You are on page 1of 2

Rangka Cadangan Menyiapkan Tugasan HBHE2103 Soalan: Selaku penyelaras Program Bersepadu Sekolah Sihat, anda dikehendaki: 1.

Membuat pemantauan dan penilaian Program Bersepadu Sekolah Sihat di sekolah anda dan menyediakan laporan berkaitan pemantauan dan penilaian tersebut. 2. Kemudian hasilkan SATU persembahan slaid tentang kawasan sekolah yang akan diberi perhatian semasa Gotong Royong Ria.

Rangka jawapan cadangan 1.0 Pengenalan -definisi istilah dan konsep pemantauan serta penilaian -huraian ringkas apa itu Program Bersepadu Sekolah Sihat -huraian ringkas sejarah dan latar belakang kewujudan program tersebut di sekolah 2.0 Pemantauan dan penelitian PBSS -penggunaan borang penilaian yang disediakan dalam modul rujuk m/s 181-185. -pengisian markah mengikut butiran ditetapkan dalam jadual yang diberi -rumusan markah diisi dengan selengkapnya 3.0 Laporan pemantauan dan penelitian PBSS -rumusan dapatan dipersembahkan dalam bentuk grafik sebagai contoh menggunakan Carta Pie ikut pecahan aspek-aspek yang dinyatakan: Pengurusan PBSS, Pelaksanaan PBSS, Persekitaran Fizikal Sekolah, Persekitaran Sosial, Penglibatan Komuniti, Kemahiran Kesihatan Diri dan Kemudahan Kesihatan di Sekolah. -kekuatan dan kelemahan program dihuraikan secara lengkap, jelas dan menyeluruh -cadangan penambahbaikan untuk mengatasi kelemahan sedia ada secara bernas dan bertepatan 4.0 Slaid persembahan kawasan tumpuan Goton Royong Ria -slaid harus dipersembahkan mengikut panduan yang wajar:http://www.docstoc.com/docs/19708031/Penghasilan-Bahan-Pengajaran-danPembelajaran-Berasaskan-Perisian -gambar kawasan yang hendak dijadikan tumpuan perlu jelas, menarik dan tepat mengikut kehendak soalan -selitan penerangan berkenaan rasional sesuatu kawasan menepati kehendak soalan - huraian cadangan aktiviti kebersihan yang dicadangkan untuk dilakukan di sesuatu kawasan dipilih jelas dan terperinci

-huraian cadangan aktiviti keceriaan yang dicadangkan untuk dilakukan di sesuatu kawasan dipilih jelas dan terperinci -panduan keselamatan semasa aktiviti dijalankan dinyatakan dengan betul dan tepat -pembahagian tugas semasa aktiviti dijalankan dinyatakan dengan baik, tersusun dan kemas 5.0 Penutup -rumusan keseluruhan; kepentingan persekitaran yang sihat dalam membentuk persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam kalangan pelajar di sekolah. Harap mendapat pencerahan dan penambahbaikan daripada tutor dan rakan-rakan seperjuangan...