Sie sind auf Seite 1von 2

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Tajuk Jurnal

: : : :

2/12 Kedua 28 Jan 2013 Masalah Pengurusan Kelas

1. Masalah

Pada minggu kedua, saya telah menghadapi masalah mengawal kelas. Pada hari Isnin ( 28 Januari), saya telah mula mengajar bermula pada jam paginya. Pada tengaharinya tumpuan mereka tidak terlalu fokus. Misalnya, mendengar penerangan. mereka lebih banyak bermain dari menyelesaikan

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana penerangan yang saya jalankan mungkin cepat. Hal ini kerana mereka kurang memahaminya. Selain itu, faktor masa tengahari juga memainkan peranan. Saya perlu memasukkan unsur-unsur kecindan agar mereka tetap bersemangat.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a) Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan cara-cara mengawal kelas dan juga perancangan masa dengan lebih sempurna. b) Bagi memastikan kawalan kelas tidak lagi tidak terkawal, saya kena sentiasa bersuara tegas. c) Bagi pembahagian masa pula, saya akan sentiasa mengunci jam tangan bagi menyelesaikan masalah ini. d) Saya akan mendapat bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah di samping berbincang dengan rakan-rakan.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan dan menyediakan aktiviti pengukuhan bagi mengawal kelas daripada bising. Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran akan datang kerana kawalan kelas dan pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya, masalah in tidak dapat diatasi segera, sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancang tidak tercapai sepenuhnya

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Das könnte Ihnen auch gefallen