Sie sind auf Seite 1von 2

Oreo Cheese Cake

coconutice@myresipi.com

Cheesecake dengan biskut oreo

Created on : 14-11-2006 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan Hubungi coconutice

Bahan-bahan ( 1 tin kek bulat (diameter : 10 inci) )



:: BASE :: 120 g Oreo biscuits yang dikisar (biskut sahaja) 120 g mentega cair :: FILLING :: (A) 2 biji kuning telur 120 g gula 160 ml susu (B) 250 g cream cheese 2 1/2 sudu besar gelatin dicairkan dalam 6 sudu besar air mendidih 250 g whipping cream (dipukul sedikit) [selalunya dijual dalam paket mcm susu kotak di bahagian diary products di supermarket] 1/2 sudu besar jus limau (lemon) Krim dari biskut Oreo yang digunakan dalam BASE 2 keping biskut Oreo yang dipecahkan kecil (untuk menjadikan cake berbintik hitam)

Cara-cara

1.

BASE : Campurkan biskut dan mentega. Tekankan dalam baking tin bulat yang boleh dibuka bawahnye. Letakkan dalam peti sejuk untuk membiarkan basenya mengeras.

2. Masak bahan-bahan dalam (A) atas double boiler. Kacau sehingga mendidih dan sebati. [Jika tiada double boiler, letakkan periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan2 dalam periuk kecil - mcm dalam gambar]

3. Pukul cream cheese sehingga lembut dan masukkan bahan-bahan lain dalam (B). Pukul sehingga sebati. Masukkan bahan (A) yg telah di'double-boil'kan tadi 4. Tuangkan dalam Base yang disediakan dalam step 1. Sejukkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama 2-3 jam 5. :: Variasi Satu :: kalau tanak gunakan Oreo, leh juga digantikan dengan biskut marie, tetapi gula perlu ditambah 20g 6. :: Variasi Dua :: kalau nak buat Blueberry cheesecake, lepas tuangkan dalam base, masukkan 2-3 sudu besar blueberry pie filling dan kacau sedikit. Setelah kek keras, letak selebihnya di atas

Das könnte Ihnen auch gefallen