Sie sind auf Seite 1von 14

UW00202 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA Tajuk

DISEDIAKAN NAMA PENSYARAH : DG. HAFIZAH BINTI AG. BASIR SEKSYEN 6 SESI : 2-2012/2013

NAMA AHLI KUMPULAN

NO. MATRIK

NO.TELEFON

TANDATANGAN

DEMOKRASI DI MALAYSIA TOPIK 1.0 2.0 Pendahuluan Demokrasi Di Malaysia Nama Pelajar Yang bertanggungjawab 2.1 Definisi demokrasi HALAMAN

Nama Pelajar Yang bertanggungjawab 2.2 Sistem pemerintahan dan pentadbiran di Malaysia

Nama Pelajar Yang bertanggungjawab 2.3 Kepentingan demokrasi

Nama Pelajar Yang bertanggungjawab 2.4 Pandangan masyarakat terhadap sistem pemerintahan demokrasi di Malaysia Nama Pelajar Yang bertanggungjawab 2.5 Perbezaan sistem pemerintahan Malaysia dengan Negara luar (Indonesia)

Nama Pelajar Yang bertanggungjawab 3.0 4.0 5.0 6.0 Analisi Soal selidik Kesimpulan Rujukan Lampiran

1.0

PENDAHULUAN mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja

Malaysia

Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia. Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkaraperkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.1

T.n.p.,2009,pengenalan latarbelakang : www.parlimen.gov.my (diperoleh pada 19 n0v 2012)

2.0

KAEDAH KAJIAN 2.1 Perbincangan kumpulan Berdasarkan tajuk kajian yang hendak dijalankan, perbincangan kumpulan amat penting. Ini kerana semasa perbincangan dijalankan, maklumat-maklumat yang telah diperolehi dari ahli kumpulan akan ditelitikan seterusnya dibincangkan bersama-sama. Selain daripada itu juga, idea-idea daripada ahli kumpulan dapat diketahui. Perbincangan ini adalah asas daripada kaedah dalam penyelidikan kajian ini. Dengan mengadakan perbincangan, kata sepakat telah diperolehi dan kami telah memilih tajuk kajian. 2.2 Soal Selidik Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang hendak dijalankan. Kami telah mereka bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang kami kaji. Borang itu akan kami edarkan secara rawak kepada pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Maklumat yang kami inginkan datang daripada borang soal selidik ini. 2.3 Bahan -bahan rujukan Bahan rujukan utama yang kami perolehi daripada internet dan buku-buku yang berkaitan dengan tajuk kajian. Maklumat yang kami dapati ialah seperti corak pemerintahan Negara Malaysia dan kepentingan demokrasi di Malaysia di samping maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan tajuk kajian.

3.0 3.1

HASIL ANALISIS DEMOKRASI DI MALAYSIA Definisi demokrasi

Demokrasi didefinisikan sebagai pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihan raya yakni berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara perwakilan. Selain itu demokrasi turut didefinisikan sebagai sebuah unit politik atau sosial yang pada dasarnya dikuasai oleh semua anggota dan keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas.2 Istilah demokrasi tentunya berasal dari bahasa Yunani purba. Ia dicipta oleh sejarawan bernama Herodotus pada kurun ke-5 SM, dan buat pertama kalinya digunakan di dalam Sejarah beliau. Ia merupakan gabungan dua perkataan Greek : demos, rakyat; dan kratein, untuk memerintah; dan kemudiannya membentuk istilah demokratia yang bermaksud pemerintahan rakyat. Oleh itu, demokrasi dapat difahami sebagai suatu sistem politik yang menekankan peri penting partisipasi politik dalam hubungan kemasyarakatan. Setiap anggotanya sama-sama berdaulat, sama ada secara langsung seperti di awal kemunculannya di Athen, Yunani, atau secara tidak langsung melalui pemilihan perwakilan lewat pilihanraya yang bebas, sebagaimana diamalkan pada saat ini.3

2 3

DewanBahasadan Pustaka,2005,Kamus DewanEdisi Keempat,331 dan 332 Al-Mustaqeem M. Radhi,2006,Demokrasi Dalam Al-Quran, Hadis Dan Tradisi,7

3.2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN DI MALAYSIA 3.2.1 Ciri-ciri demokrasi berparlimen

Kebebasan asasi

Perlembagaan

Raja berperlembagaan Partipartipolitik Ciri-ciri utama sistem pemerintahan demokrasi berparlimen Parlimen

Kuasapemerin tahan

Pilihanray a

Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik.Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi

Berparlimen dan RajaBerperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakalaRaja-Raja Melayu menjadi lambang yang taat setia rakyat.Sistem raja Raja

Berperlembagaan,

merupakan

pemerintahan

mengekalkan

sebagai

pemerintahtertinggi negara dan negeri. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri.

