You are on page 1of 144

QURANOLOGY

Oleh : Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz 2009 Mohammad Asraff Ayob Hakcipta Terpelihara Versi 1.0

Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian isi kandungan daripada ebook ini termasuk artikel, ilustrasi dan gambar dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman, cetakan, elektronik atau apa jua cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis dari MOHAMMAD ASRAFF AYOB. Buktikan kecintaan dan kejujuran anda kepada Islam dengan memiliki mutiara ilmu dari ebook ini dengan cara yang dihormati dan halal. Jika anda dengan sengaja meniru, memperbanyakkan, mengedar, menjual atau melakukan cara-cara yang menafikan hak penerbit, ia akan mengakibatkan ilmu serta integriti anda akan dipertanggunjawabkan di hadapan Allah Azza Wa Jalla nanti.

Untuk mendapatkan ebook ini, sila layari : www.kaedahjibril.com Atau e-mel : Kaedahjibril@yahoo.com Asraff2@yahoo.com

1-3 4

Prakata Dedikasi

12 Pengumpulan zaman Saidina Abu Bakar 14 Projek yang lebih sukar dari 'mengalih gunung' bermula. 15 Pengumpulan zaman Saidina Uthman 19 Seterusnya...

5 Bab 1
Dari 'Makhluk cahaya' ke 'kitab cahaya' : Hayati Sejarah penurunan Al-Quran. 5 6 8 8 9 Gaya penurunan Al-Quran. Bagaimana Nabi menerima wahyu? Asbabun Nuzul : ilmu utama untuk memahami tafsirannya. Mengapa anda perlu mengetahuinya? Bagaimana cara untuk mengetahui keseluruhan Asbabun Nuzul?

20 Bab 3
Ini 'Mission Not-SoImpossible'nya : 3 Misi utama Al-Quran. 20 Misi pertama : Mengenal 'Yang Maha Kuasa' - Allah S.W.T. 20 Tetapi kenal yang macam mana? 23 Misi kedua : Mengenal Jalan lurus 'Sirotol Mustaqim'. 23 Manusia contoh 'Sirotol Mustaqim'. 24 Misi ketiga : Mengenal hari pembalasan : Hari Kiamat. 25 Apakah 'tentatif' perhimpunan agung tersebut? 26 Terima kasih Ya Allah....

10 Bab 2
Dari pelepah tamar ke kitab resam Uthmani : Kronologi pengumpulan Al-Quran. 10 Zaman Rasulullah : Bermulanya era baru.

35 Adakah ia berbeza dengan ilmu tajwid? 35 Memahaminya dengan lebih mendalam. 37 Cara ia diwarisi. 38 Siapakah 10 imam Qiraat yang diiktiraf itu? 39 Apakah perbezaan bacaan antara 10 imam itu? 40 Contoh perbezaannya. 30 Dari manakah sumber dalilnya? 31 Adakah ilmu tajwid ini wajib dikuasai? 31 Apakah 'big picture' ilmu tajwid? 32 Cara termudah menguasainya. 33 Sesudah itu.... 43 2 : Imam Jazari : Kemunculan 'Bintang' pada Ramadan. 45 Mengapa anda perlu mengetahui kesemua ini? 40 Adakah kesemua Qiraat ini sahih dan benar? 40 Mengenali 2 'arkitek' Qiraat yang terunggul. 41 1 : Imam Syatibi : 'Lokomotif' Qiraat dari Andalus.

28 Bab 4
Tajwid : cara Al-Quran serlahkan ke'jelita'annya. 28 Pengalaman saya terkena 'pukau' Al-Quran di Mesir. 29 Apakah sebenarnya ilmu tajwid?

34 Bab 5
Qiraat : 'Dialek' bacaan Al-Quran yang sangat mengujakan! 34 Qiraat : warna-warni bacaan Al-Quran.

46 Bab 6
Tafsir : fahaminya melalui cara paling tepat. 47 Mengapa tafsir sangat diperlukan?

49 Bagaimana secara asasnya Al-Quran ditafsirkan? 51 Adakah anda memiliki ruang untuk mentafsir Al-Quran? 52 Cara pentafsiran yang selalu digunakan. 53 Mencari Tafsir yang sesuai. Tafsir At-Tabhari 54 Tafsir Ibnu Kathir Tafsir Al-Zamakhsyari 55 Tafsir Al-Alusi Tafsir Al-Razi 56 Tafsir Al-Qurtubi Tafsir Al-Baidhawi Tafsir Al-Baghawi 57 Tafsir Jalalain Tafsir Al-Manar Tafsir Fi Zilalil Quran 58 Tafsir Al-Azhar Tafsir Al-Munir 58 Terpulang kepada anda...

79 Bab 8
Bertutur menggunakan ayat Al-Quran 40 tahun? ini kisahnya.

87 Bab 9
Golongan 'Quranic V.I.P group' : Ini kehebatan mereka! 88 Mengapa Nabi menggalakkan menangis ketika membaca Al-Quran? 90 Interaksi Saidina Umar. 93 Interaksi para solafussoleh : Menangis, menggeletar, pengsan?

97 Bab 10
27 fakta 'tidak logik' pada akal, logik pada Tuhan dalam Al-Quran. 97 Haiwan sepantas 'roket'. 98 Komando 'elit' yang tidak kelihatan 98 Tangan Nabi yang 'berurat dawai bertulang besi' 98 Gema 'zikir' dari gunung-ganang

60 Bab 7
40 soal-jawab fiqh popular tentang Al-Quran.

99 Pintu taubat dari perut ikan raksasa 99 Menggigil kesejukan kerana dibakar? 100 'Magic' yang lebih hebat dari 'Harry Potter' 100 Tangan bercahaya benarkah? 100 'Catch me if you can' versi Firaun 101 Pemuda 'tukang ramal' masa depan 101 Mati hidup semula : Kali ini benar-benar berlaku! 102 Ingin tahu 'menu' hidangan dari syurga? 102 12 mata air kesan mukjizat nabi 102 Ingin tahu doa berkesan perolehi anak dari nabi? 102 Bayi yang pintar berkatakata 103 Makanan dari langit, sekali lagi

103 Nabi Isa : Bertutur ketika bayi? Banyak lagi! 103 Tentera luarbiasa yang memang luarbiasa! 104 Manusia biasa berkuasa 'luarbiasa'. 104 Nabi yang memahami pertuturan binatang. 104 Nabi yang lebih 'hansome' dari Superman. 105 'Interpertation of dream' versi Nabi Yusuf. 105 Baju 'ajaib' penyembuh buta. 106 Gajah ditewaskan makhluk kecil? Tidak mustahil! 106 Manusia kera memang wujud! 107 Tempoh tidur terpanjang : 309 tahun. 107 Mati hidup semula : Kisah 100 tahun.

117 Bilakah pula hari terbaik membacanya?

108 Bab 11
9 Cara berkesan 'mengaji dan mengkaji' Al-Quran. 108 Membaca Al-Quran.

118 Persiapan sebelum membacanya. 119 Mencontohi cara bacaan Rasulullah. 120 Ketika membacanya.

109 Mendengar bacaan Al-Quran 110 Membaca tafsir Al-Quran 110 Membaca buku berkaitan Al-Quran. 111 Mengadakan diskusi dan perbincangan. 112 Mempelajari Bahasa Arab. 112 Menghadiri kuliah, wacana dan seminar. 113 Menghafaz Al-Quran. 114 Mengamalkan kandungan Al-Quran dalam kehidupan. 121 Al-Quran sebagai kuasa penyembuh dan pelindung. 121 Kelebihan dan fadhilat surah popular yang kerap dibaca.

126 Bab 13
Ingin tahu tahap iman anda? Lengkapkan kuiz ini! 131 Cara pemarkahan 131 Skor 1-93 : Rendah. 132 Skor 94-146 : Sederhana. 133 Skor 147-200 : Tinggi. 134 Sebagai renungan tambahan.

116 Bab 12
Ingin 'Syok' Baca Al-Quran? : Ini formula rahsianya. 116 Berapa kalikah ia perlu dibaca? 117 Bilakah waktu terbaik membacanya?

136 Rujukan 137 Istimewa untuk anda.

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum W.B.H. Para pembaca yang dihormati sekelian, Mengapa Quranology dipilih sebagai tajuk buku ini? Apa maknanya? Perkataan -logy pada tajuk buku ini bermakna akhiran sebagai pembentuk nama ilmu atau pengetahuan (misalnya psychology, theology atau sosiology), atau kata mudahnya kajian ilmu-ilmu tentang Al-Quran. Selalunya dalam bahasa arab, kitab-kitab sebegini diberikan judul Ulumul Quran. Mengapa buku ini ditulis? Ia ditulis kerana beberapa faktor, dan yang utamanya kerana ingin menghadirkan kepada masyarakat buku yang memperkenalkan susuk tubuh Al-Quran secara mudah dan santai. Ia juga dimunculkan kerana ingin meluruskan kembali kefahaman masyarakat tentang Al-Quran, dari kitab yang :

Kandungannya dijadikan perhiasan di dinding rumah, Dibaca hanya di musabaqah, tahlil dan kematian, Dibaca ketika majlis-majlis rasmi sahaja, Dibaca hanya untuk mendapat berkat, bukan difahami, Surah tertentu seperti Yasin dijadikan anak emas, yang lain anak tiri,

Kepada tahap yang dikehendaki Ilahi, iaitu kitab :


Panduan, pedoman, nasihat dan mesej. Rujukan terhadap apa jua kesulitan hidup, menjadi panduan menentukan nilai dan worldview kehidupan. diamalkan seluruh kandungannya, dari perintah terkecil hingga terbesar.

Mengapa kandungan Al-Quran layak dijadikan panduan hidup kita? Sebabnya ialah kerana ia datang dari Pencipta kita iaitu Allah S.W.T. Sudah tentu Allah selaku pencipta produk (manusia) tahu bagaimana cara membaikinya jika ia rosak, dan Al-Quranlah manual book atau user guide bagi produk manusia itu. Tambahan pula, hanya Al-Quran sahaja dijamin sebagai satu-satunya

buku/kitab yang tidak ada salah-silap, cacat-cela, kesalahan fakta atau teori, unsur plagiat atau apa-apa jua kelemahan sekalipun. Pendek kata, ia adalah buku zero defect! Lihat jaminannya ini : Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya Kitab suci Al-Quran, kitab yang tidak ada didalamnya sebarang bengkang-bengkok (kesilapan). Surah Al-Kahfi, 1

Bagaimanakah contoh terbaik kita memahami Al-Quran? Melalui proses mengkaji dan mengaji sekaligus. Saya datangkan satu contoh disini bagaimana interaksi yang diinginkan antara Al-Quran dengan kita. Pengalaman ini diceritakan oleh Jeffrey Lang dalam bukunya Struggling To Surrender. Jeffrey Lang merupakan seorang Professor Matematik Amerika yang ateis (kini sudah menjadi muslim), sangat jahil tentang Islam dan Al-Quran. Tetapi dia ingin memahami Al-Quran secara dekat. Ingin tahu apa yang dirasainya? Ini kisah ketakjuban beliau : Anda tidak dapat membaca Al-Quran begitu sahaja, kecuali jika anda memberikan perhatian yang bersungguh sungguh. Anda menyerah sahaja kepadanya atau anda memeranginya. Al-Quran akan menyerang dengan kuat, tepat dan tertuju kepada peribadi masing masing. Al-Quran berdebat, mengkritik, membuat malu, dan menentang. Dari mula lagi Al-Quran menarik garis batasan pentempuran, dan saya berada disisi yang diperangi. Saya berada di posisi yang sangat tidak menguntungkan, kerana menjadi jelas bahawa pengarangnya (Allah S.W.T) mengenali saya lebih baik dari saya mengenalinya. Seorang pelukis dapat membuat mata sebuah potret lukisan seolahnya memandang anda dari satu tempat ke tempat lain, tetapi pengarang mana yang dapat menulis naskhah yang mengetahui perubahan hidup anda seharian? Al-Quran sentiasa mendahului pemikiran saya. Al-Quran menghapus batasan-batasan yang telah saya bangunkan

bertahun tahun lalu dan menjawab pertanyaan saya. Setiap malam saya merumuskan pertanyaan dan bantahan, lalu entah bagaimana caranya saya akan menemui jawapannya pada keesokan harinya ketika saya membacanya sesuai dengan urutan yang ada. Tampak seolah pengarangnya sedang membaca fikiran fikiran saya dan kemudian menulis baris baris yang sesuai untuk bacaan saya berikutnya. Saya melihat diri saya sendiri di setiap halamannya dan saya takut akan apa yang saya lihat. Itulah yang bakal dialami jika kita benar-benar berinteraksi dengan Al-Quran. Sebagai persiapan ke arah itu, buku ini menyediakan 13 bab mengenengahkan kelebihan dan keunikan Al-Quran supaya anda akan lebih mudah jatuh cinta dengannya. Kesemua bab tersebut dibahagikan kepada 3 kategori iaitu : 1. 2. 3. Fahami dan hayatinya! Wah! Takjubnya! Amalkan sekarang!

Saya berharap semoga para pembaca mendapat faedah dan hidayah dari tulisan ini. Jika terdapat sebarang kelemahan dan salah silap didalamnya, saya amat mengalukan teguran, ulasan dan cadangan dari anda semua. Hanya kepada Allah saya memohon keampunan dari segala kesilapan..

Iqra! dan selamat membaca.

Mohammad Asraff Ayob New Zealand 1 September 2009 Asraff2@yahoo.com Kaedahjibril@yahoo.com www.kaedahjibril.com

Allah Azza Wa Jalla Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti Nabi Muhammad S.A.W Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya Ayahanda dan bonda Keranamu berdua angah pergi sejauh ini Isteriku tercinta, Siti Ujila Bidadari yang comel & ceria

Tuan Guru, Ulama, Ustaz, Ustazah, Cikgu Di atas curahan ilmu dan pedoman Tuan Hj. Raja Azmi Raja Nazuddin sekeluarga Thank you very much for everything. Semoga perancangan kita berjalan lancar, Amin!

Dan, Para pembaca ebook ini. Jutaan terima kasih atas pembelian anda.

ahukah anda, antara peristiwa besar yang mencorakkan dunia ialah peristiwa Nuzul Quran atau turunnya Al-Quran? Mengapa agaknya peristiwa ini

diklasifikasikan begitu penting? Jawapannya tidak lain kerana, sepanjang lebih 1400 tahun sejak Al-Quran bersama kita, ia telah menghasilkan berbagai peristiwa hebat, dengan kehadirannya banyak mencorakkan kehidupan dan juga pemikiran manusia.

Maka dalam bab ini, kita ingin mengimbas kembali bagaimana detik-detik bersejarah itu berlaku, bermula dengan ayat Iqra sebagai penanda awal kisah menarik ini.

GAYA PENURUNAN AL-QURAN

Untuk pengetahuan anda, pada awalnya Allah S.W.T menempatkan keseluruhan Al-Quran di Luh Mahfuz, iaitu satu tempat yang amat mulia dan suci. Ketika ini, Tuhan sejak awal lagi menunjukkan kemutlakan kebijaksanaanNya dengan menentukan segala apa yang tercatat disitu akan benar-benar berlaku. Keyakinan akan kemuliaan Al-Quran di Luh Mahfuz dinyatakan begitu jelas sekali dalam FirmanNya yang bermaksud :

Bahkan ia adalah Al Qur'an yang tertinggi kemuliaannya, (lagi terpelihara dengan sebaik-baiknya) di Luh Mahfuz. Surah Al-Buruj, 21-22

Langkah kedua ialah, ia diturunkan secara sekaligus dari Luh Mahfuz ke

Baitul

Izzah yang terletak di langit dunia pada malam yang penuh dengan kemuliaan, iaitu Malam Lailatul Qadar di bulan Ramadan.

Hal ini tercatat dalam firmanNya iaitu :

Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasanpenjelasan mengenai petunjuk dan pembeza. Surah Al-Baqarah, 185

Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah itu Lailatul Qadar. Ia lebih baik dari 1000 bulan. Surah Al-Qadar, 1- 3

Ia kemudiannya diturunkan beransur-ansur kepada Rasulullah melalui perantaraan Malaikat Jibril. Peristiwa itu bermula dengan menjelmanya Malaikat Jibril dihadapan Rasulullah di Gua Hira, tepatnya ketika Baginda berusia 40 tahun. Bagi kita semua, Ibnu Abbas menyatakan:

Al-Quran itu diturunkan pada malam Lailatul Qadar dalam bulan Ramadan ke langit dunia secara sekaligus, kemudian diturunkan secara beransur-ansur.

Peristiwa penurunan beransur-ansur ini berlangsung selama 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari, bermula dari 17 Ramadan Tahun 610 Masehi hinggalah wakyu terakhir tiba untuk melengkapkan Al-Quran pada 9 Zulhijjah tahun ke 10 Hijrah.

BAGAIMANA NABI MENERIMA WAHYU? Baginda Rasulullah memperolehi wahyu melalui 3 cara iaitu : Melalui Malaikat Jibril yang datang menemui Rasulullah dalam bentuk rupanya yang asli. Contohnya ketika pertama kali Malaikat Jibril bertemu Rasulullah di Gua Hira. Kehadirannya bukan sahaja menghadirkan kejutan yang begitu menggemparkan, bahkan mencetuskan sedikit rasa gementar kepada Rasulullah. Bayangkan sahaja

ketika anda keseorangan, tiba-tiba anda didatangi makhluk cahaya yang amat luarbiasa, tidak pernah dilihat sebelumnya.

Tenyata lawatan mengejut Malaikat Jibril itu telah menjadi satu titik tolak dalam kehidupan Nabi. Melalui ayat Iqra yang diterima, ia menjadi semacam watikah perlantikan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai Rasulullah, utusan Tuhan menyebarkan kebenaranNya.

Ada juga kadang-kala, Malaikat Jibril menemui Baginda dengan menyamar sebagai manusia biasa. Pernah satu ketika dalam hadis yang amat panjang mengenai Islam, Iman dan Ihsan, Malaikat Jibril datang dengan berpakaian serba putih, mengajarkan Nabi mengenai ketiga-tiga tonggak agama itu. Ada juga di kesempatan lain, Aisyah isteri Rasulullah menyatakan pengalamannya menyaksikan sendiri detik ketibaan Jibril :

Aku

pernah

melihat

tatkala

wahyu

sedang

turun

kepadanya pada satu hari yang amat dingin, Lalu malaikat itu pergi, sedangkan peluh mencucur deras dari dahi Rasulullah. Riwayat Bukhari.

Nabi tidak menyaksikan Malaikat Jibril secara zahir, tetapi Baginda menyedari kehadirannya melalui bunyi seperti suara lebah dan bunyi loceng. Wahyu yang diterima seperti ini dikira amat berat bagi Nabi hinggakan Baginda menitiskan peluh yang banyak walaupun dalam cuaca sejuk. Dinyatakan, apabila wahyu sebegini turun kepada Rasul, Baginda terpaksa mengumpulkan segala kekuatannya untuk menerima, menghafaz dan memahaminya.

Ketiga-tiga bentuk penyampaian wahyu di atas akan berlaku berkali-kali dalam hidup Baginda hingga selesai semua ayat Al-Quran diturunkan. Walaupun sesetengah dari wahyu yang disampaikan Jibril kepada Rasulullah without any appointment (datang secara tiba-tiba sahaja), tetapi ia lebih berbentuk hadiah kegembiraan yang amat besar buat Baginda.

ASBABUN NUZUL : ILMU UTAMA UNTUK MEMAHAMI TAFSIRANNYA. Mungkin ada yang bertanya, adakah ayat Al-Quran turun kepada Rasul tanpa sebarang sebab? Jawapannya ialah Ya dan tidak. Sebenarnya, sebahagian ayat Al-Quran turun berdasarkan beberapa kejadian, peristiwa atau sebab tertentu. Tetapi ada juga sebahagian lain disampaikan tanpa sebarang sebab atau peristiwa khusus.

Ini disebabkan dalam beberapa situasi, Rasulullah S.A.W. memerlukan panduan langsung dari Allah untuk menjawab persoalan yang diajukan kepada Baginda. Contohnya, ada dikalangan mereka bertanyakan Rasulullah tentang hukum-hakam Islam, maka Allah menurunkan wahyuNya sebagai jawapan. Peristiwa-peristiwa sebegini dikenali sebagai Asbabun Nuzul, atau kata mudahnya bermaksud sebab-sebab penurunan ayat Al-Quran.

MENGAPA ANDA PERLU MENGETAHUINYA? Jawapannya : agar anda lebih mudah memahami tafsiran ayat Al-Quran dengan tepat. Saya akan membawakan satu contoh mengenainya :

Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka kemana pun kamu menghadap di situlah wajah Allah . Surah Al-Baqarah, 115 Sekali imbas, ayat ini mengharuskan kita mengadap ke mana-mana arah ketika hendak solat. Jika kita memahaminya tanpa berpandukan Asbabun Nuzul, kita akan tersilap besar. Solat kita tidak akan diterima kerana salah satu dari syarat sah solat ialah mengadap kiblat.

Ternyata melalui Asbabun Nuzul, ia mengkhususkan aplikasi penggunaan ayat ini hanya dalam konteks mereka yang bermusafir. Mungkin didalam perjalanannya, mereka tidak mengetahui arah kiblat yang tepat dan terpaksa

berijtihad sendiri untuk menentukannya. Maka dalam hal ini, ke mana juga arah mereka, ia dikira sebagai arah kiblat dan solatnya diterima. Ringkasnya, ayat ini tidak bersifat umum, tetapi hukumnya diaplikasikan kepada mereka yang tidak mengetahui arah kiblat ketika bermusafir.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGETAHUI KESELURUHAN ASBABUN NUZUL? Mudah sahaja. Ia banyak dinyatakan dalam tafsir-tafsir yang muktabar. Bahkan terdapat sebilangan ulama yang mengarang kitab-kitab khusus untuk mengumpulkan Asbabun Nuzul sahaja. Antara yang selalu menjadi rujukan ialah :

Asbabun Nuzul, karangan Al-Wahidi (M 427H) Asbabun Nuzul karangan Ibnu Hajar Al-Asqolani (M 852H)

Lubab Al-Manqul Fi Asbab An-Nuzul, karangan Imam As-Suyuti (M 911H)

Untuk makluman, kebanyakan kitab di atas terutamanya kitab ketiga sudah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Mudah-mudahan, dengan memahami Asbabun Nuzul, kita akan lebih mudah memahami peta keseluruhan akhbar harian, itulah dia : Al-Quran Al-Karim.

l-Quran memiliki sejarah yang sangat menarik untuk dikaji dan difahami. Bermula dengan peristiwa Iqra, cerita mengenainya terus bersambung-

sambung, mencorakkan tamadun dan mengilhamkan inspirasi : bagaimana 1001 kesukaran yang ditempuhi Rasul untuk menerima dan mengumpulkan Al-Quran, sehingga sampai ke tangan kita setelah melalui jarak masa yang cukup panjang.

Dan disini akan berlegar tiga nama besar :

1.

Saidina Abu Bakar As-Siddiq, khalifah Islam pertama, sahabat terdekat nabi yang begitu pintar dalam memperkuatkan Islam

2.

Saidina Umar Al-Khattab, seorang di mana tiket syurga dalam genggamannya,

3.

Saidina Uthman Al-Affan, sahabat yang tidak asing lagi dalam usahanya mengumpulkan Al-Quran, menjadikan nama beliau sinonim hingga ke hari ini : Mashaf Resam Uthmani.

Termasuk juga nama yang wajib disebut ialah Zaid bin Tsabit, penulis wahyu utama, di mana dari kesungguhan dan ketelitiannya, mengalir kebijaksanaan Al-Quran dari generasi ke generasi hingga sampai kepada kita.

Kita akan menghayatinya satu persatu, ditandai dengan zaman Rasulullah sehinggalah ia sempurna dalam satu mashaf yang diiktiraf pada zaman Saidina Uthman.

ZAMAN RASULULLAH : BERMULANYA ERA BARU. Perjalanan meneliti sejarah agung, bagaimana Rasulullah berjaya memasyarakatkan Al-Quran dan mengQurankan masyarakat dimulakan dengan berpandukan ayat ini :

Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayatayat-Nya kepada mereka, mensucikan dan mereka dan Dan

mengajarkan

mereka

Kitab

Hikmah.

sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata. Surah Jumah, 2

Al-Quran mula diturunkan ketika baginda berusia 40 tahun. Bagaimana? : Sedikit demi sedikit. Tempoh : selama 23 tahun. Keadaan peristiwa : berdasarkan kejadian dan keperluan, situasi dan keadaan, soalan yang ditanyakan kepada nabi serta keraguan yang ditimbulkan oleh musuh Islam.

Di sebalik semua itu, visi utama Al-Quran ialah sebagai gema Tuhan berbentuk pedoman, guna untuk menguatkan akidah muslim dan syariatnya, selain misi utama mentarbiah ummah.

Pada waktu itu, Rasulullah menghafaznya dan begitu juga para sahabat. Malah, baginda telah menyuruh beberapa sahabat untuk menulisnya dengan sabdanya : Letakkan surah sekian disebelah surah sekian dan ayat sekian selepas ayat sekian. Begitulah seterusnya proses itu berjalan lancar. Dengan segala kehebatan penurunannya,

Ada antara sahabat yang menulisnya pada kulit binatang, kepingan batu, pelepah kurma, perca dan juga tulang-belulang.

proses penulisan itu dibuat secara sangat sederhana. Ada antara sahabat yang menulisnya pada kulit binatang, kepingan batu, pelepah kurma, perca dan juga tulang-belulang. Bayangkan tahap kesukaran untuk membaca Al-Quran pada waktu tersebut, zaman di mana komputer dan mesin taip masih belum diciptakan walaupun dalam mimpi. Mungkin saja ayat 50 Surah Ali-Imran tertulis di pelepah kurma sementara sambungannya di kepingan batu!

Sebagai kesimpulan, penulisan Al-Quran pada zaman nabi telah tertulis semuanya, tetapi ia masih berselerak dan tidak dikumpulkan pada satu mashaf. Namun Rasulullah S.A.W tidak risau hal ini kerana ramai sahabat yang menghafaznya, ditambah lagi dengan situasi ayat Al-Quran yang masih turun. Ia juga merupakan satu hikmah, kerana walaupun mereka digelar masyarakat buta huruf seperti pada ayat di atas, tetapi mereka mempunyai daya ingatan yang amat tinggi. Maka apabila Al-Quran turun pada masyarakat berlabel sedemikian, nilai kemukjizatannya akan semakin ketara.

Yang pasti, untuk menambahkan lagi keyakinan nabi, baginda akan kembali bertemu mahagurunya Malaikat Jibril untuk menyemak bacaan Al-Quran. Ia dilakukan sekali setiap tahun kecuali pada Urdatul Akhirah pertemuan terakhir sebelum baginda wafat di mana ia telah diadakan sebanyak dua kali, dengan Zaid Bin Tsabit hadir pada semakan terakhir tersebut.

PENGUMPULAN ZAMAN SAIDINA ABU BAKAR. Zaman Saidina Abu Bakar dimulai dengan kejadian huru-hara dan murtad di sana-sini. Sesetengah umat Islam yang imannya lebih nipis dari kulit bawang mudah terkoyak dan dicarik imannya. Sekumpulan kecil lain melangkah lebih jauh dari itu, menggelar diri sebagai rasul baru. Wira yang tidak diundang ini tentulah Musailamah Al-Kazzab si penipu. Gelarannya saja membuatkan dirinya dipenuhi celaan dan mengundang permusuhan umat Islam.

Maka Saidina Abu Bakar tidak menunggu lama. Perang Yamamah diisytiharkan. Bangkitlah beribu-ribu umat Islam yang dadanya berkobar-kobar dengan semangat untuk mempertahankan Islam menyahutnya. Mungkin juga mereka ternampak peluang syahid mendapat tiket syurga percuma dengan pelepasan ruh suci dari tubuh ke langit.

Secara pasti untuk disebutkan disini, Musailamah Al-Kazzab dan pengikutnya berjaya dihapuskan. Pemberontakan telah dipatahkan dengan jayanya. Tetapi umat

Islam terpaksa membayar harga yang agak mahal. Puluhan sahabat, dikatakan seramai 70 orang yang kesemuanya hafaz Al-Quran telah gugur syahid dalam pertempuran itu.

Saidina Umar menyedari sesuatu buruk akan berlaku jika ramai penghafaz Al-Quran gugur di medan-medan perang seterusnya. Masa depan Al-Quran sedang berada di hujung tanduk. Akhirnya, beliau mengesyorkan kepada Saidina Abu Bakar agar Al-Quran dikumpulkan.

Ketika ini, Saidina Abu Bakar sedang dihadapkan pilihan yang sulit : membukukan Al-Quran atau tetap berpegang pada status quo. Saidina Umar sudah menjangkakan, cadangannya tidak akan mendapat persetujuan mudah. Mengapa agaknya? Ini kerana Saidina Abu Bakar sangat bimbangkan satu perkara : bagaimana kita hendak membuat sesuatu yang tidak dilakukan oleh Rasulullah? Beliau menyanggah Saidina Umar.

Tetapi Saidina Umar, yang terkenal dengan ketegasannya, tetap bertenang. Kali ini, gelaran Al-Farouq yang disandang, bermakna pemisah antara hak dan batil lebih menguasai dirinya. Beliau lantas meyakinkan sang Khalifah : itulah realiti yang sedang berbicara. Dikala menghadapi situasi sukar seperti peperangan ini, kita terpaksa membuat keputusan-keputusan sukar membukukan Al-Quran untuk mengelakkan akibat yang lebih sukar kemudian hari.

Dikala menghadapi situasi sukar seperti peperangan ini, kita terpaksa membuat keputusan-keputusan sukar membukukan Al-Quran untuk mengelakkan akibat yang lebih sukar

Akhirnya, kedua sahabat besar ini bersetuju. Mereka lantas membentuk satu jawatankuasa

kemudian hari.

yang diketuai oleh Zaid bin Tsabit untuk melaksanakan tugas suci itu. Pemilihan Zaid sebagai pengerusi amat tepat. Dalam diri Zaid, Khalifah melihat iman dan komitmen keIslaman yang tinggi, penghayatan Islam yang amat mendalam, serta penguasaan ilmu penulisan ayat Al-Quran yang begitu sempurna yang

memungkinkan beliau dianggap sebagai the right man untuk mengetuai projek raksasa itu. Dan sebagai bonus tambahan, Zaid juga mengiringi Rasulullah S.A.W dalam pertemuan terakhir bersama Malaikat Jibril untuk menyemak bacaan Al-Quran.

Zaid, ketika menerima tugasan membukukan Al-Quran merasa ia amat sukar sehingga terkeluar kata-kata darinya : Demi Allah, jika engkau menyuruhku untuk mengalihkan gunung, kurasakan ia lebih mudah dari menulis dan membukukan Al-Quran. Zaid menyedari hakikat ini. Ia adalah projek raksasa berbentuk amanah, satu amanah yang jika diletakkan pada langit, bumi dan gunung pun, tidak ada yang sanggup memikulnya, Mungkin ketika itu, suara amaran Al-Quran jelas terngiang-ngiang :

Sesungguhnya

Kami

telah

mengemukakan

amanah

kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil. Surah Al-Ahzab, 72 Kemudian, setelah beberapa sesi perbincangan yang agak panjang dan sedikit diplomasi, Allah telah membuka hati Zaid untuk menyanggupinya. Demi ketaatan kepada Khalifah, dan ini alasan sebenarnya demi kelangsungan masa depan Al-Quran, Zaid telah memulakan tugasnya dengan begitu teliti, menjadikan iman sebagai pedoman dengan tidak mencampurkannya dengan urusan nafsu, serta keazaman untuk melaksanakannya sesempurna mungkin.

