Sie sind auf Seite 1von 11

ARAHAN KEPADA PENTENDER

1.0 Am 1.1 Arahan Kepada Pentender ini, dalam mana mempengaruhi pelaksanaan Kontrak, hendaklah menjadi sebahagian daripada Kontrak.

2.0

Tempoh Sah Tender 2.1 Tender-tender hendaklah terus sah selama tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh akhir bagi penyerahan Tender dan Pentender tidak dibenarkan sama sekali menarik diri dalam tempoh tersebut. Pentender adalah diingatkan bahawa Deposit Tender tidak diperlukan untuk Tender ini. Seandainya Pentender menarik diri di dalam Tempoh Sah Tender atau sebarang tempoh yang dilanjutkan atau enggan menerima sesuatu tender setelah ditawarkan kepadanya, tindakan disiplin akan diambil terhadapnya di mana pendaftaran Pentender sebagai Kontraktor dengan pihak Kerajaan: (a) akan digantung selama dua (2) tahun bagi kesalahan yang pertama, (b) akan digantung selama lima (5) tahun bagi kesalahan kedua, dan (c) akan dibatalkan bagi kesalahan berikutnya.

3.0

Senarai Kuantiti 3.1 Senarai Kuantiti hendaklah dihargakan dengan menggunakan DAKWAT yang tidak mudah luntur. Jumlah amaun yang dihargakan dalam Senarai Kuantiti oleh Pentender hendaklah sama dengan amaun yang dinyatakan dalam Ringkasan Tender dan Borang Tender. Sekiranya Pentender tidak menghargakan sebarang item di dalam Senarai Kerja Permulaan atau meletakkan tanda (-) terhadap mana-mana item-item di dalam Senarai Kuantiti, nilai tersebut adalah dianggap telah termasuk di dalam kadar-kadar harga bagi item-item lain di dalam dokumen tersebut. Pentender yang berjaya hendaklah, dalam masa 7 hari apabila diminta oleh Pegawai Penguasa atau Juruukur Bahan bagi pihaknya mengemukakan pecahan terperinci unit harga untuk sebarang item, kumpulan item atau semua item yang terkandung di dalam Senarai Kuantiti. Pecahan harga tersebut hendaklah mengandungi harga untuk buruh, bahan, loji, peralatan dan sebagainya. Tiada sebarang perubahan, tambahan atau nota yang tidak dibenarkan, boleh dibuat kepada Senarai Kuantiti ini yang mengubah teks yang tercetak.

3.2

3.3

3.5

4.0

Peruntukan Khas Kepada Syarat-syarat Kontrak 4.1 Bayaran Wang Pendahuluan Peruntukan khas untuk bayaran wang pendahuluan adalah seperti yang tercatat di SEKSYEN 1, Bahagian D - Syarat-syarat Kontrak. Sekiranya pentender memilih untuk memohon bayaran wang pendahuluan, Pentender hendaklah mengemukakan Jaminan Bank secepat mungkin tetapi tidak lewat daripada tiga (3) bulan selepas penyerahan tapak (tarikh milik tapak)

1/A/1

ARAHAN KEPADA PENTENDER

4.2

Perubahan Harga Ke atas Bahan-bahan Binaan Bayaran untuk perubahan harga ke atas bahan-bahan binaan akan dikira berdasarkan kepada peruntukan khas kepada Syarat-syarat Kontrak seperti di SEKSYEN 1, Bahagian D - Syaratsyarat Kontrak.

4.3

Had dan Prosedur Ke atas Penggunaan Bahan Dan Barangan Yang Diimport seperti yang tercatat di SEKSYEN 1 Bahagian D - Syarat-syarat Kontrak.. Para 11 adalah juga berkaitan. Bon Pelaksanaan Dalam Bentuk Wang Jaminan Pelaksanaan 4.4.1 Sebagaimana yang dinyatakan dalam Peruntukan Khas kepada Syarat-syarat Kontrak, Pentender boleh memilih untuk mengambil Bon Pelaksanaan dalam bentuk berikut :i) Jaminan Bank/ Bank Islam/ Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB) Atau; Jaminan Syarikat Kewangan Atau; Jaminan Insurans/ Takaful Atau; Wang Jaminan Pelaksanaan yang dikenakan potongan sebanyak sepuluh peratus (10%) daripada setiap bayaran interim sehingga mencapai jumlah lima peratus (5%) daripada Harga Kontrak.

