Sie sind auf Seite 1von 9

Fungsi Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan

Bahasa Jiwa Bangsa dengan jelas menunjukkan kepentingan bahasa dalam memupuk perpaduan antara kaum. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita.. Bahasa Kebangsaan melambangkan identiti rasional dan lambing bagi sesuatu Negara.Ia digunakan untuk tujuan politik dan komunikasi rasmi.Bahasa Kebangsaan mempunyai kaitan rapat dengan sejarah Negara itu sendiri.. sebuah badan berkanun iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah bertanggungjawab untuk memaju dan memperkaya bahasa Melayu. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini berpaksikan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, selain daripada Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan yang sedia ada. Dasar bahasa di Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, seperti terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Pemilihan satu bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia timbul sebab perlunya diadakan satu lambang penyatuan, iaitu dengan harapan bahawa bahasa itu dapat menjadi dasar bagi satu identifikan kebangsaan. Peranan bahasa sebagai faktor penyatuan disalurkan melalui sistem pelajaran kebangsaan, sebagaimana tercatat dalam mukadimah akta Pendidikan seperti berikut:

Di samping memenuhi keperluan menjadi lambang penyatuan, penubuhan satu bahasa kebangsaan juga timbul daripada semangat kebangsaan yang mahukan bahasa penjajah diambil alih oleh warga Negara Malaysia.

Bahasa Rasmi

bahasa rasmi adalah bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Sesebuah negara, khususnya yang baru mencapai kemerdekaan selalunya memilih dan mendaulatkan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Justeru, bahasa rasmi membawa maksud bahasa yang digunakan dalam sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan pentadbiran dan dalam upacaraupacara rasmi. Bahasa rasmi mungkin mempunyai lebih daripada satu fungsi bagi sesebuah negara. Secara rasminya bahasa Melayu dinobatkan selepas hari kemerdekaan. Ia menjadi bahasa rasmi tunggal bagi Persekutuan Malaysia. Perisytiharan ini berlaku akibat tindakan parlimen meluluskan undang-undang. Dengan kenaikan taraf ini, kesan positif wujud terhadap orang Melayu dan bahasa Melayu terjamin.

Bahasa rasmi melaksanakan bahasa melayu sebagai wahana pembinaan Negara dalam semua urusan,terutama urusan pentadbiran negara.Bahasa rasmi

merupakan bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan seharian negara dan fungsinya pula dapat memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegeraan Bahasa melayu ditetapkan menjadi wahana komunikasi dalam bidang

pentadbiran.Perkara 152 Perlembangan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaan perseketuan, kerajaan negeri dan badan berkanun. Bahasa Melayu telah mengantikan bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi tunggal Malaysia.Bahasa Melayu telah digunakan sepenuhnya sebagai bahasa bahasa urusan pentadbiran kerajaan dan sebagai bahasa perbahasan di parlimen dan Dewan Undangan Negeri.Begitu juga dalam bidang pentadbiran undangundang, Kehakiman dan mahkamah,bahasa melayutelah digunakan secara meluas.Kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi bertambah baik setelah seksyen 8,Akta Bahasa Kebangsaan dipinda pada Jun 1991.

Bahasa Ilmu

Bahasa ilmu boleh ditakrifkan sebagai bahasa yang mempunyai ciri-ciri formal dan dapat mengungkapkan sesuatu konsep dan pemprosesan ilmu. Peranan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu telah diperkenalkan seiring dengan penekanan terhadap budaya ilmu. Bahasa melayu telah direncanakan untuk menjadi bahasayang ekspresif dalam pelbagai bidang ilmu. Bahasa Melayu berperanan sabagai bahasa yang mendukung perkembangan ilmu dan pemikiran bangsa dalam segala lapangan dan sebagai alat yang dapat membentuk dan mengembangkan identiti kebangsaan,,alat komunikasi masyarakat..

Bahasa Melayu perlu mempuyai perbendaharan kata, istilah bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstak.Untuk mencapai taraf sebagai bahasa ilmu ,bahasa melayu perlu mempunyai dua ciri,iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa keintelektulan bahasa dicapai melalui perkembangan perbendaharan kata dan struktur

tatabahasa.Kesempurnaan bahasa pula boleh dicapai melalui kestabilan , kelenturan,kepelbagaian dan keidahannya. Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa ilmu sejajar dengan peranannya sebagai pendukung perkembangan ilmu dan sekali gus telah menjadi bidang yang penting dalam bidang keilmuan moden pada masa kini.Sebagai bahasa ilmu ,perlu mempunyai keintelektulan dan kesempurnaan korpu

bahasa.keintelektulan bahasa ini dapat dicapai,terutamanya melalui perbendaharan kata dan sistem tatabahasa.Bahasa melayu pada hari dapat memperkatakan

bidang yang berbeza daripada apa yang mampu dilakukan oleh bahasa melayu suatu masa dahulu,Oleh itu,sifat perbendaharan kata bahasa melayu juga turut

mengalami perubahan.Jika dahulu perbendaharan kata bahasa melayu banyak dipengaruhi oleh perkataan daripada bahasa Arab dan Sanskrit, kini perkataan daripada bahasa inggeris sering digunakan,terutamanya dalam bidang ilmu pengetahuan moden.