PROJEK YANG LEBIH SUKAR DARI MENGALIH GUNUNG BERMULA. Maka Zaid, dengan bantuan Khalifah mula mengumpulkan segala catatan Al-Quran temasuk yang dihafaz sahabat. Saidina Abu Bakar pula memerintahkan seluruh kaum muslim untuk membawa naskah tulisan ayat Al-Quran yang mereka

miliki ke Masjid Nabawi untuk diteliti oleh Zaid dan jawatankuasanya. Dalam hal ini, Zaid telah menegaskan, beliau tidak akan menerima satu ayat kecuali 2 syarat :

1. 2.

Ia harus sesuai dengan hafazan para sahabat. Tulisan tersebut benar-benar ditulis atas perintah dan di hadapan Rasulullah.

Sebagai langkah ketelitian, untuk membuktikan syarat kedua tersebut, ia harus berdasarkan dua orang saksi yang sangat dipercayai. Proses pengumpulan ini pada mulanya berjalan lancar. Tetapi seperti biasa, kesulitan tetap muncul di tengah jalan. Kali ini datangnya dari ayat 128, Surah At-Taubah. Hampir majoriti sahabat termasuk Zaid sendiri menghafaznya, tetapi ia tidak ditemukan pada mana-mana tulisan yang ada pada waktu tersebut. Pada saat yang begitu merisaukan itu, penyelamat yang ditunggu-tunggu tiba. Ayat yang berbunyi Laqad ja'akum Rasul min anfusikum 'azizun 'alaihi ma 'anittum harisun 'alaikum bil mu'minina Ra'uf al-rahim telah ditemukan pada tulisan sahabat yang bernama Abu Khuzaimah Al-Ansari.

Demikianlah, Al-Quran telah dibukukan dan dikenali sebagai suhuf. Dan tentunya Zaid merupakan manusia paling gembira, kerana tugas berat yang lebih sukar dari mengalih gunung telah berjaya dilaksanakan. Al-Quran itu telah disimpan oleh Saidina Abu Bakar sepanjang pemerintahannya, dan apabila beliau wafat, ia telah disimpan oleh Khalifah kedua, Saidina Umar Al-Khattab. Apabila giliran beliau pula dijemput bertemu Tuhan, ia telah beralih ke dalam simpanan anaknya, Hafsah binti Umar. Kita akan menyambung lagi perkembangan cerita menarik ini pada masa Saidina Uthman Al-Affan.

PENGUMPULAN ZAMAN SAIDINA UTHMAN. Saidina Uthman telah mengambil takhta pemerintahan Khalifah Islam dari Saidina Umar yang telah wafat. Ditangannya Islam mula berkembang dan semakin meluas. Walau bagaimanapun, tidak beberapa lama dalam pemerintahannya, kejadian yang menakutkan mana-mana pemerintah telah tiba : kerusuhan sosial

dan rasukan peperangan serta ketaksuban.

Peperangan yang berlaku sebenarnya telah membuka pintu beberapa masalah lain. Kali ini ia mula dikesan pada tahun kedua atau ketiga dari pemerintahan beliau, iaitu bermula pada tahun 25 hijrah. Walaupun semua umat Islam memegang akidah yang sama, tetapi wajah pengamalannya sudah agak berbeza. Pada zaman di mana Islam semakin meluas dan pengikutnya bertambah ramai, perbezaan bacaan Al-Quran semakin ketara.

Bayangkan sahaja, penduduk negeri Syam misalnya mengambil bacaan menurut kaedah sahabat Nabi iaitu Ubai bin Kaab, manakala penduduk Kufah lebih sesuai dengan bacaan Abdullah bin Masud, sementara yang lain lebih menggemari bacaan Abu Musa Al-Asyari. Begitulah terus-menerus, sehinggalah mereka berkumpul semasa memerangi negeri Armenia dan Azerbaijan, perbezaan ini telah bertembung dan mengakibatkan perselisihan yang dasyat.

Kita mungkin boleh memahami perbezaan bacaan antara para sahabat kerana Al-Quran sendiri diturunkan mengikut 7 lahjah (dialek) yang berbeza. Tetapi tidak pada mereka. Masing masing menegakkan bacaan kelompok masingmasing. Pada waktu ini, kelapangan hati serta diplomasi sudah tidak ada dalam kamus pemikiran mereka. Yang ada hanyalah bentakan-bentakan keras disusuli dengan caci-mencaci yang menyakitkan telinga, seterusnya mengundang api kemarahan.

Kita mungkin boleh memahami perbezaan bacaan antara para sahabat kerana Al-Quran sendiri diturunkan mengikut 7 lahjah (dialek) yang berbeza. Tetapi tidak pada mereka. Masing masing menegakkan

Hero kita pada kali ini ialah Abu Huzaifah Al-Yamani. Beliau menyedari bahaya api dalam sekam yang semakin merebak. Terfikir dihatinya,

bacaan kelompok masing-masing.

jika perkara ini dibiarkan, umat Islam mungkin berpecah-belah. Bagi beliau, perbezaan dialek bacaan itu akan menimbulkan masalah yang lebih besar dari

peperangan yang sedang dihadapi.

Abu Huzaifah tidak menunggu lama. Usai saja perang, beliau terus mengadukan perkara itu Khalifah Uthman. Mungkin lebih kurang tuturnya Wahai Amirul Mukminin, Buatlah sesuatu untuk umat ini sebelum mereka berselisih faham dengan lebih teruk sebagaimana yang telah berlaku di kalangan orang-orang Yahudi dan Nasrani !.

Disebalik ketenangan dan kelembutannya mendengar kebimbangan tersebut, Saidina Uthman sebenarnya amat peka dan mengambil berat masalah ini. Beliau terus menerima cadangan bernas Abu Huzaifah dan memulakan kembali projek raksasa yang pernah dilaksanakan oleh Saidina Abu Bakar. Tetapi kali ini memakan tuntutan amanah yang lebih besar dan berat. Untuk itu, arkitek AlQuran terulung Zaid bin Tsabit sekali lagi dipilih untuk mengetuainya. Beliau telah ditemani oleh sahabat yang lebih berketerampilan seperti Abdullah bin Zubair, Said bin Al-As dan Abdul Rahman bin Harith untuk menyalin Al-Quran kepada beberapa mashaf.

Khilaf dan perselisihan pendapat mula berlaku. Kali ini, ia mengambil tempat pada perkataan tabut dalam ayat 248, Surah Al-Baqarah. Menurut pendapat Zaid, huruf Ta terakhir ditulis dengan Ta Marbutah, (Ta simpul), sementara sahabat lain berpendapat sebaliknya. Ia lebih tepat ditulis dengan Ta Maftuhah (Ta terbuka).

Walaupun mereka menjadikan suhuf yang ditulis pada zaman Saidina Abu Bakar sebagai rujukan utama, tetapi masih ada alasan lain untuk berhati-hati. Perintah Saidina Uthman :

Jika kamu berselisih pendapat dengan Zaid bin Thabit pada sesuatu dalam penulisan Al-Quran itu, maka tulislah menurut loghat Quraisy, kerana sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan menurut lidah mereka. Begitulah antara lain pesanan Khalifah.

Ternyata pesanannya benar. Khilaf dan perselisihan pendapat mula berlaku. Kali ini, ia mengambil tempat pada perkataan tabut dalam ayat 248, Surah Al-Baqarah. Menurut pendapat Zaid, huruf Ta terakhir ditulis dengan Ta Marbutah, (Ta simpul), sementara sahabat lain berpendapat sebaliknya. Ia lebih tepat ditulis dengan Ta Maftuhah (Ta terbuka). Akhirnya titah Khalifah telah dijunjung. Perkataan itu ditulis dengan Ta Maftuhah kerana begitulah bunyi bacaannya menurut loghat Quraisy.

Akhirnya, tugas memindah gunung buat kali kedua itu selesai dilaksanakan. Zaid merasa lebih tenang kerana kali ini ia bukan ditulis sekali sahaja seperti sebelumnya, tetapi ditulis sebanyak 6 mashaf! Setiap satu darinya dihantar ke kota besar Islam sebagai panduan mashaf Al-Quran utama iaitu Basrah, Kufah, Syam, Mekah, Madinah dan senaskhah lagi yang digelar sebagai Mashaf Imam, berada dalam simpanan Khalifah.

Sebagai langkah berhati-hati, setiap mashaf yang dihantar diiringi oleh Tuan Guru yang berkaliber untuk mengajarnya. Mereka ialah :

1. 2. 3.

Abdullah bin Saaib menjadi tuan guru di Mekah, Mughirah bin Syihab mengiringi mashaf Syam Abu Abdul Rahman As-Salami pergi bersama mashaf Kufah

4. 5.

Amir bin Qais mendampingi mashaf ke Basrah. Zaid sendiri menjadi mahaguru utama di Madinah Munawwarah.

Boleh kita bayangkan, bagaimana bahagianya Saidina Uthman kerana poses penulisan itu mendapat restu dan pengiktirafan dari lebih 12,000 para sahabat. Dan kini, para malaikat akan sentiasa menyampaikan pahala amal jariah kepada beliau selagi umat Islam membaca Al-Quran Resam Uthmani jolokan kepada pengasasnya.

SETERUSNYA Begitulah seterusnya Al-Quran telah kekal bersama manusia hingga ke hari ini. Perlahan-lahan, Al-Quran telah mengalami sedikit proses evolusi dengan beberapa penambahan yang diwajarkan seperti tanda mad, baris, harkat, tanda waqaf dan saktah, pembahagian juz sehinggalah yang terkini, ditandakan dengan kod warna bagi mengenali sebahagian hukum tajwidnya.

Dan ia akan tetap memainkan peranannya sebagai kitab yang menawarkan total solution, jawapan penyelesaian yang akan terus diikuti, dicintai dan didampingi umat Islam keseluruhannya.

l-Quran merupakan kitab yang mengandungi begitu banyak hikmah dan pengajaran. Setiap hikmah tersebut disampaikan kepada kita melalui berbagai

teknik seperti perumpamaan, kisah pengajaran, dialog, hukum-hakam dan sebagainya. Dengan begitu banyak hikmah, cerita dan fakta tersebut, ia membawa kita kepada satu pertanyaan besar, apakah sebenarnya misi utama Al-Quran?

Bab ini akan menerangkan 3 misi utama penurunan Al-Quran kepada manusia. Ketiga-tiga misi ini perlu difahami dan dihayati bersungguh-sungguh agar setiap kali membaca Al-Quran, ketiga-tiganya sentiasa menangkap minda kefahaman kita.

MISI PERTAMA : MENGENAL YANG MAHA KUASA ALLAH S.W.T. Ini misi paling utama penurunan Al-Quran : memperkenalkan kepada kita siapakah Allah. Bermula ayat pertama Surah Al-Fatihah lagi, Allah S.W.T. memperkenalkan dirinya sebagai Tuhan yang sangat gentleman, lemah-lembut dan mudah dibawa berunding.

Dari 99 sifatnya, Allah S.W.T. lebih suka menonjolkan sifat Rahman dan Rahim (Maha Pengasih dan Penyayang) untuk menambat hati manusia. Malah ayat pertama Iqra juga membawa mesej sama, iaitu Allah memperkenalkan diriNya sebagai Tuhan pencipta manusia.

TETAPI, KENAL YANG MACAM MANA? Tetapi, kita perlu mengenali Allah dengan kenal dalam ertikata sebenarnya. Ini kerana, jika kenal itu diertikan dengan pemahaman biasa : kenal Allah yang mencipta langit dan bumi, kenal Allah pemilik 99 nama dan, itu hanyalah kenal tahap permulaan sahaja. Pengetahuan seperti itu jarang membantu meningkatkan iman dan mendatangkan rasa takut.

Jika takrif kenal sebegini berterusan, tidak hairanlah mengapa ramai umat islam tanpa segan-silu menjadikan maksiat sebagai jadual harian wajib kerana kenal mereka dengan Allah hanya bersifat ilmu sahaja bukannya penghayatan.

Oleh itu, kita perlu mencari makna kenal yang sebenarnya. Tahap kenal sehingga dapat mencetuskan rasa kehadiran Allah. Saya akan mendatangkan contoh hebat dari Al-Quran, bagaimana orang yang betul-betul mengenal Allah. Kesemuanya berubah seratus peratus, perangainya berubah, pandangan hidupnya berubah dan keyakinannya juga berubah. Untuk itu, kita perlu meneliti Surah Toha, ayat 65 76 dan Surah As-Syuara, ayat 37 51. Maksudnya amat panjang untuk dituliskan disini, dan saya amat menggalakkan anda menatapnya sendiri dalam kitab tafsir.

Secara ringkas, ayat-ayat tersebut menceritakan perjuangan Nabi Musa menghadapi Firaun. Melaluinya, kita mengetahui Firaun sanggup hendak membunuh Nabi Musa, anak angkatnya sendiri untuk mempertahankan egonya. Tetapi bukan itu yang hendak ditekankan disini. Ada watak kecil lain yang hendak dihighlightkan, watak sampingan tetapi menjadi contoh luarbiasa insan yang benar-benar mengenal Allah. Ini watak heronya :

Cuma yang menghairankan ialah, ahli Sihir Firaun telah masuk Islam!, beriman kepada Tuhan Nabi Musa. Disela-sela kekalahan itu, mereka dengan bangganya mengumumkan : Aamanna Birobbil Aalamin,

Dalam pertarungan temasya sihir besar-besaran antara Firaun dan Nabi Musa, Firaun telah mengerahkan ayam tambatannya yang sangat istimewa : Royal Magician atau ahli sihir diraja untuk melawan Nabi Musa. Ganjaran yang diberikan bukan calang-calang, dinaikkan

Robbi Musa Wa Haruun Kami beriman kepada Tuhan Musa dan Harun!

taraf menjadi kerabat diraja jika dapat mengalahkan Musa (lihat Surah Syuara,42).

Untuk memendekkan cerita, dalam perlawanan sihir tersebut, keputusannya

seperti yang diduga : Nabi Musa menang mudah, dan Firaun diaibkan dengan kekalahan yang sangat memalukan. Cuma yang menghairankan ialah, ahli Sihir Firaun telah masuk Islam!, beriman kepada Tuhan Nabi Musa. Disela-sela kekalahan itu, mereka dengan bangganya mengumumkan :

Aamanna Birobbil Aalamin, Robbi Musa Wa Haruun Kami beriman kepada Tuhan Musa dan Harun . (Syuara, 47 & 48) . Bayangkan betapa beraninya mereka berpaling tadah di hadapan Firaun, manusia yang paling ditakuti ketika itu. Boleh dibayangkan juga, betapa merahpadamnya air muka Firaun menahan marah dan malu. Dia terus mengugut :

Amantum lahu kobla an aazana lakum? - berani kamu beriman dengan Musa sebelum beta izinkan? (Surah Syuara, 49) Seperti biasa, dia menggunakan taktik lamanya iaitu ugutan maut : sesungguhnya aku akan memotong tanganmu dan kakimu dengan bersilangan dan aku akan menyalibmu semuanya.

Walaupun berhadapan dengan ugutan bunuh, iman ahli sihir tersebut langsung tidak goyah. Mereka telah bertukar seratus-peratus dari menyembah Firaun kepada menyembah Allah. Kematian pada waktu itu sangat dinantikan kerana ia merupakan tiket untuk bertemu dengan Sang Pencipta Agung. Lalu keluarlah dari mulut mereka jawapan sinis buatlah apa yang mahu kamu buat (Surah Toha,72). Mungkin ketika itu mereka terfikir Engkau boleh cincang jasad kami, tetapi engkau tidak boleh mengusik hati kami, kerana hati ini telah menjadi milik mutlak Allah.

Bagi saya, inilah maksud sebenar kenal Allah, tahap kesedaran hakiki sehingga sanggup mengorbankan diri kerana Allah. Dan tugas kita ketika membaca Al-Quran ialah memberi tumpuan supaya lebih mengenal Allah, rasai

perasaan kasihNya, kenal tanda kemurkaanNya dan fahami sifatNya. Apabila semua ini dapat dirasai, kita akan mencapai ketenangan hati ahli sihir tersebut yang tidak takut apapun selain Allah, malah kita akan lebih bersungguh-sungguh menjalankan suruhan dan perintahNya.

MISI KEDUA : MENGENAL JALAN LURUS SIROTOL MUSTAQIM. Jalan yang lurus : misi kedua penurunan Al-Quran. Kita boleh menemuinya pada ayat ke 6 Surah Fatihah Ihdinas Sirootol Mustaqiim. Bermaksud tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Setelah Allah memperkenalkan diriNya melalui misi pertama, kali ini Allah memperkenalkan kita cara hidup yang diredhoi. Ia termasuklah amalan yang disukai dan dimurkai Tuhan, sebab manusia dicampakkan ke neraka serta cara dan teknik mudah menempah tiket ke syurga. Inilah antara intipati Sirotol Mustaqiim.

MANUSIA CONTOH SIROTOL MUSTAQIM. Antara cara mudah memahami Sirotol Mustaqim ialah dengan meneliti kisah Nabi Ibrahim. Sebenarnya, cerita baginda menampilkan satu dimensi lain tentang rancangan Tuhan yang kadang-kala sukar ditafsirkan. Maksud jalan lurus telah digambarkan dengan begitu sempurna sekali melalui kisah klasik berupa arahan untuk menyembelih anaknya.

Begini jalan lurusnya : Nabi Ibrahim sangat yakin dengan perintah tak masuk akal tersebut walaupun ia disampaikan melalui cara yang langsung tak logik iaitu mimpi. Ini kerana, jika difikirkan secara logik akal, mimpi tidak diterima sebagai medium yang sah, apatah lagi arahannya pula sangat gila iaitu sembelih anak sendiri! Tentu mereka yang waras akan terfikir harimau pun tidak bunuh anaknya, inikan pula manusia bertaraf Nabi! .

Maka untuk memahami kisah sebegini, akal tidak perlu banyak beraksi. Cerita tersebut perlu dihayati dengan bahasa iman. Itulah yang difahami oleh Nabi Ibrahim kerana baginda sangat yakin itu merupakan arahan Allah. Dan moral jalan

lurusnya ialah : walaupun Nabi Ibrahim sangat sayangkan anaknya, namun baginda sanggup mengorbankan sayang tersebut kerana lebih kasihkan Allah. Hati Nabi Ibrahim telah dipenuhi dengan emosi bersifat positif ekstrem, sesuatu yang lebih tepat saya nyatakan sebagai cinta kepada Allah.

Begitulah contoh terbaik yang dibawa oleh Nabi bergelar kekasih Allah, iaitu satu tahap di mana Allah dilihat bukan lagi sebagai zat yang hanya diketahui melalui ayat-ayatnya, tetapi disaksikan dan dirasakan sendiri kehadiranNya. KeagunganNya tidak lagi dibaca, tetapi dihayati. KeindahanNya tidak lagi dibuktikan, tetapi dinikmati oleh iman dan perasaan.

Dan moral jalan lurusnya ialah : walaupun Nabi Ibrahim sangat sayangkan anaknya, namun baginda sanggup mengorbankan sayang tersebut kerana lebih kasihkan Allah.

Dan melalui cerita tersebut, Nabi Ibrahim telah lulus ujian Jalan Lurus. Baginda telah memperoleh kembali anaknya dengan arahan

menyembelih kambing sebagi ganti. Kita pula selaku pengkagum cerita itu akan berterusan mengabadikannya melalui ibadah korban pada Hari Raya Aidil Adha. Semoga dengan setiap korban yang dilakukan, kita mampu mengenal jalan lurus melalui kacamata pandangan Nabi Ibrahim, Insya Allah.

MISI KETIGA : MENGENAL HARI PEMBALASAN : HARI KIAMAT. Misi ketiga pula ialah mengenal hari pembalasan, di mana Allah menunjukkan kita tempat kembali yang kekal iaitu Hari Kiamat. Dalam kehidupan sebenar ini, kita hanya mempunyai dua pilihan, samada syurga atau neraka. Terdapat ratusan ayat dalam Al-Quran yang memperihalkan tentang alam akhirat dengan beberapa surah telah direka khas untuk memperincikan keadaannya.

Surah Qiamah, Waqiah, Haqqah, Naba, Takwir dan Insyiqaq adalah antara surah khusus memperihalkan hari kiamat dengan gambaran, fakta dan kisah yang sangat memeranjatkan.

APAKAH TENTATIF PERHIMPUNAN AGUNG TERSEBUT? Ia bermula dengan tiupan sangkakala, kemudian sesi soal-jawab yang begitu panjang, neraca keadilan, telaga Kausar milik Rasul, titian sirot, syafaat, neraka bersama para malaikat yang berwajah bengis sedia memasukkan sesiapa sahaja kedalamnya, syurga beserta bidadari menggiurkan sedang menanti, dan yang pasti, mengadap Allah S.W.T.

Di sana, kita akan mengikuti sesi tayangan khas, di mana berbilion manusia akan berkerumun di hadapan semacam layar besar, menonton tayangan perilaku setiap insan tanpa sebarang tapisan. Ketika ini, perkataan malu sudah tidak lagi wujud. Masing-masing terpaku dan terdiam, memikirkan nasib diri sendiri.

Gambaran yang paling menggerunkan pula ialah azab seksa neraka. Ia digambarkan secara fizikal sebagai sebuah gaung raksasa, di mana seribu satu

Pada hari huru-hara tersebut, saat yang paling mendebarkan ialah ketika sesi soal-jawab di mahkamah Tuhan bermula. Kita akan dihadapkan soalan sukar, dan sepasukan saksi anggota badan yang sangat adil mendedahkan segalanya serta banyak lagi.

modus operandi penyiksaan yang canggih dan menyeramkan akan digunakan.

Pendek kata, hujung dari semua ini sudah boleh diduga : inilah dunia kehidupan sebenar. Kehidupan yang akan berpanjangan tanpa pengakhiran. Memang setengah dari kebenaran ini akan menakutkan kita. Tetapi dengan persiapan yang teliti, kita akan dapat mengharunginya dengan tersenyum. Dan jika bernasib baik, kita dengan mudah terbang ke Syurga, menghirup udaranya, mencium wangi tanahnya, dan merasakan hembusan angin sepoi-sepoinya yang sangat lembut.

Gambaran yang paling menggerunkan pula ialah azab seksa neraka. Ia

digambarkan secara fizikal sebagai sebuah gaung raksasa, di mana seribu satu modus operandi penyiksaan yang canggih dan menyeramkan akan digunakan. Siksaan neraka lebih keras dari pusat Tahanan Auschwitz pada zaman Hitler, dan keadaannya lebih dasyat dari Penjara Abu Ghraib di Iraq. Cuma bezanya ialah, ia adalah pusat seksaan kekal. Dikatakan, antara jenis seksaan yang paling ringan ialah kasut khas, jika dipakai, kepala kita akan menggelegak!

Saya kira, anda atau sesiapa sahaja berhak merasa takut dengan gambaran ini. Tetapi kita tidak boleh mengelakkannya kerana ia adalah salah satu dari fasa kehidupan. Seperti yang diperihalkan ulama, kehidupan ini terbahagi kepada 5 fasa : alam ruh, alam rahim, alam nyata (dunia), alam barzakh (kubur), dan yang terakhir alam

Jadi, bagaimana untuk survive di alam tersebut? Banyakkan melabur saham akhirat dari sekarang! Saham yang paling bernilai kerana harga jualan

Akhirat. Alam terakhir inilah merupakan alam termurahnya dilipatkan 700 kehidupan yang kekal.

kali ganda dari harga pokok (Al-Baqarah, 261),

Jadi, bagaimana untuk survive di alam tersebut? Banyakkan melabur saham akhirat dari sekarang! Saham yang paling bernilai kerana harga jualan termurahnya dilipatkan 700 kali ganda dari harga pokok (Al-Baqarah, 261), manakala harga tertinggi tidak lain tidak bukan : bertemu

manakala harga tertinggi tidak lain tidak bukan : bertemu Tuhan, Rasulullah, sahabat dan para auliya di Jannatul Firdaus kelak!

Tuhan, Rasulullah, sahabat dan para auliya di Jannatul Firdaus kelak!

TERIMA KASIH YA ALLAH.... Terima kasih Ya Tuhan kerana telah mendedahkan kisah sebenar dan misi utama kehidupan ini. Maka kita perlu memberi sepenuh tumpuan kepada 3 mesej tersebut ketika membaca Al-Quran : Mengenal Allah, mencari petunjuk jalan lurus dan mengenalpasti keadaan hari Kiamat, tempat kita bertemu Allah.

Perlu disemat dalam hati, pencarian ini tidak mudah didapati dengan pembacaan sehari dua sahaja. Ia memerlukan latihan rohani, amalan dan penelitian berterusan serta menjelmakannya dalam praktikal kehidupan seharian. Ketika itu, kesan luarbiasa mengenal Allah akan mula dapat dirasakan dalam bentuk kemanisan iman.

Untuk itu, kita perlu sentiasa berdoa dengan doa ini :

Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka. Surah Al-Baqarah, 201.

Dan kita juga memohon agar Allah sentiasa memberkati kehidupan kita, memudahkan usaha kita, memberi kemudahan kepada segala yang kita diusahakan, dan membimbing kita kepada jalan yg diredhoinya...

Allahumma amin.

aya akan mulakan bab ini dengan satu kajian kes :

PENGALAMAN SAYA TERKENA PUKAU AL-QURAN DI MESIR. Jam sudah menunjukkan hampir 10 malam, tetapi ribuan makmum yang mengikuti solat tarawikh di Masjid Amru Al-As, Kaherah Mesir masih setia walaupun setelah hampir 4 jam solat berlangsung. Saya pula dicelah ribuan jemaah itu, terpukau dan terpesona dengan pengalaman yang tak pernah dirasai di Malaysia. Takjub dan meremang bulu roma rasanya hadir secara live, bagaimana dewan solat bergema dengan kemerduan bacaan imam arab muda sambil diselangi dengan esakan tangisan para jemaah yang begitu menderu-deru. Nampaknya, bacaan imam yang amat mendayu-dayu itu sangat beremosi hingga meruntun jiwa.

Walaupun mengakui bacaannya agak panjang, sangat panjang sebenarnya, saya tetap bertenaga untuk mengikuti keseluruhan solat terawikh itu. Benar, kami telah terpukau dengan suara bacaan imam yang amat menusuk jiwa. Alunan ayat Al-Quran itu telah mewujudkan suasana tenang yang

Memang gila bagi sesetengah orang, tetapi tidak bagi saya. Habis, siapa yang sanggup menolak dari mendengar irama lagu yang paling mengasyikkan?

begitu mendamaikan walaupun kami dicengkam kesejukan musim sejuk Kaherah serendah 5 celcius! Memang gila bagi sesetengah orang, tetapi tidak bagi saya. Habis, siapa yang sanggup menolak dari mendengar irama lagu yang paling mengasyikkan? Mungkin ini adalah antara pengalaman solat yang terindah dalam hidup saya.

Ketika pulang, saya terfikir, apakah faktor penyebab yang menyebabkan ribuan jemaah setia bertahan, menggigil selama 3 ke 4 jam hanya untuk solat

sunat di masjid itu? Mengapa ia jarang berlaku di masjid lain? Adakah suara dan kemerduan imam tersebut memiliki kuasa pukau dan menyihir mereka?

Ya benar. Mereka telah terpukau dengan bacaan imam tersebut. Bacaan menusuk kalbu yang datang dari kombinasi suara serta ilmu tajwid yang tepat dan sempurna.

============================ Maka dalam bab ini, kita akan membicarakan salah satu kejelitaan Al-Quran, iaitu Ilmu tajwid.

Ilmu tajwid sebenarnya hendak membahaskan betapa halusnya kaedah pembacaan Al-Quran. Rasanya tiada buku atau bahasa di dunia ini yang mempunyai kod-kod bacaan yang begitu terperinci seperti Al-Quran. Seseorang akan menjadi khayal dan meny anyi bersama bacaanya jika dia dapat menyesuaikan segala panjang pendek harakat dengan lenggok suaranya.

Lihat sahaja kemerduan suara beberapa imam terkemuka seperti Syeikh Jibril, Syeikh Husairi, Syeikh Ajmi, Syeikh Huzaifi dan bacaan yang paling saya minati, Syeikh Saad Said Al-Ghamidi. Mereka yang disebutkan di atas telah berjaya mempamerkan kejelitaan Al-Quran, menepati kata-kata Rasulullah S.A.W :

Hiasilah Bacaan Al-Quran dengan suaramu.

APAKAH SEBENARNYA ILMU TAJWID?

Para pembaca tentu memiliki definisi asas tentang ilmu Tajwid. Tetapi untuk menyusun lagi pengetahuan anda, saya datangkan disini definisi penuh ilmu Tajwid iaitu :

Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya yang betul, serta memberi hak sifat yang asli serta hak sifat yang mendatang kepadanya.

Ini pula perinciannya : Maksud sifat asli dalam pengertian Tajwid di atas ialah sifat lazim yang ada pada huruf itu dan tidak dapat diceraikan seperti Ghunnah, Jahr, Syiddah, Istifal dan sebagainya. Manakala maksud sifat mendatang ialah sifat yang timbul dari hak sifat asli seperti Tafkhim dan Tarqiq.

Segala ilmu tajwid yang digunapakai sekarang ini adalah bersumberkan bacaan Imam Hafs An Aasim, salah satu bacaan dari Qiraat bersepuluh. Saya akan menerangkan selanjutnya dalam bab Qiraat. Pada waktu ini, biarlah kita meneliti persoalan seterusnya iaitu :

DARI MANAKAH SUMBER DALILNYA?

Ia mengambil asas dari sumber utama umat islam iaitu Al-Quran. Surah Al-Muzammil, ayat 4 menjelaskan : Maka bacalah Al-Quran secara tartil. Cara bacaan tartil yang dikehendaki dalam ayat itulah yang dinamakan sebagai tajwid.

Salah seorang sahabat iaitu Saidina Ali bin Abi Talib jugaada menyatakan bahawa maksud tartil adalah mentajwidkan bacaan Al-Quran dan mengetahui tempat berhenti.

Malahan Rasulullah S.A.W membaca Al-Quran mengikut kadar bacaan panjang dan pendek yang tertentu. Cara bacaan Baginda ini dinyatakan dalam hadisnya yang bermaksud :

Sesungguhnya

Allah

menyukai hambaNya

membaca

Al-Quran secara tepat sepertimana ia diturunkan.

ADAKAH ILMU TAJWID INI WAJIB DIKUASAI? Jawapannya Ya, jika anda benar-benar mengambil berat kesempurnaan bacaan. Ini kerana, ilmu tajwidlah yang akan menyerlahkan kecantikan bacaan Al-Quran. Melaluinya, kita akan berinteraksi dengan jiwa Al-Quran, dan melaluinya juga Al-Quran akan menyerlahkan segala hati perasaannya. Kerana itulah, Imam Jazari, seorang ulama Tajwid dan Qiraat terkemuka ada menyatakan kepentingan tajwid menerusi ungkapan syair yang bermaksud

barangsiapa yang membaca Al-Quran tanpa tajwid akan berdosa, kerana begitulah ia diturunkan oleh Allah, dan begitulah juga ia sampai kepada kita

Syair ini memahamkan kita bahawa jika Al-Quran tidak dibaca secara bertajwid, pasti pembacaannya akan menjadi keras dan beku. Melalui tajwid, keindahan Al-Quran berjaya diserlahkan sehingga kita mampu menangkap sinaran mukjizatnya.

Itu antara kelebihan ilmu tajwid. Tetapi setelah mengetahuinya, tentu kita tertanya-tanya, apakah big picture ilmu ini?

