You are on page 1of 17

SAJAK "FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN" OLEH :SHAMSUDIN OTHMAN Sajak Maka seorang pujangga pun berkata, "adalah dadah

itu musuh utama negara adalah dadah itu perosak jiwa adalah dadah itu pembunuh sematamata." Maksud Sajak dimulai dengan gambaran keburukan dadah oleh seorang pujangga (bijak pandai) yang tidak dinamakan. Dadah ialah musuh utama negara, perosak jiwa dan pembunuh semata-mata. Orang yang terbabit dengan najis dadah terdedah kepada kematian sia-sia, rosak jiwa raga dan menjadi beban kepada negara. Dadah telah menyebabkan pembaziran modal insan yang sangat besar kepada negara. Penagih dadah yang sepatutnya menggilap potensi diri masingmasing dalam pelbagai bidang kehidupan seperti kepimpinan, bakat kreatif, sukan, perniagaan, akademik dan pejuang negara akhirnya menjadi insan yang tidak berguna. Mereka binasa gara-gara ketagihan dadah.

Hari ini, angkara dadah telah mati seorang negarawan angkara dadah telah mati seorang seniman angkara dadah telah mati seorang olahragawan angkara dadah telah mati seorang jutawan angkara dadah telah mati seorang sasterawan angkara dadah telah mati seorang ilmuwan angkara dadah telah mati seorang wirawan. Bertahun-tahun kau hidup meracuni manusia kau tidak mengenal anak, bapak, ibu, saudara atau keluarga kau racun dalam khayal yang tidak terduga seperti tercatat dalam sejarah jatuh kota Melaka dan musnah kota merdeka oleh candu, marijuana, morfin, heroin atau apa-apa sahaja namamu kaulah penghancur sebuah tamadun bangsa dan negara. Tuhan, bekalkan aku kudrat iman yang tulus untuk melewati lorong hidup yang penuh onak dan duri juga gelombang di laut masa depan dewasa mengejar cita-cita tegar memburu negara jaya.

Dadah menghancurkan hidup manusia tanpa mengira sesiapa jua. Dadah hanya menjanjikan impian palsu. Dalam sejarah, dadah meruntuhkan tamadun bangsa dan negara seperti kota Melaka dan banyak lagi.

Penyajak berdoa ke Hadrat Ilahi agar dikurniakan iman yang tulus (ikhlas, tuntas) supaya dapat mengharungi cabaran hidup yang penuh liku dan tipu daya. Penyajak berharap agar mampu menempuh cabaran hari muka yang tidak menentu demi mencapai impian hidup. Penyajak mahu menyumbang terhadap kejayaan negara.

Sahabat segenerasiku, rimba di depan kita masih luas terbentang mari kita pilih jalan lurus ke syurga bukan lorong hitam ke neraka.

Penyajak memberi peringatan generasi semasa (kini) akan pilihan yang begitu banyak sebagai jalan kehidupan. Penyajak menyeru supaya hanya jalan lurus ke syurga (jalan yang baik, benar dan berguna) menjadi pilihan. Lorong hitam ke neraka (jalan yang gelap, salah dan songsang) hendaklah dijauhi.

Tema Dadah musuh negara.Dadah memberi kesan yang buruk kepada individu, masyarakat dan negara.

Persoalan 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) Kebijaksanaan dalam memilih jalan hidup Kepekaan / keprihatinan terhadap bahaya dadah Amalan berdoa / istiqamah atau tetap pendirian Berhati-hati dalam membuat keputusan Berfikir panjang sebelum melakukan tindakan Kesan buruk penggunaan dadah Bahaya dadah terhadap masyarakat Petunjuk kehidupan yang sejahtera Cabaran memilih jalan kebaikan

Bentuk 1. 3. Bebas. Baris-baris ayat dan rima akhir Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa. Rangkap 2 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya aaaaaaaa. Rangkap 3 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabaca. Rangkap 4 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya abcdaee. Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcc. 2. Terdapat lima rangkap.

