Sie sind auf Seite 1von 14

KESAN NEGATIF MIIGRASI TERHADAP PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA 6.

1 PENDAHULUAN Pada masa kini, migrasi dalaman dan antrabangsa telah menjadi satu fenomena yang lumrah di kalangan masyarakat negara kita. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sumbangan oleh para migran dalaman dan antarabangsa dalam pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan negara amat penting di mata dunia. Namun begitu, perpindahan mereka secara tidak langsung juga akan menimbulkan pelbagai kesan yang negatif baik dari segi ekonomi, politik dan sosial, sekiranya tiada panduan bermigrasi yang menjadi ikutan khususnya bagi jenis migrasi antarabangsa iaitu kebanjiran kedatangan buruh asing ke negara

6.1

KESAN NEGATIF MIGRASI DALAMAN Migrasi dalaman adalah penghijrahan penduduk melintasi sempadan kawasan dalam

sesebuah negeri atau negara. Contohnya penghijrahan penduduk Kelantan ke Kuala Lumpur untuk belajar, berniaga atau bekerja. Kesan negatif migrasi dalaman terhadap kawasan asal dan kawasan destinasi ialah tekanan terhadap sumber alam khususnya sumber tanah. Apabila kemasukan penduduk secara berlebihan di sesuatu kawasan akan menyebabkan berlakunya persaingan guna tanah yang ketara antara penempatan, industri, pembandaran, kemudahan asas, pertanian. Sebagaiman kita sedia maklum saiz tanah tidak bertambah berbanding dan intensity guna tanah akan menimbulkan persaingan antara penduduk yang berhijrah dengan penduduk tetap sesuatu kawasan dan seterusnya akan menimbulkan tekanan terhadap tanah di kawasan sekeliling. Kemasukan migrasi akan menambahkan bilangan penduduk, justeru

kawasan penempatan dan perumahan perlu dibina bagi memenuhi keperluan penduduk berkenaan. Pembukaan kawasan penempatan baru akan mengorbankan kawasan guna tanah yang sedia ada seperti guna tanah pertanian. Pada masa kini sudah banyak estet-estet pertanian bertukar kepada estet perindustrian dan perumahan serta nilai tanah menjadi semakin mahal sehingga sukar untuk guna tanah lain dijalankan.

Selain itu, pencemaran dan kerosakan sumber alam. Pertambahan penduduk di bandar-bandar besar akibat migrasi telah meningkatkan kadar pencemaran udara dan air di bandar-bandar berkenaan. Peningkatan jumlah kenderaan selari dengan pertambahan penduduk secara tidak langsung akan menyebabakan pencemaran kenderaan iaitu pelepasan gas-gas pencemar seperti karbon monoksida ke udara.

Keadaan ini akan meningkatkan lagi indeks pencemaran udara. Sehubungan dengan itu, sumber air khususnya sungai akan tercemar menerusi pembuangan sisa domestik seperti sampah sarap oleh penduduk yang semakin bertambah khususnya di kawasan setinggan. Contohnya, kes Sungai Gombak dan Sungai Klang. Kerosakan terhadap sumber alam dirujukkan kepada pelbagai kejadian hakisan dan tanah runtuh yang sering terjadi di bandarbandar besar akibat pembangunan yang pesat khususnya di lereng-lereng bukit bagi tujuan penampung pertambahan penduduk melalui membina kawasan perumahan. Di samping itu, kesan yang lain dapat dikaji ialah dari segi kepupusan sumber alam. Migrasi masuk penduduk terhadap sesuatu kawasan yang mempunyai sumber berpotensi menyebabkan lama-kelamaan sumber tersebut mengalami kepupusan dan diancam kehabisan khususnya sumber yang tidak boleh diganti. Contohnya, sumber bijih timah di Ipoh, Perak yang diancam kepupusan akibat eksploitasi berlebihan semenjak kemasukan migran-migran melalui Cina ke Tanah Melayu pada awal abad ke-19. Justeru itu ,berlakunya pembaziran sumber. Negeri-negeri seperti Kelantan dan Terengganu mengalami masalah kekurangan pekerja untuk membangunkan sumber-sumber alam setempat.Fenomena migrasi tenaga kerja dari sektor pertanian dan perikanan dari luar bandar ke sektor industrian dan perkhidmatan di bandar menyebabkan kawasan-kawasan desa yang ditinggalkan menjadi lebih mundur. Secara kesimpulanya, pengimbangan di antara perpindahan penduduk ke sesuatu baru harus di jaga agar kesan negatif yang dialami dapat di kurangkan.

