Sie sind auf Seite 1von 8

Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda seseorang pelajar supaya dapat berfikir secara mantik

dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat Matematik secara tabiinya

menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Oleh itu, kita dapat rumuskan bahawa Matematik mempunyai keindahannya yang tersendiri kerana Matematik memerlukan pembuktian yang kukuh, penguasaan simbol yang efisien dan jitu, serta pertalian antara struktur-struktur Matematik yang berkaitan. Justeru, kurikulum yang di ajar di sekolah seharusnya dapat menanam sifat ingin mengkaji dan mentafsir simbol-simbol Matematik yang abstrak kepada bentuk yang mudah agar dapat memberi keseronokan kepada pelajar untuk mempelajari mata pelajaran ini. Terdapat tiga aspek utama yang perlu diterapkan kedalam pemikiran pelajar tentang Matematik. Aspek pertama ialah Matematik sebagai penaakulan. Penaakulan di sini bermaksud pelajarpelajar perlu membuat rumusan dan keputusan daripada input yang

diterima. Dua jenis penaakulan yang lazim digunakan iaitu penaakulan induktif dan penaakulan deduktif. Kedua, Matematik bukan sekadar alat untuk berfikir malah ia merupakan alat unutk menyampaikan idea dengan jelas dan tepat. Melalui Matematik, pelajar-pelajar dapat mempersembahkan idea-idea secara bertutur, konkrit. menulis, melukis gambar atau graf menggunakan bahan

Ketiga, Matematik merupakan mata pelajaran yang memerlukan

langkah-langkah yang tertentu. Oleh itu, penyelesaian masalah dapat menjana pemikiran pelajar-pelajar yang bersistematik dan logik. Sistematik, kerana ia menjanakan cetusan pemikiran metodogikal mengikut langkah-langkah tertentu dan logik kerana ia memerlukan penyemakan untuk menentukan

kemunasabahan sesuatu penyelesaian.

Kebolehan merujuk kepada

menyelesaikan kemampuan murid

masalah menyelesaikan

matematik masalah

matematik yang merangkumi masalah rutin dan masalah bukan rutin. Menurut Aziz (2002), sekiranya penyelesaian masalah hanya mengaplikasikan algoritma yang telah dipelajari, maka ia disebut sebagai masalah rutin. Manakala sekiranya seseorang murid perlu berfikir secara mendalam untuk mengaplikasikan konsep asas matematik untuk menyelesaikan masalah yang diberikan, ia

dinamakan masalah bukan rutin. Masalah yang berkait dengan kurikulum sekolah rendah lazimnya merupakan masalah rutin yang berbentuk masalah bersimbol dan masalah berayat (Ong & Yoong, 2003). Menurut Noor Azlan (1995), dalam sejarah perkembangan pendidikan matematik di Malaysia, kurikulum mata pelajaran itu telah mengalami banyak perubahan sejak

merdeka hingga sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia peka terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak usaha telah

dijalankan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran matematik. Justeru, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai pendekatan yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah matematik. Bagi merealisasikan hasrat ini, penggunaan abakus telah diperkenalkan sebagai satu strategi untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah rendah. Penggunaan abakus-aritmetik

mental dipercayai akan meningkatkan kemahiran mengira dan kebolehan menyelesaikan masalah matematik dalam kalangan murid (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2000). Dalam kaedah abakus-aritmetik mental, pembelajaran matematik

menggunakan visual melalui manik-manik abakus, bunyi dan kemahiran psikomotor dengan gerakan jari pada abakus. Murid menjalankan pengiraan mental dengan wujudnya gambaran visual abakus di kepala terlebih dahulu,

