Sie sind auf Seite 1von 10

ISL 15 & 16 (EDU 3102-Perkembangan Kanak-kanak) Nama ahli kumpulan 15 : Chieng Zhin Li & Lim Kang Hieng Tajuk

ISL 15: Mencari bahan di pusat sumber/internet berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Nama Ahli Kumpulan 16 : Chung Vun Zie, Chong Shan Ni & Yap Jia Jun Tajuk ISL 16 : - Mencari bahan di pusat sumber/internet berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. - Pelajar membuat rumusan tentang isi pelajaran dalam peta konsep dan simpan dalam portfolio.

Pengenalan tentang kanak-kanak keperluan khas Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang demikian kanakkanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal.

Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak luar biasa sebagai kanak-kanak yang mempunyai perbezaan yang nyata dari segi kecerdasan, kejasmanian, kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati. Manakala Garciulo (2003) mendefinisikan

kanak-kanak berkeperluan khas seperti kenyataan di bawah; "Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral characteristics. Many of these children may require educational programs customized to their unique needs."

Ciri-ciri kanak-kanak keperluan khas

1. Masalah kecacatan fizikal Ia merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal, di mana kanak-kanak menunjukkan gaya atau tubuh badan yang tidak seimbang dan mengigil. Selain itu kecacatan fizikal juga berbentuk ketidakupayaan neurologi yang melibatkan otak, dan urat saraf yang rosak(Mohd Sharani,2006) ,juga kelukaan ortopedik yang melibatkan luka pada tulang, sendi dan otot. Kanak-kanak istimewa ini akan menghadapi masalah sendi yang kaku dan tidak ada koordinasi.

2. Masalah penglihatan Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan berkemungkinan buta atau mempunyai penglihatan yang terbatas. Ibu bapa telah mengesan sekiranya bayi mereka menghadapi masalah penglihatan apabila bayi tidak boleh membuat kontak mata dengan ibu bapa, iaitu mereka tidak memadang tepat ke arah ibu bapa mereka. Masalah penglihatan boleh juga dikesan menerusi air muka bayi. Bayi yang bermasalah penglihatan, air mukanya tenang dan tidak ekspresif. Ini menyebabkan ibu bapa beranggapan bayi mereka murung dan tidak memperdulikan mereka (Miriam Stoppard, 1997). Oleh itu ibu bapa perlu mengwujudkan hubungan yang rapat dengan menyediakan lebih banyak rangsangan yang berlainan dan ini membolehkan anak anda bergerak balas kepada rangsangan tersebut. Kanak-kanak bermasalah penglihatan turut menghadapi masalah juling, suka mengerutkan mata atau menutup sebelah mata untuk melihat. Selain itu mereka juga asyik menggosok mata tanpa sebab dan ini menyebabkan mata atau kelopak mata merah dan menyebabkan

membengkak. Kanak-kanak juga sering mengadu pening kepala, loya atau kepala pusing. Apabila membaca kanak-kanak bermasalah penglihatan akan memegang buku terlalu dekat atau terlalu jauh untuk menyeimbangi penglihatan mereka.

3. Masalah pendengaran Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu pekak dan separuh pekak. Menurut Mohd Sharani (2006), masalah pendengaran kanakkanak merujuk kepada gangguan pendengaran daripada kategori ringan (20dB-40dB) sehingga teruk (90dB-140dB). Kanak-kanak yang bermasalah pendengaran biasanya menghadapi masalah ejaan atau sebutan yang sangat lemah. Ini kerana mereka mengalami kesukaran dalam memperkembangkan pertuturan atau pembacaan. Mereka juga sering menggunakan nada suara yang tinggi atau rendah dan memusingkan kepala untuk mendengar. Kanak-kanak bermasalah pendengaran perlu mendapat latihan awal yang baik di sekolahsekolah khas untuk kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak normal yang lain.

4. Masalah pertuturan Kanak-kanak bermasalah pertuturan menghadapi kesukaran menyebut perkataan, contohnya saya menjadi caya. Kelancaran dalam sebutan juga agak lambat dan teragak-agak menyebabkan pertuturan tidak lancar. Masalah pertuturan juga menyebabkan mereka sukar untuk memahami istilah atau perkataan, terutama apabila menggabungkan perkataan untuk melafazkannya. Ini menyebabkan berlakunya masalah komunikasi, yang akan memberi kesan kepada pembelajaran kanakkanak.

Masalah pertuturan juga berkaitan dengan nada suara yang garau, kasar dan sengau. Masalah komunikasi seperti ini melibatkan emosi seperti rasa malu, kurang keyakinan dan perasaan rendah diri. Ini akan memberi kesan kepada proses sosialisasi kanak-kanak dengan persekitarannya.

