Sie sind auf Seite 1von 27

BAB 7 : AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

7.1 Agama Islam dan Agama-agama Lain Di Malaysia 7.2 Pendekatan Islam Hadhari 7.3 Asas-asas Hubungan Etnil Dalam Konteks Agama

Islam
Bahasa: Berserah diri, tunduk dan patuh. Istilah : Berserah,tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t dilakukan dengan sukarela. Islam adalah untuk seluruh manusia tidak khusus untuk etnik atau bangsa tertentu

Kristian
agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Yesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam Perjanjian Baru. Berkongsi semua kitab-kitab dalam Alkitab Ibrani dengan agama Yahudi, dan kerana sebab ini, ia juga digelar sebuah agama usulan Abraham. Penganut Kristian atau Nasrani, mengikuti ajaran Yesus Kristus (Yehoshua dalam bahasa Ibrani). Yesus dikenali juga dengan panggilan 'Al-Masih'.

Hindu
Agama Hindu (Bahasa Sanskerta: Santana Dharma "Kebenaran Abadi" ), dan Vaidika-Dharma ("Pengetahuan Kebenaran") adalah sebuah agama yang berasal benua India. Agama ini merupakan lanjutan dari agama Weda (Brahmanisme) yang merupakan kepercayaan bangsa Indo-Iran (Arya). Agama ini muncul antara tahun 3102 SM sampai 1300 SM

Buddha
Agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha kyamuni (Siddhrtha Gautama) yang mungkin lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi. Agama Buddha menyebar ke benua India dalam 5 kurun. Agama Buddha telah dipaparkan sebagai tiga aliran utama, iaitu Theravda (Bahasa Sanskrit: Sthaviravda), Mahyna, and Vajrayna

Sikh
Agama Sikh bermula di Sultanpur, berhampiran Amritsar di wilayah Punjab, India. Pengasas agama ini ialah Guru Nanak (1469-1539) Agama Sikh percaya kepada adanya satu Tuhan dan dipanggil waheguru. Skrip suci bagi sikh ialah Adi Granth . Skrip ini kemudian diberi nama Guru Granth Sahib. Gobind Singh juga telah menubuhkan sebuah persatuan "" dan memulakan pemakaian seragam untuk lelaki Sikh yang taat kepada agamanya yang diberi gelaran "Lima K".

7.2 Pendekatan Islam Hadhari

Konsep Islam Hadhari


Islam Hadhari (Arab: ) atau "Islam yang bertamadun" merupakan teori kerajaan Malaysia mantan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari alQuran. Ia bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam.

Makna Hadhari
Hadhari bermaksud yang bertamadun atau islam yang menekankan aspek tamadun. hadhrah-keseimbangan kemajuan antara material dan spiritual (Malik Bennabi-ahli teoris sosial islam) Islam hadhari-menekankan nilai-nilai positif seperti keadilan, keamanan dan kasih sayang.

Tujuan Islam Hadhari


Memperkasakan umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa. Melibatkan seluruh masyarakat malaysia. Menjurus kepada pembinaan peradaban. Tujuannya: melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan kerohanian, akhlak, intelektual dll. Menjana kecemerlangan ummah

Ke Arah Membentuk Masyarakat Hadhari


Sebagai masyarakat beragama, tidak seharusnya menumpukan perhatian kepada usaha memperkasa ekonomi sahaja, tetapi perlu untuk membina keutuhan moral dan akhlak bangsa.

Sepuluh Prinsip Utama Islam Hadhari


Keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT Kerajaan yang adil dan beramanah Rakyat yang berjiwa merdeka Penguasaan ilmu pengetahuan Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif Kehidupan berkualiti Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita Keutuhan budaya dan moral Pemeliharaan alam semula jadi Kekuatan pertahanan

Dua Prinsip Penting Dalam Islam Hadhari


Prinsip pertama: Berteraskan pegangan asas penganut agama Islam di malaysia. Prinsip ketujuh: Pendekatan Islam Hadhari memberi hak pembelaan kepada kumpulan minoriti dan wanita tanpa diskriminasi. Hak-hak (nyawa, agama,harta,kehormatan dan akal) dijamin oleh undang-undang negara.

Realiti Kehidupan Manusia kini dan kaitannya dengan pendekatan Islam Hadhari serta Hubungan Etnik
Pendekatan yang hendak disampaikan amat komprehensif dan menyeluruh: Selari dengan kehendak dan hikmah kejadian manusia dicipta dalam kepelbagaian bangsa, kaum, lelaki dan wanita agar saling berkasih sayang, tolong menolong dan bukan untuk berpecah belah dan bermusuhan.

Manusia perlu belajar dan memahami sosiobudaya sesuatu kamu dan bangsa dengan lebih mendalam untuk mewujudkan keamanan. Pembangunan ilmu mengenai hubungan etnik menjadi faktor penting dalam penyatuan Dunia Timur dan Dunia Barat. Sikap tamak manusia dan mementingkan diri sesetengah pihak membantut usaha dalam memajukan negara. Islam Hadhari menekankan penguasaan ilmu pengetahuan bukan untuk kelompok dan golongan tertentu tetapi untuk semua bangsa tanpa dibatasi sempadan geografi.

Walaupun prinsip keimanan dan ketakwaan kepada Allah ditekankan dalam Islam Hadhari, tetapi tidak bermakna kebebasan beragama disekat. Amalan patriotisme perlu dihayati dalam konteks hubungan etnik untuk mengelakkan penindasan dan penjajahan.

7.3 Asas-Asas Hubungan Etnik Dalam Konteks Agama


Berkenal-kenalan Berkenalan yang dimaksudkan tidak terbatas kepada nama atau tempat tinggal malah mengetahui semua yang berkaitan dengan seseorang termasuk budaya dan etnik asalnya. Persefahaman Bertujuan mencapai kehidupan yang harmonis Berkerjasama Bertujuan kearah kebaikan dan mencapai kepentingan bersama.

Persaudaraan Pendekatan islam Hadhari menganjurkan konsep hidup berdasarkan kepada persaudaraan atas dasar beriman dan bertakwa. Bukan sahaja disampaikan dalam bentuk kata-kata juga dengan perasaan. Berkasih sayang Mampu mengikat hubungan mesra dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik. Salin Menjamin Melahirkan rasa tanggungjawab dalam diri setiap anggota masyarakat untuk membantu ahli masyarakat lain.

Aplikasi Hubungan Etnik Dalam Kehidupan Masyarakat Malaysia


Kemesraan dalam berkomunikasi Budaya ziarah-menziarahi Mengambil berat sesama masyarakat Memulia dan menghormati orang lain Menghormati jiran

Hubungan Etnik Dari Perspektif Islam Hadhari : Pengalaman Di Malaysia


Kesepakatan 3 etnik terbesar negara ketika Persekutuan Tanah Melayu membantu mencapai kemerdekaan. Dasar pengagihan kekayaan, pembangunan masyarakat yang adil disisi undang-undang, amalan demokrasi serta kontrak sosial pelbagai kaum di malaysia menghasilkan keharmonian masyarakat Malaysia.

Kesimpulan
Islam dan hubungan etnik menjelaskan bahawa islam bukan semata agama ritual semata, tetapi satu cara hidup yang menyeluruh dan mampu memenuhi tuntutan kehidupan manusia yang bersifat majmuk ini- Unity in Diversity/bersatu dalam kepelbagaian.

Bibliografi
http://www.islam.gov.my/islamhadhari/ index.php?subpage=iman.php&page=pe ndahuluan Modul hubungan etnik-shamsul Amri Bharuddin

Das könnte Ihnen auch gefallen