Sie sind auf Seite 1von 24

TT 1103/ TT 1072 Falsafah dan Pendidik di Malaysia

Struktur, Fungsi Organisasi & Gaya Pentadbiran


Profesor madya Dr. Zulkifli B. Mohamed Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Sabah

Objektif
Struktur

Organisasi KPM. Contoh & fungsi beberapa bahagian penting dalam organisasi KPM. Corak Pentadbiran Birokrasi.

Struktur Organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Struktur organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah sangat besar, namun secara ringkas terbahagi kepada lima peringkat iaitu;

Eksekutif Pengurusan Penyeliaan Teknikal Pelaksana

Peringkat Organisasi Eksekutif

Ketua keseluruhan organisasi KPM ialah Menteri Pendidikan. Tugas menteri pendidikan adalah rumit dan merangkumi semua hal ehwal pendidikan semasa. Namun begitu seperti halnya dengan pemimpin2 lain tugas seorang menteri pendidikan ialah;

Merancang/ mengagih tugas kepada bahagian/ unit. Mengurus/ mengarah. Mendapat kerjasama daripada kakitangan lain. Menggunakan sumber dengan sepenuhnya. Membuat keputusan Menilai

Peringkat Pusat
Peringkat

pusat berkuasa penuh merumus dan membuat dasar.


Ketua Setiausaha KPM selaku Ketua Pentadbiran dan bertanggungjawab penuh kepada Menteri Pendidikan. Ketua Pengarah Pendidikan mengetuai dan bertanggungjawab penuh dalam bidang ikhtisas. Ketua Setiausaha KPM dan Ketua Pengarah Pendidikan memainkan peranan penting dalam bidang eksekutif.

Struktur Organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)

Pengarah BPPDP ialah setiausaha jawatankuasa dan urusetia kepada Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP). Tugas Pengarah BPPDP ialah membuat keputusan mengenai perkara-perkara dasar. BPPP terdiri daripada lima unit iaitu;
Unit Dasar Unit Perancangan Unit Penyelidikan Unit Penilaian Unit Data Pelajaran, Di sokong dengan sebuah Pusat Dokumentasi BPPDP.

Fungsi Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan

Objektif BPPDP

Merancang dan mengurus aktiviti perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan ke arah pembangunan sistem pendidikan negara. Menyelaras dan memantau pembangunan pendidikan melalui aktiviti pendidikan, intervensi, penilaian dan pengesanan program supaya perlaksanaan aktiviti perancangan pendidikan berjalan dengan lebih berkesan. Menyedia dan menentukan garis panduan yang boleh diikuti dalam melaksanakan aktiviti perancangan pendidikan Menghasilkan perancangnan dan pembangunan pendidikan yang strategik, menyeluruh dan bersepadu bagi mencapai objektif Kementerian Pendidikan.

Unit Pengurusan Dasar Pendidikan BPPDP


Aktiviti: Menganalisis dan mengesan maklumat,peraturan dan amalan pendidikanbagi membantu penggubalan dan pemantapan keputusan dasar. Mengenal pasti dan mengkaji isu-isu pendidikan dan isu semasa yang mempunyai implikasi dasar pendidikan. Meneliti peraturan-peraturan dalam Akta Pendidikan untuk membantu mengukuhkan pelaksanaan dasar pendidikan. Mengurus tugas-tugas keurusetiaan bagi perancangan dasar pendidikan.

Unit Perancangan Pembangunan Pendidikan BPPDP


Aktiviti: Menghasilkan perancangan pembangunan pendidikan negara yang bersesuain dengan matlamat dan dasar pendidikan. Mengemukakan perancangan projek-projek khas bagi tujuan menyediakan alternatif yang sesuai dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi sistem pendidikan negara. Menyelaras dan memantau pelaksanaan program dan projek di bawah biayaan bantuan luar supaya dapat di manfaatkan sepenuhya oleh sistem pendidikan negara. Menyediakan perancangan sumber tenaga manusia dalam sistem persekolahan oleh pegawai pendidikan.