Gaya Bahasa Gaya Bahasa

Contoh

1) 2) 3) 4) 5)

Anafora Kata Ganda Sinkope Metafora Inversi

6) Aliterasi pengulangan konsonan g 7) Asonansi pengulangan vokal e Nilai Murni Nilai murni 1) Kegigihan 2) Rasional 3) Keimanan 4) Cinta akan tanah air 5) Bertanggungjawab

adalah dadah itu. bertahun-tahun. kau. lorong hidup. angkara dadah telah mati seorang angkasawan. maka seorang pujangga pun berkata. seperti tercatat dalam sejarah.

Contoh Gigih mengejar cita-cita untuk memajukan negara. Jauhi dadah yang menjadi musuh negara. Menjalani kehidupan dengan berbekalkan keimanan. Tidak mahu negara hancur kerana dadah. Menentukan arah kehidupan yang dipilih ialah jalan yang benar.

Pengajaran 1) 2) 3) 4) 6) 7) 8) 9) Kita hendaklah bijak memilih jalan hidup Kita hendaklah peka dan prihatin terhadap bahaya dadah Kita hendaklah sentiasa berdoa, istiqamah dan tetap pendirian dalam amalan Kita hendaklah berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan Kita hendaklah menyedari tentang bahaya dan kesan buruk dadah Kita hendaklah memilih jalan hidup yang sejahtera Kita janganlah memilih jalan hidup yang gelap,salah dan songsang Kita hendaklah bersedia menempuh cabaran dalam kehidupan

5) kita hendaklah berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan

Sajak Kalau kita dicerca dengan kata kita diam tak terkata. Pertahankanlah maruah kita lawan kata dengan kata.

Kalau mereka mengherdik dengan kata carilah daya kata. Kalah kita jangan kerana putus kata.

Ini martabat bangsa kita ini kedaulatan negara kita kita pelihara dengan kepantasan kata daripada kepala.

Kita merdeka bukan kerana senjata. Kita merdeka kerana bijak kata.

Aduhai anakanda Kalau hidup mahu terbela pandailah mengucap kata.

Maksud Penyajak menggesa supaya kita tidak membisu apabila menghadapi cercaan lisan. Sebaliknya, orang yang dicerca harus melawan balik dengan kata. Maruah perlu dijaga dan dipelihara. Jika orang mengherdik (bercakap dengan bahasa yang buruk atau tidak layak), orang yang dicerca harus menyusun kekuatan kata untuk hujah balas yang bijak. Kita akan dianggap kalah kerana kelu untuk bersuara. Kita tidak boleh membiarkan sahaja martabat bangsa dan kedaulatan negara diinjak begitu sahaja. Kita mesti melindungi bangsa dan negara dengan hujah-hujah bernas daripada minda yang hebat. Negara bebas daripada belenggu penjajahan tanpa pertempuran tentera. Negara merdeka justeru pemimpin bijak di meja rundingan, dan rakyat yang bangkit bersuara membela tanah air tercinta. Sebagai penutup sajak, sekali lagi penyajak menegaskan betapa kalau hidup mahu terbela, iaitu tidak diinjak dan ditindas (seperti lembu dicucuk hidung peribahasa berkaitan), maka kita harus pandai menggunakan kekuatan kata atau hujah yang bernas.

Tema Kebolehan berkomunikasi secara lisan amat penting dalam kehidupan. Dengan kebijaksanaan berkomunikasi, seseorang itu dapat mempertahankan diri daripada dihina oleh orang lain.

Persoalan 1) Kepentingan bijak berbahasa untuk mematahkan hujah lawan.

Kemahiran berhujah membolehkan seseorang mematahkan hujah lawan dengan mudah. 2) Kepentingan menggunakan bahasa dengan baik. Kesantunan bahasa dapat membentuk jati diri bangsa dan menjulang nama negara. 3) Bahasa merupakan imej sesebuah bangsa dan negara. Kebijaksanaan berbahasa membolehkan kita memartabatkan bahasa dan mendaulatkan negara. 4) Kemerdekaan yang diperoleh menerusi rundingan. Sejarah membuktikan negara kita merdeka menerusi rundingan bukannya melalui peperangan.