4.4

ii) iii) iv)

4.4.2

Pentender adalah dikehendaki menyatakan pilihan bentuk Bon Pelaksanaan yang akan diambilnya dalam Borang Tender iaitu samada bentuk Jaminan Bank/Jaminan Insurans/Jaminan Syarikat Kewangan atau Wang Jaminan Pelaksanaan.

5.0

Pencanggahan Dokumen Tender 5.1 Sekiranya Pentender mendapati ada percanggahaan di antara Lukisan Tender, Senarai Kuantiti atau/dan Spesifikasi, Pentender tersebut hendaklah dengan serta merta merujuk kepada *Pengarah Cawangan Kontrak Dan Ukur Bahan, Bahagian Kerja Keselamatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Tingkat 14, Menara Tun Ismail Mohamed Ali, No.25 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur yang akan menyelesaikan atau/dan mengarahkan yang mana perlu diikuti. Penyelesaian atau arahan tersebut hanya sah jika dibuat dalam bentuk Addenda secara rasmi seperti yang dinyatakan di dalam para 6 di bawah.

6.0

Addenda 6.1 Sebelum tarikh akhir bagi penyerahan Tender, * Pengarah Cawangan Kontrak Dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Tingkat 14, Menara Tun Ismail Mohamed Ali, No.25 jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur boleh mengeluarkan Addenda untuk menerangkan atau membetulkan sebahagian atau keseluruhan Dokumen Tender. Setiap Addenda yang dikeluarkan akan diedarkan kepada Pentender dan menjadi sebahagian daripada Dokumen Tender. Penerimaan setiap Addenda mestilah diberitahu melalui Borang Bukti Penerimaan yang disertakan bersarna-sama Addenda. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Tender berkenaan ditolak. * Pejabat Pengarah yang mengeluarkan tender.
1/A/2

ARAHAN KEPADA PENTENDER

7.0

Interpretasi Secara Lisan 7.1 Interpretasi secara lisan kepada mana-mana bahagian Dokumen Tender atas permintaan atau/dan diterima Pentender hendaklah tidak diambil kira sebagai membetulkan sebarang peruntukan dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Dokumen Tender. Sebarang pemberitahuan atau pembetulan kepada mana-mana bahagian di dalam Dokumen Tender akan dibuat secara bertulis oleh * Pengarah Cawangan Kontrak Dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Tingkat 14, Menara Tun Ismail Mohamed Ali, No.25 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur di dalam bentuk Addenda seperti yang dinyatakan di para 5 dan 6 di atas.

8.0

Tender 8.1 Pentender adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan setiap dokumen tender yang dibelinya adalah lengkap dan jika terdapat apa-apa ketidak-sempurnaan pada dokumen atau mukasurat didalam dokumen tender berkenaan berdasarkan semakan oleh pentender dengan Senarai Semakan Kandungan Dokumen Tender, adalah menjadi tanggungjawab pentender untuk merujuk kepada pejabat yang menyediakan dokumen tender supaya pembetulan kepada ketidaksempurnaan tersebut dapat dibuat. Pentender adalah dikehendaki mengisi sepenuhnya perkara-perkara berikut yang menjadi sebahagian daripada Tender iaitu: a) b) c) Borang Tender Kadar Kerja Harian Senarai Kuantiti dengan setiap item dihargakan dengan berkomputer menerusi disket yang dibekalkan. Jumlah amaunnya yang membentuk Harga Tender dipindahkan ke Ringkasan Tender dan Borang Tender.

8.2

8.3

Kegagalan pihak Pentender untuk menyerahkan sebarang dokumen seperti yang dinyatakan di atas boleh menyebabkan Tendernya ditolak.