6.3

KESAN NEGATIF MIGRASI ANTRABANGSA

Aliran migrasi antarabangsa ke Malaysia dikatakan mempunyai kesan negatif yang lebih banyak berbanding kesan positif. Kesan negatif migrasi antarabangsa dapat di kaji dari segi ekonomi, sosial dan politik negara.Mengenalpasti kesan yang ditinggalkan membolehkan dasar pembangunan sumber manusia dirangka dan dilaksanakan secara berkesan.

6.3.1 Kesan negatif migrasi kepada ekonomi Negara

Aliran kemasukan warga migrasi antarabangsa meninggalkan kesan ke atas ekonomi negara secara makro dalam keadaan jangka pendek dan jangka panjang. Keadaan dalam jangka masa pendek membawa kesan positif kepada ekonomi manakala dari asegi jangka panjang, kehadiran mereka ini dianggap menghalang penstrukturan ekonomi negara yakni membawa kesan negatif kepada ekonomi negara. Antaranya ialah akan menimbulkan masalah pengambilalihan tugas atau pekerjaan oleh golongan migrasi daripada penduduk tempatan dan menyebabkan daya saing dalam mendapatkan pekerjaan dalam kalangan penduduk tempatan semakin meningkat. Golongan migrasi ini akan memenuhi setiap sektor dan peluang pekerjaan yang wujud di negara ini dan akan menyekat punca pendapatan penduduk tempatan Sebagai contoh, pekerja-pekerja tempatan terpaksa bersaing dengan pekerja-pekerja asing yang menjalankan perniagaan secara sah disisi undang-undangg mahupun haram (tanpa lesen).

Artikel 1 :Pendatang Kuasai Pasar Malam Sumber : (Kosmo, 17.10.2012)

Pekerja-pekerja asing ini telah dianggap merampas sumber rezeki penduduk tempatan dengan turut sama terlibat dalam kegiatan perniagaan. Keadaan ini mendatangkan kemarahan kepada peniaga-peniaga tempatan dan jika berterusan akan menyebakan perkara yang tidak diingini berlaku.

Hal ini menyebabkan kebanjiran pendatang asing di negara ini telah menyukarkan lagi usaha oleh kesatuan sekerja untuk memperjuangkan hak mereka iaitu kenaikan kadar upah dan pelbagai jenis faedah yang layak diperoleh oleh pekerja tempatan. Kesan daripada itu pekerja tempatan akan terus tidak melibatkan diri dalam pasaran buruh tempatan di sektor-sektor tertentu sekiranya keadaan ini berterusan.

Artikel 2 : Ambil Pekerja 11,000 Warga Nepal Sumber :(Berita Harian, 10.10.2012)

Kesatuan kerja juga berpendapat bahawa pekerja tempatan sebenarnya tidak memilih kerja tetapi menentang kekurangan/ketiadaan faedah sampingan yang sepatutnya diperoleh. Perkara ini menjadi semakin parah apabila kebanyakan majikan lebih suka mengajikan golongan migrasi berbanding penduduk tempatan. Hal ini adalah kerana, golongan migrasi ini bersedia untuk menerima upah yang paling minima walaupun tidak berbaloi dengan pekerjaan yang telah mereka lakukan (Berita Harian, 17.04.2010). Pihak kerajaan juga terpaksa membelanjakan banyak peruntukan bagi membenteras kemasukan golongan migrasi ini.Masalah ini merupakan satu bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Malaysia sejak sekian lama. Usaha untuk menangkap pendatang tanpa izin sering dilakukan dari masa ke masa. Setiap kali usaha ini dilakukan Kerajaan terpaksa menanggung kos perbelanjaan yang tinggi bermula dari tarikh penangkapan dibuat sehingga tarikh pendatang ini dihantar pulang.

