Sie sind auf Seite 1von 1

SLI-01

Tarikh Surat Kami KEPADA SESIAPA BERKENAAN Tuan/Puan PERMOHONAN PENEMPATAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

: :

2. Sukacita dimaklumkan bahawa ________________ (Nama Pelajar) merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (kepujian) ________________________ (Nama program) dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan kurikulum pengajian, beliau diwajibkan menjalani latihan industri pada semester akhir selama 14 minggu. Latihan industri ini dijangka bermula pada ___________(Tarikh mula) sehingga _____________ (Tarikh Tamat). 3. Semasa menjalani latihan industri, pelajar diharapkan dapat bekerja secara sepenuh masa di organisasi tuan/puan serta tertakluk kepada peraturan sebagaimana pekerja biasa. Pelajar juga tidak dibenarkan bercuti kecuali mendapat keizinan daripada pihak organisasi tuan/puan. Pada penghujung semester, pelajar dikehendaki menulis laporan tentang aktiviti yang dilakukan sepanjang sesi latihan industri serta projek yang dijalankan. Pelajar ini juga akan dianugerahkan dengan lulus atau gagal berdasarkan penilaian laporan mereka. 4. Bersama-sama ini dilampirkan objektif dan skop latihan industri daripada pihak fakulti serta surat permohonan penempatan pelajar. Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan maklum balas secepat mungkin. Sekian untuk makluman dan pertimbangan pihak tuan/puan. Terima kasih. Yang benar

_____________________ Prof Madya Dr Wan Eny Zarina Wan Abdul Rahman Penyelaras Latihan Industri Fakulti Sains Komputer dan Matematik Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam, Selangor. No. Pejabat: 03-55435358 Fax:03-55435301 Email: waneny@tmsk.uitm.edu.my

Das könnte Ihnen auch gefallen