Sie sind auf Seite 1von 10

Pakej percutian kedua tahun 2013 ( tingkatan 5 )

Arahan: Pilih jawapan sama ada betul atau salah. 1) Ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. menyebabkan kufur hakikat.

Betul

Salah

2) Haji Qiran ialah mengerjakan umrah terlebih dahulu pada bulan haji, kemudian mengerjakan haji pada tahun yang sama.

Betul

Salah

3) Pundi kencing dan darah ialah dua bahagian yang haram dimakan daripada binatang sembelihan.

Betul

Salah

Pakej Percutian Kedua Pendidikan Islam Tingkatan 5 Tahun 2013

4) Imam Al-Ghazali mempunyai daya ingatan yang kuat dan bijak berhujah sehingga

digelar Hujjatul Islam.

Betul

Salah

5) Meratapi pemergian si mati atau menangis secara keterlaluan merupakan salah satu daripada adab ketika menziarahi jenazah.

Betul

Salah ITEM PADANKAN SOALAN DENGAN JAWAPAN

[5 markah]

Arahan: Padankan soalan (BAHAGIAN A) dengan jawapan (BAHAGIAN B) yang betul.

BAHAGIAN A

BAHAGIAN B

Pakej Percutian Kedua Pendidikan Islam Tingkatan 5 Tahun 2013

1) Suatu barangan bernilai yang dijadikan cagaran oleh pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman. 2) Bayaran bunga atau pertambahan dalam urusan jual beli, hutang dan pinjaman. 3) Sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat untuk dijadikan sebagai alat pemilikan. 4) Modal: meliputi harta dan kepakaran. 5) Perjanjian perkongsian terhadap sesuatu perkara yang dilaksanakan antara dua pihak atau lebih. 6) Gharar, judi dan riba. 7) Salah seorang rakan kongsi murtad (keluar daripada agama Islam). 8) Memberikan suatu barang atau manfaat kepada seseorang. 9) Faedah yang diperolehi apabila satu kumpulan menggembleng tenaga dan sumber serta berikrar untuk saling tolongmenolong apabila ditimpa masalah. 10) Ijab dan Kabul.

Syarikat Unsur-unsur insurans larangan dalam

Rukun gadaian Hutang Perkara-perkara yang membatalkan gadaian

Insurans Gadaian Rukun syarikat Syarat sah gadaian Saham Rukun sewa Riba Perkara-perkara yang membatalkan syarikat

Pakej Percutian Kedua Pendidikan Islam Tingkatan 5 Tahun 2013

[10 markah] ITEM ISI TEMPAT KOSONG

Arahan: Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1) Tawaf ____________ ialah tawaf yang sunat dilakukan oleh mereka yang baru sampai ke

Mekah.

2) Waktu

yang

paling

afdal

untuk

melakukan

akikah

ialah

____________________________________

3) Khalifah Umar bin Al-Khattab mendapat gelaran ______________ yang bermaksud pemisah antara kebenaran dengan kebatilan.

Pakej Percutian Kedua Pendidikan Islam Tingkatan 5 Tahun 2013

4) Imam Ahmad bin Hanbal ialah seorang tokoh yang masyhur dalam bidang ___________

5) Berzikir boleh dilakukan melalui hati, _____________ dan perbuatan.

[5 markah]

ITEM ANEKA PILIHAN JAWAPAN

Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Pilih jawapan yang tepat.
5

Pakej Percutian Kedua Pendidikan Islam Tingkatan 5 Tahun 2013

1) Seorang ahli perniagaan telah menggunakan harta kekayaannya ke jalan maksiat. Apakah

akibat perbuatannya di sisi Allah S.W.T.?

A) Mulhid B) Munafik C) Kufur nikmat D) Kufur hakikat

2) Mikat Makani untuk melakukan ibadat haji bagi jemaah haji yang datang dari Malaysia,

Brunei, Indonesia dan Thailand ialah

A) Al-Juhfah B) Zulhulaifah (Bir Ali) C) Zatu Irqin D) Yalamlam

3) Apakah yang dimaksudkan dengan jual beli menurut pandangan Islam?