Bentuk 1. 2. 3. Separuh terikat. Terdapat lima rangkap. Baris-baris ayat dan rima akhir. Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa. Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa. Rangkap 3 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa. Rangkap 4 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya aa. Rangkap 5 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya aaa. Gaya Bahasa Gaya Bahasa Sinkope Anafora Bahasa istana Asonansi pengulangan vokal a Aliterasi pengulangan konsonan t Epifora

Contoh tak. kita merdeka. anakanda. Pertahankanlah maruah kita. Janganlah kita diam tak terkata. kita.

1) 2) 3) 4) 5) 6)

Nilai Murni Nilai murni 1) Kebijaksanaan

Contoh Bijak dalam berkata-kata dan berhujah. Sentiasa sedar jika ingin kehidupan lebih terbela, kita harus pandai berkata-kata.

2) Rasional

3) Tanggungjawab

4) Keberanian

Bertanggungjawab mempertahankan diri apabila dicerca. Berani mempertahankan diri dengan membalas kata-kata pihak lawan.

Pengajaran 1) Kita hendaklah bijak berkata-kata dan berhujah. 2) Kita perlulah berani mempertahankan diri dengan membalas kata-kata pihak lawan. 3) Kita mestilah mempertahankan maruah diri kita apabila dihina. 4) Kita mestilah memelihara martabat bangsa dan kedaulatan negara kita.

SAJAK "KEUSANGAN BUDAYA" OLEH :ROSHILAWATI RAZLAN Sajak Ketika dulu kelihatan sang dara bersimpuh ayu bersalut songket tenunan Melayu mengayam segar Kelihatan sang teruna menebang ara berbaju Melayu warisan bangsa meniup seruling bamboo merdu dan sayu Ketika ini tiada lagi sang dara ayu tiada juga teruna gagah kini yang ada cuma tubuh-tubuh lesu tubuh-tubuh kaku Kedengaran irama gamat menodai kedamaian seruling bambu diam keusangan songket dan batik muram disisihkan Maksud Pada zaman dahulu, anak-anak gadis duduk dengan sopan sambil mengenakan pakaian masyarakat Melayu, iaitu songket tenunan yang begitu halus dan sedap mata memandang. Lelaki muda pula bangga dengan menyarung baju Melayu sebagai pakaian turun-temurun, melakukan pekerjaan tangan dan mengalukan irama indah dan syahdu dengan menggunakan seruling (alat tiupan) yang diperbuat daripada buluh. Kini, keadaan telah berubah. Citra anak gadis dan anak lelaki persis zaman dahulu sudah tiada lagi. Anak-anak Melayu sudah hilang jati diri, iaitu dengan penampilan diri yang jauh daripada warisan budaya Melayu dahulu. Aliran muzik yang bising dan hingarbingar seperti rock dan underground telah menggantikan irama Melayu tradisional. Alat-alat muzik lama telah dilupakan sama sekali, manakala persalinan pakaian kebanggaan orang Melayu dahulu telah dipinggirkan. Ayahanda bonda di pondok memalu nobat di sisi melihat sayu sang Sita Dewi yang usang tidak bermaya lagi. Budaya lama hanya diminati oleh generasi lama (tua) yang tiada daya tarikan lagi. Persembahan kesenian lama juga hanya dimainkan oleh budayawan dan seniman lanjut usia. Mereka hanya

mampu berduka (seperti dalang wayang kulit) yang mendapati boneka watak Sita Dewi tidak mendapat sambutan lagi.

Tema Adab dan budaya bangsa Melayu yang perlu dipertahankan.Golongan muda perlu menjaga warisan dan budaya bangsa. Persoalan 1) Amalan budaya Melayu dalam kalangan golongan muda yang dipinggirkan. Generasi hari ini lebih suka terikut-ikut dengan budaya asing. 2) Ketinggian budaya Melayu dalam kehidupan seharian. Gadis-gadis Melayu dahulu digambarkan bersopan santun dan pemuda-pemudanya pula mengamalkan budaya Melayu. 3) Pengaruh budaya asing yang kini telah mengambil alih budaya kemelayuan. Anak-anak muda kini lebih tertarik dengan budaya asing. 4) Harapan dan impian golongan tua untuk melihat budaya Melayu diamalkan semula. Golongan tua yang masih menjulang budaya lama berharap agar sejarah kegemilangan budaya Melayu dapat dikembalikan. 5) Masyarakat kini yang kurang mempertahankan budaya tradisi. Anak-anak muda lebih gemar alunan muzik dari barat berbanding alunan muzik tradisional. Bentuk 1. Bebas. 2. Terdapat lima rangkap. 3. Baris-baris ayat dan rima akhir. Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaab. Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcc. Rangkap 3 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abcdbb. Rangkap 4 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa. Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abbb.