kemudian

menggerakkan manik-manik abakus dalam mental seakan-akan

menggerakkan manik abakus yang sebenar dengan jari. Kaedah mental ini telah menunjukkan murid tersebut berkebolehan mengira dengan sangat pantas dan tepat. Kajian ini juga selaras dengan kajian oleh Hayashi (2000) dan Kawano (2000) di negara Jepun. Kaedah ini melibatkan murid secara aktif dan stimulasi otak dengan menjana kecerdasan minda untuk meningkatkan prestasi dan kebolehan menyelesaikan masalah matematik. Kajian terkini oleh Hayashi (2000) dan Kawano (2000) juga menunjukkan bahawa kaedah abakus-aritmetik mental dapat mengembangkan otak kanan 86 Perbandingan Kebolehan Menyelesaikan Masalah Matematik murid. Biasanya, proses pengiraan berlaku di sebelah otak kiri manusia kerana notasi matematik diolah ke bentuk perkataan, manakala murid yang mempelajari abakus-aritmetik mental akan membayangkan imej abakus dalam otak kanannya. Murid tersebut tidak mengolahkan perkataan dalam pengiraan. Kajian ini telah

dibuktikan oleh Kawano (2000) di Jepun yang telah mengukur gelombang otak murid semasa menjalankan aritmetik mental menggunakan alat

electroencephalography (EEG). Krampner (1994) telah menghebohkan kepentingan penggunaan abakus dalam artikelnya yang bertajuk "Ancient Abacus: Elegant, Accurate, Fun to Operate: Bead Counting Still Counts in Computer Age". Alat mengira yang mudah ini telah menarik perhatian sedunia. Kim (2003) berpendapat bahawa negara-negara Asia seperti Singapura, Taiwan, China dan Jepun

malah Malaysia turut dipengaruhi oleh arus penggunaan abakus. Banyak akademi swasta, misalnyaAkademi Mental Aritmetik UCMAS, ALOHA dan TODAYS yang berasal dari negara China dan Taiwan telah tumbuh bagai cendawan di Malaysia. Mulai tahun 2005, abakus-aritmetik mental telah dimasukkan dalam kurikulum matematik tahun satu. Keberkesanan

pelaksanaan abakus-aritmetik mental ini akan menjadi isu baru yang akan menarik perhatian masyarakat. Walaubagaimanapun, kajian keberkesanan

abakus-aritmetik mental untuk meningkatkan kebolehan menyelesaikan masalah matematik di Malaysia masih kurang danamat perlu dilaksanakan. Terdapat pelbagai model yang boleh dijadikan rujukan dalam proses penyelesaian masalah masalah terutamanya dalam mata pelajaran

Matematik. Walaubagaimana pun, sistem pendidikan Malaysia menggunakan model Polya sebagai rujukan untuk soalan berbentuk penyelesaian. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah dan keupayaan pelajar tingkatan 5 dalam menyelesaikan masalah Matematik dalam tajuk ungkapan dan persamaan kuadratik. Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru Muar, Batu Pahat, Johor yang melibatkan 53 orang pelajar sebagai responden. Alat kajian yang digunakan dalam kajian berbentuk soalan ujian yang berkaitan dengan tajuk ungkapan dan persamaan

kuadratik.

Sistem pemarkahan adaptasi Charles & Lester dan Woods

(RECSAM,1996) digunakan untuk tujuan mengkaji tahap penguasaan pelajar dalam memproses maklumat Matematik yang diberikan. Data yang diperolehi di analisis dengan menggunakan perisian SPSS 13.0. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah = 0.95. Hasil dapatan kajian menunjukkan sebilangan besar pelajar tidak mampu merangka kaedah penyelesaian dan lemah untuk mendapatkan jawapan yang tepat. Kajian juga mendapati mereka lemah dalam penguasaan algoritma asas dalam Matematik ketika menyelesaikan masalah. Beberapa cadangan telah dikemukakan agar para pendidik dapat memenuhi kemampuan kognitif pelajar dan meningkatkan keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah Matematik.

SOALAN RUTIN Tidak memerlukan murid untuk menggunakan kemahiran berfikir pada aras tinggi. Operasi yang perlu digunakan adalah jelas.

