Sie sind auf Seite 1von 5

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDARAB DENGAN NOMBOR DUA DIGIT SECARA MENGUMPUL SEMULA MENGGUNAKAN KAEDAH LATTICE BAGI MURID

TAHUN 4
Oleh: Nur Alina Syuhada Binti Abd Rahim&Aziz Bin Omar Unit Matematik Pendidikan Rendah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran mendarab dengan nombor dua digit secara mengumpul semula menggunakan Kaedah Lattice bagi tujuh orang murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Bukit Petiti. Kajian tindakan ini menggunakan ujian untuk melihat prestasi penguasaan responden dalam kemahiran yang diuji, manakala analisis dokumen untuk melihat kaedah yang digunakan oleh responden untuk menyelesaikan masalah darab dan temubual bagi mendapatkan jawapan yang jujur daripada responden untuk mengukuhkan lagi data. Data bagi ujian pra dan pasca dianalisis menggunakan peratusan jawapan yang betul manakala hasil temubual dan analisis dokumen akan dianalisis secara lebih terperinci dengan melihat tema masalah sebenar murid dan perubahan kaedah pengiraan mereka. Dapatan kajian ini menunjukkan Kaedah Lattice boleh meningkatkan kemahiran murid dalam mendarab nombor 3 -digit dengan 2-digit secara mengumpul semula. Cadangan untuk sambungan kepada kajian ini ialah dari segi bilangan dan persekitaran sampel, topik yang berbeza, dan penambahan kaedah bersama. PENGENALAN Semasa mengajar topik penyelesaian masalah melibatkan operasi darab bagi 29 orang murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Bukit Petiti, Kuala Terengganu, pengkaji mendapati murid tidak dapat memberikan jawapan serta jalan pengiraan yang betul terutamanya bagi soalan pendaraban dengan nombor dua digit serta mengumpul semula. Jadi, pengkaji cuba untuk menerangkan kata kunci kepada masalah Matematik dalam soalan agar lebih mudah difahami serta mengulang semula langkah pengiraan darab menggunakan bentuk lazim. Walaubagaimanapun, masih terdapat murid yang tidak dapat memberikan jawapan yang betul. Oleh itu, pengkaji menjalankan kajian tindakan untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan ini. Farah (2006) juga menghadapi masalah yang sama iaitu murid lemah dalam mengingati fakta asas, tidak memahami konsep darab, tidak menggunakan algoritma yang sesuai serta cuai semasa membuat pengiraan. Wenguan Yu (2001) pula menyatakan murid boleh melakukan kesalahan dalam pendaraban terutamanya mendarab dengan nombor dua digit dan tiga digit. Fokus kajian ini ialah bagi membantu responden untuk menguasai kemahiran mendarab dengan nombor dua digit dengan mengumpul semula menggunakan Kaedah Lattice. Kaedah ini dipilih kerana ia mengasingkan operasi pendaraban dan penambahan, menggunakan kotak-kotak yang memudahkan murid untuk menyusun digit-digit serta memerlukan pengumpulan semula hanya semasa melakukan penambahan. METODOLOGI Fokus Kajian Masalah bagi kajian ini diperoleh melalui pemeriksaan lembaran kerja murid, ujian saringan, analisis dokumen ujian pra serta temubual pra. Hasilnya, responden bermasalah dalam mendarab dengan nombor dua digit yang melibatkan pengumpulan semula menggunakan bentuk lazim. Jadi, kajian yang dijalankan ini adalah berfokus untuk membantu responden dalam kemahiran mendarab dengan nombor dua digit yang melibatkan pengumpulan semula menggunakan Kaedah Lattice bagi menggantikan bentuk lazim.

Objektif khusus pengkaji ialah : 1. Menentukan kaedah yang digunakan oleh murid dalam menyelesaikan masalah pendaraban dengan nombor dua digit dengan mengumpul semula.
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

Muka Surat

Objektif umum pengkaji ialah meningkatkan penguasaan kemahiran murid dalam masalah pendaraban.