Sistem Republik menolak institusi beraja. Kerajaan ini diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyatmelalui pilihan raya.Di Perancis, Korea Selatan, India dan Filipina, presiden memegang dua jawatan, iaitu sebagai ketuakerajaan dan ketua negara. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebasmemilih perwakilan melalui pilihan raga. Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkankerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negarakita. Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.4

3.3 KEPENTINGAN DEMOKRASI


4

T.n.p.,bab 7 sistempemerintahan dan pentadbiran Negara Malaysia : www.smartlibrary.com (diperoleh padapada 19 nov 2012),1

3.3.1 Politik Sistem Kerajaan Persekutuan yang berlandaskan kepada demokrasi berparlimen dapat dijalankan melalui 2 cara iaitu melalui unit politik negara yg boleh dibahagikan kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri di samping memberikan rakyat hak untuk memilih kerajaan yang dapat memerintah dengan adil.Dengan menggunakan cara ini, pertindihan kuasa dapat dielakkan dan dapat mengurangkan pemusatan kuasa manakala serta rakyat boleh menentukan hala tuju politik negara.

3.3.2 Sosial Dengan wujudnya Perlembagaan Malaysia, hak dan kebebasan warganegara terjamin. Sebagai contoh rakyat berhak memperoleh perlindungan yang sama rata. Selain itu, rakyat juga memperoleh kebebasan iaitu setiap rakyat negara ini bebas bergerak, bebas menetap di manamana bahagian negara, bebas bersuara, bebas menganuti agama, bebas memiliki harta dan sebagainya. Selain itu, dengan pelaksanaan sistem demokrasi ini, keselamatan rakyat terjamin dan keagamaan, keturunan dan kebudayaan seseorang warganegara tidak akan didiskriminasi keranawarganegara tidak dibenarkan menimbulkan perkara sentimen perkauman.

3.3.3 Ekonomi Dengan adanya Perlembagaan Malaysia, ekonomi Malaysia juga akan mendapat faedah iaitu kestabilan dalam ekonomi negara dapat diwujudkan dengan mengubal peruntukan tertentu.Peruntukan yang dimaksudkan termasuklah kewangan, hak pekerja, hak pengguna, cara mengurus niaga pasaran saham, jenayah perdagangan, kutipan cukai eksport dan import serta pengurusan niaga mata wang negara dan lain-lain. Dengan mengubalkan peruntukan seperti yang dinyatakan,garis panduan kepada peniaga dapat diwujudkan. Selain itu,pelbagai kegiatan ekonomi juga dapat dilaksanakan oleh kerajaan.

3.4 PANDANGAN MASYARAKAT TERHADAP SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI DI MALAYSIA Meskipun suatu sistem pemerintahan telah diwujudkan di Malaysia, setiap individu yang bergelar warga Malaysia pasti mempunyai pendirian dan pandangan yang tersendiri mengenai sistem pemerintahan yang dijalankan di Malaysia. Oleh itu, sesi soal selidik telah kami jalankan untuk mengetahui pandangan rakyat Malaysia sendiri mengenai sistem pemerintahan di Malaysia. Soal selidik ini lebih ditumpukan dalam kalangan pelajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Berpandukan soal selidik, majoriti pelajar merasakan sistem demokrasi berparlimen merupakan sistem yang baik untuk dijalankan di Malaysia5. Mereka juga turut mengutarakan cadangan yang boleh dipertimbangkan bagi memperbaiki sistem yang sudah ada pada masa kini. Antaranya, terdapat sebilangan cadangan yang megutarakan agar sistem pemerintahan lebih berteraskan dengan konsep Islam iaitu berlandaskan Al-Quran serta Sunnah6. Manakala ada yang mengutarakan konsep bekerjasama sesama parti politik agar negara dapat dimajukan dengan lebih baik7. Idea-idea ini menunjukkan keprihatinan pelajar UMS mengenai perihal pemerintahan negara supaya negara menjadi lebih baik di masa hadapan. Selain itu, majoriti pelajar berpendapat bahawa sistem demokrasi berparlimen ini adalah lebih baik daripada sistem pemerintahan raja berkuasa berkuasa mutlak yang pernah diamalkan oleh kebanyakan negeri di Malaysia sebelum kemerdekaan, terutamanya sebelum era penjajahan8. Pendapat ini dikukuhkan dengan alasan di mana sistem demokrasi berparlimen ini berpaksikan suara rakyat9. Namun begitu, mahasiswa mahasiswi berpendapat bahawa sistem pemerintahan yang diamalkan sekarang ini masih boleh diperbaiki serta dimantapkan10.

