Sie sind auf Seite 1von 1

MODUL PENCEGAHAN PENYALAHGUNAAN DADAH

DI KALANGAN GENERASI MUDA

SK/15/2006/GLK

Prof. Dr. Rohany Nasir


Prof. Madya Dr. Fatimah Yusooff
Prof. Madya Zainah Ahmad Zamani
En. Mohd Norahim Mohd Sani
Cik Rohani Pa

Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia


Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membina modul pencegahan penyalahgunaan dadah di


kalangan generasi muda. Rasional pembinaan modul ini ialah kekurangan bahan panduan
untuk memimpin belia dalam latihan kelompok dalam membantu belia melindungi diri
daripada penyalahgunaan dadah dan atas kesedaran masalah dadah adalah masalah besar
yang sentiasa mendapat tumpuan ramai terutama sekali pihak berkuasa. Walaupun
pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasi masalah dadah dan berjuta-juta wang
telah dibelanjakan untuk membasmi penyalahgunaan dadah namun usaha-usaha ini tidak
menampakkan kesan positif yang ketara. Memandangkan masalah ini adalah masalah
besar dan membabitkan masa depan negara, maka adalah wajar kita cuba sedaya upaya
untuk terus-menerus membanteras gejala ini agar negara dapat melahirkan generasi muda
yang efektif dan efisien dan yang mampu berhadapan dengan era globalisasi.

Das könnte Ihnen auch gefallen