dari masalahnya. Bila selesai berhibur , jiwa kembali dibebani masalah yang ditanggung.

Hal ini tidak berlaku kalau manusia berhibur dengan hiburan sejati yakni dengan iman dan akhlak baik. Selain menenangkan jiwa, hiburan sejati membawa berbagai-bagai kesan positif kepada masyarakat dan negara. Sedangkan hiburan palsu melalui maksiat, bukan saja tidak menyelesaikan masalah tetapi mendatangkan kesan-kesan negatif yang berbagai - bagai dalam masyarakat. Contohnya, arak memabukkan lalu si mabuk akan 20

bercakap merapu dan menyakitkan hati orang lain hingga menghilangkan kasih sayang. Mungkin juga akan berlaku kemalangan bila orang mabuk bawa kereta dan sebagainya. Berzina boleh melahirkan anak haram yang hidupnya terbiar dan menjadi masalah masyarakat. Pelacur-pelacur bila tua, hidupnya sungguh terhina dan menderita oleh kutukan, siplis dan AIDS. Sosial liar dan lucah yang dijadikan cara berhibur oleh masyarakat kini, sebenarnya banyak menimbulkan pergaduhan bahkan pembunuhan.

Kebaikan manusia ialah pada akhlaknya. Jika dunia ini kalau dicatur oleh para pemimpin yang berakhlak baik, orang kaya yang baik - baik, ulama - ulama yang berakhlak baik dan seterusnya muda - mudi, guru - guru, ibu bapa, dan semuanya yang berakhlak baik. Alangkah tenang dan indahnya masyarakat Malaysia dan dunia ini. Kasih sayang terasa di mana - mana. Kezaliman, penipuan, salah guna kuasa, hasad dengki, dendam dan lain - lain kejahatan manusia akan pupus dari kalangan manusia. Dunia aman, damai dan selamat.

Bila mana semua golongan manusia atau majoriti dari manusia ini adalah manusia yang berakhlak, manusia akan saling tertarik dan kasih pada sesamanya. Mereka akan berbaik - baik dan tidak bersengketa lagi. Dunia akan aman dan selamat. Bila mana orang Islam amankan dunia. Pendidikan akhlak pada manusia sebagai faktor pengikat atau penjalin hubungan kasih sayang antara manusia sejagat, perlu diperkenalkan pada dunia. Akhlak baik ini disukai oleh manusia sedunia. Manusia hanya akan jadi manusia, berbeza dari binatang, bila ia memiliki akhlak baik ini. Iaitu sifat yang terbentuk oleh hati yang baik. Hati yang baik terbentuk oleh makanan yang baik-baik. Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : " Ketahuilah di dalam diri (anak Adam) ada seketul daging. Bila baik daging itu, baiklah manusia. Bila jahat daging itu, jahatlah manusia. Itulah hati "

21

AKIBAT MENGABAI DAN MENGAMALKAN AKHLAK DI KALANGAN GURU

Isu segelintir guru melepaskan geram kepada pelajar dengan tindakan tanpa mengikut peraturan menjejaskan etika profesianalisme dalam akhbar menarik perhatian. Kes dakwaan 22 murid Tahun Empat sekolah Kebangsaan Gayang, Tuaran ditampar kerana tidak menyiapkan kerja di rumah dan 200 orang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan dekat Sibu, kena berendam dalam air kolam ikan kotor selama sejam kerana kesalahan seorang pelajar membuang tuala wanita dalam mangkuk tandas, adalah suatu tindakan keterlaluan serta memalukan warga guru yang mengutamakan prosedur dan garis panduan salah laku pelajar di sekolah. Biarpun guru mempunyai objektif murni mendidik pelajar, pelaksanaan tindakan mesti rasional dan berfokus sahsiah dan selaras konsep JERI iaitu keseimbangan dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual yang ingin diterapkan kepada pelajar. Menampar dan merendam dalam air kolam busuk amat berbahaya. Guru wajar dihormati, bukan ditakuti. Tidak dinafikan salah laku dan disiplin pelajar merunsingkan semua pihak. Kini pelajar terdedah kepada persekitaran dan media yang memerlukan guru cakna. Guru harus banyak bersabar dan tabah menghadapi karenah pelajar dewasa ini.

Insan bergelar guru menerima tanggungjawab mendidik, mengajar, mengasuh dan membentuk manusia yang bakal menjadi warganegara yang berprinsipkan Rukun Negara harus bersedia menerima pelbagai risiko. Tindakan tatatertib juga adalah prosedur dan etika dalam perkhidmatan awam menanti guru yang melepaskan geram ketika bertugas. Biar apapun bebanan tugas dan disiplin pelajar yang dihadapi, guru mestilah berpegang kepada nilai murni. Usaha mendidik dan membangunkan nilai manusia tidak semudah membina bangunan. Sekali gus guru disanjung kerana maruah dan disiplin keilmuan. Secara tidak langsung tidak mustahil guru tersebut akan dinobatkan sebagai tokoh guru suatu hari nanti.

22

Das könnte Ihnen auch gefallen