5 6

BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, Bahagian a BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, Bahagian b 7 BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, bahagian b 8 BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, bahagian c 9 BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, bahagian c 10 BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, bahagian c

3.5 PERBEZAAN SISTEM PEMERINTAHAN MALAYSIA DENGAN NEGARA LUAR (INDONESIA) Terdapat banyak negara yang mengamalkan sistem pemerintahan yang berbeza daripada Malaysia. Antaranya ialah Indonesia. Indonesia merupakan negara kesatuan berbentuk republik yang mengamalkan sistem pemerintahan berpresiden di mana kedaulatan terletak sepenuhnya di tangan rakyat dan pemerintahan dijalankan sepenuhnya oleh Majelis Pemusyarawatan Rakyat (MPR) yang dianggotai oleh 500 orang anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan 200 orang anggota Utusan Golongan dan Utusan Daerah. Sistem ini sangat berbeza dengan sistem pemerintahan di Malaysia di mana sistem demokrasi berparlimen diamalkan. Selain itu, ketua negara Indonesia ialah presiden Indonesia. Manakala di Malaysia, tidak wujud jawatan yang digelar presiden tetapi ketua negara Malaysia ialah Yang Di-Pertuan Agong yang dilantik oleh Majlis Raja-raja Melayu.Jika di Malaysia,Yang Di-Pertuan Agong dibantu oleh seorang perdana menteri. Tetapi di Indonesia, presiden dibantu oleh seorang wakil presiden. Di Indonesia, MPR memegang tanggungjawab untuk mengangkat atau memberhentikan presiden, manakala di Malaysia, Yang Di-Pertuan Agong sahaja yang boleh melantik perdana menteri dan Parlimen tidak boleh sesuka hati memberhentikan perdana menteri. Di Indonesia juga tidak wujud sistem Raja Berperlembagaan dan Majlis Raja seperti Majlis Raja-raja Melayu di Malaysia. Hal ini menunjukkan bahawa Indonesia tidak lagi mempunyai Raja di negara mereka untuk mengetuai negara. Berbeza dengan Malaysia, sistem beraja masih lagi wujud serta dipertahankan. Raja mempunyai hak-hak yang tertentu ke atas negara dan negeri masing-masing tetapi hak-hak tersebut adalahberlandaskan Perlembagaan Malaysia.11

11

Che Asyikin Che Ahmad,NurulIzzatiAbdHamid,NurulNabilaFarhana Abdul Rahim,SitiNazirahMohdArshad,SitiNuurFatihahMohdYusop,YuszafrinMohdYusoff,Perbezaan di antara Malaysia dan Indonesia,3-13 : www.static2sosialgo.com (diperoleh pada 19 nov 2012)

10

3.6 SOAL SELIDIK Sesi soal selidik telah dijalankan di mana 34 keping borang soal selidik mengenai sistem demokrasi di Malaysia telah diedarkan secara rawak kepada 34 orangpelajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Tujuan sesi soal selidik ini adalah untuk mengetahui pandangan pelajar UMS yang berperanan sebagai anggota masyarakat Malaysia, mengenai sistem pemerintahan bercorakkan demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, majoriti mahasiswa serta mahasiswi bersetuju dengan sistem demokrasi berparlimen yang dijalankan di Malaysia, yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong12. Di samping itu,majoriti bersetuju mengenai pembahagian kuasa pentadbiran serta pembahagian Parlimen13. Selain itu, kebanyakan mereka juga bersetuju mengenai kuasa Yang Di-Pertuan Agong untuk memberhentikan atau membubarkan Parlimen dan hal penggubalan Perlembagaan Malaysia yang boleh digubal dengan sokongan dua per tiga di Parlimen14. Kebanyakan cadangan untuk memperbaiki sistem pemerintahan yang dijalankan kini ialah supaya Malaysia menjalankan sistem pemerintahan berlandaskan Islam15. Terdapat juga cadangan yang mahukan kerjasama antara parti-parti politik agar negara dapat dimajukan bersama16. Cadangan lain pula ialah supaya suara rakyat diutamakan dan kerajaan harus menepati janji kepada rakayat17. Tidak cukup dengan itu, terdapat cadangan yang mahukan sistem undian pilihanraya yang adil, pembanterasan gejala rasuah dan sebagainya18. Seterusnya, rata-rata pelajar berpendapat bahawa sistem pemerintahan demokrasi ini lebih bagus daripada sistem pemerintahan raja bekuasa mutlak19. Sistem demokrasi ini lebih mengutamakan rakyat di mana suara rakyat menjadi keutamaan pemimpin.

