Sie sind auf Seite 1von 19

Alkohol

Alkohol
Alkohol ialah sebatian organik yang mengandungi kumpulan hidroksi (-OH) terikat kepada kumpulan alkil. Kumpulan befungsi : Formula am : CnH2n+1OH, di mana n 1 Bentuk ringkas : ROH (R=CnH2n+1 , kumpulan alkil)

Tatanama alkohol

Pengelasan alkohol

R = kumpulan alkil Primer (1)


Contoh:

Sekunder (2)

Tertier (3)

Sifat Fizik
12 ahli pertama cecair tak berwarna pada suhu bilik Takat didih (perubahan yang berperingkat) ahli yang lebih rendah ialah cecair mudah meruap takat didih alkohol > alkana (bil atom C yg sama) Sebab: pengikatan hidrogen antara molekul alkohol Keterlarutcampuran dengan air (perubahan yang berperingkat) ahli yang lebih rendah terlarutcampurkan dengan air Sebab: pengikatan hidrogen antara molekul air dan molekul alkohol

Penyediaan alkohol
Etanol boleh disediakan melalui dua cara: Dalam makmal, etanol disediakan melalui proses penapaian. Dalam industri, etanol dihasilkan daripada tindak balas etena dengan stim (penghidratan etena).

Proses Penapaian
Penapaian ialah proses kimia yang melibatkan penggunaan mikroorganisma seperti yis yang akan bertindak ke atas karbohidrat untuk menghasilkan etanol dan karbon dioksida. Contoh karbohidrat gula (jus tebu, jus anggur); kanji (ubi kentang, beras) Apabila yis dicampurkan kepada glukosa (gula), proses penapaian berlaku. Semasa penapaian, enzim zimase dalam yis memecahkan molekul glukosa kepada etanol dan karbon dioksida.

glukosa

etanol

karbon dioksida

Proses Penapaian
Proses penapaian dijalankan pada suhu 35C kerana suhu yang lebih tinggi akan membunuh yis dan memusnahkan enzimnya. Yis juga terbunuh jika kepekatan etanol dalam campuran penapaian melebihi 14%.

Proses penapaian menghasilkan larutan etanol yang cair. Hasil penapaian larutan glukosa terdiri daripada air dan etanol. Oleh kerana takat didih air (100C) dan etanol (78C) tidak sama, kedua-duanya boleh diasingkan secara penyulingan berperingkat. Proses penyulingan berperingkat dijalankan untuk menghasilkan etanol 96% yang tulen.

Tindak balas alkohol


Pembakaran Pengoksidaan Pendehidratan Pengesteran

Pembakaran etanol
Pembakaran lengkap Etanol terbakar secara lengkap dalam udara berlebihan untuk menghasilkan gas karbon dioksida dan air.

Pembakaran tidak lengkap Jika bekalan gas oksigen tidak mencukupi, pembakatan tidak lengkap menghasilkan gas karbon monoksida dan air.

Pembakaran etanol membebaskan banyak tenaga haba. Oleh itu, etanol ialah bahan api yang baik.

Pengoksidaan alkohol
Alkohol bertindak balas dengan agen pengoksidaan kuat seperti: Hasil tindak balas bergantung kepada struktur alkohol:
Alkohol 1 dioksida kepada aldehid, seterusnya boleh dioksida lebih lanjut untuk memberi asid karboksilik. Larutan kalium dikromat (VI) berasid (K2Cr2O7 / H+) Larutan kalium manganat (VII) berasid (KMnO4 / H+)

Alkohol 2 dioksida kepada keton.

Alkohol 3 tahan terhadap pengoksidaan.

Pengoksidaan etanol

Dalam tindak balas pengoksidaan alkohol, warna jingga larutan berasid kalium dikromat, K2Cr2O7 bertukar menjadi hijau. Jika larutan berasid KMnO4 digunakan, warna ungu menjadi tak berwarna (dinyahwarnakan) .

Pendehidratan etanol
Etanol boleh didehidratkan (penyingkiran air) untuk membentuk etena. Proses pendehidratan boleh dilakukan melalui beberapa cara: (a) Wap etanol dialirkan ke atas serpihan porselin/ aluminium oksida yang dipanaskan dengan kuat. (b) Campuran etanol dan asid sulfurik pekat berlebihan dipanaskan dengan kepada 170 - 180C. (c) Campuran etanol dan asid fosforik (V), H3PO4 pekat dipanaskan kepada 80 C.

Pendehidratan etanol

Pengesteran
Apabila satu campuran alkohol dan asid karboksilik dalam kehadiran sedikit asid sulfurik pekat dipanaskan di bawah refluks, suatu ester dihasilkan. Proses ini disebut pengesteran. Asif sulfurik bertindak sebagai mangkin dalam pengesteran, ia juga berfungsi sebagai agen pendehidratan dan menganjakkan kedudukan keseimbangan ke kanan. Ini dapat meninggikan peratus hasilan ester.

Penyediaan etil etanoat

Pada akhir tindak balas, hasil campuran terdiri daripada :


etil etanoat, etanol, air, asid etanoik, asid sulfurik. Campuran disulingkan dan hasil sulingan dikumpul sehingga suhu 105C. Kebanyakan asid-asid ditinggalkan kerana asid mempunyai takat didih yang lebih tinggi. Hasil sulingan masih mengandungi etil etanoat, etanol, air, sedikit asid etanoik

Penyediaan etil etanoat


Penulenan etil etanoat Hasil sulingan masih mengandungi etil etanoat, etanol, air, sedikit asid etanoik Etil etanoat dapat ditulenkan dengan mengoncangkan hasil sulingan: Pindahkan sulingan ke dalam corong pemisah dan diekstrak dgn: (i) larutan natrium karbonat (menyingkirkan asid etanoik berlebihan) (ii) larutan kalsium klorida (menyingkirkan etanol berlebihan) (iii) air (menyingkirkan natrium karbonat dan kalsium klorida) Setelah dituraskan, ester cecair akhirnya disulingkan dan hasil sulingan dikumpul pada suhu 75-79C. Etil etanoat yang dihasilkan merupakan cecair tidak berwarna yang berbau wangi buah-buahan.

Penggunaan alkohol

Alkohol sebagai bahan api


Nilai haba pembakaran alkohol adalah tinggi. Tenaga haba yang dibebaskan boleh digunakan untuk menggerakkan kenderaan bermotor. Alkohol seperti metanol, etanol, propan-1-ol dan butan-1-ol merupakan bahan api yang baik. Misalnya, etanol digunakan sebagai bahan api bagi kereta lumba dan roket. Di Brazil, etanol dicampurkan dengan petrol untuk menghasilkan gasohol yang digunakan sebagai bahan api kereta. Penggunaan alkohol sebagai bahan api adalah lebih bersih daripada minyak petrol (mengurangkan pencemaran udara). Pembakaran alkohol tidak membebaskan gas-gas beracun seperti oksida-oksida plumbum dan sulfur yang boleh menjejaskan kesihatan. Walau bagaimanapun, penggunaan alkohol sebagai bahan api dihadkan oleh kos pengeluarannya yang masih tinggi.

Das könnte Ihnen auch gefallen