Sie sind auf Seite 1von 1

TINGKAH LAKU AGRESIF DAN AK TIVITI

JENAYAH DI KALANGAN MAT REMPIT

UKM-GUP-TKS-08-12-268

PROF. MADYA DR. ROZMI ISMAIL, PROF. MADYA DR. ROKIAH ISMAIL,
PROF. MADYA HAJAH NORMAH CHE DIN, EN. MOHAMAD FAUZI B. SUKIMI,
PN. NORHAYATI IBRAHIM

ABSTRAK

“Mat Rempit dan jenayah” merupakan satu ungkapan yang cukup popular namun begitu
sadis dalam arus perdana terkini negara. Kematian tuan punya stesyen minyak di Ipoh,
kehilangan “mahkota” milik seorang gadis di Tampin, kecederaan parah seorang anggota
polis bantuan di Butterworth, kekacauan yang ditimbulkan di Hospital Selayang,
kebiadaban membaling bom petrol di Balai Polis Sungai Petani dan terkini tindakan berani
menyamun di Brickfield merupakan sebilangan kecil kes jenayah yang dilakukan oleh Mat
Rempit yang diketahui umum. Berdasarkan contoh-contoh kes di atas, timbul persoalan
adakah Mat Rempit ini berkecenderungan untuk menjadi agresif? dan adakah mereka
berkecenderungan untuk terlibat dengan aktiviti jenayah?. Bagi menjawab persoalan di
atas, alat ujian Big 5 Personality, Personality Type A/B, Barrat Impulsive Scale, Sensation
Seeking Scale, Drive Behaviour Questionaire, Buss and Perry, Intrapersonal dan Criminal
diaplikasikan dengan melibatkan kaedah perolehan data melalui temuduga bersemuka
secara berkumpulan dan kaedah etnografi. Lokasi kajian pula tertumpu di negeri Kedah,
Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan Lembah Klang, Kelantan, Terengganu dan Johor
yang merupakan “lubuk” kegiatan Mat Rempit. Keputusan awal yang diperolehi
menunjukkan wujud hubungan antara keagresifan Mat Rempit dengan aktiviti jenayah.
Untuk mempastikan kedudukan terperinci fenomena ini satu kajian sedang dijalankan.

Das könnte Ihnen auch gefallen