Sie sind auf Seite 1von 5

1 FARAQ DALAM PERKAHWINAN ( file JAKIM )

1.0 PENGERTIAN: Faraq berasal daripada perkataan faraqa dan masdarnya ialah tafriq yang bermaksud perkahwinan yang dipisahkan/dibubarkan. Pada sudut istilah faraq yang digunakan di dalam kitab-kitab fiqh membawa maksud pemisahan atau pembubaran bagi perkahwinan samada melalui talak atau selainnya. Namun di dalam sistem perundangan Islam di Malaysia perkataan faraq/istilah faraq digunakan bagi merujuk kepada sesuatu pembubaran perkahwinan bukan melalui talak. 2.0 ASAS AMBILAN HUKUM Faraq banyak disebut dalam kitab fiqh selalunya ia dikaitkan dengan kesan daripada perkahwinan yang tidak sah. Faraq dibezakan dari talak rajie yang biasa melihat kepada pembubaran perkahwinan melalui talak adalah disebabkan oleh kerana tidak ada persefahaman dan sebagainya sedangkan faraq disebabkan oleh rukun perkahwinan itu sendiri yang tidak sah. Dalam hal faraq hanya mahkamah yang boleh menentukan kesahihan suatu perkahwinan. Justeru perintah faraq juga hanya boleh dikeluarkan oleh mahkamah apabila terbukti sesuatu perkahwinan itu tidak sah. Apa yang dimaksudkan dengan akad nikah yang tidak sah ialah nikah yang tiada/hilang salah satu syarat atau tiada kebanyakan daripada syarat sah nikah. 3.0 HUKUM-HUKUM PERKAHWINAN Sebelum dibincang lanjut mengenai faraq perlu difahami terlebih dahulu hukumhukum bagi suatu perkahwinan yang terbit daripada akad nikah yang lazim dan tak lazim. Secara umumnya hukum bagi perkahwinan boleh dikategorikan kepada dua iaitu samada perkahwinan yang sah atau tidak sah. Walaupun begitu terdapat sesetengah ulamak seperi Ulamak Hanafi yang membezakan di antara perkahwinan yang bathil dan yang fasid. Namun di dalam kertas ini hanya membincangkan secara umum sahaja iaitu perkahwinan yang sah dan tidak sah. 3.1 Perkahwinan yang sah Perkahwinan yang sah adalah perkahwinan yang memenuhi segala rukun dan syarat perkahwinan. Bagi perkahwinan yang sah ia mempunyai 2 kesan bagi semua perkara yang berkaitan dengan suami isteri seperti mas kahwin (mahar), nafkah untuk isteri, nasb terhadap anak yang dilahirkan juga mempunyai kesan terhadap pengharaman persemendaan (pengharaman berkahwin disebabkan wujud kaitan perkahwinan). 3.2 Perkahwinan yang tidak sah/fasid (perkahwinan yang bathil pada pandangan Abu hanifah)

3.2.1 Bagi perkahwinan fasid ini Imam Abu Hanifah, Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad mengatakan bahawa perkahwinan yang bathil tidak mempunyai kesan undang-undang sebagaimana yang berlaku ke atas perkahwinan yang sah. Oleh itu tidak halal bagi suami melakukan persetubuhan dengan perempuan yang dikahwininya. Dari segi yang lain pula perempuan yang dikahwini tidak berhak mendapat nafkah dan mahar juga tidak diwajibkan bereddah. Selain itu isteri tersebut juga tidak terlibat dengan pegharaman musoharah (pengharaman berkahwin disebabkan wujud kaitan perkahwinan) dengan mana-mana lelaki dari kalangan keluarga suami. Sekiranya persetubuhan telah berlaku, qadi hendaklah memfaraqkan mereka secara paksa. Perpisahan yang berlaku bagi perkahwinan yang bathil tidak dikenakan eddah menurut Imam Abu Hanifah. 3.2.2 Bagi Ulamak Maliki perkahwinan yang perlu difaraqkan adalah tidak kira perkahwinan itu bathil atau fasid kerana Ulamak Maliki tidak membezakan di antara perkahwinan yang fasid dengan yang batil. Ulamak Maliki menyatakan beberapa hukum yang terbit daripada perkahwinan yang fasid atau bathil antaranya ialah: 1. Haram dan diwajibkan faraq dengan serta merta. Tujuan faraq di sini adalah untuk menghalang daripada berlanjutannya maksiat yang mereka lakukan. Kedudukan faraq sebelum persetubuhan di sini adalah berbeza dengan talak biasa sebelum persetubuhan yang mana faraq sebelum berlaku persetubuhan adalah terlepas daripada bayaran mahar. 2. Diwajibkan membayar mahar dengan berlakunya persetubuhan 3. Sekiranya akad itu dipertikaikan atau disepakati tentang fasadnya maka anak yang dilahir hasil daripada aqad tersebut tetap dinasabkan kepada bapanya. Persebuhan yang berlaku antara 3 mereka berdua tidak dianggap zina dengan syarat pihak suami tidak menyedari bahawa persetubuhan itu adalah haram. Sebaliknya jika suami menyedari tentang haramnya persetubuhan tersebutmaka perbuatannya dianggap zina dan dikenakan hukuman had. Anak yang dilahirkan hasil daripada persetubuhan itu juga tidak dinasabkan kepada suami tersebut. 4. Bagi aqad fasid yang dipertikaikan ia masih memberi kesan undang-undang yang berkaitan dengan hak warisan antara suami isteri. Sekiranya salah seorang daripada mereka meninggal dunia sebelum difaraqkan maka pasangan yang masih hidup berhak mewarisi harta pasangannya tanpa mengambilkira persetubuhan

