Sie sind auf Seite 1von 5

Laporan Kajian Soal Selidik Mengenai Kesan Negatif Dalam Perniagaan di Kawasan Pasar Taman Tun Sardon

Pada 20 Februari 2012, kami telah menjalankan kajian soal selidik di sekitar kawasan pasar Taman Tun Sardon, Pulau Pinang. Kami telah menjalankan kajian soal selidik ini dengan mengajukan beberapa soalan yang telah disediakan kepada para peniaga di situ berkenaan kesan-kesan negatif yang terdapat sepanjang perniagaan dijalankan. Soalan tersebut mempunyai sebanyak 12 soalan yang berkaitan dengan kesan negatif perniagaan di kawasan terbabit. Hal ini demikian kesemua soalan menjurus kepada kesan negatif yang telah kami jangkakan berlaku di kawasan kajian. Terdapat lapan aspek kesan negatif perniagaan di kawasan kajian telah terkandung dalam soalan yang disediakan. Sesi soal jawab dengan para peniaga telah dijalankan di kawasan tersebut. Seramai 20 responden yang terdiri dari para peniaga telah terlibat dalam kaji selidik tersebut. Para peniaga telah memberikan kerjasama yang baik dengan menjawab soalan-solan yang telah diajukan kepada mereka. Malah, para peniaga turut menceritakan pengalaman-pengalaman mereka mengenai kesan-kesan negatif yang berlaku sepanjang menjalankan perniagaan di pasar Taman Tun Sardon. Kami telah memilih responden secara rawak yang terdiri dari peniaga di dalam pasar, tepi pasar dan kawasan yang berdekatan dengan pasar. Malah, peniagaan tersebut merangkumi hampir kesemua jenis perniagaan yang terdapat di kawasan kajian. Melalui soal selidik yang telah dijalankan, kami telah mendapat hasil dapatan kajian seperti yang dapat dilihat pada carta bar dibawah.

Soalan 12 Soalan 11 Soalan 10 Soalan 9 Soalan 8 Soalan 7 Soalan 6 Soalan 5 Soalan 4 Soalan 3 Soalan 2 Soalan 1 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20

TIDAK YA

CARTA BAR KESAN-KESAN NEGATIF PERNIAGAAN DI SEKITAR KAWASAN PASAR TAMAN TUN SARDON

Melalui carta bar di atas, terdapat beberapa kesan negatif yang telah dikenalpasti. Jawapan YA merangkumi kesan negatif perniagaan di kawasan kajian, manakala jawapan TIDAK merangkumi kesan positif.

1. Dari aspek masalah sosial :

Melalui soalan 1 dan 2 dapat dikenalpasti bahawa kawasan kajian menjadi tempat pelajar sekolah berpeleseran dan melakukan perbuatan yang menjolok mata. Hal ini demikian, menurut para peniaga yang telah kami temu bual, menyatakan bahawa pelajar-pelajar sering berpegangan tangan dan meemakai pakaian yang kurang sopan di kawasan terbabit. Selain itu, para peniaga turut menyatakan bahawa pelajar menjadikan kawasan kajian sebagai tempat ponteng sekolah dan melepak. Peniaga terbabit meluahkan perasaan tentang ketidakpuasan hati mengenai tingkah laku negatif pelajar di kawasan tersebut. Hal ini demikian terbukti melalui jumlah bilangan jawapan YA yang lebih banyak berbanding jawapan TIDAK pada soalan 1 dan 2, secara tidak langsung menunjukkan pelanggan sering mencuri barang-barang perniagaan di kawasan kajian.

2. Dari aspek persaingan dengan kedai runcit tempatan : Tambahan lagi, bagi soalan nombor 3, membuktikan bahawa jawapan YA melebihi jawapan TIDAK. Keadaan ini boleh menyebabkan rasa tidak puas hati kerana pelanggan kedai runcit tempatan akan kehilangan pelanggan dan akibatnya mereka akan mengalami kerugian.

3. Dari aspek pencemaran : Berdasarkan kaji selidik soalan 4, kebanyakan responden menyatakan bahawa kebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran kawasan kajian akan dibersihkan sama ada oleh peniaga sendiri atau pihak berkenaan. Hal ini terbukti melalui jumlah bilangan jawapan TIDAK melebihi jawapan YA.

4. Dari aspek kesesakan lalu lintas : Melalui kaji selidik yang telah dijalankan mengenai soalan 5 dan 6, responden beranggapan bahawa kesan negatif dari aspek kesesakan lalu lintas tidak terjadi di

kawasan kajian. Hal ini kerana kami dimaklumkan bahawa pengunjung sentiasa meletakkan kenderaan mereka pada kawasan meletak tempat kereta secara tersusun tanpa menganggu atau menyekat kenderaan lain. Walau bagaimanapun, terdapat juga responden menghadapi masalah dari aspek kesesakan lalu lintas. Bukti dapat dilihat melalui jumlah bilangan jawapan TIDAK yang melebihi jawapan YA.

5. Dari aspek harga tanpa kawalan : Berdasarkan kaji selidik soalan 7, keseluruhan responden menyatakan bahawa harga barang-barang yang dijual di kawasan kajian sentiasa dipantau oleh pihak kerajaan. Malah, pihak kerajaan tegas dalam memantau dan mengenakan tindakan undang-undang tehadap peniaga yang melanggar peraturan perniagaan. Oleh itu, pengunjung tidak akan tertipu oleh peniaga.

6. Dari aspek barangan tidak berkualiti : Melalui soalan 8, menunjukkan bahawa seramai 19 responden tidak menjual barangan yang tidak berkualiti atau mudah rosak. Hal ini merangkumi barangan jualan yang memudaratkan kesihatan.

7. Dari aspek kemasyaratan : Melalui soalan 9, seramai 6 responden merasakan bahawa perniagaan di kawasan kajian mengganggu kawasan perskitaran perumahan dan gerai makanan yang berdekatan. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat kesan negatif perniagaan di kawasan kajian terhadap kawasan penempatan masyarakat.

8. Dari aspek perkhidmatan hutang : Seramai 9 responden menyediakan perkhidmatan hutang kepada pelanggan, manakala selebihnya tidak menyediakan perkhidmatan tersebut. Bagi responden yang menyediakan perkhidmatan hutang, mereka tidak mempunyai ramai pelanggan yang berhutang di samping merasakan bahawa perkhidmatan tersebut memberi kesan yang tidak baik kepada perniagaan mereka. Hal ini kerana mereka tidak dapat pembalikan modal dengan cepat.

Das könnte Ihnen auch gefallen