Sie sind auf Seite 1von 24

CABARAN GLOBALISASI DALAM MEMPENGARUHI HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

WAJ 3106:

DISEDIAKAN OLEH: NURAINI BINTI MOHD NOORDIN NUR AIN ASILAH BINTI NOOR AZAM NURUL FASIHAH BINTI MOHD TAMIZI

satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini

CABARAN 1: Membina Personaliti Rakyat yang berjiwa Merdeka

AGAMA BAHASA BUDAYA DAN NILAI JATI DIRI

Memiliki iltizam keagamaan yang kuat adalah antara prasyarat utama bagi membolehkan seseorang memiliki personaliti berjiwa Malaysia. Hal ini akan mencegah penganiayaan kepada orang lain kerana setiap agama sentiasa menyeru untuk berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Oleh hal yang demikian, pengamalan dan penghayatan ajaran agama boleh menjadi salah satu pemangkin utama dalam mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik

Di Malaysia, bahasa Melayu ialah bahasa yang sudah dimaktubkan sebagai bahasa rasmi. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahasa melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia.
Kedudukan dan taraf bahasa kebangsaan terkandung dalam : Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Akta bahasa kebangsaan 1963 Akta Pendidikan

1. 2. 3.

Dengan bahasa ini maka lahirlah ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa yang melambangkan martabat dan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai identiti kepada bangsa Malaysia.

Seluruh

rakyat Malaysia perlu menghayati dasar kebudayaan kebangsaan yang telah digubal berteraskan semangat kerjasama dan persefahaman antara kaum. Kepelbagaian yang wujud tidak seharusnya menjadi kekangan untuk berinteraksi dan memahami antara satu sama lain. Ada banyak persamaan yang boleh dijadikan landasan bagi memungkinkan masyarakat berkongsi bukan sahaja dari segi nilai malahan dari segi amalan dan tatacara kehidupan.

Jati diri ialah rangkuman segala nilai,budaya, bahasa, pegangan, fahaman dan pandangan jagat sesuatu kaum. Kita sering mendengar jati diri bangsa kita kian luntur. Selalunya kelunturan ini dirujuk kepada watak, cara hidup dan penampilan seseorang. Kalaulah dia seorang Melayu-Islam tetapi tidak lagi mempamerkan cara hidup, cara bertindak dan perwatakan malah berfikir sebagai orang melayu maka orang ini dikatakan hilang jati diri keMelayuaan dan keIslamannya.

CABARAN 2: Membina Jalinan Harmoni Hubungan Interetnik dan Intraetnik

Hubungan

interetnik merujuk kepada hubungan antara satu etnik dengan etnik yang lain. 2 peringkat:

Nasional global

1. PERINGKAT NASIONAL - Pada peringkat nasional, cabaran utama yang sering dihadapi adalah sejauh mana dasardasar yang diperkenalkan oleh kerajaan negara ini telah berjaya memupuk semangat perpaduan, setia kawan dan keharmoniaan kaum di Malaysia 2. PERINGKAT GLOBAL - Cabaran pada peringkat global dapat dilihat daripada banyaknya pergolakan yang berlaku di negara-negara yang didiami oleh masyarakat pelbagai etnik

Hubungan

Intraetnik merujuk kepada hubungan antara sesama etnik atau satu keturunan. Cabaran

Cabaran pengaruh luaran Cabaran dalaman Cabaran psikologi

1. CABARAN PENGARUH LUARAN


a)POLITIK b)IDEOLOGI c)EKSTREMISME d)GLOBALISASI

ANTARABANGSA Ketegangan etnik yang berlaku di Balkan dan Eropah Barat, Konflik di Sierra Leone, Bosnia dan Kosovo semuanya menarik perhatian masyarakat antarabangsa. Perhatian dunia telah memberikan satu dimensi baharu kepada proses perhubungan kaum abad 21

Ideologi sering digunakan sebagai alat yang cukup ampuh dalam menggembleng tenaga dan mendapatkan sokongan dalam sesuatu misi atau perjuangan.

Ekstremisme atau sikap melampau dalam apa jua keadaan pun amat jarang memberikan kesan positif. Lazimnya membawa kepada kemudaratan.

- Proses globalisasi sebenarnya banyak memberikan manfaat kepada kehidupan manusia. Akan tetapi yang menjadikannya satu cabaran besar kepada umat manusia kini adalah kerana adanya pihakpihak yang tertentu yang mengambil kesempatan daripada perkembangan ini dan mengenakan tekanan kepada pihak lain secara tidak adil, khususnya dalam konteks hubungan antara negara.

ii. -

CABARAN DALAMAN Malaysia banyak menghadapi cabaran termasuklah dari segi sosial, ekonomi, agama dan ras. Dari segi sosioekonomi, jurang antara kaya dan miskin, jurang antara bandar dan luar bandar masih menjadi isu yang diperdebatkan dan memerlukan penyelesaian. Dari segi agama, memanglah rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai agama dan keturunan, tetapi hal ini tidak boleh menjadi halangan untuk mewujudkan perpaduan kaum.

iii. CABARAN PSIKOLOGI

Stereotaip
Stereotaip ialah pernyataanpernyataan yang ditanggapi terlebih dahulu yang bersarang dalam kotak pemikiran manusia. Memiliki pandangan serong atau memiliki pandangan tertentu tentang sifat-sifat negatif sesuatu kaum amat suakr untuk bertindak secara objektif.

Etnosentrisme
Etnosentrisme merujuk kepada sikap dan kepercayaan bahawa budaya dan nilai etnik sendiri lebih baik, tinggi dan mulia daripada budaya dan nilai etnik lain. Inilah cabaran besar untuk mengikis sikap dan pemikiran yang bersifat etnosentrisme dan menggantikannya dengan sikap dan pemikiran yang lebih positif.

CABARAN 3: Menangani hubungan etnik di Malaysia Pasca Kemerdekaan (Peristiwa Ketegangan Kaum)

Politik

perkauman : menjadi lebih parah apabila isu-isu perkauman diperalatkan utk kepentingan sesuatu pihak dan mendapat sokongan rakyat.

a. Perbezaan pekerjaan. b. Dominasi sektor ekonomi : wujudnya jurang pendapatan antara etnik merupakan cabaran yg sering membawa kpd ketidakstabilan masyarakat majmuk.

a. Pemisahan penempatan: bukan shj boleh merenggangkan hbgn & interaksi pelbagai etnik tetapi memperkuatkan lagi perasaan kekitaan & etnosentrisme dlm kalangan anggota yg seterusnya menimbulkan prasangka, streotaip & mengekalkan kejahilan di klgn etnik trhadp etnik yg lain. b. Pengasingan sistem pendidikan : interaksi hanya berkisar dlm kalangan etnik yg sama. c. Perbezaan & pertentangan nilai di antara etnik. Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan.

Pengaruh

Barat dari segi ideologi, budaya hedonisme & nilai negatif, ekonomi bebas, sains & teknologi yg memusnahkan, serta sistem politik yg dianggap terbaik bagi semua manusia dieksport / dibawa masuk ke seluruh dunia.

Das könnte Ihnen auch gefallen