Gaya Bahasa Gaya Bahasa 1) Personifikasi 2) Anafora 3) Bahasa istana 4) Asonansi pengulangan vokal u 5) Aliterasi pengulangan konsonan m 6) Inversi 7) Kata Ganda Nilai Murni Nilai murni 1) Kesopanan 2) Kerajinan 3) Menghargai budaya 4) Tanggungjawab

Contoh seruling bambu diam keusangan, tubuh-tubuh. ayahanda. bersalut songket tenunan Melayu. irama gamat menodai kedamaian. melihat sayu Sang Sita Dewi. tubuh-tubuh.

Contoh Gadis duduk dengan tertib dan sopan. Pemuda rajin bekerja. Bangga dan menghargai pakaian tradisi dan irama Melayu. Bertanggungjawab menjaga warisan dan budaya bangsa.

Pengajaran 1) Gadis remaja hendaklah bersopan santun dalam pertuturan seharian. 2) Pemuda-pemudi haruslah rajin bekerja dalam kelangsungan hidup. 3) Kita mestilah menghargai kebudayaan kita sendiri. 4) Janganlah terikut-ikut dengan budaya asing yang merosakkan budaya bangsa. 5) Janganlah kita tergamak membiarkan generasi lama bersedih melihat budaya lama dilupakan.

SAJAK " SEORANG INSAN ISTIMEWA" OLEH :NATASYA PUTERI Sajak Dia tidak pernah meminta untuk lahir sebegitu rupa namun kecilnya diri menyanggah takdir Yang Maha Esa sebuah suratan tertulis sudah sebuah kehidupan tetap harus diteruskan. Seorang insan istimewa menapak dalam reda menggalas payah dalam senyum paksa betapa pun simpati mata memandang pasti tiada bandingan dengan derita diri menempuh cabaran. Seorang insan istimewa anugerah suatu ujian amanah suatu tuntutan biar sukar mesti disempurnakan luas buana mereka tetap punya ruang meneruskan kehidupan selagi Tuhan mengizinkan. Bantulah, bimbinglah seikhlas hati setulus budi Tuhan pasti merestui. Masyarakat diseru supaya membantu dan membimbing insan istemewa dengan tulus ikhlas. Orang yang berbuat baik akan dikasihi dan direstui oleh Tuhan. Kewujudan insan istimewa menjadi ujian kepada institusi keluarga, masyarakat dan negara. Mereka menjadi amanah yang pelu dijaga walaupun bukan mudah untuk dikendalikan. Insan istimewa mempunyai hak dalam kehidupan bermasyarakat selagi masih bernyawa. Mereka tidak boleh diabaikan. Maksud Insan istimewa, atau juga dipanggil kurang upaya atau kelainan upaya menjadi demikian bukan atas kemahuan sendiri, namun tetap menerima dengan reda (baca redha, iaitu pasrah) suratan takdir Ilahi (nasib yang tertulis sejak azali). Hakikat kelahiran mereka yang demikian diterima seadanya bagi menjalani kehidupan. Insan istimewa menanggung segala derita dalam kegembiraan yang dibuat-buat. Simpati dan belas kasihan masyarakat tidak sama dengan derita diri dan kesusahan yang mereka sendiri alami.