Di bawah Ops Nyah I dan Ops Nyah II, Kerajaan terpaksa menanggung kos sebanyak RM2.90 sehari (RM10 juta setahun) bagi menanggung perbelanjaan makan semasa pendatang-pendatang ini berada di kem-kem tahanan (Azizah Kassim, 1998). Tempoh

penahanan ini mempunyai kapasiti yang terhad bagi menampung pendatang tanpa izin yang semakin meningkat. Perbandingan kapasiti dengan jumlah pendatang yang ditahan ditunjukkan dalam Jadual 1.1

Jadual 1.1 : Statistik perbandingan kapasiti dengan jumlah pendatang yang ditahan Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

Artikel 3 : 70,327 Pendatang Di Usir Ke Negara Asal Sumber :(Metro, 03.10.2012) Selain itu, Kerajaan juga terpaksa membiayai kos menghantar pulang pendatangpendatang ini. Bagi setiap seorang pendatang, Kerajaan terpaksa membayar sebanyak

RM50.00 utnuk menghantar pendatang ini pulang dengan menggunakan bot (Jabatan Imigresen Malaysia).Tambahan pula, keengganan pihak kerajaan Indonesia dalam menyediakan dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya dan membiayai kos penghantaran pulang telah menyebabkan kerajaan Malaysia terpaksa menanggung kos pembiayaan kewangan yang banyak. Hal ini telah merugikan kerajaan negara kita. Di samping itu juga, kemasukan golongan migrasi akan menyebabkan deficit dalam belanjawan negara. Golongan migrasi ini akan menghantar sebahagian hasil wang pendapatan mereka ke kampung halaman dan akan menyebabkan aliran wang ke luar negara. Walaupun matawang negara kita lebih besar daripada matawang Negara Indonesia tetapi ekoran daripada terlalu banyak golongan migrasi ini yang menghantar wang ke kampung halaman menyebabkan aliran wang masuk dengan aliran wang keluar negara menjadi tidak seimbang seterusnya menyebabkan defisit dalam belanjawan negara.Penghantaran wang (remittance) ke negara asal oleh migrant hasil dari upah yang diterima dari aktiviti pekerjaan yang dilakukan, boleh mendatangkan kerugian kepada negara. Upah bulanan yang diterima oleh pekerja asing di antara RM450 bagi pembantu rumah hingga RM600 bagi sektor perlandangan dan sehingga RM1,000 bagi pekerja dalam sektor pembinaan. Bayangkan , purata upah yang diperoleh ialah RM650 setiap bulan dan jumlah pekerja asing yang bekerja di negara ini berjumlah 1 juta orang.

Sekiranya seorang pekerja ini menghantar wang sebanyak RM200 setiap bulan, maka sebanyak RM200 juta wang dihantar pulang setiap bulan atau RM2.4 bilion setahun. Statistik telah menunjukkan sebanyak RM9.124 billion wang hantaran pekerja ke negara asal mereka sejak Januari 2008 hingga akhir Jun 2008 .Angka ini mungkin lebih tinggi sekiranya pendaatang tanpa izin diambil kira dan secara tidak formal untuk menghantar wang tersebut digunakan.

6.2 Kesan migrasi terhadap masalah sosial dalam Negara Peningkatan kemasukan buruh asing ini juga telah memberi kesan sosial yang penting kepada penduduk tempatan. Sejak akhir-akhir ini media-media massa juga banyak menampilkan berita-berita jenayah seperti merompak, menyamun, mencuri, merogol, menyeludup dan kegiatan pelacuran yang dilakukan oleh warga asing yang datang ke negara kita.