9.0

Pentender Usahasama 9.1 Pentender usahasama hendaklah mengemukakan Perjanjian Usahasama semasa mengemukakan dokumen tender. Perjanjian tersebut hendaklah mengandungi pegangan equity setiap rakan usahasama dan bertanggungjawab secara 'jointly & severally' dan ditandatangani oleh kesemua rakan usahasama dan disetemkan.

10.0 Kos Tender 10.1 Kerajaan tidak akan dipertanggungjawabkan untuk atau membayar apa-apa kos atau perbelanjaan atau kerugian yang dialami oleh Pentender di dalam penyediaan atau penghantaran Tender beliau.

Pejabat Pengarah yang mengeluarkan tender.

1/A/3

ARAHAN KEPADA PENTENDER

11.0 Dasar Perolehan Kerajaan Untuk Barangan Impot dan Perkhidmatan Asing
11.1

Sejajar dengan dasar perolehan Kerajaan untuk barangan impot dan perkhidmatan asing, pentender hendaklah memperuntukkan di dalam tendernya semua kos dan masa yang diperlukan untuk mematuhi sepenuhnya dengan Peruntukan Khas Kepada Syarat-Syarat Kontrak mengenai Had dan Prosedur Ke atas Penggunaan Bahan dan Barangan Yang Diimpot. Pentender tidak akan dibenarkan mengimpot mana-mana bahan , loji, peralatan, kenderaan atau barangan lain yang akan menjadi sebahagian daripada Kerja atau dibekalkan di bawah Kontrak kecuali yang disenaraikan di dalam Senarai Bahan dan Barangan Impot yang diluluskan oleh Kerajaan, yang dikembarkan di Lampiran 1.

11.2

12.0

Cerucuk Gantian Setaraf Dengan Cerucuk JKR** 12.1 Pentender boleh menender bagi kerja cerucuk berdasarkan cerucuk gantian setaraf dengan cerucuk JKR yang didapati dari pembuat mengikut Spesifikasi Addenda untuk Cerucuk Konkrit Bertetulang Tuang Dulu (Cerucuk Gantian) Pentender tidak perlu menyerahkan Senarai Kuantiti yang berasingan untuk cerucuk gantian. Senarai Kuantiti untuk cerucuk di dalam dokumen tender akan digunakan samada tender berdasarkan cerucuk gantian setaraf dengan cerucuk JKR dengan konkrit bertetulang tuang dulu yang didapati dari pembuat yang tersebut di atas.

12.2

13.0

Perbuatan Rasuah 13.1 Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan Pentender akan menyebabkan Tender tersebut ditolak dengan serta merta.

14.0

Iklan 14.1 Pentender tidak dibenarkan menyiarkan sebarang maklumat mengenai tender di dalam sebarang akhbar, majalah atau alat pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telahpun dihantar kepada dan diluluskan oleh Kerajaan terlebih dahulu.

15.0

Penerimaan atau Penolakan Tender 15.1 Kerajaan berhak untuk menolak mana-mana atau keseluruhan Tender. Mana-mana Tender yang tidak lengkap, tidak jelas atau tidak mematuhi arahan, tidak akan dipertimbangkan. Pihak Kerajaan adalah tidak terikat untuk menyetujuterima Tender terendah atau sebarang Tender, dan juga tidak perlu memberikan sebarang alasan terhadap mana-mana Tender yang ditolak.

15.2

**Dinyatakan sekiranya berkenaan

1/A/4

ARAHAN KEPADA PENTENDER

16.0

Maklumat Latar Belakang Kewangan dan Prestasi Pentender 16.1 Pentender-pentender hendaklah mengambil maklum bahawa penilaian Tender ini akan mengambilkira dan mementingkan keupayaan pentender untuk melaksanakan projek yang ditender, disamping kemunasabahan harga tender. Justeru itu keupayaan pentender-pentender akan dinilai semasa penilaian Tender. Penilaian ini akan dibuat berasaskan kedudukan kewangan, pengalaman kerja, kakitangan teknikal, keempunyaan loji dan peralatan pembinaan utama, dan prestasi kerja semasa pentender. Untuk membolehkan Penilaian ini dibuat Pentender-pentender dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut bersama-sama tendernya. i. Senarai Semakan Dokumen Wajib (lihat Lampiran A)