Tema Dugaan hidup sebagai golongan kelainan upaya.Golongan istimewa telah menempuh pelbagai dugaan dalam meneruskan kelangsungan hidup. Persoalan 1) kepasrahan dalam menerima takdir Ilahi 2) ketabahan dalam menghadapi cabaran kehidupan 3) tolong-menolong sesama anggota masyarakat 4) keikhlasan / ketulusan dalam menolong orang lain

Bentuk 1. Sajak ini berbentuk bebas. 2. Mengandungi empat rangkap. 3. Baris-baris ayat dan rima akhir Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya aabacd. Rangkap 2 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabcdc. Rangkap 3 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya abbbacbb. Rangkap 4 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abb.

Gaya Bahasa Gaya Bahasa Repitisi Anafora Responsi. Asonansi pengulangan vokal e Aliterasi pengulangan konsonan b Inversi Nilai Murni Nilai murni Keredaan Ketabahan Simpati Bantu-membantu

Contoh Seorang insan istimewa. sebuah. suatu. meneruskan kehidupan. bantulah, bimbinglah. biar sukar mesti disempurnakan.

Contoh Reda menerima takdir diri yang cacat. Tabah menerima takdir diri yang cacat. Bersimpati kepada orang yang kurang upaya. Bersedia membantu orang yang kurang

upaya. Keikhlasan Amanah Bertanggungjawab Membantu orang lain dengan hati yang ikhlas. Membantu golongan kurang upaya merupakan amanah Allah. Semua insan yang sempurna bertanggungjawab menolong golongan kurang upaya. Pengajaran 1) kita hendaklah pasrah dalam menerima takdir Ilahi 2) kita hendaklah tabah dalam menghadapi cabaran hidup 3) kita hendaklah tolong-menolong sesama anggota masyarakat 4) kita hendaklah ikhlas / tulus dalam menolong orang lain

Sajak Baru saja hendak mendongak aku sudah dipijak baru saja hendak berbedak diserbu debu menutup muka cuaca panas angin kering ditambah lagi bau busuk asap lori sesak nafas bagai menunggu mati mujur embun pagi membersih diri.

Maksud Rumput tidak sempat tegak lurus kerana selalu dipijak oleh orang atau kenderaan yang lalu-lalang. Rumput juga tidak sempat menjadi cantik dipandang (bersih) kerana sering diliputi debu di tepi jalan. Keadaan cuaca yang panas serta angin kering, serta bau busuk yang dilepaskan oleh asap lori memburukkan keadaan. Rumput seakan terkulai layu tidak bermaya. Rumput hanya berharap akan belas ihsan embun pagi yang menanggalkan segala kotoran yang melekat padanya.

Baru saja tangan hendak menari datang pemotong rumput lalu dipotongnya jari doa si pemotong rumput cepat panjang cepat dapat wang!

Apabila rumput panjang sedikit lalu melintuk liuk dipuput bayu (ke kiri ke kanan ditiup angin), maka pemotong rumput (pekerja kontrak pihak berkuasa tempatan atau persendirian) datang memotong rumput yang baru hendak kelihatan panjang. Bagi si pemotong rumput, jika rumput cepat panjang bererti dia akan cepat mendapat wang upah memotong rumput.

Nasib rumput di tepi jalan tak sehijau rumput di padang.

Keadaan rumput di tepi jalan berbeza dengan rumput di kawasan padang yang menghijau. Rumput di tepi jalan tidak sempat tumbuh panjang menghijau kerana aktiviti manusia yang lalu-lalang dan pengaruh persekitaran.

Tema Rintihan nasib seorang yang hina dan dipandang rendah. Golongan miskin selalunya dipandang rendah oleh orang lain.

Persoalan 1) Sikap hormat-menghormati sesama insan walaupun terhadap golongan yang kurang berkemampuan. Golongan yang berkedudukan tinggi sering tidak menghormati golongan miskin. 2) Penghargaan kepada orang lain. Menghargai bakat seseorang itu walaupun miskin. 3) Penindasan terhadap golongan bertaraf rendah. Golongan bertaraf rendah selalu menjadi alat untuk kepentingan golongan atasan. 4) Cabaran dalam kehidupan. Walaupun berada dalam kesusahan dan keperitan, kelangsungan hidup perlu diteruskan.