Gagap juga merupakan antara masalah pertuturan yang biasa berlaku kepada kanak-kanak. Ia merupakan gangguan terhadap kelancaran percakapan. Kanak-kanak yang gagap menghadapi masalah dengan nada suara, di mana kanak-kanak akan menggunakan satu nada suara rendah atau nada tinggi.

Sekiranya kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan seperti gagap ini diberi bantuan oleh ahli terapi pertuturan, biasanya masalah ini akan dapat diatasi.

5. Masalah pembelajaran Masalah pembelajaran ini timbul bersama-sama dengan koordinasi yang lemah, pergerakan yang berulang-ulang, ingatan yang lemah dan lambat dalam pembelajaran. Lemban atau slow learner merupakan antara masalah pembelajaran yang biasa berlaku kepada kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak lemban ini agak lambat sejak peringkat bayi, di mana bayi ini lambat senyum, lambat bertindak balas terhadap bunyi atau suara ataupun tindak balas menggenggam masih belum hilang walaupun usia bayi lebih 3 bulan. Kanak-kanak lemban ini biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah biasa. Ini kerana mereka kurang memberi tumpuan dan minat terhdap proses pengajaran dan pembelajaran. Disleksia juga merupakan masalah pembelajaran yang biasanya berlaku kepada kanak-kanak. Kajian menunjukkan masalah disleksia berlaku empat kali lebih kerap kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan (Miriam Stoppard,1997).

Kanak-kanak bermasalah diskleksia menghadapi masalah membaca atau menulis. Mereka juga biasanya agak lembap dalam pembelajaran. Ini kerana mereka kidal atau menggunakan kedua-dua tangan dan kecenderungan membaca dari kanan ke kiri serta menulis huruf-huruf secara terbalik, misalnya menulis huruf b menjadi huruf d.

6. Terencat akal Masalah kerencatan akal merujuk kepada kelambatan dalam perkembangan mental. Kanak-kanak sindrom down merupakan golongan yang bermasalah kerencatan akal. Mereka sukar mempelajari kemahiran dan konsep, mengingati maklumat untuk menyelesaikan masalah. Mereka sukar menurut arahan dan tidak berupaya memilih aktiviti secara sendirian. Kanak-kanak ini juga menghadapi masalah koordinasi mata dan tangan yang tidak sempurna. Mereka mempelajari bahasa dan kemahiran dengan perlahan, tidak seperti kanak-kanak biasa. Namun begitu, kebanyakan kanak-kanak bermasalah seperti ini boleh ke sekolah dan boleh mempelajari pelbagai kemahiran akademik seperti kemahiran vokasional dan kemahiran sosial untuk membantu menjadikan mereka sebagai individu yang produktif. Autisme merupakan kecacatan mental seumur hidup yang terlalu sukar untuk dipulihkan. Kanak-kanak autistik agak sukar dikenalpasti. Namun begitu kanak-kanak autistik ini menghadapi masalah komunikasi kerana mereka tidak boleh mengenali atau mentafsir air muka, gerak isyarat atau nada suara yang berlainan. Selain itu kanak-kanak autistik ini juga menunjukkan tabiat yang sterotaip, tidak suka menatap dan tidak menunjukkan sebarang reaksi dalam apaapa situasi. Mereka lebih berminat kepada barang permainan daripada berinteraksi atau berhubung dengan orang di sekitaranya.

7. Attention Deficit / Hyperactivity Disorder ADD/ ADHD Kanak-kanak ADD/ADHD tidak dapat mengekalkan perhatiannya yang menyebabkannya mudah mengalih perhatian, sukar menyiapkan satu tugasan dan sentiasa lupa. Kanak-kanak ini juga tiada kawalan ke atas tindakan impulsnya yakni dia sering mengganggu perbualan atau aktiviti dan menyatakan sesuatu tanpa berfikir. Sifat hiperakif dan pergerakan fizikal yang keterlaluan juga merupakan ciriciri kanak-kanak hiperaktif. Pada hari ini ADD/ADHD boleh dikawal dengan pengaruh dadah tetapi tahap penumpuan mereka masih tidak sama seperti kanak-kanak yang tidak mempunyai ADD/ADHD ( Barbaresi & others, 2006; Tucha & others,2006). Di samping itu, penggunaan dadah tidak berkesan untuk semua kanakkanak ADD/ADHD dan kesan jangka panjang dadah ini masih tidak diketahui. David Nylund (Woolfolk A & Margetts K,2007) mencadangkan satu bentuk terapi di mana kanak-kanak tersebut menggunakan kekuatan dalam dirinya untuk mengawal masalah tersebut. Nylund cuba memberi perspektif baru bahawa ADHD, kesukaran, kebosanan, kesukaran dikawal dan semua sifat yang menghalang pembelajaran sebagai factor yang boleh diasingkan daripada kanak-kanak tersebut. Beliau mencadangkan kanak-kanak dengan bimbingan guru

menggunakan masa yang singkat semasa mereka dapat memberi perhatian untuk menguasai diri dan tingkah laku mereka. Tetapi bukan semua kanak-kanak yang hiperaktif atau kurang memberi penumpuan adalah ADD/ADHD . Pengesahan masalah ini perlu dibuat oleh pakar.