16.2

ii. Salinan Akaun Syarikat yang telah disahkan dan diaudit oleh Juru Audit yang bertauliah, bagi dua (2) tahun kewangan terakhir. iii. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank mengenai Wang Dalam Tangan pentender bagi tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup Tender. iv. Laporan bank/institusi kewangan mengenai kedudukan kewangan pentender, atas format seperti di BORANG CA, dalam satu sampul berlakri. v. Salinan Perakuan / Pengesahan Siap Kerja bagi setiap kerja yang telah disiap dan disenaraikan seperti di BORANG D. vi. Salinan Borang KWSP 'A' bagi bulan caruman terakhir bagi setiap kakitangan teknikal atau salinan perjanjian perkhidmatan professional yang diambil khidmat secara kontrak yang disenaraikan di BORANG E. vii. Salinan sijil kelulusan/kelayakan setiap kakitangan teknikal kategori A dan B yang disenaraikan di BORANG E. viii. Salinan Kad Pendaftaran atau dokumen-dokumen lain yang membuktikan kepunyaan pentender atau salinan perjanjian sewabeli/sewapajak atas loji dan peralatan yang disenaraikan di BORANG F. ix. Salinan Perakuan bayaran interim terakhir bagi setiap kerja semasa yang disenaraikan di BORANG G. x. Laporan Penyelia Projek mengenai prestasi semasa Pentender, bagi setiap kerja semasa yang bukan projek JKR yang disenaraikan di BORANG G, atas format seperti BORANG GA, dalam satu sampul berlakri.

Dokumen-dokumen ini sangatlah penting untuk membolehkan penilaian keupayaan yang sewajarnya dibuat ke atas pentender.Dokumen-dokumen (i), (ii) , (iii), (iv) dan (v) adalah merupakan dokumen wajib.Pentender hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen wajib ini di dalam satu sampul berasingan yang berlabel sebagai DOKUMEN WAJIB dan berlakri. Sekiranya pentender tidak atau gagal untuk mengemukakan dokumen-dokumen ini, tender pentender akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.
1/A/5

ARAHAN KEPADA PENTENDER

16..3

Sekiranya pentender gagal untuk mengemukakan salah satu atau sebahagian daripada dokumen-dokumen (iv), (v), (vi), (vii), (viii) dan (ix), maklumat dan data-data yang tidak dapat disemak kerana ketiadaan atau ketidak-cukupan dokumen-dokumen tersebut adalah tidak sah dan tidak boleh diambil kira dalam penilaian keupayaan pentender yang berkenaan melainkan maklumat atau data-data tersebut membawa kesan negatif terhadap nilai keupayaannya. Ini bermakna kriteria-kriteria yang mana penilaiannya memerlukan maklumat atau data-data ini, akan diberi markah nilaian kosong atau negatif. Disamping mengemukakan dokumen-dokumen yang tersebut di atas pentender-pentender dikehendaki melengkapkan borang-borang berikut yang disertakan bersama Dokumen Tender ini, dengan sempuma dan mengembalikannya bersama-sama dengan tender masing-masing. (a) BORANG A SURAT PENGAKUAN KEBENARAN MAKLUMAT DAN KEESAHAN DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIKEMUKAKAN OLEH PENTENDER. MAKLUMAT AM DAN LATAR BELAKANG PENTENDER DATA-DATA KEWANGAN PENTENDER REKOD PENGALAMAN KERJA KAKITANGAN TEKNIKAL KEEMPUNYAAN LOJI DAN PERALATAN PEMBINAAN UTAMA SENARAI KERJA KONTRAK SEMASA

16.4

(b)

BORANG B

( c) (d) (e) (f)

BORANG C BORANG D BORANG E BORANG F

(g)