APAKAH BIG PICTURE ILMU TAJWID? Secara mudahnya, ilmu tajwid membahaskan beberapa topik utama iaitu :

Perbahasan tentang cara kita menyebut 28 huruf Hijaiyyah secara tepat. Untuk memahaminya, kita perlu menguasai 2 bab khusus iaitu Makhraj Huruf dan Sifat Huruf. Segala cabang persoalannya seperti Al-Jaufu, Al-Kholqu, Al-Hamas, Asy-Syiddah, Al-Istila dan lain-lain akan lebih difahami melalui praktikal secara berguru.

Huruf bertemu huruf, iaitu apa yang akan berlaku apabila dua huruf yang sama atau berlainan bertemu? Contohnya, bagaimanakah bunyi yang tepat untuk huruf

Nun bertanda mati bertemu dengan huruf Ba? Dari sini akan timbul pula hukum lain seperti Ikhfa, Idgham, Izhar, Iqlab dan lain-lain.

Hukum Mad, iaitu hukum yang akan muncul apabila sesuatu perkataan dipanjangkan kadar panjang bacaaannya (harakat). Mad terbahagi kepada dua iaitu Mad Asli dan Mad Farie. Mad Asli sangat mudah dikenali kerana ia melibatkan 3 huruf sahaja iaitu Alif, Wau dan Ya. Walaupun mudah dikenali, ia tidak begitu mudah dikuasai kerana ia sangat banyak bertaburan dalam Al-Quran. Bagi sesetengah orang, ia umpama jerangkap samar yang sukar untuk dielakkan, kerana anda boleh begitu mudah terperangkap untuk membuat kesalahan jika tidak berhatihati menelitinya

Bagi Mad Farie pula, pembahagiannya amat banyak sehingga 19 jenis, sesuai dengan makna gelaran farienya iaitu cabang atau ranting. Saya akan menyebutkan sebahagian darinya sahaja disini : Mad Arid Lissukun, Mad Lazim, Mad Muttasil serta berbagai lagi. Anda boleh merujuk kepada buku tajwid untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya.

Dari sudut ini, kita agak takjub kerana apa yang diperkatakan di atas hanyalah separuh dari keseluruhannya. Masih banyak lagi yang belum dibincangkan seperti cara Waqaf dan Ibtida, bacaan ganjil seperti Tashil, Isymam, Raum, Imalah dan berbagai lagi. Semua ini boleh anda dalami melalui buku tajwid yang sesuai, dan sudah tentu, melalui guru yang benar-benar berkemahiran .

CARA TERMUDAH MENGUASAINYA. Jika anda mempelajari ilmu tajwid melalui bacaan buku teori tajwid sahaja, mungkin anda akan kecewa. Ini kerana, ilmu tajwid lebih bersifat praktikal berbanding teoritikal. Mengenali dan menghafaz kesemua 15 huruf Ikhfa Haqiqi tidak membuatkan anda mampu membunyikannya secara tepat tanpa bantuan guru yang terlatih. Beza antara langit dan bumi ini, sama seperti seseorang yang ingin menjadi pakar bedah melalui pembacaan buku, dengan seorang yang diiktiraf kepakaran bedahnya melalui tunjuk ajar dan amali dari pakar bedah yang

berpengalaman. Begitu juga perumpamaannya dengan tajwid Al-Quran.

Maka anda perlu mempelajarinya secara Talaqqi, iaitu memperdengarkan bacaan dihadapan guru yag berkemahiran. Melalui cara ini, sebutan huruf anda akan lebih tepat seperti lahjah arab, dan anda juga boleh mengenalpasti dan membezakan 2 jenis kesalahan (Lahnun) membaca Al-Quran iaitu :

Lahnun Jaliy. (kesalahan jelas). Kesalahan bentuk ini ialah kesalahan yang terlalu nyata sehingga boleh dikesan oleh orang awam seperti kesalahan baris yang boleh mengubah makna perkataan.

Lahnun Khofiy (Kesalahan tersembunyi). Kesalahan kecil yang tidak mengubah makna seperti kesalahan mendatangkan sifat dan makhraj huruf. Ia hanya dapat dikesan oleh mereka yang benar-benar pakar dalam ilmu tajwid Al-Quran.

SESUDAH ITU.... Begitulah secara mudahnya penerangan mengenai ilmu tajwid. Saya yakin, dengan beberapa fakta ringkas di atas, ia akan terus menggugah rasa ingin tahu dan minat anda untuk terus kemaruk membaca Al-Quran. Selepas ini, anda bolehlah memperdalamkan ilmu Tajwid anda, memperkemas dan mempercantikkannya, agar segala hak bacaan Al-Quran itu didatangkan secara sempurna.

ercerita mengenai ilmu Qiraat, mungkin ramai yang tidak mengetahui periciannya. Ini kerana masyarakat kita kurang didedahkan dengan ilmu ini,

kecuali pelajar-pelajar tahfiz dan tugasan dalam rancangan Akademi Al-Quran terbitan sebuah syarikat televisyen.

Itulah risiko
Ternyata ketidaktahuan ini kadangkala boleh menimbulkan salah faham besar. Ini terbukti menerusi pengalaman rakan saya yang bereksperimen membaca Qiraat riwayat Warash dalam solat beliau ketika menjadi imam, beliau telah mengalami satu pengalaman yang agak menakutkan iaitu dituduh sesat oleh seorang jemaah. Memang tuduhan itu sangat mudah dilemparkan lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan sesuatu yang baru, luar dari ilmu yang diketahui serta bertentangan dari kebiasaan yang diamalkan.

memperkenalkan sesuatu ilmu baru kepada masyarakat yang telah berakar umbi bacaannya dengan satu Qiraat sahaja iaitu Qiraat Hafs An Asim. Tanpa sesi penerangan yang menyeluruh dan sistematik, kita bakal menjadi mangsa kepada ketidaktahuan masyarakat.

Itulah risiko memperkenalkan sesuatu ilmu baru kepada masyarakat yang telah berakar umbi bacaannya dengan satu Qiraat sahaja iaitu Qiraat Hafs An Asim. Tanpa sesi penerangan yang menyeluruh dan sistematik, kita bakal menjadi mangsa kepada ketidaktahuan masyarakat. Maka disini, saya akan memperkenalkan satu lagi keunikan Al-Quran, iaitu kepelbagaian bacaannya menerusi ilmu yang dikenali sebagai Qiraat.

QIRAAT : WARNA-WARNI BACAAN AL-QURAN. Qiraat ialah satu ilmu yang membincangkan cara membaca lafaz-lafaz setiap perkataan Al-Quran, di mana sesetengah darinya memang berbeza. Perbezaan tersebut diakui sendiri oleh Rasulullah S.A.W, kerana Baginda sendiri yang memulakannya. Hal ini dinyatakan Nabi dalam hadisnya yang berbunyi :

Ibnu Abbas telah menyampaikan bahawa Rasulullah bersabda : Jibril telah membaca Al-Quran kepadaku dengan satu huruf (jenis bacaaan), maka aku membaca huruf tersebut, dan setiap kali aku meminta tambahan lalu ia mengajarkan kepadaku sehingga terkumpul tujuh huruf. Riwayat Bukhari.

Ilmu Qiraat telah membuatkan bacaan Al-Quran lebih beragam dan berwarnawarni. Melalui Qiraat, ia telah menyerlahkan lagi kepelbagaian koleksi mukjizat Al-Quran untuk terus menarik hati dan minat pembacanya.

ADAKAH IA BERBEZA DENGAN ILMU TAJWID ? Memang ia agak berbeza. Tajwid seperti yang kita fahami adalah ilmu memperelokkan bacaan Al-Quran dan ia disusun berdasarkan bacaaan riwayat Imam Hafs An Asim. Sementara Qiraat pula ialah kepelbagaian cara bacaan Al-Quran dari Rasulullah yang dikumpulkan melalui 10 gaya bacaan imam Qiraat. Setiap imam memiliki teknik bacaan atau tajwidnya tersendiri yang agak berbeza dengan tajwid yang kita kuasai.

Ada baiknya jika saya datangkan satu perbandingan yang akan membuatkan ia difahami lebih mudah : tajwid diibaratkan seperti Matematik moden, sementara Qiraat pula lebih seperti Matematik Tambahan atau Add Math.

Jika ada yang beranggapan bahawa ilmu tajwid sudah agak kompleks untuk dikuasai, saya ingin memberitahu, ilmu tajwid dengan segala keserbaserbiannya itu hanyalah 5 peratus sahaja dari ilmu Qiraat. Besar bezanya bukan?

MEMAHAMINYA DENGAN LEBIH MENDALAM. Pada perenggan di atas, saya telah membawakan satu hadis yang

menceritakan secara ringkas akan asal-usul kewujudan ilmu Qiraat. Tetapi kali ini, ada satu lagi hadis yang menjelaskan lebih detail tentang perbezaan cara bacaan itu :

Umar Al-Khattab berkata : aku mendengar Hisyam bin Hakim membaca Surah Al-Furqan pada zaman Rasulullah. Ketika aku mengikuti bacaannya , tiba-tiba ia membaca dengan huruf (jenis bacaan) yang banyak, di mana Rasulullah tidak pernah mengajarkannya kepadaku.

Hampir saja aku menariknya ketika solat, tetapi aku bersabar sehingga ia memberi salam.

Kemudian aku menarik bajunya dan berkata : Siapakah yang mengajar bacaan surah ini kepadamu? Ia

menjawab : Rasulullah yang membacakannya kepadaku. Lalu aku berkata : engkau menipu, kerana Rasulullah tidak pernah mengajarkannya kepadaku. Aku terus

membawanya menemui Rasulullah, dan mengadu bahawa Hisyam telah membaca Surah Furqan dengan bacaan yang tidak Baginda ajarkan.

Kemudian Baginda Rasul bersabda : bawakan Hisyam kemari, dan Rasulullah menyuruhnya membaca dengan bacaan yang telah dibacakan di hadapanku sebelum ini.

Selepas

Hisyam

habis

membacanya,

Rasulullah

bersabda : begitulah ia (Al-Quran) diturunkan. Selepas itu Baginda menyuruhku membacanya pula. Dan aku pun membacanya dengan bacaan yang pernah aku pelajari dari Baginda. Lalu Rasul bersabda : begitulah juga ia diturunkan. Sesungguhnya Al-Quran diturunkan dengan tujuh huruf, maka bacalah apa yang mudah darinya. Hadis Riwayat Bukhari.

Nampaknya hadis ini menjadi lampu spotlight terang untuk menjadi bukti wujudnya perbezaan bacaan Qiraat kepada kita. Sebagai kiasan untuk memudahkan kefahaman mengapa perbezaan ini timbul, saya bawakan satu contoh. Lihat sahaja Bahasa Melayu. Walaupun bahasanya sama, tetapi ia memiliki loghat dan dialek berlainan di setiap negeri. Contohnya perkataan air. Ada sesetengah loghat yang menyebutnya sebagai ayor, manakala yang lain lebih memahami ayak. Bunyi sebutannya berbeza tetapi maknanya tetap sama.

Contohnya perkataan air. Ada sesetengah

Malah, untuk menunjukkan betapa beragam dan berbezanya dialek bahasa Melayu, cukup untuk kita temukan antara orang Negeri Sembilan dan orang Kelantan. Jika keduanya mengekalkan dialek masing-masing, maka kejadian bak kata pepatah seperti ayam dan itik bercakap akan berlaku walaupun secara asasnya, kedua-duanya bertutur bahasa Melayu.

loghat yang menyebutnya sebagai ayor, manakala yang lain lebih memahami ayak. Bunyi sebutannya berbeza tetapi maknanya tetap sama.

Begitulah juga keadaannya dengan Qiraat. Memang Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab, tetapi menurut Al-Wasiti dalam kitabnya Qiraat Al-Asyara, mereka mempunyai 40 lahjah dan loghat yang berbeza-beza. Maka ketika Al-Quran mula ditulis pada zaman Saidina Uthman, setiap perbezaan bacaan Qiraat ini telah diraikan kewujudannya. Disebabkan itulah, penulisan Al-Quran pada waktu tersebut tidak diletakkan baris dan titik, agar setiap para sahabat boleh memilih Qiraat yang sesuai untuk mereka amalkan.

CARA IA DIWARISI. Ilmu yang cukup istimewa ini telah diperturunkan oleh Rasulullah S.A.W kepada sahabat, seterusnya para tabiin dan tabi tabiin. Kemudian, ia diwarisi dengan cara yang cukup teratur dari generasi ke generasi hinggalah sempurna dikumpulkan dan disandarkan kepada 10 orang Imam Qiraat yang sangat terkenal,

mendalam ilmunya, wara dan dipercayai. Disebabkan wujud jarak masa dan keilmuan yang cukup panjang antara kita dengan setiap bacaan Rasulullah itu, maka untuk menyeberanginya, kita memerlukan 10 Imam Qiraat yang berautoriti tinggi itu untuk mengetahuinya.

Pada merekalah terkumpul bacaan Qiraat yang paling sahih dan tepat dari Rasulullah. Bagi memudahkan ia dikuasai, kesemua bacaan 10 imam beserta rawinya ini telah disusun secara sistematik oleh 2 ulama Qiraat yang sangat terkenal, iaitu Imam Syatibi dan Imam Jazari.

Qiraat yang dikumpulkan oleh kedua imam ini dikira sebagai Qiraat mutawatir, iaitu Qiraat yang diiktiraf serta diterima secara kolektif dari Rasulullah, di mana tidak mungkin berlaku pendustaan secara beramai-ramai pada cara pembacaan tersebut. Untuk memudahkan ia difahami, kedua imam tersebut telah menghasilkan 2 kitab matan induk utama yang merupakan himpunan formula cukup sempurna untuk menguasai bacaan ilmu Qiraat. Saya akan menyatakan tajuk kitabnya. Kitab matan yang dikarang oleh Imam Syatibi diberi nama Hirzul Amaani Wa Wajhut Tahaani, sementara kitab yang dikarang oleh Imam Jazari pula digelar sebagai Toyyibatun Nashr.

SIAPAKAH 10 QIRAAT YANG DIIKTIRAF ITU ? Jika kita mempelajarinya dari aliran Imam Syatibi melalui kitabnya Hirzul Amaani Wa Wajhut Tahaani, beliau menyenaraikan 7 imam Qiraat, di mana setiap darinya mempunyai 2 orang rawi atau anak murid yang terkenal. Secara ringkasnya, mereka ialah :

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Imam Nafi, mempunyai 2 rawi yang bernama Qolun dan Warasy. Imam Ibnu Kathir, mempunyai 2 rawi yang bernama Bazzi dan Qunbul. Imam Abu Amru, mempunyai 2 rawi yang bernama Durri dan Suusy. Imam Ibnu Amir, mempunyai 2 rawi bernama Hisyam dan Ibnu Zakwan. Imam Aasim, mempunyai 2 rawi yang bernama Syubah dan Hafs. Imam Hamzah, mempunyai 2 rawi yang bernama Khalaf dan Khallad. Imam Kisai, mempunyai 2 rawi yang bernama Abu Al-Harith dan Durri.

Perhatikan, Imam bacaan yang kita amalkan terletak pada kedudukan kelima, iaitu bacaan Qiraat Hafs, anak murid kedua dari Imam Aasim. Sementara itu, menurut Aliran Imam Jazari di dalam kitabnya Toyyibatun Nashr, beliau telah menambah 3 lagi imam untuk mencukupkannya kepada 10 iaitu :

8.

Imam Abu Jafar, mempunyai 2 rawi yang bernama Ibnu Wardan dan Ibnu Jammaz

9.

Imam Yakub, mempunyai 2 rawi yang bernama Rauh dan Ruwais.

10. Imam Khalaf Al-Bazzar, mempunyai 2 rawi yang bernama Ishaq dan Idris.

APAKAH PERBEZAAN BACAAN ANTARA 10 IMAM ITU? Mengenai perbezaan ini, ia ada diterangkan secara panjang lebar dalam kitabkitab Qiraat. Tetapi bagi memudahkan kefahaman anda, saya ringkaskannya kepada penerangan pendek iaitu :

Perbezaan tersebut adalah dari sudut :

1. 2.

Nama (bilangan, atau jenis gender) Perbuatan

(Tasrif

Feel)

yang

menunjukkan

perbuatan yang telah lepas, sekarang atau suruhan. 3. Wajah Irab (bahasa Arab) sama ada dibaca dengan baris atas, bawah atau hadapan. 4. Perbezaan pada Isbat dan Hazaf (kurang atau lebih huruf) 5. 6. 7. Perbezaan pada Taqdim dan Takhir Perbezaan pada Ibdal (pertukaran) Perbezaan pada Lahjah, Fatah Wal Imalah serta lainlain.

Sudah tentu untuk memahaminya, anda perlu serta memiliki asas bahasa Arab yang agak kuat serta mendalaminya dari guru yang pakar. Bukankah seperti dinyatakan sebelum ini, ilmu Qiraat umpama Add-Math?

CONTOH PERBEZAANNYA : Untuk menunjukkan perbezaan tersebut, saya datangkan satu contoh perbezaan Qiraat pada kalimah Alaihim yang berulang dua kali pada ayat terakhir dari Surah Al-Fatihah. Kita sering membacanya seperti itu. Tetapi, lihat perbezaan ini :

1.

Qiraat Imam Hamzah dan Yaqub membaca Alaihum, dengan baris depan pada huruf Ha.

2.

Qiraat Imam Ibnu Katsir dan Abu Jafar pula membaca Alaihimuu dengan menambah baris

depan pada huruf Mim. Sangat berbeza bunyinya bukan?

ADAKAH KESEMUA QIRAAT INI SAHIH DAN BENAR? Ya, kerana kesemuanya berasal dari sumber yang satu iaitu Rasulullah S.A.W. Walaupun Qiraat Hafs An Asim merupakan Qiraat yang paling banyak digunapakai serata dunia, tetapi Qiraat lain juga diamalkan di sesetengah tempat. Contohnya :

Umat islam Negara Sudan lebih menggemari Qiraat Abu Amru.

Negara Morocco dan Libya mengamalkan Qiraat Warsy.

Qiraat Qalun pula banyak diamalkan di beberapa tempat di Asia Tengah.

Sesetengah tempat di Mesir dan Iraq, mereka membaca Qiraat selain dari bacaan yang kita kenali.

Malah, saya sering menemui Al-Quran yang dicetak dengan Qiraat berlainan di Pesta Buku Antarabangsa Kaherah, Mesir.

Jika anda menguasai kesemua cara bacaan ini, anda boleh mengamalkan mana-mana darinya mengikut kecenderungan. Kesemuanya betul, tepat dan sahih kerana datang dari punca yang satu iaitu Rasulullah. Kedudukan setiap Qiraat pula adalah setaraf, dan tidak ada salah satu darinya yang melebihi dari yang lain. Cuma, kita dilarang mencampur-adukkan bacaan Qiraat dalam bacaan Al-Quran, kerana perkara ini tidak pernah dilakukan oleh Baginda Rasul, para sahabat mahupun para imam Qiraat selepasnya.

MENGENALI 2 ARKITEK QIRAAT YANG TERUNGGUL. Apabila berbicara mengenai ilmu Qiraat, kita wajib menyebut dua sosok agung yang telah memberikan sumbangan begitu besar kepadanya. Itulah dia Imam Syatibi dan Imam Jazari. Dari mereka berdualah kita akan menemui punca mata air ilmu Qiraat di mana ilmu ini disusun, dikemaskini dan diperkembangkan. Kita akan mengenali sedikit sebanyak biografi dan latar belakangnya.

1 : IMAM SYATIBI LOKOMOTIF QIRAAT DARI ANDALUS.

Kata guru saya, siapa yang ingin memasuki pintu ilmu Qiraat, dia perlu menghadam kitab Hirzul Amani Wa Wajhut Tahaani dahulu. Itulah antara kitab induk Qiraat yang dikarang oleh Al-Qasim bin Firruh Bin Ahmad bin Khalaf bin Ahmad Abu Qasim Muhammad Asy-Syatibi, atau lebih dikenali dengan gelaran Imam Syatibi yang lahir pada tahun 538 Hijrah di Andalus (Sepanyol).

Mengenali Imam Syatibi, membuatkan anda akan begitu teruja dengannya. Keilmuannya dalam ilmu Al-Quran MasyaAllah Tabarakallah! Itu tidak termasuk lagi dengan kezuhudan, ibadah dan taqwanya yang begitu luarbiasa. Pendek kata, Allah telah mencampakkan sinar kurniaNya yang sangat terang-benderang kedalam hatinya untuk menggantikan penglihatan beliau yang buta sejak dilahirkan.

Sejak kecil lagi, Imam Syatibi sangat meminati ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran. Ketika ramai rakannya masih bergelut untuk menghafaz Al-Quran, beliau bukan sahaja sudah menghafaznya, bahkan telah menghadam segala ilmu Qiraat dari kitab At-Taisir dalam mindanya. Ternyata, penglihatannya yang buta telah digantikan Allah dengan sinaran hati yang terang untuk menerima dan menguasai ilmu. Dan pada waktu muda itulah juga, beliau telah menguasai asas ilmu Qiraat dari seorang ulama terkemuka iaitu Imam Abi Abdullah Muhammad bin Abi Al-As.

Pencarian ilmu Imam Syatibi sampai ke kemuncaknya apabila selesai berguru dengan seorang Syeikh Qiraat bernama Abi Thohir As-Salafi di Iskandariah, Mesir. Di sana, beliau telah mendapat penghormatan yang begitu tinggi, menjadi ketua Lujnah Al-Quran bagi Negeri Mesir. Ketika itu, beliau telah dikenali dan diiktiraf sebagai ulama pakar rujuk Qiraat utama, sehinggakan Imam Hafiz Abu Syammah Ad-Dimasyqi memujinya sambil bersyair Aku melihat para ulama Mesir yang terkemuka mengagungkan Imam Syatibi.

Beliau telah
Pada masa keemasannya, kitab yang paling sering menjadi rujukan Ilmu Qiraat ialah Matan Hirzul Amani Wa Wajhut Tahaani karangannya. Beliau telah menjadi kiblat ilmu ilmu Qiraat di Negeri Mesir. Setiap kali kuliahnya diadakan, ia akan dihadiri oleh murid-murid unggul bertaraf syeikh dan tuan guru.

menjadi kiblat ilmu ilmu Qiraat di Negeri Mesir. Setiap kali kuliahnya diadakan, ia akan dihadiri oleh murid-murid unggul bertaraf syeikh dan tuan guru.

Mereka yang menggemari kelas pengajiannya mengetahui peraturan utama dalam kuliah beliau iaitu : keutamaan membaca akan didahulukan

kepada siapa yang datang awal. Tetapi pernah suatu hari, beliau telah mengingkari peraturan yang diciptanya sendiri. Anak muridnya yang disisihkan ketika itu sangat bingung. Mengapa Tuan Syeikh tidak mengizinkanku membaca, sedangkan aku tiba pada waktu terawal sekali? Dia berfikir sambil menyisih ketepi, memberi peluang untuk pelajar lain mengambil giliran untuk membaca. Ternyata,

setelah beberapa ketika, dia mengetahui masalahnya iaitu masih berada dalam keadaan berjunub. Dan selepas membersihkan dirinya, Imam Syatibi mempersilakannya kembali memperdengarkan bacaan.

Kisah di atas hendak memberitahu kita tentang kelebihan luarbiasa kurniaan Ilahi kepada Imam Syatibi. Antara kehebatannya yang sering diperkatakan juga ialah, beliau mengetahui waktu masuk solat dengan tepat tanpa mendengar azan. Imam Syatibi juga merupakan seorang yang sangat zuhud, sentiasa berkekalan dalam wudhu dan sangat tajam fikirannya.

Ternyata, ulama sehebat beliau lebih disayangi Allah. Malaikat maut akhirnya tiba mengunjunginya pada hari Ahad selepas solat Asar, memintanya berehat, pulang bertemu penciptaNya. Imam Syatibi meninggal dunia, berlari bertemu Tuhan pada 28 Jamadil Akhir, tahun 590 Hijrah pada usia 52 tahun, dan dikebumikan di Jabal Muqattam, Mesir. Dan kita selaku pengkagum kepadanya masih sempat mengutip sinaran ilmu beliau menerusi kitabnya yang terunggul. Itulah dia kitab yang mengandungi 1173 bait matan : Hirzul Amaani Wa Wajhut Tahaani. Bagi kita semua, Imam Syatibi meninggalkan pesan ini :

Sesungguhnya Kitab Allah adalah pemberi syafaat yang terkuat, satu nyanyian yang paling kaya, dan satu pemberian yang paling berharga, kitab yang tidak membosankan untuk dibaca, setiap kali mengulangnya, akan menyerlahkan lagi kejelitaannya

2 : IMAM JAZARI : KEMUNCULAN BINTANG PADA RAMADAN. 161 tahun setelah kewafatan Imam Syatibi, di satu bahagian jazirah arab, lahirnya seorang yang ditakdirkan Tuhan untuk meneruskan kelangsungan ilmu Qiraat. Tepat 25 Ramadan tahun 751 hijrah, hajat seorang hamba yang ingin menimang anak selepas 40 tahun perkahwinan telah dimakbulkan Tuhan. Ternyata, doa bapa yang panjatkan ketika menunaikan Umrah tidak sia-sia. Caranya yang berdoa sambil mengambil keberkatan air zam-zam sebagai syafaat telah

diperkenankan. Tidak sekadar itu, anak yang diberi nama dengan Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusuf Al-Jazari ini menjadi seorang yang sangat berilmu, paling soleh dan berkemahiran tinggi dalam ilmu Al-Quran dan Qiraat.

Semasa hidupnya, Imam Jazari dikenali sebagai seorang cendekiawan sekaligus Syeikhul Qurra yang tajam fikirannya khususnya dalam bidang Qiraat. Sepanjang hayatnya, beliau diibaratkan sebagai kaabah ilmu Qiraat hingga berjaya melahirkan kitab Qiraat yang begitu bermanfaat iaitu Matan Toyyibatun Nashr. Kitabnya itu, sama seperti kitab Qiraat Imam Syatibi telah menjadi naskhah rujukan utama kepada mereka yang ingin mendalami ilmu Qiraat secara mudah, tepat dan berkesan.

Disampaikan juga, kisah beliau yang begitu berinspirasi hingga membuatkan kita teruja dengan kesungguhan keilmuannya. Antara yang sempat dicatatkan ialah beliau telah menghafaz Al-Quran pada umur semuda 13 tahun, waktu bertatih bagi sesetengah orang dalam mempelajari Al-Quran. Ketika berusia 17 tahun pula, beliau telah mendalami ilmu Qiraat dengan seorang Syeikh yang paling alim dan mahir dalam ilmu Qiraat ketika itu, iaitu Syeikh Ibnu Lubban. Selepas itu, kehausan ilmunya dalam

Antara yang sempat dicatatkan ialah beliau telah menghafaz Al-Quran pada umur semuda 13 tahun, waktu bertatih bagi sesetengah orang dalam mempelajari Al-Quran.

Qiraat telah disempurnakan dengan mengkhatamkan 2 kitab Qiraat iaitu Al-Kafi dan At-Taisir dengan Syeikh Abi Abdullah Muhammad bin Salih di Masjid Nabawi, Madinah.

Tidak seperti Imam Syatibi yang meninggal dalam usia yang relatif agak muda, Imam Jazari telah dianugerahkan umur yang agak panjang. Nampaknya, setiap 1015 bait matan dalam kitabnya itu telah berjaya diterangkan kepada ramai dengan begitu berkesan. Akhirnya pada tahun 833 Hijrah, atau secara tepatnya ketika berusia 82 tahun, beliau telah menemui Tuhannya dengan perasaan gembira.

Benarlah sepatah kata Imam Jazari seperti yang dinyatakan dalam bait matannya tentang kemuliaan :

Sesungguhnya manusia tidak akan dimuliakan, kecuali dengan apa yang dihafaz dan diketahuinya. Maka dengan itu, para penghafaz Al-Quran adalah semulia umat, manusia yang lebih utama disisi Tuhannya.

MENGAPA ANDA PERLU MENGETAHUI KESEMUA INI? Ilmu Qiraat telah mengilhamkan kita bahawa ilmu Islam sebenarnya amat luas, cukup untuk menyedarkan kita bahawa segala ilmu yang diketahui sekarang hanya setitik dari lautan pengetahuan Tuhan yang tidak terbatas.

Semoga pengenalan ini akan membuatkan anda lebih teruja untuk menghayati ilmu Qiraat dengan lebih mendalam, seterusnya jatuh cinta kepada Al-Quran berulang kali!

pakah fungsi Al-Quran kepada kita semua? Cukup banyak sebenarnya, jika kita melihatnya sebagai bilik pencawang utama kehidupan yang

berkeupayaan untuk memberi jalan keluar bagi perselisihan dan masalah dalam masyarakat (Al-Baqarah, 213).

Mengapa solusi dari Al-Quran memiliki autoriti tinggi? Tidak lain kerana ia datang dari perekabentuk kita iaitu Allah S.W.T. Disebabkan Tuhan mengetahui produk manusia ciptaanNya ini boleh rosak (jika menurut nafsu dan syaitan), maka Allah telah menurunkan sekali manual book atau buku aturan penggunanya iaitu Al-Quran.

Walaupun secara asasnya sesetengah ayat dalam manual book itu bersifat jelas dan D.I.Y sifatnya, ada juga beberapa perintah lain yang memerlukan keterangan lebih lanjut dari pakar. Al-Quran sendiri menyatakan sedemikian :

Tafsir menurut ulama bermaksud : ilmu yang membahaskan tentang makna ayat Al-Quran, dengan meneliti

maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui (Surah An-Nahl, 43) Perkara ini membawa kita kepada kewujudan tafsir yang menurut ulama bermaksud : ilmu yang membahaskan tentang

setiap pengertiannya untuk mencapai apa yang dikehendaki Allah, sesuai dengan kadar kemampuan manusia.

makna ayat Al-Quran, dengan meneliti setiap pengertiannya untuk mencapai apa yang dikehendaki Allah, sesuai dengan kadar kemampuan manusia. Mudahnya, tafsir mampu menunjukkan rupa sebenar Al-Quran, menjelaskan tujuan dan maknanya serta membuka pintu-pintu kefahaman akal dan hati.

Tetapi, bukankah kita boleh memahaminya sendiri tanpa memerlukan perantaraan orang lain? Betul, jika anda benar-benar menguasai ilmu-ilmu prasyaratnya. Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya ada membuat perumpamaan baik

untuk menjawab persoalan ini : perumpamaan orang yang membaca Al-Quran tanpa mengetahui tafsirnya adalah seperti satu kaum yang memperolehi sebuah kitab dari raja pada waktu malam. Mereka tidak dapat membacanya kerana tidak memiliki lampu dan merasa amat ketakutan kerana tidak mengetahui isi kandungan kitab itu.

Lalu, perumpamaan orang yang mengetahui tafsir ialah seperti seorang yang datang kepada mereka dengan membawakan lampu sehinggakan dengannya, mereka dapat memahami kitab tersebut.

MENGAPA TAFSIR SANGAT DIPERLUKAN? Tafsir sangat diperlukan kerana para ulama pakar pun kadang-kadang agak confuse dengan beberapa ayat Al-Quran yang agak kabur maknanya. Ini disebabkan secara asasnya, ayat Al-Quran terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

1. 2.

Muhkamat, iaitu ayat yang sangat jelas dan tidak kabur maknanya, serta tidak memerlukan penjelasan lanjut. Mutasyabihat, iaitu ayat yang agak kabur dan bersifat kiasan dalam maknanya.