Artikel 4 : Anak Ayam Gred A Warga Asing Ditahan Sumber :(Sinar Harian 09.10.2012)

Artikel 5: Minah Nigeria Bikin Kecoh Sumber :(Metro, 06.10.2012) Kadar jenayah yang dilakukan oleh pekerja asing ini meningkat dari tahun ke tahun. Penglibatan mereka ini dalam kes-kes jenayah kekerasan dan harta benda ditunjukkan pada Jadual 1.2

Negara Indonesia Filiphina Singapura

Jenayah Kekerasan 1073 kes 416 kes Tiada Jadual 1.2: Statistik jenayah 2008

Jenayah Harta - Benda 1401 kes 1400 kes 1 kes

Sumber: (Bernama,2008)

Dalam perkiraan statistik tersebut, migrasi Indonesia dikatakan banyak melakukan jenayah dalam negara. Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang tahun 2008 warga Indonesia mencatatkan penglibatan tertinggi iaitu 1,073 kes dalam jenayah kekerasan dan 1,400 kes dalam jenayah harta benda diikuti warga Filipina pula sebanyak 416 kes (jenayah kekerasan) dan 1,400 kes ( jenayah harta-benda) manakala warga Singapura cuma mencatatkan satu kes jenayah harta-benda.

Artikel 6 : Disamun Tiga Warga Asing Sumber :(Sinar Harian, 12.10.2012) Perkara ini sangat membimbangkan penduduk Malaysia kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak selamat. Di mana saja kejadian jenayah boleh berlaku. Kebanyakan migrasi Indonesia ini masuk dalam negara menggunakan pas pelancong dan pelajar sebaliknya mereka akan melakukan jenayah dalam negara kita. Dari segi kesan sosial kepada penduduk Malaysia akan mencetuskan kebimbangan dengan peningkatan kadar jenayah yang dilakukan oleh golongan migrasi tersebut (Bernama, 2009). Jika ini berlaku , sudah tentu akan menimbulkan konflik sosial yang serius pada masa akan datang yang sekaligus akan mengancam keselamatan negara. Masyarakat migrasi antarabangsa yang berhijrah ke Malaysia membawa isu sosial negatif yang meruncing yang sukar dikawal oleh pihak Kerajaan.Sebagai contoh, masyarakat Indonesia merupakan masyarakat yang serumpun dengan penduduk Melayu di Malaysia namun demikian perbezaan daripada segi tingkah-laku, nilai, norma, budaya dan sikap mereka dengan tuan rumah telah menimbulkan pelbagai masalah sosial di Malaysia. Migrasi masyarakat Indonesia ini merupakan satu aliran migrasi masyarakat dari negara yang kurang membangun dan mundur serta mereka akan membawa minda kelas ketiga mereka ketika berada di Malaysia. Secara tidak langsung mereka akan menjejaskan nilai sosial masyarakat di negara ini melalui sikap mereka yang pengotor, bising, kencing dan membuang sampah sesuka hati serta tidak menggunakan kemudahan awam dengan betul.

Contohnya, pada kebiasaan sambutan hari Raya Aidilfitri mereka akan menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai destinasi perayaan mereka dan apabila mereka beredar mereka akan meninggalkan timbunan sampah-sarap yang mengotorkan. Sikap dan tingkahlaku ini sangat bertentangan dengan nilai dan budaya masyarakat kita sekaligus akan menjejaskan kehidupan penduduk Malaysia di Kuala Lumpur (Utusan Malaysia, 23 Oktober 2007). Seperti yang telah diterangkan pekerja asing yang ingin bekerja di negara ini disyaratkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Ini adalah untuk memastikan bahawa pekerja-pekerja asing ini bebas dari sebarang penyakit berjangkit. Namun permasalahan timbul apabila pekerja asing ini masuk secara haram. Satu kajian yang dijalankan oleh pakar perubatan Malaysia menunjukkan kira-kira 6% dari pekerja asing dijangkiti oleh penyakit berjangkit. Hal ini menunjukkan bahawa para migran datang ke Malaysia tanpa menjalani ujian saringan penyakit dan akan menjejaskan kesihatan masyarakat di 10 negara ini. Kesan sosial ekoran daripada kemasukan golongan migrasi juga akan menyebabkan kesesakan bandar-bandar besar utama negara. Contohnya ialah Bandaraya Kuala Lumpur kini menjadi sesak ekoran daripada peningkatan golongan migrasi antarabangsa ini. Mereka hanya tertumpu di bandar-bandar besar sahaja memandangkan pelbagai kemudahan dan banyak peluang pekerjaan terdapat di sini. Kedatangan pekerja asing secara individu atau berkumpulan terutamanya di bandarbandar telah mewujudkan perkampungan setinggan.Hal ini disokong oleh Katimah Rostam (1998), di mana faktor pertambahan penduduk yang pesat, faktor semula jadi, migrasi dalaman dan luaran serta kedatangan pendatang tanpa izin yang ingin bekerja disektor sekunder telah mewujudkan masalah setinggan ini.