BORANG G

Borang-borang ini hendaklah diisi dengan maklumat-maklumat yang benar dan data-data yang tepat. Semua butiran perlu diisi dan jawapan yang jelas hendaklah diberikan terhadap semua pertanyaan di dalam borang-borang di atas. Jika perlu helaian tambahan boleh dilampirkan. BORANG A dan setiap helaian tambahan yang dilampirkan kepada borangborang lain hendaklah ditandatangani oleh pentender. 16.5 Bagi pentender usahasama atau gabongan (seperti yang dibenarkan oleh PKK) antara dua atau lebih kontraktor setiap ahli gabongan hendaklah masing-masing melengkapkan borang-borang dan menyertakan dokumen-dokumen yang tersebut di atas yang berasingan. Semua maklumat dan dokumen-dokumen yang tersebut di atas hendaklah dikemukakan oleh pentender bersama-sama tendernya sebelum tarikh tutup Tender dan Pentender tidak akan berpeluang lagi untuk mengemukakannya selepas itu. Sebarang maklumat atau mana-mana dokumen tersebut yang diterima selepas Tender ditutup tidak akan diambil kira dalam penilaian keupayaan pentender. Sekiranya pentender didapati memberikan maklumat palsu atau sengaja menyorok (withhold) atau tidak memberikan mana-mana maklumat yang memberikan kesan negatif terhadap keupayaannya, tendernya akan ditolak dan tindakan tatatertib akan diperakukan terhadapnya.

16.6

16.7

1/A/6

ARAHAN KEPADA PENTENDER

17.0

Tempoh Siap Kerja Maksima 17.1 17.2 Pentender hendaklah menawarkan Tempoh Siap Kerja tidak melebihi 78 minggu.

Pentender yang menawarkan tempoh siap kerja melebihi tempoh di atas tidak akan dipertimbangkan.

18.0

Kriteria Penilaian 18.1 Penilaian akan dibuat dalam tiga peringkat berdasarkan pra-syarat dan kriteria-kriteria penilaian yang ditetapkan. Penilaian Peringkat Pertama 18.2.1 Tender-tender yang diterima mestilah mematuhi beberapa pra syarat sebelum boleh dinilai di peringkat kedua. Pra-pra syarat yang telah ditetapkan ialah:i. Tender mestilah sempurna di mana pentender telah mematuhi syarat-syarat tender.

18.2

ii. Tender telah disertai dengan dokumen-dokumen wajib yang telah ditetapkan di perenggan 16.2 di atas. iii. Pentender mempunyai asset mudah cair tidak kurang daripada 3% dari anggaran Jabatan (kerja pembina). iv. Pentender mestilah tidak mempunyai projek-projek yang mana prestasi semasanya tidak memuaskan iaitu peratus kemajuan sebenar melebihi 30% terkebelakang dari jadual atau sedang menghadapi tindakan penamatan pengambilan kerja. 18.2.2 Hanya tender-tender yang memenuhi pra-syarat di atas sahaja yang akan dinilai diperingkat kedua. 18.3 Penilaian Peringkat Kedua 18.3.1 Kriteria penilaian yang digunakan di peringkat kedua ialah pentender mestilah mempunyai Keupayaan Biayawan dan Keupayaan Teknikal melebihi nilai minimum yang ditetapkan. 18.3.2 Keupayaan Biayawan pentender dikira berasaskan faktor berikut:

(i)

Bagi pentender Syarikat Sdn. Bhd. atau mana-mana pentender yang mengemukakan Lembaran Imbangan KB = [(I 0 x MP) + 1(5 x (NW-MP) @ (9 x KK)} ] - (0. 5 x NTBK) Atau

1/A/7

ARAHAN KEPADA PENTENDER

(ii)

Bagi pentender bukan Syarikat Sdn. Lembaran Imbangan

Bhd. dan tidak mengemukakan

KB = [(l 0 x WDTS) + (9 x KK)] - (0. 5 x NTBK) di mana @ = yang mana lebih tinggi MP = Modal Pusingan, iaitu perbezaan antara Asset Semasa dan liabiliti Semasa pentender seperti yang dinyatakan di dalam Lembaran mbangan dan dicampur nilai positif perbezaan antara Wang Dalam Tangan Semasa dengan Wang Dalarn Tangan Dalam Lembaran Imbangan. 'Net worth' iaitu perbezaan antara Jumlah Asset dan Jumlah Liabiliti pentender seperti yang dinyatakan dalain Lembaran Imbangan.