Pembahagian ini adalah berdasarkan keterangan dari Al-Quran sendiri iaitu :

Dialah yang menurunkan Al Kitab

kepada kamu. Di

antaranya ada ayat-ayat yang muhkamaat , itulah pokokpokok isi Al-Qur'an dan yang lain mutasyabihat . Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada

kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihat daripadanya untuk menimbulkan

fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah. Dan orangorang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari

sisi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang berakal. Surah Ali-Imran, 7

Untuk memahaminya lebih lanjut, saya akan perincikan makna kedua-duanya iaitu :

Muhkamat : Ayat yang sangat jelas pada maknanya. Dalam ertikata lain, maknanya hanya mempunyai satu dimensi dan tidak memerlukan penafsiran kedua. Kebanyakan kod etika perundangan dalam Al-Quran dikategorikan sebagai ayat muhkamat.

Contohnya, kategori makanan yang haram dimakan. Al-Quran telah menjelaskan :

Katakanlah: "Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa, sedang dia tidak

menginginkannya dan tidak

melampaui batas, maka

sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". Surah Al-Anam, 145.

Ayat ini sangat jelas maknanya iaitu jenis makanan yang diharamkan Allah. Ia juga menerangkan kod etika jika ia terpaksa diambil dalam keadaan darurat, iaitu dengan cara tidak melampaui batas. Terdapat juga contoh ayat lain seperti ayat Kursi yang menerangkan tentang kehebatan Allah, ayat 23 surah An-Nisa yang menerangkan kategori perempuan yang haram dikahwini serta banyak lagi.

Mutasyabihat : ayat kiasan atau ayat yang memerlukan penjelasan lebih lanjut dan memiliki lebih dari satu penafsiran. Banyak contoh tentang ayat sebegini seperti peristiwa hari kiamat, malaikat yang mencabut nyawa, peniup sangkakala serta banyak lagi. Sebagai contoh, perkataan tangan Allah dalam ayat dibawah banyak membuka ruang penafsiran tentang maknanya :

Bahwasanya orang-orang yang

berjanji

setia

kepada

kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka , maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan

memberinya pahala yang besar. Surah Al-Fath, 10.

Termasuk dalam kategori Mutasyabihat ialah permulaan surah yang dimulai dengan huruf yang cukup misteri, dikenali sebagai Al-Muqattaaat. Ia ditemui pada awal 28 surah seperti huruf Alif Lam Mim dalam ayat pertama surah Al-Baqarah. Walaupun terdapat beberapa model penafsiran terhadapnya, para mufassirin percaya hanya Allah sahaja yang mengetahui maknanya yang tepat.

BAGAIMANA SECARA ASASNYA AL-QURAN DITAFSIRKAN? Terdapat 4 step dalam penafsiran asas ayat-ayat Al-Quran iaitu :

1.

Ayat Al-Quran ditafsirkan dengan Al-Quran. Teknik sebegini selalu

digunakan iaitu dengan mengambil beberapa ayat lain untuk menyokong makna atau menghuraikan maksud ayat lain.

Contohnya makna jalan orang yang diberi nikmat dalam ayat ke 7 surah Al-Fatihah telah diterangkan kriteria orangnya oleh ayat 69 dari surah An-Nisa iaitu :

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, orang-orang Siddiqiin, orpara syuhada serta orang soleh. dan amatlah baik jika mereka itu menjadi teman setia.

2.

Ayat Al-Quran ditafsirkan dengan Sunnah Rasulullah S.A.W. Teknik

sebegini akan mengambil keterangan dari hadis Rasulullah sebagai penghurai maksud ayat Al-Quran.

Setiap keterangan dari Rasulullah sangat valid untuk menafsirkan Al-Quran berlandaskan ayat ini :

Sesungguhnya Muhammad)

Kami Kitab

menurunkan (Al-Quran)

kepadamu dengan

(Wahai

membawa

kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela para pengkhianat. Surah An-Nisa 105.

3.

Mentafsir ayat Al-Quran berdasarkan pendapat para sahabat yang

berautoriti setelah tiada penerangannya dari Al-Quran atau hadis. Ramai para sahabat yang diakui Rasulullah memiliki autoriti dalam ilmu tafsir seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali, Ibnu Masud, Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan lain-lain. Bahkan ada diantara mereka iaitu Ibnu Abbas r.a yang didoakan sendiri oleh Rasulullah untuk menjadi pakar dalam ilmu tafsir dan tawil menerusi sabdanya iaitu :

Ya

Allah,

fahamkanlah

ia

dalam

ilmu

agama

dan

ajarkanlah ia ilmu tawil. Riwayat Ahmad.

4.

Merujuk penjelasan tafsir kepada generasi selepas para sahabat iaitu

para Tabiiin.

Ramai diantara para tabiiin yang memang diakui pakar dalam tafsir Al-Quran seperti Qatadah r.h, Ikrimah r.h, Said bin Jubair r.h, Mujahid r.h, Ato r.h, Hassan Al-Basri r.h dan ramai lagi. Banyak pendapat mereka telah diambil untuk menyokong keterangan dari hadis dan pendapat para sahabat dalam tafsir-tafsir muktabar.

ADAKAH ANDA MEMILIKI RUANG UNTUK MENAFSIR AL-QURAN? Jawapannya ialah YA dan TIDAK. Ya jika anda memang merupakan seorang alim besar dalam ilmu tafsir, dan Tidak jika anda seorang awam yang hanya membaca petikan surah pendek dari juzu 30 dalam solat. Saya tidak bermaksud untuk menyulitkan anda, tetapi anda akan memahaminya jika meneliti kitab tafsir besar seperti kitab Jami Al-Bayan Fit-Tawil Al-Quran karya Ibn Jarir At-Tabari. Jika kita ingin membaca kitab tafsir alim besar ini, kita terpaksa merujuk kepada ilmuan yang bertaraf sarjana untuk membantu kita. Ini kerana terlalu banyak perkara tidak tahu dibicarakan dalam kitab ini yang membuatkan sesetengah kita sangat terpinga-pinga.

Jika kita ingin membaca kitab tafsir alim besar ini, kita terpaksa merujuk kepada ilmuan yang bertaraf sarjana untuk membantu kita. Ini

Tetapi ia tidak bermakna kitab itu terlalu bersimpang siur. Tidak sekali-kali. Sebenarnya, ilmu Imam At-Tabari sudah sampai ke tahap amat mendalam menyebabkan kita tidak memahami banyak perkara yang diperbahas-

kerana terlalu banyak perkara tidak tahu dibicarakan

kan. Maka dalam penafsiran Al-Quran, banyak lagi kriteria dan cabang pengetahuan yang perlu dikuasai seperti mengenalpasti ayat Aam dan Khas, Wujuh wan Nazoir, Irab, Lughah, Nasikh dan Mansukh dan lain-lain.

Imam As-Suyuti telah menyenaraikan 15 ilmu asas yang perlu dikuasai sebelum seseorang layak untuk menafsirkan Al-Quran. Anda boleh mengetahui segala ilmu yang membincangkan Al-Quran secara mendalam dalam kitab beliau iaitu Al-Itqaan Fi Ulumil Quran. Bagi saya, selepas membaca kitab tersebut, saya sedar akan keterbatasan diri dan berpegang kepada kitab tafsir muktabar supaya saya dapat memahami Al-Quran dengan aman dan tenteram.

Yang paling menakutkan ialah, jika kita mentafsirkan Al-Quran berdasarkan pendapat sambil lewa, tidak mempunyai asas yang kukuh dan tanpa perisai taqwa, lihat amaran Rasulullah ini :

dan barangsiapa yang mengatakan sesuatu tentang Al-Quran tanpa ilmu, maka bersiap-siaplah untuk

menempah tempat di neraka. Riwayat Tarmizi.

Maka beringat dan berhati-hatilah!

CARA PENTAFSIRAN YANG SELALU DIGUNAKAN. Secara umumnya, cara ulama menafsirkan Al-Quran adalah berdasarkan 2 gaya dan kecenderungan iaitu :

1.

Tafsir Bil Matsur atau tafsir Riwayah.

Tafsir yang dilakukan berdasarkan penerangan dari Al-Quran sendiri, hadis Nabi Muhammad serta pendapat para sahabat dan tabiin (golongan selepas sahabat) sesudahnya. Corak penafsiran begini merupakan cara yang paling sesuai diikuti kerana berdasarkan sumber penafsiran yang utama dan dipercayai.

Contohnya kitab tafsir Ibnu Katsir, tafsir Maalim At-Tanzil dan tafsir Durr Al-Mansur.

2.

Tafsir Bir- Rakyi

Tafsir yang diasaskan dari pemahaman tentang bahasa arab, sejarah, ilmu pengkhususan seperti kedoktoran, undang-undang dan sebagainya. Tafsir ini juga didasarkan atas sebab berlakunya sesuatu serta pemahaman keilmuan yang mendalam tentang sesuatu isu, atau lebih dikenali sebagai ijtihad. Tafsir sebegini perlu diperisaikan dengan pemahaman yang mendalam serta asas taqwa kepada Allah kerana jika tidak, ia mungkin akan mengikuti hawa nafsu dalam penafsirannya.

Contoh tafsir aliran ini ialah tafsir Mafatih Al-Ghaib (ilmu kalam) dan tafsir Anwar At-Tanzil wa Asrar at-Takwil (bahasa).

Apapun cara dan gayanya, ulama menyedari bahawa setiap kali ingin menafsirkan Al-Quran, mereka perlu menjadikan Al-Quran sebagai imam, bukannya makmum. Ia perlu diposisikan sebagai kitab yang menghukum, bukan dihukum, sebagai pokok utama perbincangan, bukannya menjadi ranting hujungan sahaja. Maknanya, tugas dan tanggungjawab mereka amat berat, kerana sedang membicarakan kitab yang menjadi autoriti kepada satu agama terulung, iaitu agama Islam.

MENCARI TAFSIR YANG SESUAI. Terdapat bermacam-macam jenis kitab tafsir yang berada di pasaran ketika ini. Anda perlu mengetahui latar belakang serta isi perbahasan setiap kitab tafsir sebelum membelinya. Disini saya kemukakan beberapa kitab tafsir besar dan terkenal sebagai rujukan anda.

Tafsir Al-Thabari Tafsir yang berjudul Jami Al-Bayan Fi Tafsir Al-Quran dikarang oleh Imam Ibnu Jarir Al-Thabari (wafat 310 H), ulama yang terkenal dengan jolokan Ensiklopedia Ilmu. Tafsir yang sangat terkenal ini dikarang menurut gaya

penafsiran Bil Matsur. Ia selalu menjadi rujukan utama para ulama dan sangat diakui kehebatannya. Ini tidak menghairankan memandangkan Imam Thabari sendiri merupakan seorang mufassir, muhaddis dan muarrikh (sejarawan) yang sangat berwibawa. Ibnu Taimiyyah memperakukan kehebatan tafsirnya sebagai sebuah tafsir yang paling asli isi kandungannya.

Antara kehebatan Tafsir Al-Thabari ialah, ia merupakan sebuah kitab tafsir yang menyimpulkan hadis-hadis dan pendapat-pendapat terdahulu. Kemudian penulisnya iaitu Imam Thabari akan mentarjih (menguatkan) salah satu pendapat di antaranya. Perkara yang paling mengkagumkan saya mengenai penulisnya ialah, ketika beliau hendak memulakan penulisan kitab ini, beliau melakukan solat Istikharah selama 3 tahun untuk memohon hidayah Allah. Saya amat mencadangkan kitab ini menjadi salah satu dari koleksi tafsir anda. Tetapi jangan terperanjat jika tafsir ini terdiri dari 30 jilid berbahasa arab!

Tafsir Ibnu Kathir Tafsir yang sangat terkenal dan berautoriti ini dikenali sebagai Tafsir Al-Quran Al-Aziim. Ia dikarang oleh Ismail bin Amru bin Kathir Al-Hafiz Al-Muhaddis Al-Syafie (wafat 774 H). gaya penulisan tafsir ini mirip seperti Tafsir Tabhari, iaitu menggunakan kaedah Bil Matsur, cuma ia tidaklah setebal kitab tersebut. Ia banyak menggunakan ayat Al-Quran dan hadis nabi yang sahih untuk menerangkan setiap ayat serta menyatakannya dengan gaya bahasa yang mudah difahami.

Jika tidak salah pemerhatian saya, ia telah diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia dan saya amat menggalakkan anda untuk memilikinya.

Tafsir Al-Zamakhsyari Kitab Tafsir yang mempunyai judul yang sangat panjang iaitu Al-Kasyaf an Haqaaiq Hawamid Al-Tanzil wa uyun Al-Aqawil fi Wujuh Al-Tawil. Ia dikarang oleh Abu Al-Qasim Mahmud bin Umar Al-Zamakhsyari (wafat 538 H) dengan

mengambil masa selama 30 tahun. Disebabkan tajuknya begitu panjang, ia selalu digelar Tafsir Al-Zamakhsyari sahaja.

Imam Zamakhsyari merupakan seorang ulama yang sangat mahir dalam bahasa Arab. Maka tidak hairanlah, penulisan tafsirnya menggunakan bahasa yang sangat bermutu dan isi perbahasannya banyak membicarakan Al-Quran dari aspek bahasa. Metod penulisan tafsir ini ialah Bil Raky. Maka jika anda membacanya, anda akan menemukan sejumlah perbahasan yang anda rasakan agak pelik dan sedikit janggal.

Tafsir Al-Alusi Satu lagi kitab tafsir yang mempunyai nama panjang iaitu Ruh al-Maani fi Tafsir Al-Quran Al-Azim wa Al-Sabul Matsani. Kitab yang bermakna Roh semangat makna-makna dalam tafsir Al-Quran dan 7 ayat yang berulang-ulang ini dikarang oleh Shihabuddin Al-Sayyid Mahmud Al-Alusi (wafat 1270 H), mufti Baghdad yang amat mahir dalam bidang sastera.

Dikatakan, tafsir ini merupakan antara tafsir yang komprehensif kerana ia membicarakan bidang tatacara bahasa, fiqh, falsafah, aqidah dan tasauf sekaligus. Malahan ia juga menggunakan kedua-dua metod dalam penafsirannya iaitu Bil Matsur dan Bil Raky.

Tafsir Al-Razi Pembuka pintu Ghaib begitulah terjemahan makna hebat bagi Tafsir Mafatihul Ghaib yang lebih dikenali sebagai tafsir Al-Kabir. Ia dikarang oleh Imam Muhammad bin Al-Hussain Fakhruddin Al-Razi (wafat 606 H). Kitab yang terdiri dari 8 jilid ini dianggap sebagai salah satu tafsir Bil Raky yang paling komprehensif dan sering menggunakan kaedah logik dalam perbahasannya. Ia juga banyak membicarakan falsafah, ilmu kaji bintang (zodiac), astronomi, fizik dan sedikit aspek saintifik.

Tafsir Al-Qurtubi Tafsir yang dikenali sebagai Al-Jami li Ahkam Al-Quran ini dikarang oleh Imam Abdullah bin Ahmad bin Abu Bakar, seorang sarjana bermazhab Maliki. Tafsir ini lebih dikenali sebagai tafsir bercorak fiqh kerana ia banyak membicarakan persoalan hukum-hakam.

Ia juga membahaskan ilmu Qiraat, Asbabun Nuzul (sebab penurunan wahyu) dan Irab (perubahan perkataan). Keistimewaan tafsir ini ialah, walaupun penulisnya bermazhab Maliki, namun beliau tidak membataskan perbahasan hukum dalam kitabnya berdasarkan mazhab Maliki semata. Bahkan beliau juga menggunakan pendekatan yang agak terbuka dalam setiap perbahasan tersebut.

Tafsir Al-Baidhawi Tafsir yang dikenali sebagai Anwar Al-Tanzil Wa Israar Al-Tawil ini dikarang oleh Imam Abu Khair Abdullah bin Umar Al-Baidhawi (wafat 685 H). Keistimewaan tafsir ini ialah ia menggabungkan kedua-dua metod Bil Matsur dan Bil Raky dalam penafsirannya. Ia juga dianggap sebagai salah satu tafsir Ahl Sunnah Wal Jamaah yang paling berautoriti.

Tafsir Al-Baghawi Tafsir yang berjudul Maalim Al-Tanzil ini dikarang oleh Al-Hussain ibn Masud Al-Farra Al-Baghawi, seorang hakim, mufassir dan muhaddis terkemuka (wafat 510 H). Ia menggunakan metodologi Bil Matsur dalam penafsirannya, dan dianggap antara kitab tafsir yang lebih baik dan lebih sahih dari kebanyakan kitab Tafsir Bil Matsur yang lainnya.

Saya tidak mengetahui samada ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia atau tidak, tetapi jika ada, saya tidak teragak-agak untuk menggalakkan anda memilikinya.

Tafsir Jalalain Tafsir yang amat terkenal di Malaysia terutamanya di sekolah agama kerana ia sering dijadikan sukatan pelajaran tafsir. Ia dikarang oleh 2 orang Jalal, iaitu Imam Jalaluddin Al-Mahalli dan Imam Jalaluddin As-Suyuti. Tafsir ini sering menjadi rujukan kerana penerangannya yang ringkas, mudah difahami serta mutu perbahasan yang agak mendalam.

Tafsir ini juga disukai ulama kerana ia merupakan satu-satunya tafsir yang dikarang oleh 2 ulama besar, dengan dimulakan oleh Imam Jalaluddin Al-Mahalli yang menafsir dari Surah Kahfi hingga akhir An-Naas termasuk Fatihah. Setelah beliau wafat, kerja itu disambung oleh Imam Jalaluddin As-Suyuti hingga sempurna.

Tafsir Al-Manar Tafsir yang disandarkan pada seorang reformis Islam terkenal iaitu Syeikh Muhammad Abduh. Beliau merupakan seorang reformis yang menggerakkan kebangkitan intelektual dan kesedaran Islam di tengah masyarakat moden pada zamannya.

Tafsir ini merupakan ucapan kuliahnya di Universiti Al-Azhar yang kemudiannya disusun oleh anak muridnya yang setia iaitu Muhammad Rashid Redha. Tafsir yang dinamakan dengan Tafsir Al-Quran Al-Hakim ini lebih dikenali sebagai Tafsir Al-Manar kerana kandungannya pernah diterbitkan dalam majalah gerakan pembaharuan Islam yang sangat popular iaitu Majalah Al-Manar. Ia menggunakan metod Al-Matsur dengan menambah perbicaraan kepada masalah sosial serta jalan penyelesaiannya menurut perspektif Al-Quran.

Tafsir Fi Zilalil Quran Tafsir yang bermakna dibawah lindungan Al-Quran. Ia dikarang oleh ulama reformis Mesir terkenal iaitu Sayyid Qutb (wafat 1966 M). Beliau merupakan

reformis gerakan Ikhwanul Muslimin yang dipenjarakan dan akhirnya dihukum gantung sampai mati oleh pemerintah. Menarik untuk dinyatakan, beliau mengarang tafsir ini ketika dalam tahanan penjara, di mana tafsir ini telah berjaya menggugah masyarakat dengan tuntutan untuk memperbaharui sistem nilai dan kepercayaan agar sesuai dengan tuntutan Islam. Penulisan tafsir ini lebih cenderung menggunakan metod bil-Raky dalam upaya penafsirannya.

Tafsir Al-Azhar Tafsir yang bukan dikarang oleh ulama Al-Azhar berketurunan arab, tetapi ulama melayu Nusantara iaitu Abdul Malik Karim Amrullah. Beliau yang lebih dikenali sebagai HAMKA merupakan ulama nusantara yang sangat terkenal dan keilmuannya diiktiraf ramai. Bagi mereka yang inginkan tafsir yang cocok dengan pemikiran dan budaya melayu, tafsir ini sangat sesuai bagi mereka.

Tafsir Al-Munir Salah satu tafsir kontemporari di mana pengarangnya masih hidup hingga kini iaitu Doktor Wahbah Az-Zuhaily, ulama terkenal dari Syria. Bentuk penafsiran kitab ini sangat mudah difahami kerana ia menggunakan corak persembahan yang lebih kontemporari dan terkini.

Kitab ini cuba meneliti secara menyeluruh aspek Aqidah, Syariah dan Manhaj dengan mengemukakan pendapat yang paling tepat dan sesuai untuk diamalkan. Proses penterjemahan tafsir ini ke Bahasa Malaysia sedang diusahakan oleh Persatuan Ulama Malaysia.

TERPULANG KEPADA ANDA. Bagi saya, apabila melihat dengan begitu banyak kepelbagaian kitab tafsir di pasaran, ia telah menyerlahkan lagi nilai kemukjizatan Al-Quran, iaitu sebagai sebuah kitab induk yang mempunyai perbahasan ilmu yang tidak pernah putus. Saya juga percaya, tidak ada kitab lain di dunia ini yang paling sering dibahaskan

tanpa henti kecuali Al-Quran.

Kini, kesemua alat dan input untuk memahaminya sudah tersedia, dan terpulang kepada anda untuk memilih alat yang paling sesuai untuk keperluan rohani anda memahami manual book dari Tuhan. Masuklah ke dunia pengetahuan tidak terbatas itu dengan perasaan aman sentosa. Anda akan diraikan dengan kata aluan Tuhan Udkhuluuhaa Bisalaamin Aaminiin (Al-Hijr, 46) Masuklah kedalamnya dengan perasaan selamat dan aman sejahtera.

alam kehidupan harian, kita selalu berhadapan dengan beberapa persoalan hukum-hakam berkaitan Al-Quran. Maka disini, kami telah

mengumpulkan 41 masalah fiqh berkenaan masalah tersebut untuk memudahkan anda. Ia diambil dari pendapat ulama Mazhab Syafie yang masyhur dan diiktiraf kebenarannya.

BAGAIMANAKAH CARA MEMBACA AL-QURAN KETIKA SAYA SEDANG BERHADAS KECIL? Anda boleh membaca Al-Quran ketika berhadas kecil dengan syarat, anda tidak boleh menyentuhnya. Dengan kata lain, anda boleh membaca Al-Quran tanpa memegang mashaf. Rasulullah pernah berbuat demikian seperti dalam hadis berikut :

Pernah Rasulullah menunaikan hajat (buang air), selepas itu baginda makan bersama kami (sahabat) roti dan daging, kemudian Baginda membaca Al-Quran tanpa memisahkannya dahulu). Riwayat Abu Daud dan Tarmizi (dengan mengambil wudu terlebih

Imam Nawawi, seorang ulama' besar mazhab Syafie menyatakan dalam kitabnya 'Al Majmu' :

"telah bersepakat umat islam terhadap hukum harus membaca Al-Quran bagi mereka yang berhadas kecil, akan tetapi lebih dituntut kepada mereka untuk membacanya dalam keadaan bersih iaitu dengan mengambil air sembahyang bagi menyucikan hadas kecil "

BAGAIMANA PULA DENGAN MEREKA YANG SELALU BERADA DALAM KEADAAN HADAS KECIL?

Maksud situasi di atas ialah mereka yang menderitai penyakit tertentu seperti penyakit tidak dapat menahan kencing, perempuan yang haidnya tidak begitu teratur dan mereka yang berpenyakit tidak dapat menahan kentut.

Maka hukumnya sama seperti hukum di atas, iaitu mereka boleh membaca AlQuran tanpa memegangnya.

ADAKAH SAYA BOLEH MEMBACA AL-QURAN KETIKA DALAM KEADAAN HADAS BESAR ? Keadaan dan hukumnya agak berlainan. Ketika sedang berhadas besar (wanita haid dan nifas serta mereka yang belum mandi wajib selepas bersetubuh atau didatangi mimpi), anda tidak boleh membaca dan memegang Al-Quran sama sekali. Itulah pendapat yang dinyatakan oleh Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu :

Pegangan mazhab kami (Mazhab Syafie) ialah haram bagi mereka yang berjunub dan mereka yang sedang haid membaca Al-Quran samada sedikit ataupun banyak.

Mereka berpendapat sedemikian kerana Rasulullah bersabda :

Orang yang sedang berjunub (hadas besar) dan dalam keadaan haid tidak boleh membaca Al-Quran. Hadis riwayat Tarmizi.

Tetapi anda tidak pula dilarang untuk membacanya jika meniatkannya sebagai zikir harian seperti membaca doa menaiki kenderaan : Subhaanallazii Sakkhoro lanaa haza wama kunna lahu muqriniin, wainna ilaa robbinaa lamunkoli-

buun (Surah Zukhruf, 13 & 14), atau membaca Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roojiuun. (Surah Al-Baqarah, 156) ketika mendengar apa- apa musibah.

Anda juga diharuskan membaca Al-Quran dalam hati atau menggerakkan mulut tanpa mengeluarkan suara. BOLEHKAH SAYA MEMEGANG ATAU MEMBAWA AL- QURAN KETIKA HADAS (KECIL DAN BESAR)?

Dalam keadaan sedemikian, anda tidak boleh memegang Al-Quran walaupun ketika berhadas kecil, apatah lagi ketika berhadas besar. Ini kerana Al-Quran dianggap sebagai kitab yang amat suci, kitab yang hanya boleh disentuh ketika dalam keadaan suci sahaja.

Namun, anda diharuskan membawa Al-Quran dalam beg atau bekas yang disimpan sekali didalamnya barangan lain, dengan berniat bahawa anda sedang membawa beg, bukannya Al-Quran.

Anda juga diharuskan memegang sesuatu barang yang ditulis di atasnya Al-Quran tetapi bukan untuk bacaan seperti barang perhiasan, duit, baju atau kain yang bersulamkan ayat Al-Quran.

SAYA SEDANG BERHADAS BESAR, SEDANGKAN SAYA PERLU MEMBACA AL-QURAN UNTUK PEPERIKSAAN, APAKAH HUKUMNYA?

Nampaknya anda sedang dalam keadaan terpaksa. Jangan Risau. Ketika ini, anda boleh membaca Al-Quran seperti biasa untuk tujuan peperiksaan, kerana ia termasuk dalam hukum kesusahan dan kesukaran.

Hukum ini boleh digunapakai oleh mereka yang sedang mengajar Al-Quran atau sedang mempelajari Al-Quran.

ADAKAH SAYA BOLEH MEMEGANG BUKU YANG TERKANDUNG DIDALAMNYA TULISAN AYAT AL-QURAN TANPA WUDUK?

Jawapannya ialah Ya. Ketika dalam keadaan hadas, anda boleh memegang buku yang terkandung didalamnya tulisan ayat Al-Quran seperti kitab feqh, hadis, tafsir atau buku buku agama lain. Ini berlandaskan satu peristiwa di mana Rasulullah mengutuskan surat kepada Raja Herkel, dan di dalam surat tersebut tertulis ayat Al-Quran :

Katakankanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah kalimat

kepada suatu

yang tidak ada perselisihan antara kami dan

kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun. Surah Ali-Imran, 64.

Namun, anda amat digalakkan untuk membaca buku tersebut dalam keadaan berwudu untuk menghormati serta membesarkan ayat Allah S.W.T .

SAYA MEMPUNYAI ANAK YANG BERMINAT UNTUK MEMPELAJARI AL-QURAN. ADAKAH DIA PERLU DALAM KEADAAN BERWUDU? Bagi mereka yang mempunyai anak yang sedang mempelajari Al-Quran, mereka diharuskan untuk memegang dan menyentuh Al-Quran tanpa wudu dengan niat mempelajarinya. Ia berdasarkan beberapa sebab iaitu :

1.

Dalam syariat, kanak kanak dikira sebagai golongan tidak mukallaf, iaitu

golongan yang tidak diwajibkan syariat keatasnya serta tidak menangggung dosa.

2.

Perkara yang terpenting bagi ibu bapa ke atas anak anak ialah mengajar

Al-Quran kepada mereka. Menurut kajian psikologi perkembangan, waktu kecil adalah waktu terbaik bagi mereka untuk menguasai sesuatu. Oleh itu, hukum tersebut disesuaikan untuk mereka kerana Islam sendiri amat mementingkan pendidikan kepada umatnya.

Tetapi sebaiknya, ibu bapa hendaklah memberikan penerangan terperinci kepada anak-anak tentang cara dan adab menghormati Al-Quran, supaya mereka dapat membezakan ketinggian martabat Al-Quran dengan bahan bacaan lain. HUKUM MEMEGANG KASET, PDA ATAU CD YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA BACAAN AL-QURAN.

Seperti yang diketahui, kita dilarang menyentuh Al-Quran tanpa wuduk. Namun dalam masalah ini, kita diharuskan memegang cd atau kaset bacaan Al-Quran kerana ia tidak bermaksud Al-Quran sepenuhnya seperti yang ditakrifkan ulama iaitu sesuatu yang ditulis dan dibaca, sedangkan tulisan Al-Quran tidak terdapat didalam cd atau kaset.

Bacaan dari cd atau kaset hanya akan wujud jika ia dipasangkan kepada alat yang membolehkannya beroperasi seperti radio dan computer. Tanpa alat tersebut, cd dan kaset itu dianggap sekeping bahan biasa dan tidak mencapai maksud Al-Quran yang perlu diagungkan.

APAKAH BACAAN YANG DIWAJIBKAN UNTUK DIBACA DALAM SOLAT? Mazhab Syafie mensyaratkan Surah Al-Fatihah sebagai salah satu rukun syarat sah solat, dan batal solat seseorang itu jika ia tidak membaca Al-Fatihah sedangkan ia mampu untuk membacanya. Imam Syafie sendiri menegaskan dalam kitabnya Al-Umm : jika ia tertinggal walau satu huruf dari Surah Al-Fatihah, maka tidak dikira solatnya

Surah Al Fatihah juga tidak boleh diganti dengan bacaan dari surah lain, atau dibaca mengikut terjemahan ke bahasa selain Arab. Ia wajib dibaca dalam solat samada solat lima waktu ataupun solat sunat.

Ia juga wajib dibaca dalam setiap rakaat solat, samada solat sendirian atau solat berjemaah, kecuali makmum masbuq, iaitu makmum yang terlambat mengikut

imam dalam sesuatu rakaat dan tidak sempat menyempurnakan bacaan AlFatihahnya. Maka pada ketika itu, bacaan Fatihahnya ditanggung oleh imam. Kesemua ini berlandaskan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari :

Tidak sah solat mereka yang tidak membaca Surah Al-Fatihah. HUKUM MENGUATKAN BACAAN BISMILLAH DALAM SOLAT 'JAHR' SOLAT YANG DIKUATKAN BACAAN.

Mazhab Syafie menyatakan hukum menguatkan bacaan Bismillah adalah sunat jika ia dibaca dalam solat 'Jahr' solat yang dikuatkan suara bacaan iaitu solat Subuh, Maghrib dan Isya'. Ini adalah kerana ayat Bismillah itu sendiri merupakan salah satu dari ayat surah Al-Fatihah.

Ini adalah berdasarkan pengalaman para sahabat seperti Abu Hurairah dan Ibnu Abbas yang menyatakan Baginda Rasul menguatkan bacaan Basmalah ketika solatnya.

APAKAH HUKUM BAGI BACAAN AYAT AL-QURAN SELEPAS AL-FATIHAH DALAM SOLAT? Para ulama telah bersependapat tentang keharusan pembacaan ayat Al-Quran selepas bacaan Fatihah didalam solat. Mazhab Syafie menyatakan bahawa sunat membaca ayat Al-Quran selepas Al-Fatihah sekurang-kurangnya 3 ayat. Ia hendaklah dibaca dalam : kedua - dua rakat dalam solat Subuh rakaat pertama dan kedua dalam solat Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya' rakaat pertama dan kedua di dalam solat sunat yang lain. tidak disunatkan bacaaan ayat Al-Quran didalam rakaat ke tiga dan ke empat .

Sebagai menuruti sunnah perbuatan Baginda Rasulullah, kita amat digalakkan untuk membaca Surah As-Sajadah pada rakaat pertama dan Surah Al-Insan pada

rakaat kedua dalam solat subuh pagi Jumaat. Begitu juga ketika solat Jumaat, kita disunatkan membaca Surah Al-Jum'ah pada rakat pertama dan surah Munafiqun pada rakaat kedua. APAKAH KEADAAN SOLAT SAYA JIKA TERDAPAT KESILAPAN BACAAN DIDALAMNYA?

