Sie sind auf Seite 1von 3

AKTIVITI KEMAHIRAN MEMBACA

AKTIVITI 1 : RAMALKAN SAYA OBJEKTIF/TUJUAN AKTIVITI : 1.Membantu murid-murid membuat ramalan tentang , sesuatu cerita 2.Mencernakan idea murid-murid 3.Murid-murid mempelajari meramalkan sesuatu PELAKSANAN AKTIVITI: 1.Guru memperkenalkan perkataan ramalkan. Dan menerangkan maksud kepada murid 2.Guru membimbing murid apabila membuat ramalan murid boleh menggunakan perkataan Saya fikir.. atau Saya meramalkan .. 3.Murid membaca satu petikan Contoh: Tikus berasa sunyi kerana tiada kawan.Dia ingin mencari kawan baru.Maka,tikus pun menjelajah untuk mencari kawan.Dalam perjalanan,dia terjumpa Sang gajah dan bertanya kepada Gajah sama ada dia ingin menjadi kawannya. Ramalkan sama ada Sang Gajah ingin menjadi kawannya atau tidak ?

AKTIVITI 2 : PERMAINAN SOALAN OBJEKTIF/TUJUAN AKTIVITI : 1.Membiasakan diri dengan soalan-soalan kefahaman yang akan diuji semasa Ujian 2.Murid-murid dapat membina ayat tanya daripada petikan teks

PELAKSANAAN AKTIVITI : 1.Murid duduk dalam kumpulan 2.Murid-murid diberi petikan teks 3.Mereka perlu berbincang dalam kumpulan dan bina ayat Tanya berdasarkan petikan teks sebanyak mungkin 4.Murid-murid diberi masa yang cukup untuk membina soalan 5.Guru menyemak pembinaan Ayat Tanya setiap kumpulan 6.Kumpulan yang Berjaya membina soalan paling banyak dan betul dikira pemenang

AKTIVITII 3 : TEKA IDEA

OBJEKTIF/TUJUAN: 1.Mengenalpasti idea utama 2.Meramal idea utama daripada bahan rangsangan

SASARAN AKTIVITI : Tahun 4,5,6 PELAKSANAAN AKTIVITI : 1.Murid-murid diberi edaran petikan teks 2.Murid-murid dikehendaki membaca ayat perenggan pertama dan terakhir. 3.Berdasarkan gambar,murid-murid perlu meneka idea utama teks 4.Murid-murid mengarang idea utama dalam buku latihan dijadikan sebagai satu teks yang lengkap dengan menggunakan ayat sendiri.

Das könnte Ihnen auch gefallen