NW =

WDTS = Wang Dalam Tangan Semasa iaitu nilai positif purata baki akhir bulan dalarn Penyata Bulanan Bank bagi tiga bulan terakhir. KK = Nilai Baki Kemudahan Kredit yang diperolehi atau layak diperolehi seperti yang dinyatakan dalam Laporan Bank atau Institusi Kewangan lain atas Borang CA, atau jumlah kasar nilai kemudahan kredit seperti yang dinyatakan oleh Bank/Institusi Kewangan (dalam borang selain dari Borang CA) tolak nilai negatif baki purata akhirbulan dalarn Penyata Bulanan Bank bagi tiga bulan terakhir syarikat Sdn. Bhd.

NTBK= Jumlah Nilai Tahunan Baki Kerja Dalam Tangan, iaitu jumlah baki nilai kerja dalam tangan (termasuk kontrak baru yang diketahui akan diawardkan kepadanya) tidak terrnasuk Wang Kos Prima dan jumlah Peruntukan Sementara, yang perlu disiapkan oleh pentender dalam tempoh satu tahun dari tarikh tutup Tender.

18.3.3 Keupayaan Teknikal diasaskan kepada kriteria berikut: i. Pengalaman Kerja Projek-projek yang disiapkan oleh pentender sebagai Kontraktor Utama ataupun Sub-kontraktor Dinamakan akan dikira berdasarkan jumlah nilai projek-projek yang telah disiapkan (termasuk bahagian kerja semasa yang telah siap) dan nilai terbesar projek yang disiapkan. ii. Kakitangan Teknikal Markah yang akan dikira berdasarkan bilangan dan pengalaman kakitangan teknikal pentender. iii. Keempunyaan Loji dan Peralatan Asas Markah yang akan dikira sebagai kriteria bonus berdasarkan bilangan loji dan peralatan asas pentender yang sesuai untuk pembinaan projek.
1/A/8

ARAHAN KEPADA PENTENDER

18.4

Penilaian Peringkat Ketiga 18.4.1 Bagi menentukan tender yang paling menguntungkan untuk dipertimbangkan, kriteria tersebut akan diambilkira: (a) Kesan Rendahan Harga Tender Kesan Rendahan Harga Tender akan ditentukan ke atas semua yang lulus penilaian peringkat kedua sekiranya harga tender asalnya Rendah atau sangat Rendah berbanding dengan Anggaran Jabatan.

19.0

Tarikh Memulakan Kerja Pentender hendaklah mengambil perhatian bahawa kerja-kerja hendaklah dimulakan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh milik tapak yang ditetapkan dalam Surat Setujuterima Tender. Maksud memulakan kerja ialah memulakan kerja-kerja awalan tapak seperti membekal peralatan dan bahanbahan binaan, meratakan tanah, membina pejabat tapak serta mendapat kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air dan kerja-kerja awalan lain yang dijelaskan dalam dokumen tender. Sekiranya pentender gagal berbuat demikian, kontrak akan ditamatkan sejajar dengan Fasal 51(b)(i) Syarat-syarat Kontrak.

20.0 Pelan Kualiti Pembinaan Pentender hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Penguasa dalam tempoh masa satu bulan dari tarikh Surat Setujuterima, Pelan Kualiti Pembinaan yang sekurang-kurangnya mengandungi maklumat-maklumat berikut:a. Carta Organisasi Kontraktor Carta Organisasi Kontraktor yang menunjukkan kakitangan yang terlibat termasuk pertalian/pertemuan (interface) bagi menjayakan pembinaan. b. Tanggungjawab Ahli Pasukan Kontraktor Senarai tugas yang dipertanggungjawabkan bagi setiap ahli dalam pasukan kontraktor sebagaimana yang dinyatakan di dalam Carta Organisasi di para a. c. Pelan Penyelenggaraan Peralatan Jadual/perancangan penyelenggaraan dan/atau ketentuan peralatan dan kelengkapan yang digunakan oleh kontraktor. d. Program Kerja Program kerja yang menunjukkan perancangan Kontraktor untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pembinaan dalam tempoh kontrak.

e.

