Sie sind auf Seite 1von 2

PENGGUNAAN RUANG SIBER DALAM POLITIK

MALAYSIA: PILIHANRAYA UMUM KE 12

UKM-GUP-TKS-08-11-285

PROF MADYA SALIHA H. HASSAN, PROF MADYA MOHAMAD ZAIN MUSA,


PROF MADYA DR BAHIYAH ABDUL HAMID, PROF MADYA FUZIAH KARTINI
HASSAN BASRI, EN. SUHAIMEE SAAHAR@SAABAR,
EN. MUHAMAD NADZRI BIN MOHAMAD NOOR

ABSTRAK

Pembangunan sosial dan pembinaan negara bangsa yang menjamin kedaulatan serta
ketahanan nasional adalah matlamat setiap negara berdaulat dan merdeka. Mekanisme
bagi pencapaian matlamat ini terletak kepada kestabilan serta kematangan sistem politik
dan kerajaannya. Di Malaysia, kerajaan kita berlandaskan konsep raja berperlembagaan
dan sistem politik berpaksikan demokrasi berparlimen. Demokrasi berparlimen pula
mempunyai dua dimensi penting iaitu perundingan antara pihak yang berkepentingan dan
penyertaan bebas oleh semua kalangan yang berminat dalam pembuatan keputusan,
khususnya keputusan yang melibatkan dasar awam serta pemilihan pemimpin. Ruang
siber yang bebas kekangan menawarkan peluang ini. Penggunaan ruang siber sebagai
ruang untuk kebebasan bersuara yang menjurus kepada amalan participatory dan
deliberative democracy, iaitu petanda demokrasi matang atau mature democracy, adalah
paling signifikan semasa pilihanraya. Pada teorinya proses pilihanraya berjalan di atas
prinsip pemikiran rasional, matlamat kebajikan am, dan sikap menghormati kebebasan
individu. Dengan berdasarkan andaian-andaian tersebut, persoalan penyelidikan ini ialah
apakah bentuk kandungan, kualiti dan impak penggunaan ruang siber terhadap
pembanguanan budaya demokrasi di negara ini. Analisis ini menggunakan data
pilihanraya umum Malaysia yang ke 12, pada 8 March 2008 yang lalu. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa pengaruh maklumat politik di internet terhadap pengundi di
Malaysia adalah suatu yang telah bermula semenjak akhir tahun 1990an, ia paling
berperanan membentuk perspektif politik pengundi berumur 21-50 tahun, dan pada
pilihanraya kali ini, pembelog bebas mendominasi wacana serta analisis politik semasa.

Das könnte Ihnen auch gefallen