Sie sind auf Seite 1von 2

Jagung manis

DI TULI S OLEH ADM I N E DI TOR5 | 03 J UN 2010

Mengawal Penyakit dan Serangga pada tanaman jagung

Bintik perang (dreschslera maydis) Bintik berwarna perang muda pada daun berbentuk bujur memanjang. Musnah sisa-sisa tanaman. Guna biji benih dari pokok yang sihat. Sembur racun serangga seperti Maneb atau Zineb seminggu sekali jika perlu. Rawatan basah (wet-seed treatment) bagi biji benih menggunakan Captan/Zineb. Bintik daun (Curvularia lunata) Bintik-bintik bulat 1-2 mm berwarrna perang kekuningan dengan pinggir berwarna coklat dan terdapat lingkaran berwarna kuning mengelilingi bintik. Penyakit ini kurang serius. Karat daun (Puccinia polysora) Bintik-bintik halus berwarna oren/karat besi pada permukaan daun mengakibatkan daun kering. Juga kurang serius. Sembur dengan Oxycarboxin atau Copper oxychloride pada kafar 0.1% bahan aktif. Kulapok downy (Sclerophthora rayssiae) Jalur kekuningan pada daun diikuti dengan pembentukan kulapok, tanda-tanda reput dan keperangan. Guna biji benih bebas penyakit dan musnahkan pokok berpenyakit. Hawa upeh (Rhizoctonia solani) Bintik kelabu bujur memanjang. Bintik dikelilingi selapis jalur berwarna coklat keperangan. Buat giliran tanaman dan musnah pokok berpenyakit. Reput batang (Erwinia caratovora) Pokok reput dan basah. Musnah pokok yang diserang dan dapatkan saliran yang baik. Semut (Ustilago maydis) Bonggol pada tongkol berwarna hijau muda keputihan. Spora berwarna coklat kehitaman dan disebar angin atau air. Bakar tunggul selepas mengambil hasil. Musnahkan dengan membakar buah yang berpenyakit. Ianya beracun pada ternakan jika dimakan. Hawar seludang (Thanatephorus, Cucumeris (Frank) Donk, Rhizoctonia solani Kuhn A. Strain Park & Bertus) Semburkan Benomyl pada kadar 0.1% bahan aktif. Lecuh anak benih (Phythium spp., Fusarium spp., Rhizoctonia spp.) Sembur dengan Captan atau Thiram pada kadar 0.2% bahan aktif. Rawatan basah bagi biji benih (wet seed treatment).

Panduan Mengawal Musuh-musuh Serangga Tanaman Jagung Dengan Racun Kimia

Ulat pengorek batang (Ostrinia salientalis) Larva mengorek dan memakan bahagian dalam batang serta meninggalkan sisa najis. Sembur racun serangga seperti bacillus thuringiensis, methidiathion, quinalphos, profenofos, chlorpyrifos atau cypermethrin mengikut kadar yang disyorkan. Ulat ratus (Spodoptera litura) Ulat makan daun, pucuk dan kadangkala rerambut dan hujung tongkol. Sembur dengan profenofos, quinalphos atau cypermethrin. Kutu daun (Rhopalosiphum maydis) Bena menghisap cecair dari daun muda, tongkol dan bung jantan. Sembur racun serangga seperti quinalphos, profenofos, chlorpyrifos atau cypermethrin mengikut kadar yang disyorkan. Ulat tongkol (Helicoverpa armigera) Ulat menyerang dan memakan tongkol muda. Sembur racun serangga seperti Bacillus thuringiensis, chlorpyrifos, verfenuron, profenofos, betacyfluthrin atau abamectin benzoate mengikut kadar yang disyorkan. Kepinding hijau (Nezara viridula) Kepinding menghisap cecair biji jagung yang sedang berisi menjadikannya hitam dan berpenyakit. Sembur racun serangga seperti quinalphos, profenofos, chlorpyrifos atau cypermethrin mengikut kadar yang disyorkan. Perangkap lampu untuk mengawal ulat pengorek tongkol jagung. Dalam satu pemerhatian yang dijalankan, didapati perangkap lampu boleh mengawal ulat pengorek tongkol jagung dengan baik. Penggunaan perangkap lampu berjaya mengawal kerosakan ke tahap 16% sahaja. Walau bagaimanapun, kawalan ke atas ulat ini lebih berkesan sekiranya pengguna perangkap lampu ini bertambah daripada 2 semburan racun perosak seperti chlopyrifos,fibronil atau diazinon di peringkat 50% tasselling dan seminggu selepas itu.

Das könnte Ihnen auch gefallen