Sie sind auf Seite 1von 2

MEDIA LITERACY: ACCESSING AND INTERPRETING OF

MEDIA MESSAGES AMONG MALAYSIAN SECONDARY


SCHOOL STUDENTS

04-01-02-SF0212

Prof. Madya Dr. Mus Chairil Samani, Prof. Madya Dr. Latiffah Pawanteh, Prof. Madya
Dr. Faridah Ibrahim, Dr. Normah Mustaffa, En. Mohd. Azul Mohamad Salleh

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengukur tahap literasi media di kalangan pelajar
sekolah menengah di seluruh negara. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan model
literasi media yang dikembangkan oleh James Potter. Sebuah perisian pribumi telah
dibangunkan bagi mengukur tahap literasi media di kalangan para pelajar sekolah
menengah. Perisian perintis ini dibangunkan supaya ia dapat diperkembangkan serta
diaplikasikan kepada kelompok masyarakat lain. Tiga kaedah penyelidikan yang berupa
gabungan kaedah kualitatif dan kuantitatif digunakan untuk menentukan tahap literasi
media di kalangan kelompok kajian. Pertama, kaedah kumpulan fokus yang melibatkan
26 kumpulan dari seluruh negara. Berdasarkan maklumat yang diekstrak menggunakan
kaedah pertama, satu set borang soal selidik telah dibina bagi mengukur tahap literasi
media. Kedua, kaedah tinjauan lapangan melibatkan 1800 orang responden yang terdiri
daripada pelajar sekolah menengah seluruh negara. Kaedah ketiga ialah eksperimen
untuk mengukur bagaimana pelajar mentafsir maklumat dalam media massa. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa literasi media di kalangan pelajar sekolah menengah secara
keseluruhannya adalah sederhana. Mereka didapati tidak mempunyai kemahiran yang
diperlukan untuk mengguna media massa dengan bijak. Dari segi pembacaan bahan
media massa, mereka tidak banyak mentafsir maklumat yang diterima. Mereka lebih
banyak menggunakan media massa untuk tujuan hiburan. Program untuk meningkatkan
literasi media di kalangan para pelajar wajar diperkenalkan agar golongan ini mampu
menjadi pengguna media yang cekap apabila meninggalkan alam persekolahan kelak.

Das könnte Ihnen auch gefallen