Dalam solat sebegitu, ulama bersepakat bahawa batal solat seseorang jika dia sengaja mewujudkan kesilapan bacaan ayat Al-Quran dalam solatnya. Tetapi, jika kesilapannya wujud secara tidak sengaja seperti lupa, lalai atau ketidakmampuannya untuk mendatangkan sebutan yang tepat disebabkan sengau, gagap dan sebagainya, maka tidak batal solatnya.

Perlu juga dijelaskan disini, hukum batalnya solat seseorang itu bergantung kepada bentuk kesalahan yang dilakukannya. Jika kesalahan yang dilakukan boleh mengubah makna ayat yang dibaca seperti menukar huruf Mim pada kalimah Mustaqiim dengan huruf Nun, maka batal solatnya. Namun, jika kesalahan tersebut tidak menjejaskan makna seperti tidak mampu mendatangkan sifat huruf Kho dengan sepenuhnya, maka solat seseorang itu tidak batal.

BOLEHKAH SAYA MEMBACA AYAT AL-QURAN DENGAN BAHASA LAIN KETIKA SOLAT, SEPERTI MEMBACA TAFSIRANNYA SAHAJA?

Jawapannya ialah tidak boleh. Jika anda melakukannya maka batal solat anda. Ini kerana Al-Quran diturunkan dalam bahasa arab, sedangkan bacaan selain dari bahasa Arab tidak dikira sebagai Al-Quran. Dalam solat juga, kita hanya dibolehkan untuk membaca ayat Al-Quran berbahasa arab sahaja. Kita juga sedia maklum, bahawa solat akan terbatal jika disebut didalamnya apa-apa perkataan selain bahasa Arab.

Maka, bagi mereka yang tidak boleh membaca walau satupun ayat Al-Quran ketika solat, mereka hendaklah menggantikannya dengan bacaan zikir, tasbih dan tahmid.

APAKAH HUKUM JIKA SAYA MEMBACA DALAM SOLAT, AYAT AL-QURAN SELEPAS FATIHAH TANPA MENGIKUT TERTIB SURAHNYA?

Biar saya permudahkannya. Apa yang dimaksudkan ialah anda ingin membaca Surah An-Naas pada rakaat pertama dan Surah Al-Falaq pada rakaat kedua ?

Hukumnya seperti yang dinyatakan ulama ialah, anda amat digalakkan untuk membaca surah di dalam solat mengikut tertib susunannya didalam Al-Quran. Itulah yang terbaik bagi anda. Akan tetapi, jika anda membacanya tidak seperti mengikut turutan surah, ia tidaklah pula membatalkan solat anda. Tetapi, adalah lebih baik dan afdhal jika anda tidak mengamalkan cara tersebut.

BOLEHKAH SAYA MEMBACA AYAT AL-QURAN DENGAN MEMEGANG MASHAF KETIKA SOLAT? Menurut mazhab Syafie, bacaan dengan memegang mashaf ketika solat tidaklah pula membatalkan solat anda, walaupun anda terpaksa membuka helaian muka surat secara perlahan-lahan ketika membacanya. Bahkan, bagi mereka yang tidak menghafaz surah Al-Fatihah, mereka wajib membacanya dengan cara tersebut.

Akan tetapi, adalah lebih baik anda membaca ayat Al-Quran dalam solat secara hafazan agar solat anda lebih khusyu. Sekiranya anda terpaksa membacanya dengan memegang mashaf, setiap gerakan kecil untuk membuka helaian mukasurat tidak dikira sebagai gerakan yang boleh membatalkan solat anda.

BOLEHKAH SAYA MEMBACA AYAT AL-QURAN KETIKA RUKUK ATAU SUJUD DALAM SOLAT?

Jawapannya ialah tidak boleh. Anda dikehendaki membaca bacaan khas yang telah ditentukan ketika rukuk dan sujud seperti yang telah dipelajari dan diamalkan selama ini. Nabi sendiri dalam salah satu hadis Riwayat Tarmizi, telah dilarang oleh Malaikat Jibril dari membaca Al-Quran ketika rukuk atau sujud.

KETIKA SAYA SEDANG MENGIKUTI IMAM MEMBACA SURAH, TIBA-TIBA IMAM TERLUPA BACAANNYA. BOLEHKAH SAYA MEMBANTUNYA? Keadaan ini kerapkali berlaku, iaitu imam terlupa ayat bacaannya dalam solat. Apakah langkah yang perlu diambil oleh makmum? Sudah tentu makmum perlu membantu imam mengingatkan kembali sambungan ayat yang telah dilupai.

Akan tetapi, ketika sedang membaca sambungan ayat itu, makmum hendaklah berniat membaca ayat Al-Quran, bukannya sedang membantu imam. Jika dia berniat untuk membantu imam, maka menurut mazhab Syafie, batal solatnya. Makmum juga hendaklah memastikan keadaan imam yang benar-benar terhenti bacaannya kerana lupa. Jika imam masih mampu untuk meneruskan bacaannya, maka makmum tidak perlu memperbetulkan bacaan imam.

KETIKA SOLAT SUBUH PADA HARI JUMAAT, IMAM SERING SUJUD DITENGAH-TENGAH BACAANNYA? APAKAH SUJUD TERSEBUT? Inilah yang dinamakan sujud tilawah, yang bererti sujud yang dilakukan ketika membaca ayat Al-Quran yang mengandungi perkataan Sajdah. Ia sunat dilakukan samada ketika solat atau di luarnya. Begitu juga, jika anda mendengar orang lain membaca ayat sajdah, anda disunatkan untuk sujud tilawah bersama. Hal ini mengikuti seperti apa yang dilakukan oleh baginda Rasul :

Daripada Ibnu Umar R.A katanya Nabi membacakan surah yang mengandungi perkataan sajdah kepada kami, lalu baginda sujud dan kami pun turut sujud sehingga ada di kalangan kami yang tiada tempat untuk meletakkan dahi. Riwayat Bukhari.

Untuk pengetahuan anda juga, imam selalu mengamalkan sujud tilawah ketika solat subuh pagi Jumaat ketika membaca Surah Sajadah yang mengandungi ayat sujud didalamnya, iaitu ayat yang ke 15.

BERAPAKAH BILANGAN AYAT SUJUD DALAM AL-QURAN? Terdapat 14 tempat didalam Al-Quran yang mengandungi ayat sujud iaitu :

1 : Surah Al-Araf, ayat 206 2 : Surah Ar-Rakd, ayat 15 3 : Surah An-Nahl, ayat 50 4 : Surah Al-Isra, ayat 109 5 : Surah Maryam, ayat 58 6 : Surah Al-Haj, ayat 18 7 : Surah Al-Haj, ayat 77 8 : Surah Al-Furqan, ayat 60 9 : Surah An-Naml, ayat 26 10 : Surah As-Sajadah, ayat 15 11 : Surah Fussilat, ayat 38 12 : Surah An-Najm, ayat 62 13 : Surah Insyiqaq, ayat 21 14 : Surah Al-Alaq, ayat 19.

JIKA SAYA SEDANG MEMBACA AYAT SEJADAH INI DILUAR SOLAT, BAGAIMANAKAH CARA MELAKUKAN SUJUDNYA? Ia amat mudah dilakukan. Anda perlu bertakbir dengan mengangkat kedua belah tangan seperti biasa, kemudian bertakbir sekali lagi tanpa mengangkat tangan, diikuti dengan sujud sekali seperti sujud ketika solat. Selepas itu, anda bolehlah bangkit dan mengucapkan salam untuk menutupnya.

Disamping itu juga, anda perlu memastikan syarat-syarat lain diikuti seperti

mengadap kiblat dan berada dalam keadaan suci dari hadas. Sujud itu juga hendaklah dilakukan sebaik sahaja anda selesai membaca ayat sejadah atau selesai mendengar orang lain membaca ayat tersebut.

APAKAH BACAAN KETIKA SUJUD TILAWAH SAMA SEPERTI BACAAN KETIKA SUJUD BIASA DALAM SOLAT ?

Bagi sujud tilawah, ia mempunyai bacaan yang tersendiri iaitu :

Sajada wajhiya lillazii kholaqohuu wa sowwarohuu wa shaqqa samahuu wa basorohuu bihaulihii waquwwatihii fatabaarokallaahu Ahsanul Khooliqiin.

Maknanya :

Telah sujud wajahku kepada yang telah menciptanya, yang telah memberi rupa baginya dan telah memberi pendengaran dan penglihatan dengan kehendak-Nya dan dengan kekuatan-Nya, Tuhan yang penuh limpah keberkatan-Nya telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian.

Sekiranya wujud halangan yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat sujud seperti berhadas kecil atau kenderaan, maka diharuskan mengucapkan:

SubhanAllahi walhamdulillahi, wa laa Ilaha illahi, wallahu akbar. BOLEHKAH SAYA MENGGUNAKAN AYAT AL-QURAN UNTUK TUJUAN PENYEMBUHAN SEPERTI SIHIR DAN SEBAGAINYA?

Boleh dan amat digalakkan. Bukankah Al-Quran diibaratkan sebagai penyembuh seperti yang Tuhan nyatakan dalam firmanNya :

Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. Surah Al-Isra, ayat 82.

Bahkan Rasulullah sendiri sering menggunakan Al-Quran sebagai medium utama penyembuhan penyakit seperti sihir dan sebagainya. Pernah juga berlaku dalam satu hadis yang amat panjang, Surah Fatihah mampu mengubati seseorang yang disengat binatang. Sangat menakjubkan!

JIKA BEGITU, BOLEHKAH SAYA MENULIS AYAT AL-QURAN, KEMUDIAN DIMINUM LARUTANNYA? Hukumnya harus, iaitu menulis ayat Al-Quran dibekas, kemudian tulisannya dilarutkan didalam air dan diminum larutannya. Bahkan anda juga boleh menulis ayat Al-Quran pada makanan yang kemudiannya dimakan untuk tujuan penyembuhan. Ini tidak termasuk dalam perkara yang memperolokkan Al-Quran kerana ia dikira sebagai satu usaha untuk mencari penyembuhan dari penyakit yang dideritai.

SAYA MEMPUNYAI SAUDARA YANG SEDANG NAZAK (HAMPIR MENINGGAL DUNIA). BOLEHKAH SAYA MEMBACA AYAT AL-QURAN UNTUKNYA? Menurut ulama, bacaan ayat Al-Quran kepada seseorang yang hampir meninggal adalah harus dan amat dituntut untuk dilakukan. Bahkan terdapat hadis yang amat menggalakkan bacaan surah Yasin dan Surah Rakd, kerana ia akan memberikan keringanan kepada mereka untuk menghadapi sakaratul maut.

BAGAIMANA PULA JIKA SAYA INGIN MEMBACAKAN AL-QURAN KETIKA MAYAT SEDANG MENUNGGU UNTUK DIKUBURKAN? Menurut Mazhab Syafie, sunat dilakukan sedemikian, agar simati mendapat keberkatan dari bacaan ayat Al-Quran yang begitu suci.

Kita juga dituntut untuk menyampaikan pahala bacaan kepada simati serta mendoakan keampunan untuknya agar rohnya memperolehi ketenangan ketika berada di alam barzakh.

BOLEHKAH SAYA MEMBACAKAN AYAT AL-QURAN PADA KUBUR UNTUK SIMATI? Disunatkan untuk membaca ayat Al-Quran untuk simati di kuburan, kerana ia menjadi amalan para sahabat seperti Abdullah Ibnu Umar dan Amru bin Al-As. Bahkan Ibnu Umar menggalakkan untuk membaca Surah Fatihah dan Surah Al-Baqarah. Ia amat membantu simati untuk mendapatkan cebisan rahmat dan ketenangan dari bacaan ayat Al-Quran.

Ini kerana seperti yang sedia maklum, Al-Quran mempunyai kuasa barokah yang amat tinggi nilainya. Kuasa ini amat dirasai manfaatnya oleh simati yang sedang bersiap sedia untuk menerima soalan-soalan sukar dari malaikat penjaga kubur.

Anda juga boleh melakukan demikian setiap kali menziarahi kubur. Setiap bacaan ayat Al-Quran, samada dari surah Yasin, Fatihah dan sebagainya akan memberikan manfaat kepada simati, InsyaAllah.

BOLEHKAH SAYA MENGHADIAHKAN PAHALA BACAAN AYAT AL-QURAN KEPADA SIMATI? Amalan ini bukan sahaja boleh, tetapi amat digalakkan. Ia adalah umpama istighfar dan doa yang kita panjatkan untuk kesejahteraan mereka yang telah meninggal dunia. Sudah tentu, pahala bacaan Al-Quran yang mempunyai manfaat berlipat kali ganda besarnya lebih bernilai dari itu, samada kepada pembaca ataupun mereka yang diniatkan pahala kepadanya. Perbuatan menghadiahkan pahala ini akan sampai kepada simati dengan izin Allah Taala.

SAYA ADA MENGAJAR AL-QURAN DENGAN MENGENAKAN SEDIKIT BAYARAN. BOLEHKAH SAYA BERBUAT DEMIKIAN? Perbuatan mengenakan yuran, atau bayaran perkhidmatan atas ilmu Al-Quran adalah sesuatu yang dibolehkan dalam Islam. Tambahan pula, ilmu yang sedang

anda sampaikan amat tinggi nilainya disisi Allah. Sesuatu yang bernilai tinggi memang perlu dinilai dengan penilaian yang tinggi juga. Dan perbuatan ini disokong oleh hadis Rasulullah yang bermaksud :

Sesungguhnya perkara yang paling layak untuk kamu mengenakan bayarannya ialah mengajar kitab Allah. (Riwayat Bukhari).

HUKUM MENGAMBIL UPAH ATAS RAWATAN PENYEMBUHAN DENGAN AYAT AL-QURAN. Majoriti ulama bersetuju dengan keharusan mengambil upah atau bayaran terhadap perubatan dengan menggunakan Al-Quran, atau bahasa arabnya dipanggil Ruqyah. Ia adalah satu perbuatan membaca ayat ayat tertentu dari Al-Quran atau hadis untuk tujuan penyembuhan.

Hadis mengenai dalil keharusannya amat jelas, seperti yang dinyatakan sebelum ini, para sahabat pernah mengubati seseorang dengan bacaaan Fatihah, lalu orang itu memberikan upah beberapa ekor kambing sebagai ganjaran. Apabila perkara ini ditanyakan kepada Rasulullah, Baginda memperbolehkannya. SAYA SANGAT BERMINAT MENYERTAI PERTANDINGAN MUSABAQAH TILAWAH AL-QURAN. ADAKAH IA DIBOLEHKAN DALAM ISLAM?

Menyertai pertandingan tilawah Al-Quran, atau pertandingan hafazan Al-Quran merupakan salah satu cara untuk menghayati Al-Quran dengan lebih mendalam. Ia juga adalah satu cara yang amat efisien untuk memperkenalkan Al-Quran kepada masyarakat. Perkara ini amat dituntut, bahkan digalakkan agar bacaan Al-Quran mampu dibudayakan di tengah-tengah masyarakat.

BOLEHKAH SAYA MEMBELI AL-QURAN UNTUK DIWAQAFKAN DI MASJID-MASJID?

Oh, perkara ini bukan setakat dibolehkan, bahkan amat dituntut. Anda bukan sekadar mendapat pahala yang berterusan, bahkan anda juga sedang menggalakkan masyarakat membaca Al-Quran melalui usaha mewaqafkannya.

Saya sendiri selalu dinasihatkan untuk berbuat demikian oleh guru-guru saya, lebih-lebih lagi jika ke Mekah untuk menunaikan haji dan umrah. Tidak syak lagi, perbuatan ini diibaratkan seperti membeli saham akhirat yang tidak akan putusputus keuntungannya. SAYA TELAH TERLIBAT DENGAN SESUATU YANG SERIUS. UNTUK MEMBUKTIKAN KEBENARANNYA, SAYA TELAH BERSUMPAH DENGAN AL-QURAN? ADAKAH PERKARA ITU DIBOLEHKAN?

Perkara ini dikira sebagai bersumpah dengan menggunakan Al-Quran, atau dengan kata lain, menjadikan Kalamullah sebagai sandaran terhadap kesaksian kata-katanya.

Sumpah ini dilakukan dengan meletakkan tangan kanan ke atas Al-Quran dan bersumpah dengannya. Ini merupakan perkara yang besar implikasinya dalam Islam. Walaupun diharuskan ulama, ia tidak boleh diambil ringan, kerana Islam telah menyatakan hukum yang berat kepada sesiapa yang melanggar sumpahnya, iaitu kaffarah. Ia telah diterangkan Allah dalam Surah Al-Maidah, ayat 89 :

Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud , tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kaffarat sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, yaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat sumpahsumpahmu bila kamu bersumpah . Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur .

SAYA TELAH BERNAZAR UNTUK MENCAPAI SESUATU, DAN JIKA IA BERJAYA, NAZARNYA IALAH MENGKHATAMKAN AL-QURAN. ADAKAH IA DIBOLEHKAN?

Menurut ulama, hukum bernazar dengan membaca sebahagian atau keseluruhan Al-Quran adalah harus dan dibenarkan. Ia dikira nazar untuk kebaikan, iaitu nazar yang dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah.

Oleh itu, anda wajib untuk menyempurnakan nazar itu jika permintaan anda dimakbulkan Allah. Nabi sendiri mengarahkan sedemikian dalam hadisnya :

Barangsiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka penuhilah nazar itu. Hadis riwayat Bukhari.

SATU PERSOALAN BESAR. APAKAH HUKUM MENGINGKARI AL-QURAN, ATAU MERENDAH DAN MEMPEROLOK-OLOKKANNYA?

Saya kira anda sendiri mengetahui jawapannya. Ia perupakan satu dosa besar, bahkan jika anda tidak mempercayai walau satu ayat darinya, anda dikira murtad (Nauuzubillahi min Zaalik). Bayangkan, betapa besar kemurkaan yang sedang diundang, jika seseorang beriman kepada Allah, tetapi mempermainmainkan kata-kata dan perintahNya ?

Ulama telah bersepakat dalam hal ini, iaitu seseorang dikira gugur imannya jika dia menghina atau tidak mempercayai apa yang terkandung di dalam Al-Quran. Disebabkan itulah, Islam amat menghormati kesucian kitab suci ini, membacanya, mengamalkan ajarannya dan mempertahankannya dari sebarang perubahan dan penghinaan dari sesiapa sahaja. Ia memang berada di kedudukan yang tertinggi kerana Al-Quran adalah wahyu Ilahi, petunjuk suci untuk manusia menyucikan diri.

BOLEHKAH SAYA MENCIUM AL-QURAN DAN MELETAKKANNYA PADA DAHI SELEPAS MEMBACANYA ?

Apa yang anda lakukan itu sangat diharuskan kerana ia termasuk dalam amalan untuk menghormati dan membesarkan Al-Quran. Ia pernah diamalkan oleh seorang sahabat yang bernama Ikrimah dengan berkata ini adalah Kitab Tuhanku sebanyak 2 kali. Tidak syak lagi perbuatan tersebut diharuskan, malah diamalkan oleh para sahabat sebagai satu tanda memuliakan Al-Quran.

HUKUM MEMPERCANTIKKAN MASHAF. Menurut ulama, kita diharuskan untuk mempercantikkan mashaf dengan menghiasnya melalui hiasan yang sepadan dengan kemuliaannya. Bahkan ada ulama yang meletakkan bau-bauan wangi ke atas Al-Quran dan membalutinya dengan kain sutera yang bermutu tinggi.

Ada juga ulama yang mengharuskan untuk memperindahkan Al-Quran dengan emas dan perak, kerana ada para sahabat yang memperindahkan Al-Quran dengan hiasan perak pada zaman Saidina Uthman. SAYA MEMILIKI MASHAF YANG SUDAH LUSUH DAN TIDAK BOLEH LAGI DIBACA. APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN TERHADAPNYA?

Tulisan Al-Quran yang sudah lusuh, terkoyak atau hampir binasa perlu dijaga kehormatannya kerana masih tertulis padanya ayat Al-Quran. Cara untuk menghapuskan tulisan Al-Quran yang sudah lusuh itu ialah menanamnya. Ia adalah berdasarkan cara manusia yang ditanam ketika mati untuk memuliakannya.

Ada juga ulama yang menyarankan agar cebisan Al-Quran lusuh itu dibakar. Teknik ini berpandukan apa yang pernah diamalkan oleh Saidina Uthman yang mengarahkan tulisan selain Mashaf Uthmani pada zamannya untuk dibakar.

HUKUM MEMBAWA AL-QURAN ATAU TULISAN AYAT AL-QURAN DI TANDAS.

Anda dilarang untuk membawa Al-Quran atau sebarang buku yang mengandungi tulisan ayat Al-Quran ke dalam tandas. Ini berdasarkan apa yang pernah dilakukan oleh baginda Nabi, dimana baginda akan menanggalkan cincinnya yang tertulis perkataan Muhammad Rasulullah setiap kali ingin masuk ke tandas. Berdasarkan peristiwa inilah, ulama menyatakan haram membawa Al-Quran masuk ke tandas untuk memuliakannya.

Begitu juga anda dilarang untuk membaca ayat Al-Quran ketika sedang berada dalam tandas. Larangan ini pernah ditegaskan oleh para sahabat besar seperti Saidina Ali dan Ibnu Umar R.A.

BOLEHKAH SAYA MENULIS AL-QURAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TULISAN SELAIN RESAM UTHMANI? Resam Uthmani merupakan satu kaedah penulisan ayat Al-Quran yang diwarisi dari zaman Saidina Uthman. Pendapat yang termasyhur dikalangan ulama ialah kita dilarang dari menulis ayat Al-Quran selain dari kaedah penulisan resam Uthmani.

Ini kerana, teknik penulisan ini merupakan satu kaedah yang telah dipersetujui oleh ribuan sahabat yang hidup semasa waktu tersebut. Sudah tentu para sahabat lebih memahami dan mengetahui setiap rahsia penulisan ayat Al-Quran, tambahan pula Baginda Rasul sendiri amat memuji mereka. Antara kata-kata Baginda seperti yang terakam dalam hadis :

Hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah para Khulafa Rasyidin selepasku, ikutilah mereka dengan kuat dan yakin - Riwayat Tarmizi.

HUKUM MELUPAI SESUATU AYAT AL-QURAN YANG SUDAH DIHAFAZ. Melupai ayat Al-Quran yang sudah dihafaz secara sengaja termasuk dalam salah satu dosa besar. Tetapi, perbuatan terlupa dengan tidak sengaja adalah

dimaafkan, dengan syarat, seseorang itu sentiasa berusaha untuk mengekalkan ingatan hafazannya.

Memang penyakit lupa beberapa ayat Al-Quran pada waktu-waktu tertentu tidak dapat dielakkan, kerana Rasulullah sendiri mengakui sukarnya mengekalkan ingatan ayat Al-Quran dengan sempurna. Pernah Baginda menyifatkan Al-Quran itu lebih mudah hilang dari unta yang diikat. Maka, kita selaku umat penghafaz Al-Quran hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan setiap ayat yang sudah dihafaz.

ali ini kita akan menempuhi perjalanan mencari hikmah dengan menyusuri jejak para solafussoleh di sepanjang sejarah di mana darinya

kita akan temui berbagai bagai cara interaksi manusia dengan Al-Quran. Dari ribuan kisah tersebut, kita akan meneliti satu kejadian luarbiasa yang sangat berinspirasi, bagaimana seorang manusia yang bertutur dengan menggunakan ayat Al-Quran dalam 40 tahun. Ini adalah suatu yang cukup menghairankan untuk dilakukan oleh manusia.

Cerita tersebut saya susun kembali dari buku Hikayatus Sufiyyah, hasil karya Muhammad Abu Al-Yusr Abidin. Walaupun ada yang menganggapnya sebagai cerita biasa-biasa sahaja, tetapi kisah ini boleh menginspirasikan para pemimpin, para ilmuan, ahli fiqh, hinggalah golongan awam tentang hidup bersama Al-Quran dengan cara yang amat halus. Hayati sendiri kisah yang sangat mengasyikkan ini :

------------------------------------------------------

Suatu hari, Abdullah bin Mubarak telah keluar dari rumahnya untuk menunaikan haji di Makkah Al-Mukarramah. Di dalam perjalanannya, dia telah bertemu dengan seorang perempuan tua yang melalui jalan yang sama. Lalu Abdullah bin Mubarak menyapanya dan memulakan perbualan :

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Perempuan tersebut menjawab: (Kepada mereka dikatakan): 'Salam', sebagai ucapan selamat dari Tuhan yang Maha Penyayang' (Surah Yaasin: 58).

Kemudian saya bertanya kepadanya 'Semoga Allah mengasihimu, apa yang engkau lakukan di tempat ini?

Perempuan tersebut menjawab : Barangsiapa disesatkan oleh Allah, maka tidak ada orang yang memberikan petunjuk kepadanya' (Surah Al-Araaf: 186).

Saya terfikir 'Sesungguhnya dia telah tersesat jalan. Saya bertanya : Ke manakah engkau hendak pergi?

Perempuan tersebut menjawab : Mahasuci Zat yang memperjalankan hamba-Nya di malam hari dari Masjid alHaram ke Masjid al-Aqsa (Surah Al-Isra: 1).

Saya berkata 'Sesungguhnya dia telah menunaikan ibadah haji dan ingin ke Baitul Maqdis.' Saya bertanya kepadanya, 'Sejak bila engkau berada di sini?

Perempuan tersebut menjawab : 'Selama tiga malam dalam keadaan sehat (Surah Maryam: 10).

Saya bertanya 'Saya tidak melihat engkau membawa makanan yang dapat kau makan.

Perempuan tersebut menjawab : Dia memberikan makan dan minum kepadamu' (Surah As-Syuara: 79).

Saya bertanya 'Dengan apakah engkau berwudhu?

Perempuan tersebut menjawab : 'Bila kalian tidak menemukan air, maka bertayamumlah dengan debu yang bersih' (Surah An-Nisa: 43).

Saya berkata kepadanya 'Saya membawa makanan, apakah engkau hendak makan?

Perempuan tersebut menjawab : 'Kemudian mereka menyempurnakan puasa hingga malam' (Surah Al-Baqarah : 187).

Saya berkata 'Ini bukan bulan Ramadhan.

Perempuan tersebut menjawab : 'Dan barangsiapa mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka Sesungguhnya Allah Maha mensyukuri kebajikan lagi Maha Mengetahui' (Surah Al-Baqarah : 158).

Saya berkata 'Dalam perjalanan, kita dibolehkan untuk berbuka.

Perempuan tersebut menjawab : 'Dan berpuasa adalah lebih baik bila kalian semua mengetahui.' (Surah AlBaqarah : 184).

Saya bertanya 'Mengapa engkau tidak berbicara kepada saya sebagaimana saya berbicara kepadamu?

Perempuan tersebut menjawab : 'Tiada satu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.' (Surah Qaaf : 18)

Saya bertanya 'Dari golongan apakah engkau?

Jawabnya :, "Janganlah engkau mengikuti sesuatu yang tidak engkau ketahui ilmunya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya akan dipertanggungjawabkan ' (Surah Al-Israa : 36).

Saya berkata 'Saya telah melakukan kesalahan, maafkanlah saya.

Perempuan tersebut berkata: ,

'Pada hari ini tiada cercaan buatmu. Mudah-mudahan Allah


mengampunimu.' (Surah Yusuf :92).

Saya berkata 'Apakah engkau mahu untuk menaiki untaku, sehingga engkau dapat bertemu dengan kafilah?

Perempuan tersebut berkata: , 'Dan apa yang kau kerjakan berupa kebaikan diketahui Allah.' (Surah AlBaqarah : 197).

Abdullah bin al-Mubarak melanjutkan "Kemudian kurendahkan untaku.

Perempuan tersebut berkata: "Katakan kepada orang-orang yang beriman, tundukkanlah pandangan mereka" (Surah Nuur : 30).

Saya tundukkan pandangan darinya dan kukatakan kepadanya "Naiklah." Ketika dia hendak kenaiki unta tersebut, unta itu melompat sehingga pakaiannya terkoyak.

Perempuan tersebut berkata: "Dan musibah yang menimpa kalian semua adalah karena usaha kalian." (Surah Syura : 30).

Saya berkata kepadanya "Sabarlah, sehingga unta ini kuikat.

Perempuan tersebut berkata: "Mak kami telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat)." (Surah Anbiyaa : 79). Saya mengikat unta itu dan berkata "Naiklah!'

Tatkala menaiki unta, dia berkata: ( 13) "Mahasuci Tuhan yang telah menundukkan semua ini bagi kami, padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami" (Surah Zukhruf : 13-14).

Abdullah berkata "Kemudian saya mengambil tali unta itu dan saya bergerak dan menjerit.

Perempuan tersebut berkata: "Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu." (Surah Luqman : 19). Kemudian saya berjalan perlahan - lahan dan mendendangkankan syair.

Perempuan tersebut berkata: , "Maka bacalah apa yang mudah dari Alquran." (Surah Al-Muzammil : 20).

Saya berkata "Sungguh engkau telah diberi kebaikan yang banyak.

Perempuan tersebut berkata: "Dan tidak ada sentiasa berzikir. kecuali ulul albab." (Surah Ali-Imran : 7).

Dalam perjalanan saya bertanya "Apakah engkau telah berkahwin?

Perempuan tersebut menjawab : "Wahai orang-orang yang beriman janganlah menanyakan sesuatu yang bila dijelaskan kepadamu niscaya menyusahkanmu." (Surah Al-Maidah : 101). Saya terdiam dan tidak berkata lagi sehingga kami menjumpai kafilah. Saya berkata "Kita telah sampai di kafilah. Di manakah rombonganmu?

Perempuan tersebut menjawab : "Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia." (Surah Kahfi : 46). Dari sana saya tahu bahwa dia mempunyai anak. Saya bertanya "Bagaimana keadaan mereka dalam haji?

Perempuan tersebut menjawab : "Dan (Dia ciptakan) tanda-tanda (petunjuk jalan) dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk." (Surah An-Nahl : 16).

Sehingga saya tahu bahawa mereka adalah para penunjuk jalan. Saya menuju ke khemah,. Kemudian saya bertanya "Kita telah sampai di tempat perkhemahan. Dari golongan manakah engkau?

Perempuan tersebut menjawab : Allah telah menjadikan Ibrahim sebagai kekasih." (Surah An-Nisaa : 125). Dan Allah telah berfirman kepada Musa dengan firman yang sebenarnya." (Surah An-Nisaa : 164), Hai Yahya, ambillah kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh." (Surah Maryam : 12).

Maka saya memanggil "Wahai Ibrahim, Musa, dan Yahya.Tiba-tiba muncullah 3 orang pemuda yang amat kacak. Ketika mereka telah duduk, perempuan itu berkata:

"Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik,maka hendaklah dia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah dia berlemah lembut." (Surah Kahfi : 19).

Salah seorang di antara mereka pergi dan membeli makanan, kemudian dihidangkan untukku.

Perempuan itu berkata: "(Kepada mereka dikatakan): 'Makan dan minumlah dengan sedap kerana amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu.' (Surah Al-Haqqah : 24).

Saya berkata "Saya tidak akan menyentuh makanan yang disediakan sehingga kamu menceritakan tentang perempuan ini."

Mereka berkata "Dia adalah ibu kami yang sejak 40 tahun yang lalu tidak berbicara, kecuali dengan ayat Al - Quran kerana takut tergelincir dan mendapat murka Allah yang Maha Pengasih." Maha suci Zat yang Maha kuasa atas segala sesuatu.

