Sie sind auf Seite 1von 1

Nenek peramah dari Miri, Sarawak. "Adik ini sakitnya apa?

" Sapa seorang wanita tua yang berada di katil hadapanku. Aku tersenyum, dan menjawab perlahan, "Kanser nenek..kanser ovari." Itu kali pertama seorang pesakit lain bertanya akan penyakitku. Aku agak kekok menjawab, mungkin belum biasa. " Kasihan...muda-muda sudah boleh kena ya. Tak macam nenek ni, udah tua. Umur berapa ni cucu?", "Baru nak masuk 23 tahun nek...". Nenek itu tersenyum memandangku, dengan sedikit terbias rasa kasihan seorang nenek kepada cucunya yang sakit, membuatkan aku tiba-tiba makin merindui nenekku sendiri yang berada di Alor Star, Kedah. Sudah lama tak pulang ke kampung, sejak sakit ni. "Nenek dah berapa kali chemo nek?" Giliran aku pula bertanya. Nak buat macam 'clerking' pesakit la kan. Hehe. Habit budak medic. Terkedu aku mendengar jawapannya. " Masuk ini...udah 18 kali nenek rasa. Ya, 18 kali. 6 darab 3 = 18." SubhanAllah...serius ke nenek ni? LAPAN BELAS kali?? "Semua sudah buang dalam, tapi ada lagi kesan-kesannya doktor kata, jadi nenek kena chemo lagi la.." Yang dimaksudkannya, sudah buang semua itu, buang rahim dan keduadua ovarinya. "Nenek ini udah tua cu, tak perlu dah itu semuanya.." Nenek itu masih tersenyum ceria. Aku kagum. Perkenalan dengannya benar-benar membuatkan aku bersyukur. Aku hanya perlu bertahan empat kali sahaja chemo. Bukan 6, 8, atau 10, apatah lagi 18 sepertinya. Malah, dia yang sudah berumur hampir seabad dapat melalui rawatan ke lapan belasnya dengan keadaan masih tersenyum! Hebat betul nenek yang dah bertongkat ini... Aku tak sepatutnya rasa tertekan. Tak patut sungguh. Kakak yang Ceria Di dalam samar-samar cahaya subuh di dalam wad 6A, ku lihat kelibat seorang pesakit yang baru masuk di katil hadapanku. Katil yang sehari sebelumnya tidak berpenghuni. Masuk malam tadi masa aku dah tidur agaknya, tak perasan pun... Sesuatu menarik perhatianku. Aku cuba sembunyikan renungan mataku dari diperasan olehnya. Ummu! It's not nice to stare..huhu. Tapi tak dapat nak tahan pandangan dari melihat dia. Dia seorang wanita yang berusia 30-an, masih muda, badannya kelihatan 'tough', tak macam orang sakit. Tapi kepalanya sudah dibotakkan. Aku memerhatikan gelagatnya yang sedang bersiap-siap selepas mandi. Sambil menyanyi-nyanyi kecil, dia meneruskan aktivitinya seperti biasa. Aku tersenyum melihat dia menyapukan bedak talkum wangi di kepalanya, kemudian menyarungkan tudung. Dia dalam keadaan bertudung sangat berbeza dengan wajahnya ketika botak itu. Dia seorang yang cantik. Tak berkesempatan nak bersembang dengannya waktu itu. Keadaan cahaya samar-samar macam ni buat aku mengantuk. Tidur dululah.. Aku terjaga tak lama kemudian oleh staff nurse yang menjalankan rutin harian mengemas katil dan membuka tirai.

Das könnte Ihnen auch gefallen