Unit Penilaian Aktiviti Pendidikan BPPDP


Aktiviti: Menilai program dan projek yang sedang berjalan untuk memastikan keberkesanan dan kecekapan pelaksanaan . Mengenal pasti dan menilai keperluan pendidikan bagi menentukan kebolehlaksanaan sesuatu program/ projek pendidikan yang akan dilaksanakan. Mengurus dan mengesan program / projek intervensi yang dilaksanakan dan menilai kesesuaian untuk di sebar luas dan di aplikasikan secara menyeluruh. Menganalisis dan menilai kos bagi program/projek pendidikan yang dijalankan. Memberi khidmat kepakaran dalam penilaian program pendidikan untuk dimanfaatkan oleh pegawai pendidikan.

Unit Penyelidikan Pendidikan BPPDP


Aktiviti: Merancang dan mengendalikan aktiviti-aktiviti penyelidikan yang berorientasikan dasar dan perancangan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti program pendidikan. Menganalisis dan merumuskan implikasi dapatan kajian dari segi dasar dan amalan kependidikan sebagai input untuk proses perancangan ,penggubalan dan pengukuhan dasar serta penilaian program pendidikan. Memberi khidmat kepakaran dalam penyelidikan pendidikan untuk dimanfaatkan oleh pegawai pendidikan. Meneliti dan memberi keputusan cadangan penyelidikan pendidikan yang dikemukakan oleh pihak penyelidikan awam.

Unit Pengurusan Data Pendidikan BPPDP


Aktiviti: Mengurus pangkalan data Sistem Maklumat PengurusanPendidikan (EMIS) melalui rangkaian maklumat BPPDP ,JPN, PPD/PPB dan sekolah. Menganalisis maklumat asas pendidikan dan menyediakan 'policy brief' untuk pemutus dasar. Merancang,mengumpul dan mengemaskini data pendidikan. Membekalkan maklumat asas pendidikan. Menerbitkan buku dan risalah perangkaan pendidikan.

Pusat Dokumentasi BPPDP


Aktiviti: Memberi khidmat sumber maklumat dalam bentuk bahan bercetak dan elektronik kepada pegawai di Kementerian Pendidikan. Menyedia,menyebar dan menerbitkan bahan bercetak dan elektronik bagi keperluan perancangan di Kementerian Pendidikan. Menguruskan penataran dan penyimpanan dokumen dan terbitan yang berkaitan dengan pendidikan

Lain-Lain Tugas BPPDP


Menjadi

Urusetia kepada;

Jawatankuasa Perancangan Pendidikan. Jawatankuasa Penasihat Penyelidikan Pendidikan. Persidangan Pengarah-pengarah Jabatan Pendidikan Negeri. Jawatankuasa Penyelaras Hal-Hal Profesional.

Organisasi Pentadbiran Pendidikan Peringkat Negeri, Daerah dan Sekolah


Organisasi secara heirarkikal dapat diringkaskan seperti rajah berikut

Persekutuan

Persekutuan

Negeri

Negeri

Daerah

Bahagian Daerah

Sekolah

Sekolah

Semenanjung Malaysia Struktur dan Pentadbiran pendidikan

Sabah dan Sarawak

Organisasi Peringkat Negeri

Diketuai oleh Pengarah Pendidikan Negeri dan bantu oleh dua Timbalan Pengarah, mereka bertanggung jawab terus kepada Ketua Pengarah Pendidikan. Di Sabah dan Sarawak, Pengarah Pendidikan Negeri dan Timbalan Pengarah pendidikan Negeri bertanggung jawab kepada Ketua Menteri. Di Sabah terdapat enam buah Pejabat Pendidikan Residensi dan di Sarawak pula terdapat tujuh buah Pejabat Pendidikan Bahagian. Di setiap Bahagian/ Residensi ada Pejabat Pendidikan Daerah. Negeri-negeri yang kecil (Melaka, Perlis dan Wilayah Persekutuan tiada Pejabat Pendidikan