Saya berkata 'Itu adalah kurniaan Allah yang diberikan kepada orang-orang yang agung," . Hanya Allah yang Maha Mengetahui rahsia segala sesuatu. Semoga rahmat Allah dan keselamatan sentiasa dicurahkan kepada Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya.

alah satu kuasa dalaman ajaib Al-Quran ialah, ia mampu menimbulkan rasa asyik dan leka terutamanya jika kita cuba berdialog dengannya.

Selalunya, dialog tersebut akan dimulakan oleh Al-Quran dahulu dengan cara bertanyakan soalan, menggugah kepercayaan dalaman kita dan kemudian perdebatan dengan Al-Quran pun bermula. (tentunya kebenaran akan berpihak pada fakta Al-Quran!)

Kerap juga ketika membacanya, kita akan mengalami beberapa situasi refleks seperti tersenyum sendirian, tertawa keseorangan, dan bagi sesetengah orang, ia mampu mengalirkan air mata kesyahduan. Kesemua perasaan ini boleh timbul samada ketika kita mengaji atau mengkaji Al-Quran. Patutlah Al-Quran diturunkan kepada makhluk yang mampu memahaminya sahaja, kerana makhluk lain, walaupun keadaan fizikalnya begitu perkasa, belum tentu mampu memikul seribu satu kehebatan Al-Quran. Lihat apa yang difirmankan Tuhan mengenai kehebatan kuasa dalaman Al-Quran itu :

Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. Surah Al-Hasyr, 21 Mungkin timbul persoalan, adakah Al-Quran mampu mencetus emosi, sehingga dalam sesetengah kisah, manusia akan menangis ketika menatapinya? Saya kira, cukup kebenaran dibawah ini untuk menjawab soalan itu :

Katakanlah: "Berimanlah kamu kepadanya atau tidak usah beriman. Sesungguhnya orang-orang yang diberi

pengetahuan sebelumnya apabila Al Qur'an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka

sambil bersujud, dan mereka berkata: "Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi". Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu'. Surah Al-Isra, 107-109 Maka pada kali ini, kita akan berbincang bagaimana kitab ini berinteraksi bersama Nabi, para sahabat, tabiin dan para solafussoleh.

MENGAPA NABI MENGGALAKKAN MENANGIS KETIKA MEMBACA AL-QURAN? Al-Quran amat memuji dan menyanjungi Rasulullah S.A.W. Al-Quran menyatakan :

Sesungguhnya telah ada pada

Rasulullah itu contoh

tauladan yang baik bagimu , bagi orang yang mengharap Allah dan hari kiamat dan dia banyak mengingati Allah. Surah Al-Ahzab, 21.

Rasulullah S.A.W. merupakan manusia yang memiliki ciri-ciri kesempurnaan, insan kamil mutakamil manusia lengkap universal. Seluruh umat merasa amat terpesona dengan ajaran baginda yang mampu mengeluarkan kita dari kegelapan kepada cahaya (Surah At-Talaq,11).

Disebalik kelebihan yang Baginda miliki, kita akan amat tertarik dengan teknik interaksi baginda bersama Al-Quran yang digambarkan dalam sabdanya iaitu :

Bacalah Al-Quran dan menangislah ketika membacanya, seandainya kamu tidak mampu menangis, maka buat-buatlah menangis.

Nampaknya, hadis ini menyuruh kita supaya cuba menangis ketika membaca Al-Quran. Adakah menangis itu bermaksud sedih, pesimis dan longlai? Adakah umat islam disuruh menjadi umat yang lemah emosinya? Tidak sekali-kali. Jangan

cepat salah faham dengan hadis ini.

Sebenarnya apa yang dimaksudkan ialah, Nabi amat tahu sifat-sifat hati manusia yang keras dan sukar dijinakkan, bahkan menurut Al-Quran lebih keras dari batu. Maka ia perlu disirami dengan tangisan keinsafan. Tangisan yang keluar dari keinsafan mendengar bacaan kitab hidayah Tuhan.

Nabi sendiri pernah beremosi sebegitu. Pernah dalam satu peristiwa, Nabi Muhammad menyuruh dikalangan sahabatnya untuk membacakan Al-Quran. Baginda akan mendengarkannya dengan penuh minat, khusyu dan teliti sehingga para sahabat menyaksikan, perlahan lahan air mata bergenang di sudut mata Rasul yang mulia ini. Dan selalunya, apabila para sahabat menghabiskan bacaan, tangisan keinsafan mencucur keluar membasahi wajahnya yang mulia.

Nabi amat tahu sifat-sifat hati manusia yang keras dan sukar dijinakkan, bahkan menurut Al-Quran lebih keras dari batu. Maka ia perlu disirami dengan tangisan keinsafan. Tangisan yang keluar dari keinsafan mendengar bacaan kitab hidayah Tuhan.

Dalam satu kesempatan lain, isteri baginda iaitu Aisyah r.a bercerita tentang peristiwa yang disebutnya sebagai yang paling mempersona-

kan dalam kehidupan nabi. Menurut beliau, Nabi ketika itu bangun ditengah malam, berwudu dan melakukan solat malam. Belum sempat beberapa detik berlalu pada bacaan solatnya, baginda telah menangis teresak-esak. Tangisan itu telah berpanjangan disepanjang solat sehingga Aisyah mengatakan baginda menangis hingga janggutnya basah oleh air matanya.

Ternyata tangisan Nabi bukanlah bermaksud lambang putus asa dan tanda kelemahan. Dengan tangisan, baginda telah mengungkapkan rasa kelembutan hati untuk menerima isyarat hidayah Tuhan. Thaabit Al-Bunaani pernah berpengalaman mendengar sendiri tangisan nabi. Ketika itu beliau ingin berjumpa dengan Nabi, tetapi Baginda sedang mengerjakan solat. Apa yang didengarinya

ialah Aku mendapati baginda Nabi menangis sehingga mengeluarkan bunyi seperti periuk menggelegak.

Dengan menjadikannya sebagai salah satu sunnah, kebiasaan gaya tangisan ini telah diteruskan oleh para ulama solafussoleh. Maka kita selaku pencinta Rasulullah juga amat sangat dituntut untuk mempraktikkannya. Jika tangisan itu tidak dapat dikeluarkan, cukuplah dengan tabaaki atau berpura-pura menangis, kerana percayalah, ia akan memberikan kesan tarbiyah yang cukup mendalam kepada jiwa.

INTERAKSI SAIDINA UMAR Saidina Umar merupakan antara hero pujaan saya yang sangat dikagumi. Disebalik memiliki personaliti bergaris serius dan tegas, beliau diakui sebagai sahabat yang sangat rapat dengan Tuhan. Lihat sahaja bagaimana Allah memuliakannya dengan bersetuju dengannya melalui beberapa perkara. Dalam hadis riwayat Al-Bukhari, Saidina Umar berkata :

Allah telah bersetuju denganku dalam 3 perkara. Pernah aku memberi cadangan kepada Rasulullah : Apa kata jika kita menjadikan Maqam Ibrahim sebagai tempat solat? Maka turunlah ayat Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat solat (Al-Baqarah,125). Aku berkata : Wahai Rasulullah, telah Sesungguhnya adukkan

perempuan-perempuanmu

mencampur

antara kebaikan dan keburukan, bagaimana kalau engkau arahkan mereka untuk memakai hijab? Maka turunlah ayat Hijab, Dan yang ketiga, pada peristiwa di mana telah terjadi peristiwa Ghirah pada isteri Rasul, maka aku berkata kepada mereka Jika Nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri yang lebih baik daripada kamu Maka turunlah ayat seperti yang dikatakanku (Surah Tahrim,ayat 5).

Tetapi jika dilihat perilaku Saidina Umar pada zaman jahiliah, kita akan terperanjat dengan personality beliau yang begitu menakutkan dan kejam. Bagi mereka yang mencari geruh dengannya, ia samalah seperti berseteru dengan malaikat Maut. Lalu apabila Umar ketika sebelum keislamannya ingin membunuh Rasulullah, ia dianggap sebagai bahaya yang paling besar buat utusan Allah terakhir itu.

Walau bagaimanapun, Allah selaku pemilik hati dan penentu segala sesuatu begitu mudah menukarkan suasana cemas menjadi ceria. Dalam kisah interaksi Al-Quran bersama Saidina Umar, Al-Quran telah menunjukkan salah satu dari kelebihannya - kekuatan melunakkan hati dan

Dalam kisah interaksi Al-Quran bersama Saidina Umar, Al-Quran telah menunjukkan salah satu dari

perasaan lelaki keras seperti Saidina Umar menjadi kelebihannya - kekuatan lembut. Ketika membaca beberapa petikan ayat Al-Quran, dipercayai dari ayat 1 hingga 5 dari Surah Toha, hati lelaki ini telah dicairkan. Cerita seterusnya telah menjadi satu lagenda kekal kepada kita, Saidina Umar memeluk Islam setelah membaca beberapa ayat Al-Quran yang dirampas dari tangan adiknya.

melunakkan hati dan perasaan lelaki keras seperti Saidina Umar menjadi lembut.

Walaupun dikenali sebagai sahabat yang amat tegas, Saidina Umar juga seperti manusia lain, memiliki hati yang amat lembut dan bersih. Abdullah B. Syadad pernah mendengar tangisan Saidina Umar ketika solat subuh bersamanya. Tangisan itu semakin kuat ketika beliau membaca ayat 86, Surah Yusuf yang bermaksud "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya."

Hebat bukan Saidina Umar? Patutlah beliau dicalonkan Rasulullah sebagai salah seorang yang dijamin masuk Syurga. Lelaki yang bukan sahaja menangis ketika membaca Al-Quran, bahkan kadang kala ketika menghayatinya, beliau terlalu

beremosi hingga jatuh tersungkur, sehingga ramai yang menganggap beliau ditimpa sakit tenat. Sebenarnya, tahap keimanan dan nilai tangisan beliau sudah sampai ke tahap yang digambarkan Al-Quran sebagai :

Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul , kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran yang telah mereka ketahui ; seraya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi . Surah Al-Maidah, 83.

Lelaki seperti ini jugalah yang amat cintakan Rasulullah S.A.W. Cinta ekstrem ini dipamerkan dalam kisah menyayat hati, bagaimana berkecamuknya perasaan Saidina Umar apabila mendengar berita kematian Rasul. Beliau tidak dapat menerima kenyataan tersebut dan terus mengamuk tidak tentu hala. Ketika itu, tidak ada seorang pun yang berani menenteramkan Saidina Umar. Bagi para sahabat, mereka sangat kenal Saidina Umar, dan perbuatan menenteramkannya samalah seperti menjentik singa lapar yang sedang terluka.

Akan tetapi, masih ada sahabat lain yang memiliki kunci untuk menenteramkan kesedihan Umar ini. Saidina Abu Bakar, sahabat nabi yang paling tenang menyampaikan nasihat yang terus mencairkan api kemarahan Saidina Umar. Jika engkau beriman kepada Muhammad, ketahuilah bahawa baginda hanyalah manusia biasa, dan telah meninggal dunia. Tetapi jika engkau beriman kepada Allah, ketahuilah bahawa Allahlah Tuhan yang Maha Kekal Abadi. Begitulah lebih kurang tutur kata Saidina Abu Bakar untuk menyejukkan hati sahabatnya itu. Dan Saidina Umar lebih tenang selepas mendengar ayat Al-Quran :

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sama seperti rasul lain sebelumnya. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang ? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan

mudarat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. Surah Ali-Imran, 144.

INTERAKSI PARA SOLAFUSSOLEH : MENANGIS, MENGGELETAR, PENGSAN? Kadang-kadang, apabila kita meneliti cara para sahabat dan solafussoleh berinteraksi dengan Al-Quran, kita akan merasa hairan sehingga agak sukar untuk mempercayainya. Bagaimana ia boleh terjadi sedemikian? Rasanya tidak logik mereka berperangai seperti itu? Ini adalah antara secebis persoalan yang mula berlegar-legar dalam fikiran logik yang memang tidak pernah mengerti bahasa iman. Tetapi, pada peringkat kita yang mempunyai iman sebesar debu ini, rasanya sukar untuk memahami dan menyelami pengalaman mereka.

Tercatat dalam satu peristiwa, bagaimana Ibnu Abbas pernah menceritakan reaksi seorang sahabat, iaitu Abdul Rahman b. Auf ketika berinteraksi dengan Al-Quran. Beliau berkata : Belum pernah aku melihat seorang lelaki menggeletar seperti apa yang terjadi pada Abdul Rahman b. Auf ketika membaca Al-Quran.

Menggeletar ketika membaca Al-Quran. Pelik bukan? Bagi kita yang hanya menggeletar ketika kesejukan atau ketika ketakutan ini tentulah merasa pelik dengan tingkahlaku sahabat itu. Sebenarnya, kita telah kehilangan satu definisi lain tentang menggeletar ketakutan, iaitu ketika menyedari kekuasaan Tuhan. Definisi inilah yang sedang digunapakai oleh para sahabat sehingga mereka berperilaku sedemikian.

Seorang sahabat lain iaitu Abu Darda pernah mengulang-ulang ayat ini dalam solat malamnya sehingga sampai waktu Subuh. Ayat tersebut ialah :

Apakah

orang-orang

yang

membuat

kejahatan

itu

menyangka bahwa Kami akan menjadikan mereka seperti

orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, yaitu sama antara kehidupan dan kematian mereka? Amat buruklah apa yang mereka sangka itu. Surah Al-Jaathiyah, 21.

Lihat pula, bagaimana kesan taqwa yang ada pada Khalifah Zuhud, iaitu Umar bin Abdul Aziz. Beliau begitu khusyu ketika mentadabbur ayat Al-Quran, sehingga melahirkan rasa takut yang bersangatan ketika membaca ayat 14, Surah Al-Lail yang bermaksud : Maka, kami memperingatkan kamu dengan neraka yang menyala-nyala. Beliau telah menangis tersedu-sedu dalam solatnya dan terpaksa memberhentikan bacaan, dan selepas beberapa ketika, dicuba lagi untuk menyambungnya, tetapi ternyata beliau tidak mampu sehingga terpaksa menggantikannya dengan surah lain.

Beliau telah menangis tersedu-sedu dalam solatnya dan terpaksa memberhentikan bacaan, dan selepas beberapa ketika, dicuba lagi menyambungnya, tetapi ternyata beliau tidak mampu sehingga terpaksa menggantikannya dengan

Ada juga kisah lain yang lebih hebat dari itu. Imam Nawawi pernah merekodkan kisah

surah lain.

luarbiasa, bagaimana seorang tokoh ilmuan ternama di Syam yang bernama Ahmad B. Abi Al-Hawari telah berteriak dan jatuh pengsan apabila terdengar bacaan Al-Quran. Mereka ini bukannya sengaja atau berpura-pura berbuat seperti itu, tetapi itulah kesan nyata yang dizahirkan apabila hati mereka dipenuhi dengan perasaan takut yang bersangatan kepada Allah.

Malahan menurut riwayat lain, para solafussoleh bukan sahaja pengsan, bahkan ada yang mati ketika menelaah ayat-ayatnya. Salah satu darinya ialah Zurarah bin Awfa, seorang yang berpangkat Tabiin ketika menjadi Imam solat Subuh. Dalam solatnya, beliau telah membaca ayat 8 dan 9, Surah Al-Muddatsir yang bermaksud : Apabila ditiup sangkakala, maka waktu itu adalah waktu hari yang sukar. Lalu dengan tidak semena-mena, beliau terus jatuh tersungkur dan

mati ketika itu juga. Kata Bahz bin Hakim, seorang sahabatnya : saya termasuk antara mereka yang mengusung mayatnya.

Disampaikan kepada kita juga, satu kisah luarbiasa yang berlaku jauh ditengah padang pasir sana. Kisah yang terjadi 1000 tahun lampau ini mampu menyentuh perasaan, kerana ia mengajarkan kita perasaan senang dan gembira bersama Kalam Allah. Di tepi oasis padang pasir, seorang yang sedang khusyu membaca Al-Quran, tiba-tiba diganggu kesyahduannya dengan tusukan lembing yang dilemparkan kepadanya dari belakang. Matanya yang sebelum ini begitu tekun menelaah setiap kata Kalam Ilahi itu tiba-tiba terhenti, terkejut bila melihat sendiri hujung mata lembing yang telah menembusi dada, muncul dihadapan dan menghadang penglihatannya. Tetapi, bagi orang yang telah memiliki ketenangan rohani yang begitu tinggi, dia hanya tersenyum gembira. Sambil menyapu darah yang keluar membasahi badannya, dia mengeluarkan kata-kata terakhir : Fuztu Wa Rabbil Kaabah Betapa senang dan gembiranya daku, demi Tuhan yang memelihara Kaabah.

engkau tentu akan gembira sepertiku juga. Lihatlah sesungguhnya aku telah mengkhatamkan Al-Quran sebanyak lapan belas ribu kali.

Ada lagi yang lebih hebat. Hebatnya ialah, jika kita menghadapi sakaratul maut dengan ketakutan dan kegelisahan, dia menghadapinya dengan senyuman dan kegembiraan. Imam Syubah, salah seorang anak murid terkenal bagi Imam Asim, Syeikh Qiraat yang terkemuka, menghadapi kematian dengan perasaan yang begitu damai dan tenteram. Ketika saudara perempuannya menangis kesedihan, beliau bertanya Mengapa engkau perlu menangis wahai saudaraku? Jika kau perhatikan perjalanan hidupku, engkau tentu akan gembira sepertiku juga. Lihatlah sesungguhnya aku telah mengkhatamkan Al-Quran sebanyak lapan belas ribu kali.

Bagitulah secebis kisah hebat, pengalaman mereka yang menyedari Al-Quran adalah ibu segala kebenaran. Kitab yang bukan hanya dibaca menjelang hari tua,

bahkan dihayati pada setiap ketika dan keadaan selagi hayat yang dipinjamkan Tuhan dikandung badan.

Maka kita juga perlu berperanan seperti itu, membuka lembaran baru dalam berinteraksi bersama Al-Quran. Sekurang-kurangnya, jika kita tidak sampai ke tahap mereka, kita patut merasa bangga dan bersyukur kerana pernah cuba mengikuti cara penghayatan yang telah mereka wariskan. Semoga dengannya, iman kita akan meningkat dan kita terus diberikan kekuatan dalam usaha ini. Allahumma Amin.

atu persoalan untuk direnungkan : Benarkah ada kandungan Al-Quran yang sukar diterima oleh sains? Benar, jika sains yang dimaksudkan itu

seperti makhluk bermata satu yang melihat berbagai kejadian berasaskan sebab material sahaja. Dan selalunya, bila sebab itu tidak dapat difahami oleh asas material, sains akan berkata : kejadian ini tidak rasional.

Kefahaman sains tanpa asas tauhid seperti inilah yang perlu dielakkan oleh setiap muslim. Ini kerana dalam Al-Quran, terdapat banyak cerita yang dikategorikan sebagai mukjizat. Apakah itu mukjizat? Sesuai dengan maknanya iaitu sesuatu yang mencarik adat kebiasaan, mukjizat boleh difahami sebagai perkara mencengangkan yang ditunjukkan oleh para nabi atau rasul, dengan campur tangan dari Yang Mahakuasa.

Logik menurut Tuhan


Jadi, adakah ia logik? Ya, jika asas logik itu disesuaikan dengan kuasa dan kehendak Tuhan yang tidak terbatas. Tetapi jika dilihat dari pandangan manusia yang terbatas, tentu perkara tersebut tidak logik. Logik menurut Tuhan ialah menukar perkara impossible kepada possible dan perkara abnormal kepada normal tanpa had batasan, atau bahasa Qurannya Kun, Fayakun.

ialah menukar perkara impossible kepada possible dan perkara abnormal kepada normal tanpa had batasan, atau bahasa Qurannya Kun, Fayakun.

Maka disini, kami menyenaraikan 27 peristiwa tidak logik pada pandangan sains, tapi sangat logik pada pandangan iman dalam Al-Quran untuk tatapan anda. Semoga dengan menghayati peristiwa sebegini, ia mampu membuatkan kita jatuh cinta berulang kali kepada Al-Quran.

HAIWAN SEPANTAS ROKET. Teknologi kita hanya mampu menyampaikan manusia hingga ke bulan, tetapi teknologi Buraq tunggangan Rasulullah mampu membawa baginda dari Mekah ke

Masjid Aqsa, Palestin, kemudiannya terus menembusi langit ke tempat tertinggi bertemu Allah, dan balik semula ke bumi dalam masa setengah hari!

Lebih laju dari roket bukan? Awal Surah Al-Isra menceritakan kronologinya.

KOMANDO ELIT YANG TIDAK KELIHATAN. Sekali lagi, Rasulullah dengan bantuan Yang Maha Kuasa telah menunjukkan kuasa mukjizat tahap tinggi yang dianugerahkan kepadanya. Dalam perang Badar, semua sahabat sedia maklum bahawa jumlah ketumbukan tentera mereka hanyalah seramai 313 orang sahaja. Tetapi mereka begitu mudah menewaskan tentera kuffar yang berjumlah 1000 orang. Perkara Impossible telah berlaku bukan? Ingin tahu apa rahsianya? Sebenarnya, tentera Islam diiringi dengan sepasukan tentera komando elit iaitu para malaikat. Jumlahnya seramai lebih kurang tiga ribu hingga lima ribu malaikat. Kekuatan ketumbukan tentera ghaib ini dinyatakan dalam Surah Ali- Imran ayat 124 hingga 126.

TANGAN NABI YANG BERURAT DAWAI, BERTULANG BESI. Tahukah anda kelebihan utama Nabi Daud? Selain memiliki kitab Zabur, baginda juga memiliki mukjizat yang begitu berkuasa. Tangannya mampu melembutkan besi hinggakan baginda mampu menganyam dan melentur-lenturkan besi itu sesuka hatinya. Nampaknya, tahap kekerasan besi hanyalah seakan tanah liat sahaja bagi Nabi Daud. Jika anda ingin mengetahui surah yang menceritakannya, sila rujuk Surah Saba ayat 10 dan 11.

GEMA ZIKIR DARI GUNUNG-GANANG. Selain dianugerahkan kitab Zabur dan keupayaan melenturkan besi, Nabi Daud juga memiliki koleksi mukjizat peribadi lain. Disebabkan tahap ketaatannya begitu tinggi, Allah telah memerintahkan burung-burung dan gunung-ganang ikut

sekali berzikir mengiringi setiap ucapan zikir Nabi Daud. Bayangkan jika anda memiliki kehebatan segah ini. Tetapi kita hanya mampu membayangkannya sahaja, kerana tahap sebegitu hanya layak dikurniakan kepada mereka bertaraf Nabi sahaja. Apapun, anda boleh menghayati moral kisahnya dalam Surah Sood, ayat 17 hingga 19.

PINTU TAUBAT DARI PERUT IKAN RAKSASA. Kepada mereka yang mempercayai kewujudan dinasour atau hidupan yang bersaiz besar, mungkin fakta ini boleh menjadi saksi kebenaran kewujudannya. Kisah Nabi Yunus yang telah berputus asa dari menyeru kaumnya, di mana akhirnya Baginda telah ditelan oleh seekor ikan yang sangat besar.

Memang ikan yang digambarkan Al-Quran ini lebih besar dari ikan Paus, kerana setelah ditelan oleh ikan itu, Nabi Yunus masih hidup didalamnya, bahkan baginda sempat bertafakkur, menyesal dan berdoa memohon keampunan Tuhan. Hayati kisah ini dalam Surah Soffat, 141 dan 142, serta Surah Anbiya ayat 87.

MENGGIGIL KESEJUKAN KERANA DIBAKAR? Cerita kezaliman pemerintah kuffar ke atas Nabi Ibrahim. Pada waktu itu, para pembesar telah mengeluarkan titah : Ibrahim patut dibunuh kerana dosanya memperolokkan tuhan kita! Hukumannya ialah : Bakar hingga mati! Rakyat yang begitu dirasuk ketaksuban melulu terus berbondong-bondong mengumpul kayu api. Kemudiannya,

Nabi Ibrahim diletakkan di tengah-tengah timbunan kayu api yang menggunung itu dan proses pembakaran pun bermula. Tiada siapa yang mampu mendekati neraka buatan itu kerana hawanya saja mungkin membuatkan mereka pengsan, apatah lagi berada di dalamnya. Tetapi bagi Nabi Ibrahim, ia seperti berada di tengah salji. Baginda telah menjadikan kepanasan api sesejuk ais. Cerita ajaib ini terakam dalam Surah Anbiya, ayat 69 dan Surah Soffat, ayat 97.

MAGIC YANG LEBIH HEBAT DARI HARRY POTTER. Dalam satu pertandingan sihir ala Harry Potter, Nabi Musa telah membuatkan sihir juak-juak Firaun serba tak kena. Tongkat baginda telah bertukar menjadi ular sehebat naga, membaham semua ular plastik jadian rekaan tukang sihir Firaun. Akhirnya apa yang telah terjadi? Ahli sihir telah berpaling tadah. Keimanan kepada Firaun telah bertukar kepada menyembah yang Maha Satu. Kali ini, mereka tidak akan tertipu atau bersekongkol untuk menipu lagi. Hayati sambungannya pada Surah Al-Araf, ayat 107 & 108, Surah Toha, ayat 20 dan 69.

TANGAN BERCAHAYA... BENARKAH? Sebelum Nabi Musa menunjukkan kehebatan tongkat menjadi ular raksasa kepada Firaun, baginda ada dikurniakan satu mukjizat lain. Antara muqoddimah mukjizat yang dibekalkan Allah kepadanya ialah tangan yang bersinar. Tapak tangannya telah mengeluarkan cahaya putih yang begitu terang bersinar setelah ia dikeluarkan dari poket bajunya. Anda boleh amatinya sendiri dalam Surah Al-Araf, ayat 107 dan 108, serta Surah An-Naml, ayat 32 dan 33.

CATCH ME IF YOU CAN VERSI FIRAUN. Rasanya anda pernah terbaca adengan kejar-mengejar yang cukup mendebarkan antara bala tentera Firaun dan pengikut Nabi Musa. Ketika itu, Nabi Musa dan pengikutnya begitu terdesak setelah diasak hingga ke Laut Merah, sedangkan dibelakang mereka menanti bala tentera Firaun yang siap mencincang mereka.

Pada saat genting ini, Nabi Musa sekali lagi menunjukkan kuasa mukjizat saktinya. Baginda telah membelah laut, menjadikannya umpama kek lapis yang dipotong dua hanya dengan menggunakan tongkatnya. Rujuk cerita seterusnya pada Surah Al-Baqarah ayat 50 dan Surah As-Syuara ayat 63.

PEMUDA TUKANG RAMAL MASA DEPAN. Adakah wujud manusia yang mampu meramal masa hadapan secara tepat? Ya ada. Anda patut membaca kisah Nabi Musa dan seorang pemuda bijaksana bernama Khidir. Demikianlah yang dinyatakan oleh ulama tafsir. Membaca kisahnya akan membuatkan kita terkejut dengan kebenaran, kerana Nabi Khidir mampu menceritakan begitu tepat kejadian masa hadapan tanpa bantuan sebarang tukang tilik atau time machine. Tetapi ia tidak menghairankan, kerana semua maklumat tepat itu diberikan oleh penentu masa hadapan iaitu Allah S.W.T.

Ketika itu, kepintaran brilliant Nabi Musa telah menjadi begitu kecil. Baginda telah diajar secara tidak langsung oleh Nabi Khidir melalui bentuk pengajaran yang begitu pelik, membocorkan kapal yang ditumpangi secara percuma, membunuh anak yang masih kecil dan mengukuhkan binaan suatu tempat yang penduduknya tidak menghiraukan mereka. Pelik bagi kita yang tidak mengetahui masa hadapan bukan? Untuk mendapatkan jawapan mengapa Nabi Khidir melakukan sedemikian, sila rujuk Surah Kahfi, ayat 65 hingga 82.

MATI HIDUP SEMULA : KALI INI BENAR-BENAR BERLAKU! Nabi Musa memang memiliki kelas tersendiri dalam memperlihatkan koleksi mukjizatnya. Kali ini ia ditunjukkan setelah bosan melayani karenah kaum Israel yang begitu berdolak-dalik terhadap arahannya. Bani Israel masih mengajukan pertanyaan yang tidak masuk akal kepada Baginda walaupun telah diberikan bukti kukuh setiap masa.

Dan pada akhirnya, Nabi Musa menjadi pengantara kuasa Tuhan, menghidupkan orang mati setelah memukulnya dengan lidah lembu. Begitulah yang diriwayatkan oleh beberapa pengkaji tafsir. Anda boleh meneliti karenah dan kedegilan orang Israel (yang sekarang digelar yahudi) ini dalam Surah Al-Baqarah, ayat 67-73.

INGIN TAHU MENU HIDANGAN DARI SYURGA? Mukjizat Nabi Musa lagi. Memang bertuah bagi mereka yang menjadi pengikut baginda, kerana kali ini mereka mendapat hidangan istimewa bertaraf 10 bintang. Datangnya bukan dari menteri, tidak juga dari raja, jauh sekali dari Firaun, tetapi dari Raja segala Raja iaitu hidangan yang dibawakan khas dari langit. Apa menunya? - Dua hidangan istimewa iaitu Manna dan Salwa. Sila rujuk Surah Al-Baqarah ayat 57

12 MATA AIR KESAN MUKJIZAT NABI. Jika anda seorang jurutera binaan, anda patut pergi sendiri ke Sinai, Mesir untuk menyaksikan antara kesan ajaib peninggalan Nabi Musa. Di sana anda akan dapati kesan batu yang dipukul Nabi Musa dengan tongkatnya sehingga terpecah dan terpancar darinya 12 mata air. Saya pernah menyaksikannya sendiri di sana. Dan anda boleh menghayati kisahnya dahulu di Surah Al-Baqarah ayat 60.

INGIN TAHU DOA BERKESAN PEROLEHI ANAK DARI NABI? Apa perasaan anda jika dalam perkahwinan, anda masih belum dikurniakan zuriat sedangkan usia telah meningkat sementara isteri pula disahkan mandul? Tentu ketika itu, harapan untuk memiliki zuriat sudah tiada lagi. Bagi mereka yang bermasalah sebegitu, kita boleh belajar doa dan petuanya dari Nabi Zakaria.

Setelah bermunajat dengan doa istimewa yang tidak putus-putus, akhirnya Nabi Zakaria yang berada dalam keadaan serba mustahil untuk mendapat anak dikurniakan putera bernama Yahya. Anda boleh mengamalkan doa mujarabnya dalam Surah Ali-Imran, ayat 40 dan Surah Maryam, ayat 4 dan 5.

BAYI YANG PINTAR BERKATA-KATA. Kisah berinspirasi dari Maryam wanita yang amat suci. Kelebihan pertamanya ialah melahirkan anak tanpa suami. Kelebihan berikutnya ditunjukkan oleh anaknya

iaitu Isa bin Maryam. Dalam usia tidak sampai seminggu, Baginda dikurniakan kelebihan bertutur dengan begitu lancar laksana peguam, mempertahankan kesucian ibunya yang teruk ditohmah. Dialog dan hujah bayi peguam tersebut masih boleh anda hayati dalam ayat 46 surah Ali-Imran dan surah Maryam sendiri. MAKANAN DARI LANGIT, SEKALI LAGI.