88

Objektif

2. Menentukan tahap penguasaan murid dalam menyelesaikan masalah pendaraban dengan nombor dua digit dengan mengumpul semula. 3. Menggunakan Kaedah Lattice bagi membantu murid dalam menyelesaikan masalah pendaraban dengan nombor dua digit dengan mengumpul semula Kumpulan sasaran Sampel kajian seramai tujuh orang iaitu mereka yang mendapat menjawab 2 dan 3 soalan Ujian Saringan dengan betul serta turut bermasalah dalam pengumpulan semula. Pelaksanaan Tindakan Pengkaji menggunakan model rekabentuk Kurt Lewin iaitu bermula dengan membuat refleksi, merancang tindakan, menjalankan tindakan dan akhir sekali membuat pemerhatian. Refleksi telah dilakukan iaitu menilai semula sesi pengajaran dan pembelajaran lepas. Kemudian, perancangan dilakukan iaitu sesi rawatan, ujian pasca serta temubual pasca. Hasil perancangan dijalankan di mana sesi rawatan dijalankan sebanyak enam sesi.

Sesi 1

Aktiviti Memperkenalkan bentuk Lattice menggunakan papan petak. Responden diterangkan langkah-langkah pengiraan serta diberi peluang untuk mencuba sendiri menggunakan papan masingmasing. Menggunakan lembaran kerja berpetak bagi membiasakan responden untuk melukis di atas kertas serta melakukan pengiraan. Penggunaan MS PowerPoint bagi menarik minat responden serta menjelaskan proses pengiraan secara lebih teliti menggunakan perbezaan warna. Responden juga diberi peluang meneka proses berikutnya sebelum menekan papan kekunci. Jika sebelum ini, petak-petak telah diberi, kini responden perlu melukis sendiri petak-petak dibantu oleh buku berpetak.

Bahan

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

Muka Surat

Akhir sekali, Ujian Pasca dijalankan bagi menilai kemahiran mendarab responden setelah melalui proses rawatan.

89

Responden diberi kembali kertas jawapan bagi Ujian Pra untuk melakukan pembetulan menggunakan Kaedah Lattice. Di sini, responden perlu melukis tanpa bantuan kertas berpetak. Selain itu, responden berasa puas hati kerana dapat melihat peningkatan diri mereka dalam mendarab.

Kaedah Lattice DAPATAN KAJIAN Apakah kaedah yang digunakan oleh murid dalam menyelesaikan masalah pendaraban dengan nombor dua digit dengan mengumpul semula?

Responden

Soalan

Ujian pra

Ujian pasca

10

Sejauh manakah penguasaan murid dalam menyelesaikan masalah pendaraban dengan nombor dua digit dengan mengumpul semula?
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

Muka Surat

90

Responden

Ujian pra Responden mempunyai masalah dalam konsep pengumpulan semula kerana tidak boleh membeza digit mengikut nilai tempat.

Responden keliru untuk menambah hasil pengumpulan semula yang pertama bagi pendaraban kedua Respnden bermasalah menetapkan nilai tempat bagi pendaraban kali kedua, serta menggunakan konsep pinjam semasa melakukan penambahan kerana beranggapan, jika penambah lebih kecil daripada nombor yang perlu ditambah, proses pinjam perlu dilakukan yang kemudiannya ditambah seperti biasa menyebabkan berlaku pengumpulan semula. Responden tidak menambah dengan hasil pengumpulan semula, tidak menunjukkan jalan penyelesaian pendaraban kali kedua serta tidak pasti mengenai jalan pengiraan yang dilakukan kerana beranggapan bentuk lazim adalah susah. Responden keliru semasa memilih hasil pengumpulan semula yang perlu ditambah. Responden salah ketika mengumpul semula serta bermasalah dalam proses penambahan iaitu apabila menambah sesuatu nombor dengan 0 akan menghasilkan 0. Responden keliru sehingga pengulangan penambahan melakukan

Ujian pasca Responden boleh menyatakan sebab melakukan pengumpulan semula iaitu perpindahan digit ke rumah yang sepatutnya serta boleh menyatakan proses menggunakan Kaedah Lattice dengan betul tanpa bimbingan Responden melakukan pengumpulan semula sebanyak tiga kali sahaja dan tiada pertindihan digit berlaku kerana kedudukan setiap digit di dalam petak yang berasingan antara satu sama lain. Responden tidak lagi bermasalah dalam menentukan nilai tempat bagi jawapan hasil pendaraban kedua dan juga tidak menggunakan konsep pinjam untuk menambah serta boleh menjelaskan langkahlangkah pengiraan dengan yakin dan betul