Bentuk 1. Sajak ini berbentuk bebas. 2. Mengandungi tiga rangkap. 3. Baris-baris ayat dan rima akhir Rangkap 1 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya aaabcddd. Rangkap 2 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya ababcc. Rangkap 3 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya ab.

Gaya Bahasa Gaya Bahasa 1) Sinkope. 2) Personifikasi. 3) Repitisi 4) Anafora 5) Asonansi pengulangan vokal u 6) Aliterasi pengulangan konsonan b 7) Simile Nilai Murni Nilai murni 1) Ketabahan 2) Kegigihan bagai menunggu mati. tak. tangan hendak menari Baru saja. cepat.

Contoh

diserbu debu menutup muka. ditambah lagi bau busuk asap lori.

Contoh Tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Tidak berputus asa walaupun penindasan berlaku di mana-mana.

Pengajaran 1) Kita janganlah menghina orang susah atau miskin. Sebagai seorang yang bernasib baik kita tidak sepatutnya menghina orang susah. 2) Kita perlulah mempunyai sifat hormat-menghormati terutamanya kepada golongan miskin. 3) Kita janganlah memandang rendah akan bakat seseorang. 4) Kita janganlah menutup peluang orang lain terutamanya peluang golongan susah atau miskin.

SAJAK "ORANG TUA" OLEH :PUSPA RANI A/P MUNUSAMY Sajak Nampakkah kau wanita tua di tepi jalan mukanya comot rambutnya kusut membawa bersamanya beg usang berjalan ke sana ke mari tanpa suatu destinasi. Nampakkah kau lelaki tua di hujung jalan kemejanya kotor seluarnya rabak duduk di sudut tangga menunggu sisa makanan di restoran mamak untuk mengalas perut yang kosong. Nampakkah kau darah berlumuran di jalan raya mayat si tua dibiarkan di situ dan di bilik mayat pula tiada siapa datang menuntutnya. Nampakkah ia sepertimu mereka juga dicipta oleh-Nya tetapi bezanya mereka diabaikan ditinggalkan oleh anak-anak jahil yang tidak berbudi Penyajak menggesa pembaca berfikir bahawa warga tua ialah insan yang sama seperti kita, iaitu sebagai makhluk ciptaan Ilahi. Hanya nasib mereka begitu malang angkara anak-anak Maksud Penyajak mengajak pembaca (kau) merenung nasib seorang wanita tua yang dilihatnya di tepi jalan dalam keadaan fizikal (penampilan diri) yang tidak terurus. Wanita tua itu menggalas sebuah beg buruk sambil merayau tanpa arah tujuan yang khusus. Seorang lelaki tua di hujung jalan pula berpakaian compang-camping kelihatan terjelepuk kelaparan di sudut sebuah tangga. Dia hanya berharap dapat mengutip sisa makanan yang ditinggalkan oleh pelanggan sebuah restoran mamak untuk mengisi perutnya yang berkeroncong. Di sebatang jalan raya pula kelihatan darah keluar daripada mayat seorang warga tua yang terbabit dengan nahas. Mayat si tua tidak dipedulikan. Di hospital, tiada waris yang muncul.

nampakkah kau?

derhaka dan jahil yang tidak tahu mengenang budi dan jasa ibu bapa. Penyajak mahu pembaca memiliki kesedaran yang sama.

Tema Kesengsaraan yang dialami oleh warga tua akibat diabaikan.

Persoalan 1) Keprihatinan terhadap nasib warga tua 2) Mengenang jasa ibu bapa 3) Kasih sayang sesama masyarakat

Gaya Bahasa Gaya Bahasa 1) Repetisi 2) Sinkope 3) Peribahasa 4) Bahasa puitis 5) Asonansi - pengulangan vokal a 6) Aliterasi - pengulangan konsonan m Nilai murni 1) Keprihatinan 2) Mengenang budi 3) Kasih sayang Pengajaran 1) Kita hendaklah prihatin terhadap nasib warga tua. 2) Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa. 3) Kita hendaklah menyayangi warga tua. Nampakkah kau Kau, mu. mengalas perut.

Contoh

mukanya comot rambutnya kusut. tiada siapa datang menuntutnya. membawabersamanya beg usang.