A) Perjanjian untuk memiliki suatu manfaat. B) Menukarkan barang dengan barang mengikut cara yang tertentu. C) Perjanjian perkongsian antara dua orang. D) Menjadikan suatu barangan bernilai sebagai cagaran.
6

Pakej Percutian Kedua Pendidikan Islam Tingkatan 5 Tahun 2013

4) Yang berikut merupakan guru kepada Imam Abu Hanifah, kecuali

A) Hammad bin Abi Sulaiman B) Abdullah bin Al-Hassan C) Anas bin Malik D) Zaid bin Harithah

5) Bagaimanakah cara untuk mendapatkan Allah ketika berekreasi?

A) Melakukan banyak solat sunat. B) Menjalinkan silaturahim dengan semua pengunjung. C) Memelihara adab-adab yang ditetapkan oleh syariat. D) Mengingatkan diri supaya sentiasa mengingati Allah.

6) Nilai muka bagi suatu saham boleh diertikan sebagai nilai

A) tara B) buka C) deposit D) cantuman

7) Apakah yang dimaksudkan dengan mauizatun hasanah? 7

Pakej Percutian Kedua Pendidikan Islam Tingkatan 5 Tahun 2013

A) Tunjuk ajar yang berguna. B) Nasihat dan peringatan tentang pembalasan Allah iaitu balasan pahala dan azab. C) Dalil-dalil yang jelas yang digunakan untuk menegakkan kebenaran. D) Perbincangan mengikut peringkat umur.

8) Penyataan manakah yang benar mengenai syarikat jenis Inan?

A) Syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh orang persendirian. B) Syarikat yang diterajui oleh badan-badan yang tertentu.
C) Perkongsian tenaga dua orang atau lebih untuk mengusahakan sesuatu pekerjaan di

mana keuntungan yang diperoleh dibahagi bersama. D) Perkongsian modal dua orang atau lebih untuk menjalankan sesuatu perniagaan di mana keuntungan syarikat dibahagi berdasarkan modal yang dikeluarkan oleh setiap ahli.

9) Berapakah umur kambing yang sah dijadikan korban?

A) 1 tahun atau lebih B) 2 tahun atau lebih C) 4 tahun atau lebih D) 5 tahun atau lebih

10)

Apakah fatwa yang dikeluarkan oleh Imam Malik yang menyebabkan beliau disebat dengan cemeti?

Pakej Percutian Kedua Pendidikan Islam Tingkatan 5 Tahun 2013

A) Isteri yang ditalak secara paksa tidak gugur talaknya. B) Tidak ada perbezaan antara hadis sahih dengan hadis tidak sahih. C) Suami tidak boleh menjatuhkan talak sesuka hati.
D) Isteri yang ditalak secara paksa gugur talaknya.

[10 markah]

ITEM ESEI

Arahan: Jawab semua soalan berikut.


1) Riddah atau murtad merupakan salah satu daripada perkara-perkara yang membatalkan

iman. Jelaskan empat faktor yang mendorong perbuatan riddah atau murtad dalam masyarakat Islam hari ini. [8 markah] 2) Pakaian mencerminkan peribadi. Terangkan pendapat anda mengenai pernyataan di atas dan jelaskan dua hikmah Islam menitikberatkan adab berhias diri. [6 markah]
3) Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah dalam memajukan negara merupakan salah satu

daripada faktor kegemilangan tamadun Islam pada zaman kerajaan Bani Umaiyah. Terangkan tiga peranan yang perlu dimainkan oleh generasi masa kini untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam seperti masa lampau.

[6 markah]
9

Pakej Percutian Kedua Pendidikan Islam Tingkatan 5 Tahun 2013

Download dan jawab soalan esei jawab dalam kertas sendiri Isnin ( 1 April 2013) hantar , ustazah harap homework mata pelajaran lain dah siap kan ?

Selamat menjawab !!!

10

Pakej Percutian Kedua Pendidikan Islam Tingkatan 5 Tahun 2013

Das könnte Ihnen auch gefallen