SOALAN BUKAN RUTIN Memerlukan tahap pemikiran pada aras tinggi. Meningkatkan kemahiran menaakul. Jawapan dan prosedur yang perlu digunakan tidak serta merta jelas. Menggalakkan lebih daripada satu cara penyelesaian dan strategi. Terdapat lebih daripada satu jawapan. Lebih mencabar. Berupaya membentuk murid yang kreatif dan inovatif Penyelesaian memerlukan lebih daripada membuat keputusan dan memilih operasi matematik. Memerlukan masa yang sesuai untuk diselesaikan. Menggalakkan perbincangan dalam kumpulan dalan mendapatkan penyelesaian.

MASALAH RUTIN DAN MASALAH BUKAN RUTIN Terdapat dua jenis masalah dalam matematik iaitu masalah rutin dan masalah bukan rutin. Masalah rutin ialah masalah harian yang biasa ditemui. Masalah matematik jenis ini bertujuan melatih para pelajar menguasai kemahiran asas dalam matematik khususnya kemahiran mengira dalam keempat-empat operasi iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Masalah bukan rutin pula merupakan masalah yang memerlukan konsep penyelesaian masalah matematik yang menggunakan kemahiran, konsep atau prinsip matematik yang telah dikuasai terlebih dahulu. Proses penyelesaian masalah ini melalui beberapa peringkat iaitu memahami masalah soalan, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi penyelesaian dan menyemak semula masalah tersebut. Masalah Rutin Masalah-masalah yang melibatkan hanya satu operasi aritmetik sahaja dalam penyelesaiannnya dikategorikan sebagai masalah rutin. Masalah-masalah rutin hanya memerlukan pelajar memahami masalah, memilih operasi yang sesuai serta mempraktikkan algoritma-algoritma yang telah dipelajari. Prosedur penyelesaiannya diketahui oleh pelajar. Walaubagaimanapun, masalah-masalah matematik yang rutin ada fungsinya kerana memberi latihan dalam ingatan faktafakta asas dan langkah-langkah yang berturutan. Selain itu, mempertingkatkan kemahiran-kemahiran dalam operasi-operasi asas. Malah memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir tentang perkaitan di antara sesuatu operasi dan aplikasinya kepada situasi-situasi sebenar. Masalah Bukan Rutin Masalah bukan rutin ini memerlukan proses-proses yang lebih tinggi daripada yangterlibat dalam penyelesaian masalah-masalah rutin. Kejayaan dalam penyelesaian masalah-masalah bukan rutin bergantung kepada kebolehan pelajar menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah bersama dengan fakta-fakta dan maklumat dalam pertimbangan. Prosedur menyelesaikannya adalah tidak diketahui pelajar. Masalah-masalah bukan rutin biasanya diselesaikan dengan pelbagai cara yang memerlukan proses pemikiran yang berbeza-beza. Pelajar dikehendaki menggunakan kemahiran secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah bukan rutin. Masalah-masalah bukan rutin harus digunakan dalam program matematik sekolah rendah kerana boleh membantu pelajar-pelajar sekolah rendah khususnya mengembangkan penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah. Di samping itu, dapat membekalkan peluang kepada pelajar untuk

memikirkan pelbagai cara penyelesaian, berkongsi kaedah-kaedah penyelesaian masalah dengan pelajar-pelajar lain dan mengembangkan keyakinan diri dalam penyelesaian masalah matematik. Seterusnya dapat mendorong pelajar untuk menikmati keindahan dan logik yang wujud dalam matematik. Tambahan itu, mengembangkan kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis berbanding dengan hafalan petua, peraturan dan fakta tanpa kefahaman yang baik dalam kalangan pelajar.

Masalah Rutin Masalah kompleks Melibatkan satu operasimatematik

Masalah Bukan Rutin Masalah kehidupan sebenar Memerlukan lebih satuoperasi matematik daripada

Kemahiran asas dan langkahlangkah urutan Perlu memahami,mendapatkan maklumat,memilih operasi dan algoritma Menyelesaikan melaluibercerita d an kaitkan denganstrategi keadaan sebenar

Menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif Perlu kefahaman, mendapatkanmaklumat, memi lih operasi dan algoritma Pelbagai dan kaedah untuk menyelesaikan

Das könnte Ihnen auch gefallen