Responden yakin dalam menyatakan langkahlangkah pengiraan serta tiada lagi kesilapan yang dilakukan Responden amat faham akan jalan pengiraan Kaedah Latticeserta kesalahan yang dilakukan sebelum ini tidak lagi berlaku. Responden merasa seronok mengira sehingga setiap langkah pengiraan boleh dinyatakan dengan betul dan tepat Responden memberikan jawapan yang tepat dan betul tanpa mengulangi kesilapan yang sama

Adakah Kaedah Lattice membantu murid dalam menyelesaikan masalah pendaraban dengan nombor dua digit dengan mengumpul semula? Perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca BIL 1 2 3 4 5 6 NAMA MURID Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6 UJIAN PRA 4 7 0 0 6 0 UJIAN PASCA 10 10 10 10 10 10 PERATUS PENINGKATAN (%) 60 30 100 100 40 100

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

Muka Surat

91

Murid 7

10

60

Tahap penguasaan responden bagi kemahiran mendarab dengan nombor dua digit dengan mengumpul semula

Perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca


12 10

Markah

0 UJIAN PRA UJIAN PASCA

Murid 1 4 10

Murid 2 7 10

Murid 3 0 10

Murid 4 0 10 Nama murid

Murid 5 6 10

Murid 6 0 10

Murid 7 4 10

PERBINCANGAN DAN CADANGAN Perbincangan Apakah kaedah yang digunakan oleh murid dalam menyelesaikan masalah pendaraban dengan nombor dua digit dengan mengumpul semula? Responden memilih untuk mengubah cara pengiraan kepada Kaedah Lattice yang dapat mengurangkan berlakunya kesalahan atau kecuaian. Wenyuan Gu (2001) mendapati bahawa murid sukar mendarab dengan nombor dua atau tiga digit menggunakan algoritma tradisional tetap mampu dilakukan apabila menggunakan Kaedah Lattice dengan lebih 90% ketepatan. Sejauh manakah penguasaan murid dalam menyelesaikan masalah pendaraban dengan nombor dua digit dengan mengumpul semula? Setelah responden mempelajari Kaedah Lattice, kesalahan yang dilakukan di dalam Ujian Pra dapat diatasi dan responden juga mahir dalam dalam pengiraan pendaraban apabila boleh menceritakan bagaimana pengumpulan semula berlaku dan proses untuk mendapatkan jawapan. Farah (2006) menyatakan kaedah ini memudahkan murid memahami algoritma pendaraban. Adakah Kaedah Lattice membantu murid dalam menyelesaikan masalah pendaraban dengan nombor dua digit dengan mengumpul semula? Kaedah Lattice membantu responden untuk memperoleh jawapan yang betul sekaligus meningkatkan prestasi mereka bagi Ujian Pasca iaitu kesemuanya mendapat markah penuh. Selari dengan hasil dapatan Wenyuan Gu (2001) iaitu pelajar di dalam kelas beliau boleh mendarab dengan nombor lebih daripada 2-digit dan mendapat 100% ketepatan. Cadangan untuk kajian seterusnya Bagi kajian akan datang, pengkaji boleh menggunakan responden yang lebih ramai seterusnya menjalankan kajian berbentuk eksperimen. Selain itu, penggunaan kaedah ini juga boleh dilihat di dalam topik-topik Matematik yang lain dan menggunakan digit-digit yang lebih besar. Perbandingan dengan hasil kajian di persekitaran yang berbeza juga boleh dikaji. Pengintegrasian warna yang berbeza untuk memperjelaskan proses pendaraban boleh juga dicuba. BIBLIOGRAFI Farah Hj Mohd Ariffin. (2006). Meningkatkan penguasaan operasi darab melalui pendaraban kaedah Lattice. Terengganu: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Wenyuan Gu. (2001). The Lattice method used in teaching multiplication with the whole numbers and decimals to students with the learning disabilities. Minnesota: Department of Special Education Winona State University.
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

Muka Surat

92

Das könnte Ihnen auch gefallen