Sie sind auf Seite 1von 9

ALAT MEMAHAT

Kerja-kerja memahat bertujuan untuk membuang bahagian kayu projek yang tidak diperlukan. Alat-alat untuk kerja memahat yang digunakan dalam bengkel ialah seperti pahat pelubang, pahat peraut, pahat kuku jenis peraut, pahat kuku jenis pengukir dan sebagainya.

56

A. PAHAT PELUBANG / PAHAT KUKUH

GAMBAR

Digunakan untuk membuat kerja kasar. Matanya lebih tebal supaya tahan diketuk dengan tukul
FUNGSI kayu semasa membuat lubang.

Digunakan untuk membuang lebihan-lebihan yang tidak


diperlukan.

SAIZ

Sudut canai matanya ialah 25 dan sudut menajamnya


antara 30-35.

57

B. PAHAT PERAUT / PAHAT TEPI SERONG

GAMBAR

Digunakan untuk kerja-kerja halus. Digunakan untuk membuat kerja meraut seperti mengemas tanggam dan acuan yang mempunyai pelbagai

FUNGSI

bentuk kumai.

Memahat secara mendatar seperti menatal dan memarit, menatal tingkat rendah dan menatal tepi serong. Memahat secara menegak seperti menatal dasar parit, membersih penjuru bulat dan menahan penjuru cekung.

SAIZ

Lebar mata pahat = 3 50 mm Sudut menajam = 25 Memahat secara mendatar

KAEDAH PENGGUNAAN

Memahat secara menegak

58

Lain-lain kegunaan pahat

59

C. PAHAT KUKU JENIS PERAUT ( SERONG DALAM )

GAMBAR

FUNGSI

Digunakan untuk mendapatkan permukaan yang melengkung.

SAIZ

3 40 mm

D. PAHAT KUKU JENIS PENGUKIR ( SERONG LUAR )

GAMBAR

FUNGSI

Digunakan untuk membuat lurah tepat. Digunakan untuk membuat lengkung dalam kerja ukirmengukir.

SAIZ

Matanya bersaiz antara 3 40 mm.

60

Mengasah Pahat

Mengasah pahat adalah proses menajamkan mata pemotong. Mata pahat diasah dengan menggunakan mesin pencanai. Proses ini dilakukan dengan memegang batang pahat ke atas pelaras rehat. Gerakkan mata pemotong k ekiri dan kanan. Kenakan tekanan secara perlahan-lahan ke atas mata pahat. Celupkan pahat ke dalam bahan penyejuk untuk mengelakkan menjadi terlalu panas. Periksa sudut potong mata pahat dengan menggunakan tolok sudut. Gunakan gogal semasa mengasah pahat untuk mengelakkan tatal daripada memasuki mata.

61

Cara mengasah mata pahat ialah : a. Sudut asah mata pahat adalah 250 hingga 350. b. Pastikan kedudukan mata pahat adalah sama sudut semasa mengasah. c. Gunakan keseluruhan bahagian batu asah bagi mengelakkan batu asah daripada melengkung. d. Mengasah mata alat adalah dari hadapan ke belakang dan pergerakannya adalah seperti nombor 8 atau ke kanan dan ke kiri e. Menuang minyak keatas permukaan batu asah.

f. Menggunakan permukaan batu asah yang kasar dahulu kemudian menggunakan permukaan halussehingga mata betul-betul tajam.

62

Perawatan pahat :

Hindari menyimpan pahat di dalam laci tanpa penutup pengaman mata pisau, di mana
jika terdapat banyak jenis benda dari bahan besi dikhawatirkan bisa sering bersinggungan, sehingga menumpulkan ujung mata pisau pahat.

Penyimpanan

yang lebih baik adalah untuk menggantung pahat pada rak atau laci

dengan garis pembagi untuk benturan dengan benda lain.

Untuk benar mempertajam pahat, menggunakan batu asah yang standard. Anda mungkin
perlu secara teratur mengasah sisi datar untuk menjaga ketajaman mata pahat teratur dengan baik.

Keamanan Pemakain Pahat :

Keselamatan utama pemakaian pahat adalah untuk menjaga Mata

ketajaman mata pahat.

pahat yang tidak tajam apalagi sudah berkarat adalah berbahaya, karena akan

membutuhkan lebih banyak tenaga saat pemahatan.

Hati hati penempatan tangan dan jari anda saat melakukan pemahatan untuk menghindari
luka saat pemahatan.

Jika

anda membutuhkan pukulan yang lebih kuat, gunakan palu kayu , hindari

menggunakan palu besi, karena dapat merusak pahat.

63

BATU ASAH

Batu asah digunakan untuk mengasah mata pahat supaya menjadi lebih tajam dan tidak tumpul bagi memudahkan kerja memahat. Menjaga ketajaman mata alat sudah menjadi kewajipan bagi seseorang penukang. Terdapat dua jenis batu asah iaitu batu asah asli dan batu asah buatan.

JENIS BATU ASAH

MAKLUMAT

Diperbuat daripada bahan galian yang banyak


a. Batu asah asli terdapat di Amerika Syarikat.

Terdapat dalam 2 gred iaitu keras dan lembut. Batu asah asli jenis keras mempunyai ira halus. Batu asah asli yang baik adalah dari jenisArkansas
dan Washita. b. Batu asah tiruan

Dihasilkan daripada bahan las buatan, silikon


karbida dan aluminium oksida.

Terdapat dalam gred kasar, halus dan sederhana. Terdapat dalam bentuk seperti rola canai segiempat,
bujur dan lain-lain.

Minyak hendaklah digunakansemasa mengasah.

Menatal Menggunakan Pahat Menatal adalah proses membuang lebihan pada benda kerja. Cara yang betul hendaklah digunakan semasa proses menatal. 1. Pegang pahat dengan kemas. 2. Tumpukan perhatian terhadap benda kerja yang hendak ditatal. 3. Angkat gandin hingga ke paras bahu dan kenakan pukulan kepada pahat dengan tepat.
64

Das könnte Ihnen auch gefallen