Sie sind auf Seite 1von 1

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Tajuk Jurnal

: : : :

1/12 Pertama 21 - 25 Januari 2013 Minggu Pertama Di SK Nanga Passa

Pada hari pertama, saya melapor diri kepada Guru Besar SK Nanga Passa, Betong. Saya memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Saya telah ditugaskan untuk mengajar murid tahun 1 dalam subjek Pendidikan Islam iaitu Pemulihan Jawi dan Tilawah al-Quran. Selain itu, saya juga diamanahkan untuk mengajar tahun 1 subjek Bahasa Arab. Saya telah membuat rancangan pengajaran harian sebelum bermula kelas yang saya perlu mengajar. Untuk membuat rancangan pengajaran bagi Pendidikan Islam, saya tidak menghadapi masalah yang banyak dalam menulis perancangan saya. Namun begitu, dalam subjek bahasa Arab, saya menghadapi masalah untuk menulis rancangan pengajaran tersebut. Saya menyelesaikan masalah menulis rancangan pengajaran bahasa Arab ini dengan merujuk kepada guru pembimbing saya. Pada hari kelima, saya menyerahkan Rancangan Pengajaran Harian saya kepada Guru Besar dan guru pembimbing untuk disemak. Selepas itu saya menyediakan bahan-bahan untuk mengajar untuk minggu seterusnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia Tandatangan : Nama Tarikh : :

Das könnte Ihnen auch gefallen