IMPLIKASI

KANAK-KANAK

KEPERLUAN

KHAS

TERHADAP

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK. Kanak-kanak berkeperluan khas boleh dibenarkan bekerja dalam kumpulan-kumpulan yang boleh menerima dan membimbingnya. Sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat mencatat nota atau melakukan sesuatu aktiviti spesifik, tugas itu boleh dikongsi atau dibantu oleh rakan sekelas. Gunakan pelbagai cara misalnya kad-kad yang diletakkan dengan mudah untuk kanak-kanak melihatnya. Guru harus sensitive misalnya tidak membuat perbandingan antara kanakkanak. Dapatkan perhatian kanak-kanak berkeperluan khas dengan menghampiri mereka dan bukan dengan memanggil namanya berapa kali secara negative. Gunakan bahasa isyarat jika perlu misalnya isyarat yang menyuruh kanakkanak supaya bertenang atau jangan bising. Membina hubungan yang baik dan bekerjasama dengan ibu bapa, pihak hospital dan kebajikan masyarakat.

2.

Masalah penglihatan

1. Masalah kecacatan fizikal Kanak-kanak istimewa ini akan menghadapi masalah sendi yang kaku dan tidak ada koordinasi.

Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan berkemungkinan buta atau mempunyai penglihatan yang terbatas. Ibu bapa telah mengesan sekiranya bayi mereka menghadapi masalah penglihatan apabila bayi tidak boleh membuat kontak mata dengan ibu bapa, iaitu mereka tidak memadang tepat ke arah ibu bapa mereka.

3.

Masalah pendengaran Kanak-kanak yang bermasalah pendengaran biasanya menghadapi masalah ejaan atau sebutan yang sangat lemah. Ini kerana mereka mengalami kesukaran dalam memperkembangkan pertuturan atau pembacaan.

4.

Masalah pertuturan Kanak-kanak bermasalah pertuturan menghadapi kesukaran menyebut perkataan, contohnya saya menjadi caya. Kelancaran dalam sebutan juga agak lambat dan teragakagak menyebabkan pertuturan tidak lancar.

Ciri-ciri kanakkanak keperluan khas

5.

Masalah pembelajaran Masalah pembelajaran ini timbul bersama-sama dengan koordinasi yang lemah, pergerakan yang berulangulang, ingatan yang lemah dan lambat dalam pembelajaran.

6.

Terencat akal Masalah kerencatan akal merujuk kepada kelambatan dalam perkembangan mental. Kanak-kanak sindrom down merupakan golongan yang bermasalah kerencatan akal. Mereka sukar mempelajari kemahiran dan konsep, mengingati maklumat untuk menyelesaikan masalah. Mereka sukar menurut arahan dan tidak berupaya memilih aktiviti secara sendirian.

7. Attention Deficit / Hyperactivity Disorder ADD/ ADHD Kanak-kanak ADD/ADHD tidak dapat mengekalkan perhatiannya yang menyebabkannya mudah mengalih perhatian, sukar menyiapkan satu tugasan dan sentiasa lupa.

Kanak-kanak berkeperluan khas boleh dibenarkan bekerja dalam kumpulankumpulan yang boleh menerima dan membimbingnya.

Sekiranya kanak-kanak ini tidak

dapat mencatat nota atau melakukan sesuatu aktiviti spesifik, tugas itu boleh dikongsi atau dibantu oleh rakan sekelas.

Guru harus

Gunakan pelbagai cara kad-kad dengan yang mudah

sensitive misalnya tidak membuat perbandingan

antara kanak-kanak.

Implikasi Kanakkanak Keperluan Khas Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Kanak-kanak.

misalnya diletakkan untuk melihatnya.

kanak-kanak

Membina hubungan yang

Gunakan bahasa isyarat

jika perlu misalnya isyarat yang menyuruh kanak-kanak supaya bertenang atau jangan bising.

baik dan bekerjasama dengan ibu bapa, pihak hospital dan kebajikan masyarakat.

Dapatkan

perhatian berkeperluan menghampiri

kanak-kanak khas dengan

mereka dan bukan dengan memanggil namanya berapa kali secara negative.

Das könnte Ihnen auch gefallen