Prakata

Salam sejahtera. Saya bersyukur kepada Kuasa Yang Maha Esa kerana dengan impah kurniaNYA dapat menyiapkan tugasan yang diamanahkan kepada saya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tugasan bertajuk fungsi bahasa melayu ini telah membuka minda saya serta memberi peluang untuk menimba ilmu pengetahuan baharu. Setelah menyempurnakan tugasan ini saya lebih memahami fungsi bahasa Melayu.

Saya menghadapai pelbagai rintangan dan cabaran dalam menyempurnakan tugasan ini. Antara rintangan dan cabaran yang dihadapi adalah, saya tidak mempunyai pengalaman untuk menyediakan tugasan. Tambahan lagi, saya kurang faham dengan kehendak tajuk tugasan yang diberi. Keadaan ini telah memberi tekan kepada saya. Namun sebegitu, masalah-masalah ini dapat diselesaikan setelah tuan pensyarah memberi penerangan dan bimbingan. Selain itu saya juga telah

berbincang bersama rakan-rakan seperjuangan saya untuk mencari bahan-bahan yang dikehendaki. Pusat Sumber IPG Sultan Abdul Halim dan pangkalan Internet

telah memberi pelbagai sumber maklumat yang dikehendaki. Dengan merujuk dan menggunakan bahan-bahan tersebut, saya dapat menyiapkan tugasan ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah berkerjasama menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan masa dalam usaha menyempurnakan tugasan ini. Saya akhiri dengan serangkap pantuan: Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.

Terima kasih, Umarani a/p Mohan PRASEKOLAH FIB-KG

Bahasa Perpaduan

Perpaduan dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.. Dalam erti kata yang lain, perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Oleh itu, pengertian bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dapat diertikan sebagai bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan..

Selaras dengan dasar pendidikan kebangsaan, bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib dan telah dijadikan bahasa pengantar utama bagi semua peringkat prasekolah dan pengajian. Pendidikan bahasa Melayu Sekolah Menengah adalah memenuhi hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada aspek intelek, emosi, rohani, dan jasmani.

Penggunaan bahasa Melayu yang semakin meluas sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara menekankan penguasaan

Pemupukan semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia diberikan penekanan dalam pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah agar pelajar-pelajar membina semangat rasa bangga dan cinta akan tanah air dalam satu wawasan budaya yang dihasratkan. bahasa Melayu itu digunakan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar dalam pelbagai bidang

Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah khususnya untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana yang berkesan untuk berkomunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek atau bahasa. Bahasa Melayu turut membantu pembentukan jati diri bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang mudah difahami.,

Das könnte Ihnen auch gefallen

  • Tulis BM
    Tulis BM
    Dokument1 Seite
    Tulis BM
    Tla Mitra Sri
    Noch keine Bewertungen
  • SURAT Sumbangan
    SURAT Sumbangan
    Dokument1 Seite
    SURAT Sumbangan
    Tla Mitra Sri
    Noch keine Bewertungen
  • Edu
    Edu
    Dokument6 Seiten
    Edu
    Tla Mitra Sri
    Noch keine Bewertungen
  • SURAT Hospital 1
    SURAT Hospital 1
    Dokument1 Seite
    SURAT Hospital 1
    Tla Mitra Sri
    Noch keine Bewertungen
  • FALSAFAH
    FALSAFAH
    Dokument15 Seiten
    FALSAFAH
    Tla Mitra Sri
    Noch keine Bewertungen
  • Tajuk 4
    Tajuk 4
    Dokument6 Seiten
    Tajuk 4
    Tla Mitra Sri
    Noch keine Bewertungen
  • BMT Individu 2
    BMT Individu 2
    Dokument6 Seiten
    BMT Individu 2
    Tla Mitra Sri
    Noch keine Bewertungen
  • Tugasan TMK
    Tugasan TMK
    Dokument19 Seiten
    Tugasan TMK
    Tla Mitra Sri
    Noch keine Bewertungen
  • Isu Alam Sekitar
    Isu Alam Sekitar
    Dokument13 Seiten
    Isu Alam Sekitar
    Nurul CManez
    Noch keine Bewertungen
  • Ciri Ciri
    Ciri Ciri
    Dokument4 Seiten
    Ciri Ciri
    Tla Mitra Sri
    Noch keine Bewertungen
  • Test
    Test
    Dokument126 Seiten
    Test
    Tla Mitra Sri
    Noch keine Bewertungen
  • Latihan Litar
    Latihan Litar
    Dokument4 Seiten
    Latihan Litar
    Tla Mitra Sri
    Noch keine Bewertungen
  • Nota OS Pengurusan Fail
    Nota OS Pengurusan Fail
    Dokument10 Seiten
    Nota OS Pengurusan Fail
    Tla Mitra Sri
    Noch keine Bewertungen
  • Latihan Litar
    Latihan Litar
    Dokument4 Seiten
    Latihan Litar
    Tla Mitra Sri
    Noch keine Bewertungen
  • BKA Lesson 2 Sebutan
    BKA Lesson 2 Sebutan
    Dokument14 Seiten
    BKA Lesson 2 Sebutan
    Tla Mitra Sri
    Noch keine Bewertungen