telah berlaku ataupun belum. Walau bagaimanapun bagi perkahwinan yang telah disepakati fasidnya hak warisan tidak wujud sama sekali. 5. Sabit pengharaman persemendaan bila berlaku persetubuhan atau muqaddimah persetubuhan tanpa mengira perkahwinan itu disepakati fasid atau dipertikaikan. 6. Perempuan yang difaraqkan dan telah disetubuhi oleh suaminya diwajibkan bereddah sekiranya ingin berkahwin dengan lelaki lain tetapi tidak jika dengan lelaki yang sama. 4.0 PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG Melalui peruntukan seksyen 10 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam Negeri terengganu 1985 memperuntukkan bahawa sesuatu perkahwinan adalah tak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu mengikut hukum syarak untuk menjadikannya sah. Sekiranya sesuatu pernikahan itu ternyata fasid atau batal seperti tersilap wali, tidak menepati rukun nikah atau sebagainya maka sesuatu perkahwinan itu boleh dimohon untuk dibubarkan dan pasangan suami isteri tersebut difaraqkan. Permohonan untuk memfaraqkan sesuatu perkahwinan yang tidak sah boleh dibuat oleh pasangan tersebut iaitu sama ada isteri atau suami, ibu bapa atau penjaga atau juga pejabat agama yang menyedari kesilapan atau kekhilafan yang berlaku. Beberapa perkara yang perlu disertakan semasa permohonan faraq sesuatu perkahwinan di Mahkamah Syariah ialah: 4 1. Permohonan 2. Afidavit sokongan 3. Salinan kad pengenalan 4. Sijil nikah 5. Surat pengesahan perkahwinan 5.0 KES-KES FARAQ Kebiasaannya pembubaran perkahwinan secara faraq yang berlaku di Malaysia adalah disebabkan oleh keraguan pada wali atau saksi. Kebanyakan kes faraq nikah juga adalah disebabkan oleh perkahwinan tanpa kebenaran wali/perkahwinan luar negara atau lebih tepat lagi perkahwinan sindiket. 5.1 Contoh kes pertama Satu kes faraq nikah yang berlaku di Terengganu, Kes Hashim Bin Mohamad lwn Syed Yusof Bin Syed Mohamad dan Suryani Bt hashim yang mana seorang bapa telah memohon daripada mahkamah untuk memfaraqkan perkahwinan anak perempuannya yang dijalankan di

Thailand. Hakim bicara dalam kes tersebut telah memutuskan beberapa perkara iaitu: 1. Sabit akad nikah perkahwinan antara lelaki dan perempuan sebagai akad nikah bagi perkahwinan yang fasid kerana wali yang digunakan dalam perkahwinan adalah wali am dan bukannya seseorang yang diistikhlafkan sebagai wali hakim. 2. Mahkamah tidak dapat memberikan pengiktirafan undang-undang terhadap akad nikah pasangan tersebut. 3. Sabit persetubuhan yang telah berlaku sebelum ini sebagai persetubuhan syubhat Oleh kerana pernikahan itu adalah fasid maka mahkamah mengarahkan kedua-dua pasangan suami dan isteri itu difaraqkan. 5.2 Contoh kes kedua Kes yang berlaku di Johor baru-baru ini adalah satu kes yang jarangjarang berlaku di Malaysia. Dalam kes tersebut sepasang suami isteri, Muhammad Nazirul Azman Nasaruddin dan Zanariah Abdullah telah diarahkan berpisah setelah pejabat agama mengesahkan pernikahn mereka tidak sah. Perkahwinan kedua-duanya tidak sah kerana 5 pernikahan yang didlangsungkan menggunakan wali hakim sedangkan adik lelaki Zanariah, Mohd Shafiq yang ketika itu berusia 19 tahun layak menjadi wali. Permohonan faraq nikah pasangan tersebut yang dibuat oleh jabatan agama seterusnya diterima oleh mahkamah apabila mahkamah memutuskan pasangan berpisah secara faraq dan boleh bernikah semula pada bila-bila masa. 6. KEDUDUKAN EDDAH ISTERI YANG DIFARAQ Kes faraq adalah berbeza dengan penceraian secara talak rajie. Bagi talak rajie, perempuan yang diceraikan perlu menunggu sehingga habis eddah iaitu tiga kali suci sebelum dibenarkan berkahwin dengan orang lain. Dalam perkahwinan yang dibubarkan secara faraq pula, pasangan boleh melalui proses pernikahan semula tanpa perlu menunggu tiga kali suci. Bagaimanapun jika pengantin perempuan memilih untuk mengahwini orang lain, mereka perlu menunggu hingga habis eddahnya. Tempoh yang diambil untuk berkahwin semula pula bergantung kepada proses perkahwinan yang dilakukan. 7. PENUTUP Perlu diingatkan bahawa hal-hal yang berkaitan dengan rukun nikah adalah sesuatu yang tidak harus dipandang remeh dan ia juga bukanlah suatu perkara yang boleh dimain-mainkan. Selain itu sah atau tidak sesuatu perkahwinan juga memberi kesan kepada zuriat yang bakal dilahirkan. Justeru faraq adalah satu jalan penyelesaian yang ditentukan syarak bagi perkahwinan yang meragukan

agar maksiat yang berlaku hasil perkahwinan yang meragukan tidak terus berlanjutan. Rujukan: Abdul Karim Zaidan. 2000. Al Mufassol Fi Ahkam Al Marah Wa Baitul Muslim. Muassasah risalah: Beirut. Utusan Malaysia. Selasa. 21 Februari 2006 Wahbah Al-Zuhaily. 2001. Fiqh dan Perundangan Islam, Jilid 7. Terjemahan Ahmad Shahbari Salamon. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur

Das könnte Ihnen auch gefallen