Maryam, ibu kepada Nabi Isa memang layak menyandang gelaran gadis suci yang dilahirkan untuk beribadah. Ini kerana ketika mudanya, beliau telah menerima anugerah yang begitu hebat. Beliau diberi makan dari langit hinggakan Nabi Zakaria yang diamanahkan untuk menjaganya ketika itu begitu terperanjat dengan kelebihan yang diberikan. Surah Ali-imran, 37

NABI ISA : BERTUTUR KETIKA BAYI? BANYAK LAGI! Kelebihan Nabi Isa bertutur ketika kecil hanyalah permulaan dari kehebatan yang lebih besar. Ketika diangkat menjadi Rasul, Baginda telah menunjukkan koleksi kehebatan mukjizatnya, dari keupayaan menghidupkan burung hinggalah kepada menghidupkan manusia yang telah mati. Menyembuhkan penyakit yang mustahil diubati seperti sopak dan buta hanya melalui sentuhan, dan yang terhebat ialah kelebihan untuk mengetahui setiap yang dirahsiakan. Semuanya terakam dalam Surah Ali-Imran, ayat 49 dan Surah Al-Maidah, ayat 110.

TENTERA LUARBIASA YANG MEMANG LUARBIASA. Jika tentera Negara Cina dikatakan berjumlah lebih sejuta orang, angka itu sangat kecil jika dibandingkan dengan tentera Nabi Sulaiman yang tak terkira jumlahnya. Ini kerana, ia terdiri bukan sahaja dari manusia, bahkan angin, jin dan juga syaitan! Kesemua tentera ghaib ini diberikan tugas yang khusus.

Ada yang diperintahkan sebagai buruh binaan untuk membina bangunan serta mahligai yang besar dan indah. Ada juga yang menjadi penyelam professional,

menyelam jauh ke dasar lautan untuk mencari segala mutiara perhiasan di dasar perutnya, manakala yang lain, sekadar pengawal membawa Nabi Sulaiman ke mana sahaja destinasi yang diinginkan dengan kecepatan yang begitu luarbiasa. Anda boleh saja mengetahui secara lebih tepat tentera luarbiasa ini dalam Surah Al-Anbiya, ayat 81 dan 82, serta Surah Saba, ayat 12 hingga 14.

MANUSIA BIASA BERKUASA LUARBIASA. Manusia yang mempunyai ilmu dari kitab begitulah jolokan yang diberikan kepada seorang yang mempunyai kuasa luarbiasa pada zaman Nabi Sulaiman. Antara kehebatannya yang dirakamkan Al-Quran ialah keupayaannya memindahkan istana Balqis di hadapan Nabi Sulaiman dalam waktu yang begitu amat singkat. Tempoh masa pemindahan yang diambil ialah : lebih laju dari 0.5 saat ! (sebelum mata berkelip). Jika anda bercita-cita ingin memiliki ilmu sehebat ini, hayati kronologi peristiwanya dahulu dalam Surah An-Naml, ayat 40.

NABI YANG MEMAHAMI PERTUTURAN BINATANG. Jika kita terkagum-kagum dengan kehebatan seseorang yang menguasai lebih dari 10 bahasa berbeza, anda patut melihat fakta ini : Nabi Sulaiman mampu bersembang dengan apa jua binatang. Antara yang sempat dicatatkan Al Quran ialah dialognya dengan burung Hud-Hud dan semut. Anda patut membacanya sendiri bagaimana telatah dan karenah semut telah membuatkan Nabi Sulaiman tertawa kesyukuran, sementara Burung Hud-Hud pula nyaris mengakibatkan kemarahan Nabi Sulaiman meletus. Ingin tahu apa sebabnya? Lihat kisahnya secara terperinci pada Surah An-Naml ayat 16, 19 dan 21.

NABI YANG LEBIH HANSOME DARI SUPERMAN. Ketampanan adalah tukang sihir yang tidak bermantera. Itulah kata-kata yang saya fikirkan apabila membaca kisah ketampanan Nabi Yusuf. Saya boleh menggunakan perkataan seperti hansome, lawa, berseri dan tiada cacat cela untuk menggambarkan ketampanannya, tetapi ia lebih dari itu. Mungkin

ketampanan Superman hanya 5 peratus sahaja jika dibandingkan dengan apa yang dimiliki oleh Nabi Yusuf.

Mana tidaknya? Bayangkan apabila Nabi Yusuf melintas di hadapan rakanrakan Zulaikha isteri penguasa Mesir, ia telah membuatkan jantung mereka seakan terhenti. Mereka telah terpukau dengan bayangan lintasannya. Pisau yang mereka pegang bukannya menghiris buah, tetapi ia telah melukakan jari mereka sendiri. Ketampanan Nabi Yusuf telah membiuskan kesakitan mereka. Mereka bukannya memandang seorang manusia, tetapi seakan bertemu Malaikat yang mulia. Itulah luahan kata-kata ketakjuban yang diluahkan. Saksikan kisahnya dalam Surah Yusuf, ayat 31.

INTERPERTATION OF DREAM VERSI NABI YUSUF. Banyak perkara yang boleh diambil pengajaran apabila meneliti Surah Yusuf. Antaranya ialah kelebihan Nabi Yusuf dalam memberikan interpertasi dan tawil kepada mimpi. Bagi mereka yang selalu berkiblatkan buku Interpertation of Dream karangan bapa Psikologi Sigmund Freud, anda boleh meninggalkannya kerana Surah Yusuf telah mengemukakan beberapa kaedah yang sangat tepat untuk mengetahui rahsia mimpi.

Kesemua tafsiran mimpi, bermula dari mimpi rakannya di penjara hingga mimpi pelik raja Mesir telah diterangkan maknanya dengan begitu tepat. Nabi Yusuf bukannya menafsir setiap mimpi itu sesuka hatinya, tetapi ia diberikan petunjuk dari Tuhan. Demikianlah antara salah satu mukjizat yang baginda miliki. Kelebihan yang dianugerahkan Allah ini terakam dalam Surah Yusuf ayat 21.

BAJU AJAIB PENYEMBUH BUTA. Jika seorang buta hidup pada zaman Nabi Yusuf, sudah tentu pakaian Baginda akan menjadi rebutan. Bajunya memiliki kuasa penyembuhan luarbiasa. Ia mampu menyembuhkan penyakit buta yang dideritai ayahnya Nabi Yaakub hanya dengan satu sapuan lembut sahaja. Memang Nabi Yusuf ditakdirkan menjadi

seorang yang cukup mulia dan berkuasa. Dan kemuliaan ini bertambah setelah Allah S.W.T melalui perencanaanNya yang begitu terperinci dan mengkagumkan, menjadikan Nabi Yusuf selaku seorang Nabi yang menjawat jawatan Menteri Kewangan Mesir. Segala kehebatan ini boleh dibaca dalam Surah Yusuf, ayat 93 dan 101.

GAJAH DITEWASKAN MAKHLUK KECIL? TIDAK MUSTAHIL!! Percayakah anda jika gajah boleh ditewaskan oleh burung kecil? Kali ini, ia bukan lagi kisah dongeng. Tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah ingin memusnahkan kota Mekah kerana kedengkian terhadap kemasyhuran Baitullah. Ketika itu, tiada siapa yang mampu menandinginya. Kelengkapan militer Abrahah begitu kuat dan canggih, dilengkapi dengan gajah yang dilihat umpama kereta kebal pada masa ini. Penduduk Mekah pula tidak mempunyai sebarang kekuatan, hanya berlindungkan doa tawakkal serta keyakinan yang Allah sendiri akan melindungi rumahnya, demikianlah ujar Abdul Mutallib, ketua pemimpin Mekah.

Pertembungan ini bolehlah diumpamakan seperti Amerika dengan segala kecanggihannya menyerang negara termundur dunia iaitu Afghanistan. Sudah tentu Amerika menakluk Afghanistan dengan mudah. Tetapi dalam kes ini, hal sebaliknya berlaku. Kemenangan telah berpihak kepada penduduk Mekah apabila Tuhan menunjukkan kekuasaannya. Cukup dengan menghantar Ababil, burung kecil yang membawa nuklear kecil batu khas dari neraka, menjadikan Abrahah dan bala tenteranya umpama daun yang hancur dimakan. Dan kisah ini juga sebenarnya merupakan petanda awal mukjizat kepada kelahiran susuk manusia agung : Nabi Muhammad S.A.W. Hayati sendiri kronologi kisahnya dalam Surah Al-Fiil, juz 30.

MANUSIA KERA MEMANG WUJUD! Pernah melihat manusia berperangai kera? Anda boleh saja menjumpainya di mana-mana. Tetapi ada yang lebih hebat dari itu, iaitu kisah manusia yang benar benar menjadi kera! Golongan sabtu yang cuba memperolokkan Tuhan, akhirnya

diperolokkan kembali oleh Tuhan dengan ditukar menjadi kera. Mungkin dari mereka berasal kata kera jadian. Surah Al-Baqarah, 65 dan Surah Al-Araaf, ayat 166.

TEMPOH TIDUR TERPANJANG : 309 TAHUN. Percayakah anda bahawa kejadian mati dan hidup semula pernah berlaku? Anda mungkin boleh menemukan formulanya dari Ashabul Kahfi atau pemuda gua yang pernah tidur selama 309 tahun, kemudiannya hidup semula. Yang lebih ajaib apabila terjaga, mereka sendiri tidak pernah merasai panjangnya waktu tidur itu. Mereka hanya merasa seolah olahnya baru terjaga dari tidur selama setengah hari. Itupun sudah cukup lama! Begitulah kehebatan Allah S.W.T apabila kuasaNya dipertunjukkan, menjadikan perkara mustahil dengan begitu mudah hinggakan makhlukNya sendiri tidak menyedari kejadian tersebut. Saksikan sambungan dialog pemuda dari gua ini dalam Surah Al-Kahfi ayat 25.

MATI HIDUP SEMULA : KISAH 100 TAHUN. Sekali lagi, fenomena manusia mati sementara berlaku. Kali ini tempoh tidurnya selama 100 tahun. Seperti biasa, setiap kali manusia ini dibangunkan Tuhan, mereka menjangkakan tempoh tidurnya paling lama hanya setengah hari, tidak lebih dari itu.

Tetapi pada kali ini, Allah telah menyediakan dua bukti nyata untuk menunjukkan kebenaran kekuasaanNya. Pertamanya ialah bekalan makanan yang dibawanya tidak terkesan atau berubah walau sedikitpun. Keduanya, ironis seratus kali ganda, keldai yang ditunggang hanya tinggal tulang belulang, cukup untuk menjadi dalil nyata berlalunya tempoh yang cukup lama bagi tidurnya. Kisah selanjutnya boleh anda dapati dalam Surah Al-Baqarah ayat 259.

ercerita tentang kaedah lebih mudah untuk memahami Al-Quran, saya suka memulakannya dengan ungkapan yang dinyatakan oleh Abdullah

Darraz iaitu : Ayat Al-Quran bagaikan cahaya dari bila intan : setiap sudutnya yang Tidak lain

memancarkan dipancarkan mustahil,

yang

berbeza yang

dengan lainnya. orang

sudut-sudut anda

mempersilakan

memandangnya, ia akan melihat lebih banyak dari apa yang anda lihat.

Kelebihan kandungan sehebat inilah yang menyebabkan umat islam sentiasa menelitinya berkali-kali, cuba mencari hidayah terbaru yang tersirat didalamnya. Bimbingan dan konsultasi Al-Quran amat penting kerana cabaran yang kita hadapi sekarang sangat rumit : isu dalam kehidupan moden, masalah berbentuk kerohanian, interaksi sosial dan lain-lain.

Bimbingan dan konsultasi


Maka pada bahagian ini, saya akan mengenengahkan beberapa cara dan teknik berkesan untuk mendampingi Al-Quran dengan lebih berkesan, supaya ia mampu memberikan jalan keluar kepada masalah peribadi, professional, politik, intelektual dan spiritual anda. Lautan kebijaksanaan Al-Quran perlu diselami agar anda menemukan mutiara hikmah yang terpendam di dasarnya.

Al-Quran amat penting kerana cabaran yang kita hadapi sekarang sangat rumit : isu dalam kehidupan moden, masalah berbentuk kerohanian, interaksi sosial dan lain-lain.

MEMBACA AL-QURAN. Anda perlu membiasakan diri berdamping dengan Al-Quran melalui pembacaan harian. Kelaziman ini amat bermanfaat kerana melalui bacaan, kita

akan menyedari bahawa Tuhan sedang berbicara dengan kita melalui wahyunya. Ia boleh dilakukan melalui pembacaan beberapa juzu atau surah-surah tertentu, beberapa rubu atau yang termudah, beberapa helai muka surat secara konsisten setiap hari.

Sekurang-kurangnya anda perlu membaca 10 ayat sehari agar terhindar dari termasuk dalam golongan mereka yang lalai, demikianlah nasihat Baginda Nabi. Sebaiknya juga, anda disarankan untuk membuat jadual khatam Al-Quran secara konsisten, seperti 3 bulan sekali atau mungkin, setahun sekali.

Bacaan anda juga akan semakin bermutu dengan penguasaan ilmu Tajwid. Jika tidak, anda boleh mengemaskini penguasaan ilmu ini melalui guru yang berkaliber, di kelas atau kuliah yang dianjurkan oleh masjid berdekatan, atau mengundang sendiri guru Al-Quran peribadi untuk memperbetulkan bacaan anda.

Menyentuh tentang ilmu tajwid, jika ingin ke tahap pro dengan cepat, anda perlu mempelajarinya secara Talaqqi, iaitu memperdengarkan bacaan di hadapan guru. Ini kerana, ilmu tajwid tidak mungkin dikuasai melalui kaset atau membaca buku tajwid semata-mata kerana ia berbentuk praktikal dan perlu dipelajari dari mereka yang berkemahiran.

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN. Mesej Al-Quran boleh dihayati dengan cara yang mudah sekali, iaitu melalui keindahan alunan bacaannya. Malah berdasarkan pengalaman saya, mendengar bacaan Al-Quran termasuk sebagai satu teknik terapi emosi dan meditasi berkesan untuk menjinakkan hati. Selalunya ketika memandu, saya sering mendengarnya menerusi kaset dan cd Al-Quran, atau melalui saluran Radio IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia). Kebiasaan sebegini amat baik untuk menurutkan tahap stress, lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan kesesakan yang teruk.

Terdapat banyak bacaan yang sangat bermutu dipasaran ketika ini. Anda boleh memilih bacaan dari Imam Masjidil Haram seperti Imam Sudaisi, Imam Masjid

Nabawi seperti Syeikh Huzaifi dan lain-lain. Jika anda ingin mengetahui bacaan yang saya minati, sudah tentu jawapannya ialah bacaan Syeikh Saad Said AlGhamidi. Alunan suaranya begitu merdu, menusuk kalbu dan menggentarkan jiwa, disamping kualiti bacaannya sangat bermutu tinggi. Anda boleh mendapatkannya dalam bentuk kaset dan cd di mana-mana kedai kaset dan kedai buku berhampiran.

MEMBACA TAFSIR AL-QURAN. Anda boleh memulakan pembacaan tafsir melalui kitab Tafsir bimbingan Ar-Rahman, yang diterbitkan oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia). Bagi saya, ini adalah terjemahan Al-Quran berbahasa Malaysia yang paling tepat. Kepada mereka yang menyukai terjemahan dalam Bahasa Inggeris, saya menyarankan anda membaca terjemahan ini : The Holy Quran, English translation of the Meanings and Commentary, by Abdullah Yusuf Ali.

Jika anda inginkan penjelasan tafsir yang lebih mendalam, saya cadangkan anda beralih kepada kitab tafsir lain seperti Tafsir Ibnu Katsir yang boleh didapati terjemahannya di kedai buku terkenal. Terdapat juga kitab tafsir yang dikarang oleh ulama melayu nusantara iaitu Tafsir Al-Azhar, karangan Allahyarham Prof. Dr. HAMKA (Haji Abdul Malik Karim Amrullah). Ia amat mudah difahami kerana gaya penyampaiannya yang jelas, mudah dan tersusun.

Kitab Tafsir Al-Munir, karangan Dr. Wahbah Al-Zuhaily pula merupakan tafsir karangan ulama kontemporari yang sangat terkenal. Kandungan tafsir beliau amat komprehensif serta disampaikan dengan cara yang sesuai dengan kehendak masyarakat moden. Sayangnya, proses terjemahan tafsir ini ke Bahasa Melayu masih perlahan, dan menurut pengamatan saya di sesetengah kedai buku terkenal, setakat ini terjemahan juzuk 27, 28, 29 dan 30 sahaja yang sudah berlegar di pasaran.

MEMBACA BUKU BERKAITAN AL-QURAN.

Terdapat beribu buku yang membincangkan kandungan Al-Quran ketika ini.

Antara buku yang paling terbaik untuk memahami kandungannya ialah :

Al-Itqan Fi Ulumil Quran, Karangan Imam Suyuti. Kitab yang paling lengkap dalam membicarakan ilmu-ilmu Al-Quran. Saya rasa kitab ini sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia.

At-Tibyan fi Adab Hamalatul Quran, karangan Imam Nawawi. Sebuah kitab yang membicarakan secara panjang lebar adab dan peraturan membaca AlQuran. Ia banyak diterjemahkan ke Bahasa Melayu dengan tajuk yang pelbagai seperti Adab berkaitan dengan Al-Quran.

Kaifa Nataamul Maal Quranil Azim, bermaksud Bagaimana berinteraksi dengan Al-Quran. Buku terhebat karangan ulama tersohor masa kini : Dr. Yusuf Al-Qardawi. Ia sudah diterjemahkan ke bahasa Malaysia dan anda boleh mendapatinya di kebanyakan kedai buku.

Buku yang disebutkan di atas hanyalah sebahagian dari ribuan koleksi yang tersedia di pasaran. Terdapat banyak buku yang membincangkan Al-Quran berdasarkan topik tertentu seperti hukum-hakam, tasauf, akidah, kemasyarakatan, demokrasi dan sebagainya. Anda boleh memilihnya sendiri menurut minat dan kesesuaian anda.

MENGADAKAN DISKUSI DAN PERBINCANGAN. Diskusi dan perbincangan boleh diadakan dalam bentuk kumpulan kecil di masjid atau surau. Jika anda ingin menjadikannya lebih menarik, ia boleh dijalankan dari rumah ke rumah sekitar kediaman anda. Dan untuk menjadikannya lebih dipandu, anda boleh menjemput mereka yang berkelayakan agama untuk menyertainya.

Sebaiknya diskusi tersebut dijalankan dengan minda terbuka dengan cuba memahami Al-Quran secara perlahan-lahan serta cuba mencari penyelesaian setiap masalah darinya. Saya yakin mereka yang hadir dalam diskusi sebegini akan

mendapatkan sesuatu yang cukup berharga sebagai pedoman kehidupan. Dan untuk memudahkan perbincangan, anda boleh memilih sebuah buku sebagai tumpuan perbincangan utama, atau beberapa topik asas berdasarkan surah atau ayat untuk dibahaskan dalam setiap pertemuan.

MEMPELAJARI BAHASA ARAB. Bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran. Ia juga adalah bahasa yang digunakan oleh Nabi Muhammad serta bahasa yang bakal digunakan di syurga kelak. Setiap muslim tidak mungkin dapat dipisahkan dari bahasa ini kerana ia merupakan bahasa peribadatan Islam seperti dalam solat dan kebanyakan doa. Malah, kebanyakan khazanah ilmu islam juga didokumentasikan dalam bahasa Arab. Berdasarkan kepentingannya, anda perlu menguasainya untuk lebih mudah memahami Al Quran dan Sunnah nabi dua sumber utama panduan bagi umat Islam.

Tambahan pula, dengan menguasai bahasa Arab, anda akan dapat merasai nikmat membaca Al-Quran kerana pada waktu itu, pemahamannya secara direct, seolah-olah membaca Al-Quran dalam bahasa ibunda. Sudah tentu ia akan memberi kesan yang lebih besar dan luarbiasa kepada hati nurani anda.

Ia boleh dipelajari dari kuliah bahasa arab yang diadakan secara percuma di beberapa surau dan masjid. Dan jika anda lebih berkemampuan, beberapa universiti dan institusi pengajian tinggi awam serta swasta ada menyediakan kursus bahasa arab khusus untuk golongan umum.

MENGHADIRI KULIAH, WACANA DAN SEMINAR. Alhamdulillah, Malaysia adalah negara yang sangat subur dari segi perkembangan ilmu-ilmu Islam. Bagi saya, anda boleh mempelajari kesyumulan Islam dan Al-Quran hampir dimana mana. Jika anda ingin mempelajarinya secara akademik, beberapa universiti menawarkan program asas Islam dengan mengkhususkan beberapa topik tertentu seperti syariah dan sebagainya.

Kuliah agama juga banyak diadakan. Anda hanya perlu memilih penceramah yang sesuai dengan citarasa anda. Ia banyak dianjurkan di masjid, surau, rumah persendirian, kelab, pertubuhan NGO serta persatuan tertentu.

Golongan ulamak yang berkaliber dan berautoriti juga semakin bertambah. Tidak kira apa jua gelarannya Ustaz, Syeikh, Profesor, Tuan Guru, Kiai, ulama dan sebagainya, semua bergerak atas landasan sama iaitu membumikan Al-Quran dalam masyarakat.

MENGHAFAZ AL-QURAN. Bagi sesetengah orang, menghafaz adalah satu tugasan yang begitu sukar. Saya tidak menafikannya, kerana saya sendiri pernah mengalami waktu berhempas-pulas menghafaz Al-Quran. Itupun mengambil masa 6 tahun! Tetapi, anda boleh menggerakkan proses tersebut perlahan-lahan dengan menghafaz surah pendek dari juzu 30. Untuk lebih mudah, mulakan dahulu dengan surah Ad-Duha ke bawah, kemudian baki juz 30, seterusnya beralih ke surah-surah popular seperti Surah Yasin, Sajadah, Insan, Mulk dan lain-lain.

Sebagai langkah penjagaan hafazan, anda boleh mengulangi setiap hafazan baru ketika solat samada solat wajib atau solat sunat. Ada juga cara yang lebih efektif, iaitu mengulangi hafazan tersebut di tengah malam dalam solat tahajjud. Teknik ini memang amat berkesan kerana Allah sangat suka membantu hamba yang berjumpa denganNya secara eksklusif dalam waktu yang cukup tenang, jauh dari kesibukan dunia. Kedudukan hamba sebegini dinilai tinggi menurut pandangan Ilahi seperti yang dinyatakan :

Dan

pada

sebahagian

malam

hari

bersembahyang

tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. Surah Al-Isra, 79

MENGAMALKAN KANDUNGAN AL-QURAN DALAM KEHIDUPAN. Cara terakhir ini merupakan perkara yang bukan mudah untuk dilaksanakan. Ia memerlukan latihan, pengorbanan, kefahaman dan penghayatan yang betul. Dengan kesibukan dunia serta kilauan tarikannya, ditambah dengan peranan syaitan dan tenteranya yang sering membayangkan dalam diri kita bahawa ibadah itu sangat berat dan sukar, kerap-kali juga kita bakal tumbang di tengah jalan.

Tetapi kita tidak berhak berputus asa. Kita masih belum sampai ke jalan mati. Peluang masih terbuka luas untuk kita terus berusaha mengalahkannya. Allah tidak pernah membebankan kita dengan tugas yang tidak mampu dilaksanakan. Kita hanya memerlukan keazaman yang kuat, terus berusaha dan bertawakkal langsung kepada Allah.

Teringat saya sepatah pesan Rasul, doa itu senjata mukmin. Berdoalah dengan sepenuh hati dan pengharapan, kerana Tuhan akan lebih mudah membantu hambanya yang memohon terus kepadaNya. Elok juga kita renungi dan amalkan doa yang tercatat dalam Al-Quran ini iaitu :

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah

Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." Surah Al-Baqarah, 286.

pabila membicarakan kaedah membumikan Al-Quran dalam masyarakat moden, perkara pertama yang saya kongsikan ialah petikan

dari syair matan Imam Syatibi yang amat bermakna iaitu : Sesungguhnya tali Allah kepada kita ialah Al-Quran, maka berjihadlah untuk memahaminya dengan jihad yang besar dan bersungguh-sungguh.

Maksud matan di atas sebenarnya hendak memberitahu kita akan kepentingan Al-Quran dalam kehidupan. Ia diumpama seperti peta jalan kepada simpang-siur kehidupan, melaluinya kita diberitahu dari mana kita datang dan ke manakah arah tepat yang patut dituju. Dalam ertikata lain, ia adalah kitab pintar yang tepat dan relevan untuk semua waktu dan keadaan..

Ia diumpama seperti peta jalan kepada simpang-siur kehidupan, melaluinya kita diberitahu dari mana kita datang dan ke manakah arah tepat yang patut dituju.

Berdasarkan kebijaksanaan itulah, kita perlu sentiasa berdamping dengan Al-Quran kerana ia bakal membuahkan seribu satu kebaikan dalam kehidupan. Rasulullah pernah bersabda dalam konteks ini:

Sesungguhnya di dalam jasad ini ada seketul daging, apabila ia elok maka eloklah keseluruhan jasad, dan apabila ia rosak maka rosaklah keseluruan jasad, tahukah bahawa itulah hati. Baginda menambah lagi : Bacalah Quran , kerana sesungguhnya Allah tidak mengazab hati yang menyimpan Al-Quran.

Dalam bab ini saya akan mendatangkan beberapa teknik, rahsia dan adabadab untuk berdamping mesra dengan Al-Quran. Kebanyakannya dipetik dari amalan Rasulullah, para sahabat, Tabiin, ulama solafussoleh dan imam-imam yang handal, seperti Imam Nawawi dan lain-lain di mana kesemua mereka menjadikan

ayat berikut sebagai penggerak motivasi :

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu sebenarnya mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi. Agar Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambah kepada Allah mereka Maha dari kurniaanNya. lagi Maha

Sesungguhnya Mensyukuri .

Pengampun

Surah Fatir, ayat 29-30.

BERAPA KALIKAH IA PERLU DIBACA? Ini adalah antara salah satu persoalan yang kerap ditimbulkan. Untuk mengetahuinya, ada baiknya kita meneliti dulu clue yang diberikan oleh Hassan bin Ali, salah seorang cucu Rasulullah. Beliau menyatakan :

Sesungguhnya orang sebelum kamu menganggap Quran sebagai risalah dari Tuhan mereka, oleh itu mereka menelitinya di malam hari dan mengamalkannya di siang hari.

Mengikut kebiasaan sesetengah golongan salaf, mereka mengkhatamkan Al-Quran setiap 2 bulan sekali atau sebulan sekali, malahan sesetengahnya yang khatam setiap 10 hari atau 8 hari. Tetapi kebanyakannya mengkhatamkan bacaan Al-Quran sekali seminggu seperti yang dilakukan oleh beberapa sahabat besar seperti Abdullah b. Masud, Zaid bin Tsabit dan Ubay bin Kaab.

Ada juga sahabat lain menunjukkan contoh lebih hebat. Saidina Uthman misalnya sering mengkhatamkan Al-Quran sekali sehari. Jika itu kita rasakan sukar untuk diikuti, perhatikan satu lagi hobi beliau yang lebih ekstrem : mengkhatamkan Al-Quran dalam satu rakaat solat.

BILAKAH WAKTU TERBAIK MEMBACANYA? Masa terbaik untuk membacanya ialah ketika solat. Jika anda di luar sembahyang, bacaan terbaik ialah pada waktu malam. Kemudian pada sepertiga akhir malam, waktu antara Maghrib dan Isyak dan juga selepas subuh. Tetapi anda tidak pula dilarang membacanya selain dari waktu tersebut.

Seeloknya bacaan itu dimulakan pada malam Jumaat, dan dikhatamkan pada malam Khamis berdasarkan kebiasaan Saidina Uthman yang sentiasa melazimi pembacaan sedemikian.

Mengapa waktu malam dipilih? Ini alasannya :

Dan

pada

sebahagian

malam

hari

bersembahyang

tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. Surah Al-Isra, ayat 79.

Imam Nawawi amat menggalakkan bacaan pada waktu malam kerana ia lebih mengkhusyukkan hati dan menjauhkan fikiran dari perkara yang melalaikan. Tetapi sebenarnya, ulama besar ini mengejar sesuatu yang lebih hebat dari itu. Mereka telah dimotivasikan dengan hadis yang menyatakan bahawa pada waktu malam, ada satu saat di mana Allah akan menerima doa para hambanya. Disebabkan itulah, tidak kira walau sesibuk manapun, para ulama-amilin tetap mewajibkan bacaan Al-Quran dalam aktiviti qiamullail mereka tidak kira samada 10 ayat atau 1000 ayat, kerana menyedari betapa besarnya pahala dan kedudukan yang terpuji tersebut. BILAKAH PULA HARI TERBAIK MEMBACANYA? Menurut ulama, hari yang paling afdhal ialah pada hari Arafah (sehari sebelum hari Raya haji), kemudian hari Jumaat, Hari Isnin, Khamis, dan awal bulan

Zulhijjah. Dan untuk menambah pengetahuan anda juga, bulan yang paling digalakkan membaca Al-Quran ialah bulan Ramadan kerana pada bulan ini, pesta tawaran pahala yang begitu hebat bermula, apatah lagi pada 10 hari akhirnya yang sentiasa disebut-sebut sebagai malam seribu bulan (Lailatul Qadar) bakal berlangsung.

PERSIAPAN SEBELUM MEMBACANYA. Sebelum membaca Al-Quran, kita amat digalakkan untuk bersiwak atau menggosok gigi serta berada dalam keadaan bersih, suci dan berwudhu. Begitu juga ketika membacanya, kita disunatkan untuk mengadap kiblat. Amalan ini bersempena dengan galakan yang dinyatakan Nabi : Sebaik-baik majlis adalah yang dihadapkan ke arah kiblat.

Sebaiknya ketika hendak memulakan bacaan, kita disunatkan membaca Istiazah sebagai menuruti perintah Allah :

Apabila kamu membaca Al Qur'an hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk. Surah An-Nahl, 98. Selepas itu diikuti dengan membaca Basmalah terutamanya pada pembacaan di awal surah.Proses pembacaan hendaklah dijalankan dengan penuh sempurna, menuruti hukum Tajwid, secara khusyu dan meneliti setiap maknanya. Itulah antara cara yang digalakkan oleh Al-Quran sendiri :

Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran mendapat pengajaran. Surah Sad, 29.

MENCONTOHI CARA BACAAN RASULULLAH. Kita sudah sampai pada perbincangan untuk meneliti bagaimanakah Rasulullah membaca Al-Quran. Baginda Rasul membacanya secara Tartil, iaitu pembacaan secara terang dan teratur, dengan menyebut perkataan satu persatu secara sempurna. Demikianlah yang dinyatakan oleh Ummu Salamah apabila mendengar bacaan Rasul.

Bagaimana pula dengan alunan suara dan pitching ketika membaca Al-Quran? Saya menyarankan agar anda menggunakan suara terbaik anda. Alunkanlah Al-Quran seolah-olah anda sedang mendendangkan lagu yang paling disukai di hadapan kekasih yang disayangi. Suara alunan terbaik yang pernah anda lakukan. Gesaan ini datangnya dari Rasulullah S.A.W : Hiasilah Al-Quran dengan suaramu.

Bahkan Rasulullah S.A.W sendiri kerap membaca Al-Quran dengan alunan suara yang begitu lunak dan lembut hingga menyebabkan ramai para sahabat yang ternganga, asyik dengan kemerduan suaranya. Abdullah bin Mughaffal, seorang sahabat pernah menyatakan bahawa Rasulullah telah melagukan Surah Al-Fath dalam peristiwa pembukaan kota Mekah. Kita juga perlu membacanya sedemikian. Cuma, pastikan setiap lenggok yang ingin anda lagukan itu tidak terkeluar dari kod bacaan Tajwid yang ditetapkan.

Selain itu, sunat bagi kita untuk mengulangi bacaan ayat tertentu untuk tujuan tadabbur. Nabi sendiri dalam salah satu peristiwa pernah mengulang-ulang ayat ini dalam solat malamnya sehingga subuh :

Jika Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Surah Al-Maidah, 118.