Method of Statement (jika berkenaan)


1/A/9

ARAHAN KEPADA PENTENDER

f.

Pelan Pemeriksaan dan Pengujian Pelan Pemeriksaan dan Pengujian yang perlu dijalankan oleh Kontraktor hendaklah mengikut senarai semakan pemeriksaan dan pengujian JKR

21.0 Kaedah Aliran Kritikal (Critical Path Method Programme) 21.1 Pentender mestilah menyedia dan menyerahkan program perancangan untuk melaksanakan projek dengan menggunakan Kaedah Aliran Kritikal (CPM) yang menunjukkan semua jangkamasa kritikal untuk menjayakan pelaksanaan dan penyiapan projek semasa penyerahan dokumen tender. Dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan Surat Setuju Terima, pentender yang berjaya mestilah mengemukakan program terperinci menggunakan CPM termasuk salinan-salinan semua data-data di komputer >medium= dan cetakannya bersamasama perisian dan manual. Program hendaklah dikemukakan dalam bentuk carta bar dan rajah rangkaian kerja yang menunjukkan aktiviti-aktiviti yang kritikal dan tarikh-tarikh hubungkait yang kritikal bagi penyiapan kerja mengikut masa yang ditetapkan. Pentender yang berjaya adalah dikehendaki mengemaskinikan semua maklumat dan mengekalkan program yang telah dirancang dengan menggunakan CPM oleh kakitangan yang terlatih dan berkelayakan pada setiap minggu/bulan atau apabila diarahkan oleh P.P. Semua keperluan yang dinyatakan diatas akan diambilkira semasa penilaian dan penerimaan tender.

21.2

21.3.

21.4.

21.5

22.0 Pelarasan Harga dan Kadar Harga 22.1 Ringkasan tender dan/atau Jadual Kadar Harga atau Senarai Kuantiti akan diteliti dan diselaraskan oleh Kerajaan untuk memastikan kemunasabahannya, sebelum tender disetujuterima sebagaimana yang diperuntukan di bawah Fasal 26(a)(ii) Syarat-syarat Kontrak JKR 203 atau Fasal 26(d)(i) Syarat-syarat Kontrak JKR 203A. Harga dan kadar harga yang diselaraskan hendaklah tidak mengubah jumlah harga di Ringkasan Tender atau Senarai Kuantiti. Kerajaan berhak untuk menyelaras harga dan kadarharga dalam Senarai Kuantiti yang dikemukakan oleh Kontraktor untuk memastikan kemunasabahannya sebelum tender disetujuterima dan keputusan Kerajaan adalah muktamad

22.2

1/A/10

ARAHAN KEPADA PENTENDER

23.0 Syarat Tambahan Kelayakan Penyertaan Tender Khas Bumiputera 21.1 Pentender yang menyertai Tender Khas Bumiputera hendaklah bertaraf Bumiputera dan masih berkuatkuasa tidak kurang dari tiga (3) bulan selepas tarikh tutup tender.

24.0

Hal-hal Lain 24.1 Setiap Notis yang hendak diberi kepada Pentender akan diposkan ke alamat yang dinyatakan dalam Tender dan pengeposan itu hendaklah disifatkan sebagai penyampaian Notis yang sempurna. Ketidak patuhan mana-mana Syarat-syarat di atas boleh menyebabkan Tender tersebut ditolak. Pentender adalah dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan tendernya bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan Tapak Bina yang akan dihadapi. Sebarang tuntutan lebihan akibat kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan. Waktu bekerja bagi kontraktor adalah terhad mengikut waktu biasa sebagaimana Fasal 18 di dalam Syarat-syarat Kontrak. Kontraktor dikehendaki mengurus dan memastikan bahawa setiap pekerja, individu dan kumpulan mempunyai pas keselamatan untuk memasuki Kem dan kawasan tapak projek. Kontraktor adalah bertanggungjawab untuk menguruskan penginapan pekerja-pekerja jika perlu. Kontraktor adalah diingatkan bahawa penginapan untuk pekerja tidak dibenarkan di bina di dalam kawasan Kem.

24.2

24.3

24.4

24.5

24.6

1/A/11

Das könnte Ihnen auch gefallen