Tahun 2004 2005 2006 2007 30 April 2008

Jumlah Keluarga 19180 16136 11676 13238 10239

Jumlah Penduduk 95000 80680 58380 51190 459505

Jadual 1.3 : Jumlah Penduduk Setinggan Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur dari tahun 2004 sehingga tahun 2008 Sumber: (http://mstar.com.my/variasi/rencana/cerita/jumlah penduduk setinggan)

Pembukaan kawasan setinggan baru menyukarkan usaha kerajaan negeri untuk membuat perancangan perumahan dan menempatkan semula penduduk di akwasan perumahan yang lebih selesa. Dengan wujudnya masalah setinggan tersebut telah melambangkan imej negara yang belum maju. Perkara ini telah menyebabkan nama negara kita tercemar. Secara tuntasnya, satu kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Asri et. al. (1999) bagi mendapatkan maklum balas dari penduduk tempatan mengenai persepsi mereka ke atas pekerja asing mendapati 81.31 peratus responden berpendapat pekerja-pekerja asing cenderung membawa permasalahan sosio-budaya

Gambar 1 : Kawasan Setinggan di Puchong Selangor

6.3 Kesan migrasi terhadap masalah politik dalam Negara

Penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum etnik (plural society), budaya dan agama. Bumiputera yang terdiri daripada Melayu merupakan kaum terbesar di Malaysia. Ini diikuti oleh kaum Cina dan seterusnya India. Keadaan politik di negara ini adalah berasaskan kaum etnik. UMNO mewakili kaum Melayu,MCA dan DAP mewakili kaum Cina dan manakala MIC mewakili masyarakat India. Kalau dilihat dari segi Politik dan pentadbiran, Kehadiran buruh asing yang terlalu ramai, boleh menggugat kestabilan politik negara. Kegagalan pihak berkuasa menggubal satu undang-undang dan sekaligus mengawal kemasukan buruh asing ini dan merekodkan dengan sempurna ,secara tidak langsung pandangan orang luar terhadap pentadbiran dan peranan masyarakat umum negara kita terlalu lemah. Ini dapat dilihat, sekiranya terdapat buruh asing di Malaysia yang menyerupai penduduk tempatan baik dari segi budaya dan fizikal. Situasi ini dapat mewujudkan kekeliruan tentang status kerakyatan dan seterusnya penyertaan mereka dalam politik. Kita ketahui bahawa di bawah Perundangan Malaysia, setiap warganegara asing boleh memohon untuk menjadi rakyat Malaysia dan salah satu keperluan perundangan ini ialah memiliki kad pengenalan. Kemasukan pendatang asing di Malaysia terutamanya dari Indonesia yang mempunyai banyak persamaan dari segi identiti dan budaya memudahkan pihak pembangkang Kerajaan memutarkanbelitkan isu ini.Bagi majoriti undi si sesetangah kawasan, pihak Kerajaan dituduh memberikan hak mengundi kepada pekerja-pekerja asing ini. Hal ini dapat dilihat apabila satu tuduhan telah dilemparkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar telah membongkar skandal mendaftarkan warga asing sebagai pengundi segera untuk dipaksa undi BN (Sinar Harian, 4 April 2012). Beliau menyatakan kepada siding media bangunan Parlimen:
Apabila lonjakan kebangkitan rakyat negara ini mahu menolak BN, tidak boleh diatasi dengan membawa warga asing untuk diberikan kerakyatan bagi memastikan mengundi Umno BN. Ini sangat berbahaya!.Saya percaya keputusan rakyat selepas ini akan dimanipulasi oleh warga asing, katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen.

