Beruflich Dokumente
Kultur Dokumente
Tajuk: Mendapatkan bahan daripada media cetak dan elektronik berkaitan Model Bunker & Thorpe (1982) dari aspek: - Pengenalan dan konsep - Kategori dan jenis-jenis permainan - Permainan kategori sasaran
Pengenalan dan Konsep Model Bunker dan Thorpe 1982 TEACHING GAMES for UNDERSTANDING ( TGfU ) TGfU dihasilkan oleh Bunker and Thorpe pada tahun 1982 untuk pelajarpelajar sekolah rendah dan menengah. TGfU merupakan satu model pendidikan yang menekankan: Pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan. Meningkatkan tahap aktiviti fizikal. Menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan Pendidikan Jasmani sehingga masa kini. Terdapat beberapa isu timbul di kalangan pelajar-pelajar Britain pada 1980-an yang mendorong Bunker and Thorpe untuk mengkaji TGfU: Pencapaian dalam permainan adalah sikit dan kurang memuaskan. Kekurangan pengetahuan tentang permainan. Lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam membuat keputusan. Terlalu mengharapkan jurulatih atau guru untuk membuat keputusan. Kadar perkembangan dalam permainan adalah lambat dan tidak menonjolkan. Matlamat utama TGfU adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Menurut falsafah TGfU, pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar .membuat keputusan yang sesuai .ketika permainan berlangsung. Model TGfU juga menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai permainan. Selepas kajian Bunker dan Thorpe, falsafah dan teori dalam TGfU masih diubahsuai dan diperkembang dari semasa ke semasa. Secara mendalam dan tepat, TGfU adalah lebih pratikal dan mudah diaplikasikan dalam permainan bola. Pada tahun 2004, Webb and Pearson telah mengkategorikan permainan kepada empat kategori utama: Sasaran ( Target ) Pukulan / Padang ( Striking / Fielding ) Jaring / Dinding ( Net / Wall ) Serangan / Kawasan ( Invasion )
Rujukan: http://www.slideboom.com/presentations/601995/PPG-Konsep,-Matlamat-danObjektif-Permainan-Kanak-Kanak