Yang penting, pengulangan itu bertujuan agar bacaan kita tidak hanya berlegar pada bahasa lisan, tetapi sampai kepada bahasa renungan. Ia perlu dibaca sebegitu supaya hati kita mampu menjadi gedung utama untuk Allah menempatkan sebanyak mungkin cahaya hidayah didalamnya.

KETIKA MEMBACANYA. Bacaan secara memandang mashaf lebih baik dari bacaan tanpa memandangnya. Itu yang digalakkan oleh majoriti ulama muktabar seperti Imam Al-Ghazali dan lain-lain. Mungkin antara fadilatnya ialah kerana ingin mendapatkan 2 pahala, iaitu pahala bacaan dan pahala memandang mashaf.

Kita juga amat digalakkan membaca Al-Quran secara berkumpulan. Bacaan secara beramai-ramai ini banyak kelebihannya. Selain dari proses check and balance (semakan bacaan) berjalan lebih efisien, tadarus memiliki kelebihan lain yang lebih hebat iaitu sebagai teknik menarik perhatian makhluk cahaya. Itulah yang digambarkan Rasulullah S.A.W iaitu :

Tidak berhimpun satu kumpulan dalam salah satu rumah Allah untuk membaca Al-Quran dan bertadarus

dengannya, kecuali mereka akan mendapat ketenangan, diselubungi rahmat, dilingkungi oleh Malaikat dan Allah menyebut mereka dikalangan makhluk yang berada disisiNya.

(Riwayat Muslim).
Perhatikan ganjaran terakhir itu : Nama kita disebut-sebut Tuhan! Saya rasa tidak ada tahap kehormatan yang paling tinggi selain kemuliaan ini.

Bagaimanakah pula kaedah mengkhatamkan Al-Quran? Menurut Baginda Rasul, kita amat digalakkan untuk berpuasa pada hari khatam tersebut. Sebaiknya acara tersebut diadakan dalam satu majlis kerana Rasulullah menyatakan, rahmat akan turun pada waktu tersebut. Malah, ada hadis yang menyatakan doa majlis

Khatam akan diaminkan oleh 4 ribu Malaikat. Ini merupakan salah satu faedah kecil dari sejumlah faedah besar yang akan dinikmati oleh mereka yang akrab dengan Al-Quran.

AL-QURAN SEBAGAI KUASA PENYEMBUH DAN PELINDUNG. Tahukah anda ayat Al-Quran boleh digunakan untuk perubatan dan perlindungan? Rasulullah sendiri selalu mengamalkan perlindungan ini ketika hendak tidur : baginda menghembus kedua belah tapak tangannya dan membaca 3 Qul (Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas), kemudian baginda menyapu apa yang tercapai dari badannya, bermula dari kepada, muka dan bahagian hadapan badannya. Ia dilakukan sebanyak 3 kali. Disamping itu, kita juga disunatkan membaca Ayat Kursi sebagai tambahan perlindungan, kerana masyhur bahawa ayat ini mempunyai kuasa gegaran yang boleh membuatkan syaitan lemah-longlai dan menggeletar!

Ada juga hadis yang sangat panjang menceritakan tentang bagaimana Surah Al-Fatihah digunakan sebagai medium perubatan. Seorang yang telah terkena sengat binatang bisa mampu dipulihkan hanya dengan bacaan 7 ayat tersebut. Lelaki itu amat berterima kasih dan memberikan beberapa ekor kambing sebagai balasan. Dan yang hebatnya, Rasul membenarkan para sahabat untuk menerima ganjaran tersebut.

Sebenarnya, banyak lagi ayat Al-Quran lain yang boleh digunakan sebagai penawar dan penyembuh penyakit. Anda boleh mendapatkan salah satu buku yang membicarakannya secara khusus iaitu kitab Tibb Nabawi (Perubatan cara Nabi) karangan Imam Hafiz Az-Zahabi, atau buku yang dikarang oleh ulama Malaysia iaitu Doa dan Rawatan Penyakit, karangan Prof. Dato Dr. Haron Din dan Dr. Amran Kasimin. KELEBIHAN DAN FADHILAT SURAH POPULAR YANG KERAP DIBACA. Kita disunatkan untuk membaca Surah Kahfi pada Malam Jumaat kerana ada hadis yang menyatakan kelebihannya : Barangsiapa membaca Surah Kahfi

pada malam Jumaat nescaya dia akan diterangi cahaya diantaranya dan antara Baitullah.

Ada juga gesaan lain untuk membaca surah Hud pada hari Jumaat. Tetapi secara umumnya, anda boleh membaca apa jua surah berdasarkan minat dan keperluan, kerana kesemua surah Al-Quran menjanjikan sejuta keistimewaan kepada umat Baginda Rasulullah S.A.W.

Menurut Rasulullah, terdapat beberapa surah tertentu yang memiliki fadhilat tersendiri untuk dijadikan amalan. Disini kami menyatakan kelebihan serta fadhilat 8 surah-surah bertaraf superstar tersebut. Ia amat penting untuk diketahui agar anda merasa lebih bermotivasi dan bersemangat untuk terus melazimi dan menghafaznya. SURAH YAASIN Surah yang menjadi darah daging umat melayu ini menjadi surah wajib dibaca pada malam Jumaat. Tahap popularitinya yang sangat tinggi itu disebabkan gelaran yang disandangnya iaitu jantung Al-Quran. Pujian ini terakam dalam salah satu hadis Nabi yang mulia

Surah Yasin adalah jantung Al - Quran, barangsiapa yang membacanya kerana inginkan keredhoan Allah, maka sudah pasti akan diampunkan segala dosanya

Surah yang diturunkan di Mekah ini membicarakan 3 topik utama :

1. 2. 3.

Keimanan kepada hari Kiamat Kisah penduduk satu negeri Dalil yang dikemukakan untuk menunjukkan keesaan Allah. Bagi saya, surah Yasin banyak menjanjikan fakta serta ilham yang begitu

besar bagi mereka yang sedang mencari-cari makna kewujudan dan kekuasaan Tuhan.

SURAH SAJADAH Bagi mereka yang selalu mengerjakan solat subuh berjemaah pagi Jumaat, anda tentu amat menyukai surah Sajadah. Surah sepanjang 3 muka ini memiliki satu keistimewaan utama iaitu ayat sujud (ayat 15). Ia juga mempunyai kelebihan lain yang disebutkan Rasul iaitu satu surah yang diberikan 2 sayap pada hari Kiamat, ia akan melindungi para pembacanya dari kesusahan hari tersebut. Kini, imam di kebanyakan masjid pasti membacanya ketika solat subuh pagi Jumaat kerana mencontohi sunnah Nabi S.A.W.

SURAH AL-INSAN Surah bermakna manusia ini merupakan pasangan kembar bagi Surah Sajadah. Ia dibaca pada rakaat kedua dalam solat subuh hari Jumaat dengan berlandaskan sunnah Nabi yang sering mengamalkannya sedemikian.

Bagi saya, surah ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Kandungannya menerangkan salur-galur kehidupan di syurga dengan begitu terperinci, bermula dari kerusi khas untuk ahli Syurga yang begitu empuk, gelas minuman bergemerlapan, arak halal yang tidak memabukkan hinggalah minuman unik digelar salsabila. Alangkah indahnya Syurga yang digambarkan. Sebaiknya anda menelitinya sendiri untuk mengetahui perincian setiap nikmat yang bakal diperolehi. Bukankah semua umat Islam bercita-cita menjejak kaki ke Syurga? SURAH AL-MULK Surah Mulk, yang bermakna kerajaan. Ia sering dimasukkan dalam senarai surah yang kerap dibaca oleh umat Islam. Walaupun secara fizikalnya ia dikategorikan sebagai surah yang agak pendek (30 ayat), tetapi ia memiliki manfaat sebesar raksasa : menjadi peguam yang bakal mempertahankan kita dari azab kubur kelak. Antara gelaran yang diberikan Nabi kepada surah ini ialah Maaniah dan Munjiah, bermaksud pelindung dan penyelamat.

Manfaat yang begitu besar itu ada disebutkan dalam hadisnya iaitu : Surah AlMulk adalah surah yang melindungi dan menyelamatkan anda dari seksa kubur. Maka kita harus segera menempah peguambela ini sebanyak mungkin untuk membantu kita dari seksaan azab kubur kelak!

SURAH AL-WAQIAH Surah yang bermaksud hari Kiamat ini memiliki satu kelebihan unik yang tidak ditemui pada surah lain. Walaupun isinya banyak memperihalkan tentang keadaan kehidupan abadi (hari Kiamat), tetapi Rasulullah mempunyai pandangan berbeza terhadapnya.

Ia dianggap sebagai Surah kekayaan. Kelebihan ini dimeterikan dalam salah satu pujian Rasul : Barangsiapa yang membaca Surah Al-Waqiah pada setiap malam, dia tidak akan ditimpa kemiskinan. Salah seorang sahabat nabi, Ibnu Masud sangat menggalakkan anak-anaknya mengamalkan surah Al-Waqiah untuk mengelakkan kemiskinan. SURAH QIYAMAH Surah ini juga memperihalkan keadaan hari Kiamat dengan segala macam aneka ketakutan dan kegelisahannya. Melaluinya, hari Kiamat digambarkan dengan begitu terperinci, lengkap dengan beberapa petikan dialog tentang bagaimana reaksi cemas manusia ketika menghadapinya.

Disamping itu juga, surah ini merakamkan rahsia agung, teknik Nabi Muhammad menerima dan menghafaz Al-Quran. Cara yang menakjubkan itu boleh anda pelajari pada ayat 16 hingga 19. Bukan itu sahaja, rahsia saintifik tentang perbezaan identiti manusia juga dinyatakan, iaitu keunikan perbezaan cap jari. Anda amat digalakkan menyelidiki sendiri faktanya dalam ayat keempat. Bagi mereka yang selalu membacanya, saya menyarankan agar anda berhatihati pada hukum tajwid yang selalu terlepas pandang iaitu bacaan Saktah pada ayat 27.

SURAH JUMAH Bagi saya, surah ini popular kerana ia selalu dibaca ketika solat Jumaat. Melalui surah ini, Allah secara sinis menyindir sikap degil golongan yahudi yang sering meninggalkan ajaran Taurat dan melanggar perintah Allah. Mereka telah disamakan seperti keldai, binatang yang dianggap sebagai simbol kebodohan, memikul buku-buku besar dan bermanfaat di atas pundaknya tetapi tidak memahami kandungannya.

Perumpamaan ini amat menarik untuk dipanjangkan kepada mereka yang memiliki Al-Quran tetapi masih tidak dapat menyediakan waktu untuk memahaminya. Renungi dan amat-amatilah kiasan Tuhan ini!

SURAH AR-RAHMAN Surah yang mengambil salah satu Nama Allah ini mempunyai gelaran yang begitu istimewa iaitu Pengantin Al-Quran. Mungkin Rasulullah memberikan gelaran tersebut disebabkan kecantikan lenggok dan gaya bahasanya. Ini kerana kita seperti sedang menyanyi jika membaca surah ini kerana ayatnya diatur dengan susunan khas yang begitu mudah untuk diiramakan.

Tetapi, untuk menghafaznya, anda akan menghadapi sedikit kekeliruan kerana ayat Fabiayyi Aalaai Robbikumaa Tukazzibaan diulang-ulang sebanyak 31 kali. Namun hafazan yang agak sukar itu berbaloi kerana melaluinya, anda berpeluang mengenali sifat utama Allah S.W.T : Maha Pengasih, Lemah lembut, Sopan, Mengambil berat, Prihatin, Empati, Melindung dan segala macam lagi sifat Penyayang Tuhan kepada semua makhluk dibawah jagaanNya.

etika merekabentuk kuiz ini, saya teringatkan perbualan dengan seorang kenalan yang kononnya menganggap dengan berulang alik ke masjid,

berpuasa dan menunaikan zakat sambil mengerjakan umrah sekali setahun, dia layak menempah bilik di syurga. Saya kemudiannya mengatakan tidak semudah itu untuk membeli tiket syurga. Tetapi atas beberapa alasan ringan dia membantah. Lalu saya bertanyakan padanya soalan-soalan berikut :

Pernahkah anda khatam Al-Quran sebulan sekali? - Tidak Pernahkah anda melazimi puasa sunat Isnin Khamis? - Tidak Pernahkah solat anda mencapai tahap syok seperti Saidina Ali yang sangat khusyuk sehingga anak panah yang dicabutkan dari tubuhnya pun tidak terasa? - Sangat tidak pernah.

Adakah anda menghafaz nama Allah Asmaul Husna serta mengetahui maknanya? - Hanya sedikit sahaja.

Adakah sedekah anda mencapai 1/100 dari pendapatan tahunan anda ? Kurang dari itu.

Adakah tahap pengetahuan anda mengenai kehidupan Rasul dan sahabat melebihi dari gosip artis, cerita politik dan filem wayang terbaru ? - Jauh sekali.

Pernahkah anda beristighfar sekurangnya 70 kali sehari seperti Rasulullah ? - Suku dari itu.

Bagaimanakah ingatan anda kepada Rasulullah? Adakah anda melazimi selawat? - Kadang-kadang, ketika selepas solat sahaja.

Bagaimanakah persekitaran kehidupan anda? Adakah ia dipenuhi dengan kegiatan ilmu atau tontonan televisyen, gosip akhbar dan radio sahaja? Malu hendak menjawab.

Kalau mahu dikira, berapa peratuskah waktu 24 jam anda digunakan untuk dunia dan berapakah darinya digunakan untuk ibadah? - Takut nak kira.

Soalan terakhir Adakah anda merasakan sejak akhir-akhir ini, anda semakin dekat atau semakin jauh dari Allah ? Terus terdiam.

Jika jawapannya semua tidak atau berunsur negatif sahaja, maka anda perlu memerhatikan semula ayat dibawah ini :

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk Syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar. Surah Ali-Imran, ayat 142

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orangorang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. Surah Al-Ankabut, 2 - 3.

Nampaknya kita ingin membeli syurga dengan harga yang terlalu murah. Kalau mahu jujur, kita sering sekali beribadah kepada Allah dengan ibadah yang serba sisa. Waktu solat diambil dari sisa waktu menonton televisyen atau sisa waktu berhibur. Sedekah dikeluarkan dari sisa duit kecil dari poket. Zikir diucapkan hanya kerana taubat dari maksiat, bukan zikir kerana syukur. Umrah hanya

kita ingin membeli syurga dengan harga yang terlalu murah. Kalau mahu jujur, kita sering sekali beribadah kepada Allah dengan ibadah yang serba sisa.

dilaksanakan setelah puas mengelilingi dunia. Masjid hanya dikunjungi setelah sampai usia pencen. Quran hanya disentuh ketika bulan Ramadan, dan banyak lagi.

Mungkin kita tidak bersetuju dengan beberapa kenyataan ini. Saya tidak

bermaksud semua umat islam sebegitu tetapi inilah realiti sebahagian besar dari kita. Ibadah dilakukan serba sisa, tetapi cita-cita menempah syurga menggunung tinggi. Kita melakukan amal ibadah, tetapi ibadah kita yang sedikit itu mengandungi terlalu banyak virus seperti perasaan riya' (berbangga serta kurangnya keikhlasan) dan perasaan 'ujub (takjub akan kehebatan diri sendiri).

Hakikatnya, kita perlu meneliti kembali urutan diari kehidupan. Saya tidak mengatakan anda perlu menempah tiket ke Palestin untuk menjadi pejuang. Kita masih belum bersedia untuk berhadapan dengan situasi sebegitu. Tetapi kita perlu menyusun kembali prioriti kehidupan dengan pengisian yang berkualiti tinggi serta seikhlas mungkin.

Kita melakukan amal ibadah, tetapi ibadah kita yang sedikit itu mengandungi terlalu banyak virus seperti perasaan riya' (berbangga serta kurangnya keikhlasan) dan perasaan 'ujub (takjub

Kuiz dibawah mungkin boleh mencetuskan sedikit pedoman untuk kita menilai kembali tahap hubungan dengan Ilahi. Setiap pertanyaan yang diajukan dalam kuiz ini

akan kehebatan diri sendiri).

amat berguna untuk menyedarkan sesetengah dari kita agar tidak terus terlelap dengan sikap Rileks, iaitu menerima pengIslaman dan Al-Quran sebagai rutin biasa. Kita bukan sekadar khalifah yang mencari rezeki, tetapi kita juga menyandang status hamba yang perlu sentiasa menjalankan proses auditing pemeriksaan tahap iman dan kualiti amalan yang dikerjakan seharian.

Kuiz atau soal selidik ini saya bina dengan bantuan sahabat saya iaitu En. Sabri Mamat, seorang yang amat berkemahiran dalam bidang kaunseling islam. Setiap jawapan soalan ini dibahagikan kepada 5 skala untuk menilai diri anda, iaitu :
( 1 ) TP Tidak Pernah (4) (2 ) SS Sekali Sekala (3) AK Agak kerap

K - Kerapkali

( 5 ) S - Sentiasa

Sila bulat / tandakan nombor skala yang sesuai dengan diri anda, dan selamat menjawab..

( 1 ) TP Tidak Pernah (4) Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

(2 ) SS Sekali Sekala

(3) AK Agak kerap

K - Kerapkali

( 5 ) S - Sentiasa TP (1) SS (2) AK (3) K (4) S (5)

Item Soalan Setiap hari saya membaca sekurang-kurangnya semuka ayat Al-Quran Saya sering berpuasa sempena mendapat apa-apa kejayaan. Saya mengamalkan solat sunat utama seperti Qabliyyah dan badiyyah sebelum solat fardhu Saya menghafal Asmaul Husna dan memahami makna 99 namaNya. Di bulan Ramadhan, saya mempertingkatkan bacaan Al-Quran Saya menunaikan kesemua solat fardhu sepanjang hari Saya segera mengqadhakan solat jika terluput waktunya kerana terlupa Saya mengamalkan berpuasa sunat isnin dan khamis Saya memperuntukkan sejumlah wang sebagai sedeqah dari pendapatan saya Saya mencukupkan solat tarawih sepanjang ramadhan Saya berpuasa sunat 6 hari pada bulan Syawal Saya menunaikan solat tahajjud di malam hari Saya mengamalkan solat jamak dan qasar ketika musafir dan mengetahui cara-caranya. Saya menambah pengetahuan saya mengenai sejarah Rasul dan para sahabat. Saya melakukan solat berjamaah di surau/masjid Saya menunaikan solat fardhu pada waktunya Sejak usia baligh, saya tidak pernah cuai menunaikan puasa Ramadhan dengan sempurna. Saya selalu menghadiri program peningkatan ilmu dan agama di surau atau masjid Saya membanyakkan zikir ketika datangnya bulan Ramadhan Saya akan beristighfar bila menyedari melakukan kesilapan

( 1 ) TP Tidak Pernah (4) Bil. 21 22 23

(2 ) SS Sekali Sekala

(3) AK Agak kerap

K - Kerapkali

( 5 ) S - Sentiasa TP (1) SS (2) AK (3) K (4) S (5)

Item Soalan Saya akan melafazkan Alhamdulillah sebagai tanda mensyukuri nikmat ataupun kejayaan. Saya melazimkan diri menambah ilmu melalui kuliah, ceramah dan diskusi agama. Setiap hari saya berusaha menghampirkan diri kepada Allah Saya mengamalkan bacaan surah-surah penting (spt Yasin, Sajadah, Mulk, Ar-Rahman dsb) sebagai amalan ibadat harian saya Saya mengamalkan bacaan doa-doa tertentu (spt doa makan, tidur, wudhu, tidur dsb) setiap hari Saya akan susuli solat saya dengan wirid ringkas setiap kali selepas menunaikannya. Saya membaca al-Quran dengan bertajwid secara sempurna. Saya sentiasa mengawasi diri dari melakukan kemasiatan kepada Allah Saya sering mempertingkatkan diri melakukan sebanyak mungkin solat Rawatib. Saya mengerjakan solat jenazah secara sempurna Saya mengetahui cara menjadi imam dan selalu mengimamkan solat Saya mengetahui makna Surah Al-Fatihah secara umum Saya akan menilai diri sendiri (dari segi baik/ buruk) segala perbuatan saya sepanjang hari sebelum tidur Saya mengaitkan segala yang dikecapi dalam kehidupan kepada Allah Saya melazimi amalan berselawat kepada Rasulullah sebagai tanda ingatan kepadanya Saya mewajibkan diri membaca sekurangnya sebuah buku agama dalam sebulan Saya menjadikan amalan mengkhatamkan bacaan Al-Quran sekurangnya setahun sekali. Saya sentiasa melazimkan diri menghafaz dan memahami hadis Rasulullah Saya sering merasakan hidup saya dari hari ke hari semakin hampir dan taat kepada Allah Saya sering cuba memahami kandungan Al-Quran melalui pembacaan makna dan tafsirnya.

24

25 26 27 28 29 30 31 32 33

34 35 36 37 38 39 40

CARA PEMARKAHAN. Apabila selesai menjawab kesemua soalan, anda dikehendaki mencampurkan kesemua skor yang ditandakan berdasarkan nilainya, iaitu :

Bagi setiap jawapan (1 : Tidak Pernah) yg dipilih, anda memperolehi 1 markah

Bagi setiap jawapan (2 : Sekali sekala) yang dipilih, anda memperolehi 2 markah

Bagi setiap jawapan (3 : Agak Kerap) yang dipilih, anda memperolehi 3 markah

Bagi setiap jawapan (4 : Kerapkali) yang dipilih, anda memperolehi 4 markah

Bagi setiap jawapan (5 : Sentiasa) yang dipilih, anda memperolehi 5 markah

Kemudian, bandingkan jumlah skor tersebut dengan interpertasi di bawah iaitu : SKOR 1 93 : RENDAH Ketika ini, pertempuran antara iman dan nafsu yang berterusan dalam diri anda lebih hebat dari perang dunia kedua. Anda merasakan diri anda menjadi medan sasaran empuk untuk nafsu bermaharajalela. Memang kadangkala anda merasa sukar untuk melawan ajakan nafsu, kerana anda seolahnya sedang melawan raksasa besar yang tidak kelihatan. Ditambah pula, ketika anda sedang berusaha untuk membuat kebaikan, iblis laknatullah beserta tenteranya sering menggambarkan pada diri anda bahwa perkara itu sangat sulit.

Jangan lemah dan putus asa dengan rahmat Allah! Generator iman dalam hati anda perlu dihidupkan. Anda perlu terus menerokai diri , menampal beberapa kekurangan diri dan mengikat hati anda dengan Al-Quran agar hati yang keras mampu dilunakkan dengan sapaan ayat-ayatnya. Sememangnya pada tahap ini,

anda perlu mengetahui kelemahan anda, menutup setiap lubang yang boleh dimasuki syaitan serta mengeluarkan segala keraguan-keraguan batil darinya.

Saat ini juga, anda akan menyedari bahawa jiwa manusia memang seperti mesin yang sentiasa mengalami kerosakan dan perlu diselenggara serta diperbaiki. Kerosakan ini memang perlu segera diperbetulkan. Dan suis kejayaannya dimulai dengan kesedaran bahawa Allah akan sentiasa membantu anda. Anda tidak perlu terlalu gusar kerana jalan buntu tidak pernah wujud dalam Islam, yang penting anda harus terus mencari keampunan Ilahi.

Dan semoga Allah sentiasa mengurniakan kekuatan kepada anda untuk terus bersemangat membaiki prestasi diri dalam mendekatkan diri kepadaNya. Tahap keimanan ini memang perlu sentiasa ditambah dan dipacu agar ia selalu menjadi produktif dengan amalan yang disukai Tuhan.

SKOR 94 146 : SEDERHANA Berada di kedudukan ini merupakan satu kemajuan yang sangat baik dan bermakna. Kesedaran bertuhan sudah mula mekar berkembang dalam lubuk hati anda. Cuma, anda perlu berusaha lebih keras untuk terus rapat dengan Tuhan secara sukarela. Ia boleh saja dilakukan dengan memperbanyakkan siraman rohani dalam amalan dan menggemburnya dengan baja keimanan dan kesungguhan.

kadang-kala anda akan bergelut dengan nafsu yang tiba-tiba menjadi kuat dan terpaksa melakukan sedikit kompromi dengan tuntutannya sehinggakan keinginan iman akan sedikit diabaikan

Namun saya tidak nafikan, kadang-kala anda akan bergelut dengan nafsu yang tibatiba menjadi kuat dan terpaksa melakukan sedikit kompromi dengan tuntutannya sehinggakan keinginan iman akan sedikit diabaikan. Jangan risau. Memang pada tahap ini, anda akan mengalami beberapa

kekalahan kecil dalam pertempuran antara iman dan nafsu. Cuma, anda perlu berhati hati agar nafsu itu tidak memenangi banyak pertempuran kecil sehingga

berjaya memenangi peperangan besar.

Maka dalam peperangan besar ini, anda perlu mengalahkan tentera nafsu dan syaitan. Jadikan diri dan hati anda selaku kerajaan Rahmaniyyah- tempat turunnya rahmat Allah. Bangkitkan potensi terbaik anda ketika beribadah selagi hayat dikandung badan, dan jadikan setiap detik yang dilewati sebagai detik yang sentiasa bermanfaat, kerana sesungguhnya waktu adalah sama seperti helaan nafas yang apabila disedut, tidak akan kembali.

Semoga Allah akan mengurniakan kepekaan yang tinggi kepada anda untuk terus melakukan memperkemaskan amalan, agar setiap kebaikan akan bertambah dan setiap kekurangan anda akan diampunkan Tuhan.

SKOR 147 200 : TINGGI Tahniah dan bersyukurlah! Anda sedang berada di jalan yang lurus (Sirotol Mustaqim). Ruhiyyah dan jasadiyyah anda telah berjaya diaktifkan dengan baik, dan anda sedang mengikuti jalan selaku seorang muslim dengan cara yang benar-benar membahagiakan. Memang saya akui, tidak ramai yang mampu berada di kedudukan ini. Kedudukan di mana seseorang itu telah menjalani kehidupan beragama dengan cukup dinamik, konsisten dan sistematik. Nampak gayanya, anda telah menjadikan diri anda sebagai lombong pahala yang amat besar. Pada kedudukan ini, anda hanya perlu menuju ke tahap yang seterusnya iaitu menyegarkan ibadah anda dengan keikhlasan, atau yang selalu disebut sebagai Lillaahi Taaala. Anda perlu tempatkan diri anda di kedudukan maqam musyahadah dan muroqabah seperti yang dijelaskan Rasul Anda beribadah kepada Allah seolah-olah anda sedang melihatNya, dan jika anda tidak mampu merasakan sedemikian, ketahuilah bahawa Allah sentiasa memerhatikan anda. Kedudukan maqam Ihsan inilah

Kedudukan di mana seseorang itu telah menjalani kehidupan beragama dengan cukup dinamik, konsisten dan sistematik.

yang sering dicari oleh para Arifin, suatu tahap di mana semua ketaaatan dinilai sebagai anugerah dari Allah. Tahap yang sudah mengecapi nikmat ketenangan zahir dan batin dengan setiap nafas helaan zikir telah bertukar menjadi rahmat keampunan dari Tuhan.

Setiap hari, anda


Untuk itu, anda amat digesa untuk mencari kesalehan yang sejati iaitu keikhlasan dan kerendahan hati dalam beribadah. Ia akan mudah dicapai apabila anda menumpukan usaha untuk meningkatkan kualiti roh, agar ia sentiasa sihat dan kuat dalam beramal ibadah. Setiap hari, anda perlu menyucikannya dengan proses penyucian batin iaitu dengan memperbanyakkan istighfar, mengawal hawa nafsu dan menjauhi sebarang bentuk kemaksiatan. Cahaya Ilahiyah yang telah bersinar dalam diri anda perlu terus diterangkan. Dan ia akan terus terpancar dengan persiapan, mujahadah, disiplin, keimanan yang tinggi dan daya juang yang berterusan. Ketika itu, anda akan mencapai Fauzun Azim. Itulah kemenangan mutlak terbesar, Keredhoan Allah.

perlu menyucikannya dengan proses penyucian batin iaitu dengan memperbanyakkan istighfar, mengawal hawa nafsu dan menjauhi sebarang bentuk kemaksiatan

SEBAGAI RENUNGAN TAMBAHAN.. Saya akan perturunkan satu ayat Al-Quran dan satu hadis dari Rasulullah yang sangat sesuai dengan 3 kedudukan di atas. Ayat yang begitu tepat untuk menggambarkan tingkatan manusia ini boleh anda dapati dalam Surah Fatir, ayat 32. Terjemahan ayatnya adalah seperti berikut :

Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri, dan ada diantara mereka di kedudukan pertengahan, dan diantara mereka ada yang lebih berlumba-lumba

membuat kebaikan dengan izin Allah. Itulah kurniaan yang amat besar.

Rasulullah S.A.W dalam salah satu hadisnya telah bersabda dengan nada sebegini: Sesiapa yang

keadaannya pada hari ini lebih baik daripada semalam, maka dialah orang yang beruntung. Sesiapa yang hari ini sama dengan semalam, maka dialah orang yang rugi. Sesiapa yang hari ini lebih buruk dari semalam, maka dialah orang yang mendapat kutukan.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Al-Quran Al-Karim Al-Jami Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi Asbabun Nuzul Al-Quran, Abu Hasan Ali bin Al-Wahidi Lubabun Nuqul fi Asbabin Nuzul, Jalaluddin As-Suyuti Manahilul Irfan fii Ulumil Quran, Muhammad Abdul Azim Az- Zarqani At-Tibyan fii Ulumi Al-Quran, Muhammad Ali As-Sabuni Mabahith fii Ulumil Quran, Syeikh Manna Qatthan Al-Burhan fii Ulumil Quran, Muhammad bin Abdullah Az-Zarkasyi Al-Itqan fii Ulumil Quran, Jalaluddin As-Suyuti

10. At-tajwid Al-Muyassar, Dr. Abdul Aziz Al-Qari 11. At-Taisir fii Al-Qiraat As-Sab, Abu Amr AdDaani 12. Qabasun min Nuuril Quran Al-Karim, Muhammad Ali As-Sabuni 13. Wujuhu Al-Ijaz Al-Quran, Mustafa Ad-Dibagh 14. Alij Nafsaka bil Quran, Muhammad Izzat Mohd Arif 15. An-Nisa fil Quran, Abdul Munim Al-Hasyimi 16. Shahih Bukhari 17. Shahih Muslim 18. Riyadus Solihin, Imam Nawawi 19. Fathul Baari, Ibnu Hajar Al-Asqolani 20. Sirah Ibnu Hisyam, Ibnu Hisyam 21. Al-Isobah fii Tamyizi As-Sohabah, Ibnu Hajar Al-Asqolani 22. At-Tafsir wal Mufassirun, Dr. Muhammad Husain Az-Zahabi 23. Ijazul Quran, Abu Bakar Al-Baqilani.

Ebook 145 Fakta Menarik & Menakjubkan mengenai Al-Quran yang jarang anda ketahui walaupun membacanya setiap hari!!

Ebook KAEDAH JIBRIL Kaedah mudah & praktikal menghafaz surah Al-Quran khusus untuk gol. Awam yg sibuk setiap hari!

Ebook QURANOLOGY Panduan efektif memahami Teks dan konteks Al-Quran, agar Anda teruja membacanya!

Berharga RM 20

Berharga RM 25

Berharga RM 25

Video panduan KAEDAH JIBRIL Video penerangan bergambar Oleh Ustaz Asraff mengenai Kaedah ini secara terperinci.

4 PRODUK HEBAT BERHARGA :

Berharga RM 20

1 tiket percuma ke seminar kaedah hafazan super utk sicilik KAEDAH XXX (berharga RM 125) Dan 1 tiket DISKAUN seminar sama berharga RM 25 sahaja (Harga asal RM 125) Layari :