You are on page 1of 2

Labu, petola, peria, timun

DI TULI S OLEH ADM I N E DI TOR5 | 03 J UN 2010

PENYAKIT LABU, PETOLA, PERIA, TIMUN

Kulapok downy Bintik-bintik bersegi berwarna kekuninan di atas daun. Sembur dengan racun kulat seperti metalaxyl atau carbendazim. Kulapok berdebu Kulat berdebu di bahagian bawah daun. Daun menjadi perang, kuning dan berkedut. Sembur dengan racun kulat seperti carbendazim atau tridemorph. Lecuh anak benih Pangkal anak benih seakan lecuh. Anak benih layu, rebah dan mati. Rawat biji benih dengan racun kulat seperti mancozeb, metalaxyl + mancozeb. Antraknos Bintik-bintik berpussar dan berwarna hitam pada bahagian yang diserang. Semburkan dengan racun kulat seperti maneb, zineb, chlorothalonil, carbendazim atau mancozeb.

PENYAKIT DAN PENYEBAB BAGI TANAMAN CILI, TERUNG DAN TOMATO

Bintik daun (Cercospora capsici) Bintik-bintik kecil bulat perang pada daun. Amalkan tanaman giliran. Sembur dengan racun kulat seperti chlorothalonil, mancozeb. Rawat biji benih dengan racun kulat. Hawar pucuk (Choanephora cucubitarum) Pucuk menjadi layu dan berwarna hitam, terdapat spora-spora hitam pada pucuk. Rawat biji benih dengan racun kulat. Reput pangkal (Sclerotium roolfsii) Pangkal pokok dan akar menjadi hitam dan reput. Rawat biji benih dengan racun kulat. Lecuh anak benih (Phthium sppp. dan Rhizoctonia spp.) Pangkal anak benih kelihatan seakan-akan lecuhh. Anak benih layhu, rebah dan mati. Layu bakteria ( Ralstonia solanacearum) Daun berwarna kuning, layu dan akhirnya mati. Jika akar atau batang dipotong atau direndam dalam air akan mengeluarkan cecair jaluran putih. Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit dan amalkan tanaman giliran. Perlu saliran yang baik. Antraknos Buah Sembur racun kulat seperti Mancozeb