(Sinar Harian, 4 April 2012)

Jelas, isu ini amat serius seolah-olah memperlihatkan kerajaan mahu menjual negara kepada rakyat asing. Kebimbangan ini, katanya akan menafikan hak rakyat di mana hak itu diboloti oleh warga asing akhirnya masa depan negara akan di tentukan oleh mereka. Keadaan ini boleh menyebabkan keadaan politik negara tidak stabil dan rusuhan kaum akan berlaku. Seterusnya keadaan ini jika tidak dibendung boleh mengancam keselamatan negara. Namun begitu, pro kerajaan juga telah mebawa gejala kurang sihat apabila telah dituduh dan dikaitkan memberi dana kepada masyarakat migran antarabangsa khususnya Indonesia melalui satu kumpulan yang menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) akan menyerang Malaysia dengan buluh runcing ekoran beberapa isu berbangkit bagi alternatif untuk peralihan kuasa segera. Hal ini dibuktikan:
Pergerakkan BENDERA akan mulai berangkat pada 8 Oktober ini iaitu hari Khamis melalui pelabuhan di Surabaya, Indonesia. Dan dikatakan juga telah ada 10 orang daripada ahli itu berjayameloloskan diri menyusup kedalam negara ini sejak kelmarin untuk menubuhkan "network" dikalangan para pekerja Indonesia yang bekerja dalam berbagai sektor di Malaysia. BENDERA juga menegaskan bahawa mereka telah berjaya menghubungi dan akan merekrutkan 1.45 juta pekerja Indonesia di negara ini. Pekerja Indonesia yang telah berjaya dipengaruhi oleh BENDERA itu nanti akan dikehendaki untuk membakar semua tempat seperti asrama-asrama pekerja, kilang-kilang, pejabat-pejabat, setor-setor dan sebagainya yang terdapat ditempat mereka bekerja.Kumpulan BENDERA telah membayangkan untuk serang Malaysia melalui Sabah dan Sarawak terlebih dahulu kerana disebabkan sistem pertahanan dan tahap keselamatan di kawasan Semenanjung agak tinggi dikawal

(Bernama, 7 Oktober 2011)

Gambar 2: Kumpulan BENDERA Isytihar Perang Keatas Malaysia Sumber : (Media Prima, TV3)

Isu tersebut telah menggusarkan pihak Kerajaan bagi memastikan banteng negara pada tahap yang bersedia. Kesan daripada itu, hubungan dua serumpun negara ini juga boleh terjejas sekiranya kebanjiran warga asing tidak dapat dikawal secara efisien. Syarat asas untuk menjadi rakyat Malaysia dan perlu mengikut prosedur-prosedur yang tertentu untuk mencapai taraf kerakyatan, namum begitu kejadian kad pengenalan palsu amat berleluasa dewasa ini. Banyak terdapat sungutan kononya ada satu sindiket yang terdiri dari rakyat Malaysia sendiri yang berani mengeluarkan permit palsu semata-mata untuk memudahkan buruh asing ini masuk ke negara ini. Kes-kes jenayah ini member imej buruk Malaysia di mata masyarakat antarabangsa (Azizah Kassim, 1998). Malah ada kemungkinan juga berlakunya penyelewengan di kalangan rakyat Malaysia sendiri, barangkali ada yang terlibat dalam kes seperti ini hingga membolehkan buruh asing ini mendapatkan visa dan kad pengenalan dengan mudah. Sekiranya gejala-gejala ini tidak ditangani dengan segera, maka tidak hairanlah suatu hari nanti warga asing ini akan menjadi pemimpin negara kita sekaligus mengawal pentadbiran, ekonomi dan sosial mengikut telunjuknya.

Das könnte Ihnen auch gefallen