12 13

BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, bahagian a BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, bahagian a 14 BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, bahagian a 15 BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, bahagian b 16 BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, bahagian b 17 BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, bahagian b 18 BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, bahagian b 19 BorangSoalSelidik: SistemDemokrasi Di Malaysia, bahagianc

11

Pesetujuan Masyarakat Mengenai Sistem Demokrasi Di Malaysia (Borang Soal Selidik Bahagian A)
Bilangan setuju yang diperolehi 35 30 25 20 15 10 5 0 PERKARA 1 PERKARA 2 PERKARA 3 PERKARA 4 PERKARA 5 PERKARA 6 Perkara yang diutarakan di dalam borang soal selidik, bahagian a

SETUJU TIDAK SETUJU TIDAK MENJAWAB

*Sumber: Borang Soal Selidik Bahagian a Perkara 1: Pengamalan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia Perkara 2: Peranan Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua negara Perkara 3: Pembahagian kuasa kepada tiga bahagian pemerintahan iaitu perundangan, kehakiman dan pentadbiran Perkara 4: Pembahagian Parlimen Malaysia kepada tiga komponen iaitu Yang Di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara Perkara 5: Yang Di-Pertuan Agong diberi kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen Perkara 6: Perlembagaan Malaysia boleh digubal dengan sokongan dua per tiga di Parlimen

12

Gambar Yang Di-Pertuan Agong Malaysia

Gambar Perdana Menteri Malaysia

13

4.0 KESIMPULAN Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di mana Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara yang mempunyai hak-hak yang tertentu mengikut Perlembagaan Malaysia. Sepanjang pengamalan sistem ini, pelbagai kebaikan telah diperolehi oleh rakyat di mana rakyat dapat mengutarakan pandangan serta idea. Sistem ini sangat memperjuankan suara rakyat dan hak rakyat sebagai warganegara Malaysia. Sistem ini telah menyemai sikap kerjasama dan hormat-menghormati dalam kalangan pemimpin serta rakyat. Oleh itu, pengamalan sistem ini haruslah diteruskan dan dimantapkan lagi supaya negara dan rakyat akan memperoleh lebih banyak kebaikan pada masa akan datang.

5.0 RUJUKAN T.n.p..2009.Pengenalan Latar Belakang. http://www.parlimen.gov.my (diperolehi pada 19 nov 2012) 2005.Kamus Dewan Edisi Keempat.Dawama Sdn.Bhd.Kompleks Dawama Lot 1037,Jalan AU3/1 54200 Ampang/Hulu Kelang Selangor Darul Ehsan : Dewan Bahasa Dan Pustaka Al-Mustaqeem M. Radhi.2006.Demokrasi Dalam Al-Quran, Hadis Dan Tradisi.One Touch Creative No. 5-2, Jalan Seksyen 3/9, Pusat Perniagaan Kajang Utama, 43000 Kajang, selangor : Perpustakaan Negara Malaysia T.n.p..Bab

Sistem

Pemerintahan

Dan

Pentadbiran

Negara

Malaysia.

http://www.smartlibrary.com (diperoleh pada 19 nov 2012) Borang Soal Selidik : Sistem Demokrasi Di Malaysia Che Asyikin Che Ahmad,Nurul Izzati Abd Hamid,Nurul Nabila Farhana Abdul Rahim,Siti Nazirah Mohd Arshad,Siti Nuur Fatihah Mohd Yusop,Yuszafrin Mohd Yusoff.Perbezaan di antara Malaysia

dan Indonesia.
http://www.static2sosialgo.com (diperoleh pada 19 nov 2012)

14

Das könnte Ihnen auch gefallen