Bidang tugas Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri

Tanggungjawab atau bidang tugas Timbalan Pengarah Pendidikan boleh diringkaskan seperti berikut;
Pengarah

Timbalan II Unit Perkhidmatan Unit Hal Ehwal Pelajar Unit Perancangan dan Pembangunan Unit Pendaftaran Unit Sekolah Rendah (Penyelia) Unit Sekolah Menengah Asrama, Disiplin dan Kesihatan di bawah Unit Hal Ehwal Pelajar

Timbalan I Unit Unit Unit Unit Unit Agama Penilaian Peperiksaan Ko Kurikulum Kurikulum Teknologi Pendidikan

Pegawai Pendidikan Daerah (Pegawai Pendidikan Kanan)

Peranan Jabatan Pendidikan Negeri

Agensi perhubungan yg menyalurkan maklum balas: Tahap kejayaan dan maslah berhubung kurikulum sekolah dan daerah kepada KPM. Menyelaras pentadbiran; perjawatan, kewangan dan pembangunan fizikal. Menyelia program: Buku teks, makanan, majlis sukan, kurikulum, radio/ TV pendidikan. Melaksanakan perancangan pembangunan peringkat negeri. Menasihati KPM.

Contoh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Darul Ehsan

Pengurusan dan pentadbiran JPNS diketuai oleh Pengarah Pendidikan dan dibantu oleh seorang Timbalan Pengarah Pendidikan. Terdapat enam sektor utama di JPNS. Ia diketuai oleh seorang Ketua Sektor yang berperanan untuk menyelaraskan program dan aktiviti bagi fungsi utama di sektor masing-masing. Sektor-sektor tersebut adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Sektor Pengurusan Akademik Sektor Pengurusan Sekolah Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan Sektor Pendidikan Islam dan Moral Sektor Perancangan Pembangunan

JPNS juga menyelaraskan pengurusan dan pentadbiran sembilan buah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang diketuai oleh seorang Pegawai Pendidikan Daerah. PPD tersebut adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. PPD Klang PPD Hulu Langat PPD Petaling PPD Kuala Langat PPD Kuala Selangor PPD Gombak PPD Sabak Bernam PPD Hulu Selangor PPD Sapang

Peranan Pejabat Pendidikan Daerah

Memberi khidmat nasihat kepada Pengetua/ Guru Besar. Membantu sekolah berkaitan perkembangan kurikulum. Memberi maklumat kepada Pejabat Pendidikan Negeri berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Mengenalpasti guru-guru yang perlu menghadiri kursus. Membantu Lembaga Peperiksaan dalam urusan peperiksaan. Kemasukan Pelajar ke sekolah menengah dan pertukaran pelajar.

Organisasi Sekolah

Birokrasi Sistem Pendidikan di Malaysia


Campbell

(1983) organisasi sekolah adalah bercirikan birokrasi kerana sekolah itu sendiri adalah sebuah organisasi birokratik. Amalan sistem pendidikan di Malaysia adalah secara berpusat, oleh itu amalan ini meneguhkan sifat birokratik dalam aspek pengurusan pendidikan di Malaysia. Lazimnya keputusan datang dari atas ke bawah dan bahagian di bawah perlu akur dengan keputusan atasan.

Tugas & Tanggungjawab Pengetua/ Guru Besar


Mengajar lima jam seminggu sebagaimana surat pekeliling bertarikh 22 Jun 1998 yg ditandatangani Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. 2. Menguruskan hal perjawatan. 3. Mengendalikan pengurusan kewangan. 4. Mengurus jadual waktu. 5. Mengurus hal peperiksaan. 6. Mengurus hal pelbagai aktiviti/ persatun. 7. Mengurus kemasukan dan pertukaran murid. 8. Pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah. 9. Mengawal disiplin pelajar. 10. Melaksanakan arahan daripada pihak atasan. 11. Berhubung dengan ageni/ pejabat/ masyarakat/ pertubuhan luar untuk kepentingan tertentu. 12. Ahli PIBG dan ahli Lembaga Pengurus Sekolah.
1.

Das könnte Ihnen auch gefallen