Sie sind auf Seite 1von 1

HUBUNGAN ANTARA KEFUNGSIAN DAN KOHESI KELUARGA

DI KALANGAN REMAJA DELINKUEN

UKM-GUP-TKS-07-12-040

Rohany Nasir
Fatimah Yusooff
Zainah Ahmad Zamani
Rozainee Khairudin
Lokmanul Hakim Hamid

Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia


Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kajian rintis ini bertujuan mengukur kefungsian dan kohesi keluarga dan hubungannya di
kalangan remaja delinkuen yang di tempatkan di institusi pemulihan di Malaysia.
Seramai 32 orang remaja yang berumur di antara 15 hingga 18 tahun telah ditemubual.
Alat ujian Family Adaptability Cohesiveness Evaluation Scale III (FACES III) telah
digunakan bagi mengukur pembolehubah kefungsian dan juga kohesi keluarga. Data bagi
kajian ini telah dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS)
dan hipotesis diuji dengan menggunakan Korelasi Pearson. Keputusan kajian rintis ini
menunjukkan hubungan yang positif dan signifikan di antara kefungsian dan kohesi
keluarga remaja delinkuen.

Das könnte Ihnen auch gefallen